Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 18

mulut laser macam c*****!

salam dan hai

ok, semangat da mai!
semangat da mai! :D

tadi aku baca blog kak farah, kisah gomen vs private. aku memang setuju 100%. ingat wei, bukan semua orang kerja gomen ni goyang kaki je. orang private pun goyang kaki jugak kan? mengular jugak kan? tapi bonus sah-sah 2 bulan & above kan? tak perlu la nak jeles kan orang kerja gomen yang gaji ciput ni. ok2, nak tau cerita lanjut, baca kat blog kak farah.

yang aku nak ceritakan hari ni pasal lain. pasal mulut laser yang tak boleh di control langsung. kat ofis ni memang ada la jugak yang jenis macam ni. aku tak nafikan, kadang-kadang kita perlu menjadi laser untuk mempertahankan diri sendiri. tapi yang selalunya jadi, laser tak tentu pasal, tak kena tempat. selalu sangat jadi kes macam ni. bila da jadi, ramai yang makan hati. dan kita kena ingat, bila ada orang makan hati @ sakit hati dengan kita sebab ke'laser'an mulut kita, kita berdosa tau. silap-silap tak sempat minta maaf dari orang tu, apa jadi nanti??

antara yang selalu jadi kat sini, lebih kurang macam ni la:

contoh i
a : aduh, aku sakit perut la hari ni. ni mesti sebab makan **** **** semalam.
b :bagi orang makan pakai duit haram la tu!
a : ?????

contoh ii
a : fuhh..mengahnya hari ni naik tangga
b : da ko tu gemuk sangat sebab tu cepat penat, baby pun tak lekat
a : ?????

tu la antara nya, tapi sebenarnya ada lagi teruk dari tu. aku malas nak reveal je la. kadang-kadang aku tak faham manusia-manusia yang macam ni, cakap orang no.1, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, senyap macam tikus! mulut laser ni kadang-kala bawak bencana. lagi teruk boleh bawak jadi gaduh besar. sebab tu la jadinya pergaduhan antara penyokong kelantan & selangor, sebab benda-benda macam ni la. mulut laser teramat sangat!!

kita kena ingat satu je, what's goes round, come around. masing-masing ada bahagian sendiri yang da ditentukan oleh Allah S.W.T. so, kita kena sama-sama beringat la. jangan asyik nak pandang rendah je pada orang lain, jangan asyik nak melaser je, nak menyembur je. orang lain pun punya hati & perasaan macam kita jugak. kalo kita yang kena, tentu kita makan hati kan?nasib baik aku belum kena macam ni!

untuk peringatan diri aku sendiri jugak. renung-renungkan & selamat beramal...


p dot s : hari ni nak berbuka menu apa ya????



18 comments:

Khumaera Ismail said...

dear, mulut owg kite memg ta leh tutup..huhu~ sbr aje la ea..

MiSz eiN said...

eh...same dengan la kite. puase. selamat mengganti puase ye.

~~zaa~~ said...

khumaera ismail : tu la, tapi nasib baik zaa tak terkena lagi macam tu.

~~zaa~~ said...

misz ein : :D tu la, aku nak ganti awal2 beb, nanti senang sikit!

mrs.spicy said...

wah..rajin puasa! hehe..tayah masak makan luar=p
mulut org memng susah nak tutup.

goblogbyfarah said...

contoh no. ii tu sgt kurang ajar!

Fazila said...

ok dik.... sabar yer... senyum :)

~~zaa~~ said...

mrs.spicy : heheh tq2! masalahnya laki gue da bg menu apa nak gue masak hari ni!! cettt!! :p

tu la, laser bia bertempat..

~~zaa~~ said...

goblogbyfarah : series ada kak kat sini, jantan pulak tu yang cakap!

~~zaa~~ said...

fazila : hehehe nasib baik tak kena kat zaa :D tak salah kan kak, tegur sesama sendiri tapi bia la berlapik kan???

-Sara- said...

dorg yg cmtu mmg xbertamadun!

dakcik said...

dah tau sape pling laser kat opis nie..eee sentap tau dgn org itu! gunting dlm lipatan! eeee..tetibe emo lebih..hahaha

~~zaa~~ said...

sara : memang pun yang..nak mengomen je kerjanya!

~~zaa~~ said...

dakcik : heheheh :p sentap ok!! sangat!! jom emo sama2 ahahahah

♥ manje ♥ said...

salam ziarah...

kdg2 diam tu lebih baik dari berkata2 yg menyakitkan hati... tak semua org dpt terima apa yg kita ckp... tmbh2 kalau di'usik' isu snsitif ~

III bDkNaKaL III said...

org cm2 mmg xlh diajak berborak..pasti lg terserlah laser berapi²!abaikan je zaa si laser tuh...

~~zaa~~ said...

manje : salam ziarah, manje..tu la, masing2 perlu jaga mulut sendiri dari menyakitkan orang lain..

~~zaa~~ said...

bdknakal : laser yang menyakitkan hati..aku tak kesah sebab tak kena kat aku! :D