Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 26

Gerak tubuh/Bahasa badan

salam dan hai.

hari ni sekali lagi aku nak share dengan bloggers semua.
it's all about MAN.
are you ready, girls???
jom kita korek rahsia kaum ini. :D


Membaca fikiran lelaki daripada gerak tubuh atau bahasa badan mereka bukanlah hal yang sukar dipelajari. cuma perlukan daya pengamatan lebih tajam dan hasilnya, banyak kebenaran boleh terungkap. tetapi inilah selalunya kelemahan wanita. mereka sering mengenepikan isyarat daripada bahasa badan lelaki sedangkan ia boleh memberi panduan untun wanita membuat keputusan.


Lelaki Sedang Berbohong
Perkara yang biasa dilakukan oleh lelaki semasa dia cuba berbohong ialah menggaru hidung atau telinga. dalam suasana lelaki khuatir tembelangnya pecah, degup jantungnya akan meningkat. aliran darah akan naik ke hidung, telinga dan dagu yang menyebabkan bahagian badan itu merasa gatal. nasihat daripada pakar, teruskan bersikap ramah. ajukan soalan seolah-olah menunjukkan rasa ingin tahu tetapi jangan sesekali bernada tuduhan. anda harus bersikap sabar dan ajukan soalan-soalan yang memancing jawapan jujur. lama-kelaman dia akan terperangkap dalam kebohongannya sendiri.

Maruah dan Ego Tercabar
Dalam suasana ini, lelaki biasanya akan memegang jam tangan seolah-olah mahu membetulkan kedudukannya. fitrahnya lelaki memang suka menjadikan dirinya seperti pahlawan. keyakinan dirinya akan jatuh jika ada orang mahupun pasangannya merendahkan dirinya. berilah waktu untuk lelaki mendapatkan semula keyakinan diri.

Bimbang Dalam Hubungan
Seperti menyembunyikan sesuatu di tangan adalah antara tanda yang boleh dibaca seseorang lelaki itu sedang memikirkan hubungannya dengan anda. lelaki dalam dilema ini akan menjaga jarak dan terlihat sengaja menjauhkan diri, maksudnya dia sedang berfikir mengenai hubungannya dengan anda. wanita pula seharusnya turut membuka diri dan bersedia mendengar serta menerima apa jua yang ingin disampaikan. jika lelaki tidak mahu berterus terang pula, berilah dia waktu untuk memikirkan langkah terbaik.

Ada Khabar Buruk
Tandanya ialah mengetap bibir. teorinya lelaki yang ingin menngeluarkan sesuatu dari dalam dirinya, mulutnya menjadi tegang. jadi kalau ada lelaki menggigit bibirnya, itu tanda dia sedang dalam kebingungan. mungkin sahaja dia sedang serba salah untuk memaklumkan mengnenai kehadiran orang ketiga. nasihatnya ajukan soalan yang memancing dan mesra untuk mengetahui hal sebenar.


fuuuhhh...lenguh jari-jemari ai yang mulus menaip ok.

so woman out there, be extra careful ok.
jangan menjadi mangsa jantan jalanan jahanam (dalam ek eleh afdlin) lelaki ye.
tapi ai tau, suami/tunang/boyfriend kawan-kawan semua baik-baik kan.
kita doa je la agarnya jodoh berpanjangan ok.
bye!


p dot s : credit to Utusan Malaysia.



No comments: