Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 7

i missed them....

salam dan hai.

hati anak perempuan, memang macam ni kan?
cepat sangat tersentuh.
mudah sangat mengalirkan air mata.
tambah pulak aku yang sememangnya ratu air mata ni.
sememeh!

semenjak da kahwin ni, setiap kali aku call mie atau abah aku mesti menangis.
tak banyak, sikit pun mesti menangis jugak.
walaupun sekadar berair tubir mata.
tak tau kenapa.
mungkin rindu.
mungkin rasa jauh.
mungkin...

tapi sebelum kahwin pun aku da memang berjauhan dari mie & abah.
kenapa ye??
setiap kali bercakap dengan mie, mesti terselit emosi sedih.
tak kira la keluar dari mulut aku atau pun mie sendiri.
mungkin mie pun rasa apa yang aku rasa.
jauh dari aku.

dengan abah pun kadang-kadang termenangis jugak.
tapi memang hati luluh je, sebak sangat.
atau aku je yang berperasaan macam tu?
ye..
mungkin sebab aku agak rapat dengan mie & abah.
sebab aku membesar di rumah.
masa da kerja pun aku boleh balik kampung bila-bila yang aku nak.
ye..mungkin sebab tu yang buat aku rasa sedih.

tambahan pulak tanggungjawab aku sekarang untuk suami.
berada di sisi suami setiap masa.
tak.
jangan salah paham.
mr.k sangat-sangat memahami isteri dia yang sememeh ni.
da banyak kali dia suruh aku balik kampung kalau aku nak.
cuma aku je tak nak.

hmmmmm....
how i wish that mie & abah are here now.
i really missed them.
so damn much...






8 comments:

mrs_yus said...

ok i miss u too lah za! ;)

Anonymous said...

zaa....ajak la mie ngan abah datang cni...tido umah za ker..utk 2 atau 3 hari ke....mesti terubat rindu tu....jangan suruh mie masak, biar zaa masak utk mie ngan abah zaa...hehe....(kak ida)

Ezzah said...

i x miss u!
eheheheheh
:P

~~*Lady Salwa*~~ said...

Zaa, salwa masa mula2 kawin dulu pun camtu la. Dengar je sore mak memang meleleh la air mata. Tambah kalau tengah sakit or gaduh ngan hubby... hehe

Lama2 lepas dah ada anak ni kurang sikit la. tapi kadang2 tu ada gak nangis bila tetiba rasa rindu sangat2 kat mak ayah.

Takpe, lama2 nanti biasa la tu... :)

~~zaa~~ said...

mrs_yus : erkkk..u??? ok la..hahahahha :p

~~zaa~~ said...

anon : alamak kak, lagi la za nak rasa mie masak kalo mie ade! hehehehe :p

~~zaa~~ said...

ezzah : eleh, i tau u rindu i kan??kan??? ;)

~~zaa~~ said...

lady salwa : kannn??? sedih gila hati..baru nak biasakan diri kan?? susah jugak nak ajar hati ni :)