Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 3

sweet or not?

salam dan hai.

wahh..hari ni da hari khamis kan?
cepat pulak rasanya minggu ni.
being silent reader 2 3 hari this week.
sebab aku nggak tau mau update apa.
macam da hilang punca heheheh
plus takda cerita yang menarik sangat nak dikongsikan.

my journey as wife setakat ni sangat-sangat best!
tak pernah aku sesibuk ni masa bujang-bujang dulu.
ye la, dulu masa bujang takda pikir nak masak. (breakfast biasa combine dengan lunch! jadi la brunch!)
takda pikir nak cuci baju berapa kali seminggu.
iron baju kerja pagi-pagi.
takda pikir hujung minggu nak bangun pukul berapa. (kalau keluar dating baru bangun awal!)
balik kampung sesuka hati bila rasa nak balik.

tapi sekarang semuanya berubah ok.
pagi-pagi kalau sempat, siapkan milo untuk mr.k.
petang-petang balik kerja, bersilat masak kat dapur.
cuci baju 2 hari sekali.
hujung minggu bangun awal sebab nak siapkan breakfast. (da tak boleh brunch)
iron baju untuk seminggu sekali gus.
nak balik kampung pun kena plan betul-betul.
sebabnya of coz la mr.k akan balik sama.

banyak benda kena ubah bila da jadi isteri orang.
pergaulan kena jaga.
perangai bermalas-malas kena buang. :p
kena jaga maruah suami dan kedua keluarga.
rupanya berat jugak tanggungjawab sebagai seorang isteri ni kan.
aku akan cuba adapt slow-slow la, insyaAllah..


tak sabarnya la hai nak balik kampung esok!!!

2 comments:

Fazila said...

sweet dik.... dah belajar bersilat gak ek heehehhe yg penting give n take :)

~~zaa~~ said...

fazila : heheheh tq.. :) aah kak, bersilat ngan periok!! heheheh