Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 22

pandang-pandang, jeling-jeling

salam dan hai

petang-petang baru muncul?
aku agak sibuk hari ni
settlekan semua kerja, pastu kemas bilik
lagipun 24 ni ada audit 5s, paham-paham je la

sabtu lepas, mr.k nak makan siakap 3 rasa
aku da la tak pernah buat ok
jenuh mencari resepi, jumpa jugak
menu simple lunch kami
siakap 3 rasa, sawi+kobis goreng & telur dadar



sori, malas nak edit gambar


hari ahad pulak seharian melepak kat puncak jalil
memang da berjanji dengan kak nani & abe g
nak masak & makan tengahari kat sana
seawal pukul 10 aku da bersilat ok! gigih!
menunya ayam masak lemak cili api, asam pedas ikan, kangkung belacan, udang kunyit!
semuanya aku masak sendiri! *vangga*
mengangkut la semua jenis makanan tu ke rumah abe g
bila sesi makan mula, sesi bergambar terpaksa dilupakan! :p
haram sekeping gambar pun takde

lepak-lepak depan tv lepas makan
lama-lama, tv pulak tengok aku dengan mr.k!
hanyut laki bini!
sedar-sedar da pukul 5
kak nani pulak ajak minum petang kat rumah dia
makan jemput-jemput yang malatops! & air teh o panas!
sedap gilo, tau?!!

da maghrib baru semua beransur balik sangkar masing-masing
walaupun penat sangat tapi best sebab da lama tak melepak dengan diorang
tunggu mie dengan kak na datang pulak, baru kumpul lagi
makin ramai, makin havoc!!


4 comments:

MiSz eiN said...

yum2. sedapnye!!!!

-Sara- said...

puok2 ni klo kumpul meme gege laa! hahha :P

~~zaa~~ said...

misz ein,

sedap tapi sentap aku tak amik gambar! hahahah :p

~~zaa~~ said...

sara,

hahahah meme doh, mugonyo kumpul adik-beradik!