Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 29

my backbone

salam dan hai.

ye..
aku tau aku bukan lagi pengantin baru.
da 4 bulan lebih da kawen kan.
tapi takpe kan kalau aku nak cerita jugak??
ini kan belog aku.
sapa yang tak nak baca, boleh tekan 'x' ok!

ni bukan kisah tulang belakang aku sakit @ patah.
ni kisah tulang belakang masa kenduri dulu.
kalau la takde mereka-mereka ni, for sure aku kawen koboi je!
hehehehe

1st of all, mesti la mie dengan abah tersayang!
penat lelah, jerih payah, bersengkang mata & airmata.
sangat-sangat aku hargai.
tak ternilai dengan wang ringgit.
sampai sekarang kalau bersembang pasal "kejadian" tu, mie dengan abah tetap lagi menitiskan air mata.
terima kasih. kamu la syurga ku.



2nd, my siblings & in-law.
ini pun ye jugak.
masing-masing mengerah keringat 4 kerat untuk realisasikan majlis aku.
wang ringgit diorang macam air untuk aku.
da la kak ira sarat mengandung, kak nani mabuk-mabuk.
kak na pulak ada shasha yang kecik lagi.
tapi masing-masing hebat ok!

3rd, the one and only my handsome uncle!
oowwhhh..dari kecik dia bersama kitorang.
sponsor terbesar masa majlis pertunangan & perkahwinan!
orang lain tidur, dia jaga lauk bawah khemah!

4th, auntie and uncle2 yang lain.
diorang pun sangat berbakti ok.
uncle aku yang baju oren tu siap bawakan ikan keli 1000 ekor tau!
heheheh tq!


5th, our relatives.
ni bawak dari jauh ok.
nun dari thailand sana!
sangat banyak tenaga korang digunakan.
sampaikan aku tak payah cuci-periuk-belanga-bagai!
clear! tq so much!!

dan yang lain-lain pun aku ucap thanks jugak!
my cousins, jiran tetangga.
sangat berterima kasih!

how sweet memories it was!
aku akan ingat sampai akhir hayat ku.


8 comments:

Ezzah said...

aku? aku? aku mana? mana? mana????????????


ahahahah

~~zaa~~ said...

sabar. sabar. entry kawan2 bakal menyusul! hahahah :p


ye ye je cari diri sendiri! huh! :p

mrs_yus said...

sara! sara! sara mne??!!
ngehhhhhhh :P

fabulous.farah said...

hahaha..jom kawen sekali lagi=p best nye hari kawen.hahaha

~~zaa~~ said...

mrs_yus : ni lagi sorang! aku cepuk tau la! hahahah :p tunggu!! tunggu!!

~~zaa~~ said...

fabulous.farah : kan farah! tapi bersanding je tau! xnak penat, nak melawa jek! :D

Farah malique said...

ermmm aku????

~~zaa~~ said...

farah malique : ha..wujud lagi ko?? hahahah :p ni pun nak kene jugak lagi sorang!