Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 1

belasungkawa

salam dan hai.

semalam geng-geng aku khususnya and BKP dapat berita yang amat sedih.
kehilangan Puan Hashimah bt Yahya, kak shimah.
satu kehilangan yang amat besar.

kisahnya arwah kena admitted hari sabtu minggu lepas.
kami semua sempat melawat arwah dua kali masa dia kat hospital.
sekejap dia ok, sekejap dia tak ok.
blood preasure dengan kencing manis kadang-kadang tinggi sangat-sangat.
tapi kadang-kadang normal.

arwah sebenarnya umpama mak bagi kami.
setiap geng yang ada masalah, mesti meluahkan perasaan kat dia.
dia sangat-sangat memahami.
hilang dia umpama hilang sebelah kaki kami.
tapi kami redha dengan ketentuan Ilahi.
Tuhan lebih sayangkan dia.

tiada lagi jeli kelapa, tiada lagi kari kepala ikan.
tiada lagi seorang mak yang membantu anak-anak dalam memberi nasihat.
nasihat mengenai rumah tangga, nasihat menjaga hubungan sesama insan.
tiada lagi.....


semoga arwah di cucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang mukminin.

Allahyarhamah Hashimah binti Yahya,
kami akan sentiasa merindui kamu, sentiasa akan mendoakan kamu, sentiasa akan ingat pesan kamu.....


Al-Fatihah......



arwah berbaju merah.

No comments: