Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 30

great weekend!

salam dan hai.

sabtu lepas aku pergi kenduri my-lovely-best-friend-ever, farah malik! gedik clans yang ke-7 da selamat jadi isteri orang. tinggal la lagi sorang cik ema ni, bersedia la ye. :p farah nikah hari jumaat malam, sabtu was the reception. actually kami-kami rancang nak ke PD jumaat lagi. stay kat sana 1 malam. tapi atas sebab-sebab yang tak boleh nak elak, sabtu je la perginya. so tak dapat la nak tengok farah nikah.

gerak dari rumah kul 9.15 walaupun da janji dengan izah nak gerak before 9! heheheh sorry dear! tiba-tiba tengah isi minyak, terjumpa ein dengan cik abang dia kot. dia nak follow jugak pergi kenduri farah. berkonvoi la kami 3kereta ke PD.

sampai rumah dia, terus je meluru ke bilik pengantin! heheheh buat macam rumah sendiri! farah baru nak dimekapkan. so sempat la kitorang bergosip! sambil bergosip, sambil tolong apa yang patut. da siap make up, da siap pakai baju semua, tiba-tiba farah punye korset macam longgar! kesiannya. dia cakap dekat mak andam dia, mak andam tu boleh cakap, ala takpa longgar sikit je! WTH!!! da la dua-dua kerek gila, kan zah??? whatever la, aku dengan izah memang senyap je la, sambil bergosip melalui mata! hahahahha

bila farah da siap, kitorang pun nak keluar la kejap g makan. lagipun masing-masing tinggal laki kat luar. heheheh sorry bang! :* tengah nak keluar, faten sampai. tak sempat nak bergosip dulu dengan dia sebab perut da lapa gila. bila da siap makan, baru la ema ngan ikma sampai. ishk, lambat la korang ni! :p baru best sikit nak bergosip bila da cukup korum + tak la boring sangat mr.k kat luar bila ada faiz. tapi sebenarnya tak cukup jugak sebab sara dengan kety takde.

bila semua da siap makan, kitorang semua masuk bilik lagi sekali. tapi masa ni izah da balik sebab laki dia kerja petang. pukul 2 rombongan lelaki sampai. adat johor ni ketat jugak kan??punya la banyak tol sedara-sedara farah sekat si naim tu. hehehe macam kelakar pulak. sampai depan pelamin pun bertol lagi! ada sorang makcik farah ni duk menjerit-jerit kat belakang kitorang..kalo taknak bayar tol, ha bersanding berdiri la kamu,,takdenye kami nak bagi duduk.. ahahahaha pecah perut dengar makcik tu bercakap.

semua majlis farah lancar & selamat. tapi biasa la, takde majlis yang sempurna. mesti ada cacat jugak walaupun sikit. lubang kat situ, kurang kat sini. itu kan normal, di luar jangkaan kita. farah dengan naim sama-sama lawa. sangat cantik, sangat gebu. baju pun cantik sangat cuma kureng bintang untuk mak andam dia.








selamat pengantin baru my dear farah & naim. semoga hubungan ko berkekalan hingga ke hujung nyawa. we love u always and forever!!

kul 3 lebih aku, ikma dengan ema nak gerak balik. tapi geng-geng suami ni nak melepak minum pulak. singgah solat kejap pastu pergi minum dekat bangi kopitiam depan pantai kat PD tu. lama jugak la melepak sampai 5 lebih. heheheh lama da rasanya tak melepak macam ni kan ikma??? best pulak aku rasa! lepas minum masing-masing bawak haluan sendiri. aku dengan mr.k balik putrajaya, ikma ke kl ada birthday party then ema ke melaka singgah umah FPIL.

hurmmm..masing-masing da ada kehidupan berkeluarga. tapi jangan lupa ya. kawan-kawan juga penting tau! :)

4 comments:

mrs_yus said...

za..how great story! beshnyeeee !

:(

ri abbtu ni sara cbe gk g umh naim
korg g x..?

~~zaa~~ said...

mrs_yus : best sangat sara...rugi tau sara xde :( :p

za xjanji bleh g ke x...kene tengok cik abe dulu...

MiSz eiN said...

hehe.tetibe je kan i termasuk dlm cite ni.hehe...
i teringat plaks mak andam tuh ckp "eh msti lah, i kan ramai skandals.."(dgn nada bangga okeyh!!) haha

~~zaa~~ said...

misz ein : hahahah!! ramai skandals ok! haram kite gelak depan dia.. :p