Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 9

a week before and solemnization day

*amaran : entry ni sangat panjang. kalau bosan, sila tekan butang 'x' ok.


salam dan hai.

seperti yang aku janjikan.
aku cuba seringkas mungkin untuk lengkapkan rentetan kisah hari besar aku.

as usual sebagai bakal pengantin, memang seminggu sebelum kenduri merupakan hari yang sangat-sangat busy. seboleh mungkin aku nak buat semuanya tanpa menyusahkan sesiapa. kemas rumah, beli itu, beli ini, call orang tu, call orang ni. tapi alhamdulillah dengan bantuan all my family members, semua tu dapat disiapkan awal dari jangkaan aku. :)

dua hari sebelum nikah, pelamin da siap di pasang. canopy juga. semuanya aku puas hati walaupun ianya simple je. kaum kerabat dari kampung pun da sampai. masing-masing komited dengan tugas. heheheh.. syukur sangat-sangat sebab ramai yang membantu termasuk lah jiran-jiran. masing-masing memerah tenaga untuk merealisasikan impian raja sehari ni! :p

jumaat, 19 mac.

aku pagi-pagi da bangun untuk bantu apa yang patut. lepas ke depan, ke belakang pulak, pastu ke bawah garaj, ke depan lagi. heheheh macam tak cukup kaki aku nak berjalan. penat tak usah cakap la, Tuhan je yang tau. tapi pengalaman tu sangat manis, tak boleh dilupakan. i know every bride keep this sweet memory deep inside your heart kan??

aku sibuk menyusun meja tetamu, sibuk mengelap pinggan-mangkuk-cawan-bagai. sibuk bagi last touch-up untuk bilik pengantin dengan sis-in-law and aunty. sampai la pak andam aku sampai untuk pasangkan fresh flowers kat pelamin. then, he gave me a very bad story...dia tak boleh make-up kan aku untuk malam nikah!! sebab ada orang minta dia sangat2!! damn!! tapi dia cakap orang bawah dia akan make-up kan aku. hati aku memang da tak keruan. sangat-sangat nervous. tapi aku pasrah. da dekat maghrib, aku mandi dan bersiap. then orang yang replace abg wan pun sampai.

in the beginning, everythings went smoothly. sambil make-up, sambil berbual dengan aku. aku pun tak rasa ralat sangat sebab dia peramah. tiba part pakai bulu mata, aku da rasa lain macam. banyak kali dia pakaikan tapi tak melekat. almost 4 kali. aku da gelabah tak tentu pasal da, tapi muka cool je la. once da selesai, dia pun da melangkah keluar dari bilik aku, aku dengan cepat pandang muka kat cermin. Astaghfirullahhalazim....mengucap panjang aku. mata da merah, penuh dengan air mata, hati da sakit. make up aku sangat WORST!!!!! WORST!!!!! and WORST!!!!! aku sangat-sangat down and didn't stop crying. dalam hati sumpah seranah!!! kebetulan mie masuk bilik then tegur make up aku sambil gelengkan kepala....lagi aku menangis!!!!

nasib baik ikma ada. dia tolong tenangkan aku. aku menjerit panggil sis-in-law and my aunty. minta diorang betulkan makeup ni. dengan eyeshadow biru kat mata macam burung hantu, dengan blusher merah menyala macam udang kena bakar, dengan bulu mata palsu yang panjang sampai aku tak boleh nak buka mata, dengan lipstik yang PINK!!!!! argggggghhhhh!!!!! automatically aku cabut bulu mata palsu tu!! aku benci tengok diri aku dalam cermin. my sis-in-law and my aunty sangat bertungkus lumus siapkan aku sekali lagi. jam da pukul 8.15. pukul 9 da kena ada dekat masjid. dalam hati asyik beristighfar je. minta di permudahkan segala urusan. then my look turn to "ok la dari tadi", so nature, so simple. aku rela simple macam ni dari buruk gila macam tadi!!!

da sampai masjid, masjid pulak gelap gelita. pintu berkunci!!! korang boleh bayangkan tak apa aku rasa masa tu???? Ya Allah, dugaan apa pulak yang datang ni. tunggu punya tunggu, dekat 9.30 baru kadi sampai. dia ada hal yang tak boleh nak elak, terlambat sikit. aku pun macam whatever la, da malas nak fikir. so bila da masuk masjid, semua nya berjalan lancar dan dengan sekali lafaz, i'am belong to him for eternity, insyaAllah..


the reception day will continue later ok. da penat menaip sebab aku da lama tak menaip panjang-panjang. :p

8 comments:

III bDkNaKaL III said...

itulah kenangan pahit & manis bride & groom..nway, congratulation for both of u...sehingga kekal ke akhir hayat....

~~zaa~~ said...

bdknakal : yup..kenagan yang terindah dalam hidup. thanks aina!!

MiSz eiN said...

wah, bebetol dugaan nih.hehe.sabo za sabo.

~~zaa~~ said...

misz ein : tu la pasal..memang betul banyak sangat dugaannye..

axie said...

sabar za..last2 bahagia & seronok kan???

~~zaa~~ said...

axie : yup.. :) baru za tau ape perasaan azie hehehe

♥z@z@♥ said...

mas, u kawen tarikh birthday I tau..huhu..=)

~~zaa~~ said...

zaza,

iye?? kalu macam tu kena sama2 bagi hadiah nih!