Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 7

Salam Aidilfitri

salam dan hai

semakin hari semakin dekat kita kepada Syawal
aku bet mesti ramai yang da start bercuti hari ni kan?
kat opis ni pun sama jugak
ramai yang da cuti, tinggal berapa kerat je ni

di kesempatan ni aku dan mr.k nak ucapkan,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

kepada semua sahabat alam realiti, kenalan-kenalan alam maya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Maafkan aku andai ada tersalah kata, terkasar komen, ter...ter...ter... :)

Nanti raya ni jangan pulak korang makan tak ingat dunia tau! yang nak kawen tu, jaga makan betul-betul. kang tak pasal-pasal tak muat baju nikah nanti! yang da kawen pun jangan melantak je kerjanya! hahahhaha pastu mula la muncung panjang sedepa sebab berat badan da naik!! :p

yang drive balik kampung tu, be safe on your journey ok. jangan laju-laju. kalau mengantuk, berhenti & rehat dulu sekejap. banyakkan bersabar sebab time-time raya ni macam-macam hal, jalan sesak la, kereta rosak la. sayangi nyawa kita.

aku & mr.k mula bercuti 09 sept until 18 sept. so blog pun mungkin bercuti jugak. tapi kalau ada masa terluang, aku akan berbloging di rumah nanti ye! jangan rindu aku sangat-sangat tau! :D



love,
zaa & khairul




2 comments:

~~*Lady Salwa*~~ said...

Zaa, selamat hari raya jugak... maaf kalau ada salah silap.

Sama la, hati2 di jalan raya nanti... Semoga selamat tiba ke destinasi...

~~zaa~~ said...

lady salwa : selamat hari raya salwa! maaf zahir batin