Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 29

::: i've got it!! i've got it!! :::

yeeeaaayyyy!!!!
i've recieved my parcel today.
remember this???
aku tak menang pun but it doesn't matter.
sebab aku nak sangat baju ni!! sweetttttt!!
sangat comel, dan sangat padan ngan aku! :)
bila nak pakai ye???
but of coz la after wedding kan.
lagipun aku tak da buat pun pre-wed tu semua.
awak, nanti kite melaram pakai baju ni ek???
qis, thanks ya!
lalalalalalalalala...




Wednesday, January 27

::: agagagagaga :::

i seems like tak nak percaya.
it's 50days away!!! really!!
means only 1month ++ je lagi.
oooo...can't wait anymore!!!!
sempat lagi tak nak tempah tudung untuk nikah???
kasut nikah belum cari lagi.
sempat, sempat. jgn risau! :)



::: al-fatihah :::

hari ni hari aku bermula dengan kesedihan.
tak dapat nak bendung lagi.
ayah kety, my gediks geng meninggal pagi tadi.
owwwhhhh..sedih gila.
kety baru selamat berkahwin ngan zul 24hb lepas.
masa ni ayah dia da tak sedarkan diri.
berhempas pulas dia betulkan borang nikah dia, tukar wali and so on.
belum sampai seminggu berkahwin, hari ni ayah dia meninggal di temerloh.
hujung minggu ni 31hb bertandang, tak tau la jalan ke tak.
yang wat aku sedih sangat aku tak pergi masa kenduri dia.
ada perkara yang tak boleh di elak.
rancang nak pergi majlis bertandang tapi tup-tup dapat berita ni.


kawan-kawan,

mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah untuk arwah ayah kety.
semoga dia ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman.

Al-Fatihah......

kety,
semoga ko tabah ye. aku tau ko kuat.
we always love u, dear.


*kita belum tau dan tak kan tau bila masa itu akan tiba*

Monday, January 25

::: hari ni da gaji kannn??? :::

salam..
ok la, aku da malas la nak blurrr-blurrrr.
nak mula dengan sesuatu yang baik.
hari ni aku settlekan semua urusan borang-borang nikah ngan MR.K.
his side da lulus, da boleh kawen la tu!
now my turn pulak.
tadi da poskan semua borang-borang kat abah.
nasib baik abah kamcing dengan tok kadi.
so abah akan settlekan la kat kampung nnt!
thanks abah! luv u!!!! :*:*:*:*


owhhh..


mie aku demam, sakit urat.
last saturday mie call.
sedih ko. :(
mie cakap demam-demam macam ni, nak la duduk dengan anak-anak.
boleh anak-anak picitkan! :(
hua...hua...hua...
nak-nak pulak skang tinggal berdua je dengan abah.
adik aku yang pompuan kat U tapi tak jauh pun, machang tu je.
yang bongsu laki pulak baru pegi duduk asmara asrama.
sekolah biasa je tapi saja biarkan dia berdikari duduk asmara asrama.
pun dekat je dengan rumah, kentut pun dengar! :p


yeayyyyy!!


hari ni aku nak g wat facial!
hope salon tu sebagus khabar-khabar angin yang aku dengar.
berseri-seri la muka aku nanti.umpama bidadari



*ada kaitan dengan tajuk tak???takde kan???layan sudah!*


Friday, January 22

::: aku, aku dan aku :::

..sangat blurrrrr sekarang..
..i dont know what i have to do about the wedding..
..sounds like crazy rite??..
..aku macam tak tau nak buat ape..
..barang-barang semuanya kat kelantan..
..kat sini takde papepn..
..blurrrr..blurrrr..blurrrr..



Monday, January 18

::: dari mak andam ke pak andam :::

assalamualaikum :)
tak jawab dosa tau!

hmmmm..penghujung minggu lepas yang agak menakutkan sebenarnya bagi aku. korang ingat tak lagi kisah ni??? dan kisah tu kira da settle sebab mak andam tu akan wat baju baru untuk aku without any charge. aku pun da email kat dia design baju macam mana, design pelamin yang aku nak macam mana and bla bla bla. tiba-tiba khamis lepas mak andam tu text me.

"bunga yang zaa nak untuk pelamin tu fresh flowers, nak ke??kalo nak kene tambah RMxxx, pastu baju tu akak xxx bleh wat tapi kene tambah RMxxx, baju lelaki plak kene tambah RMxx, pelamin kene tambah lg RMxxx."

wth!!!!

aku mmg mendidih da, serba tak kene duk kat opis masa tu. but aku tak reply msg die lg. aku duk total2 semua, belum masuk lagi charge untuk handbouquet, red carpet, arch and so on! pehhhhh!! sangat tak berbaloi. bincang2 ngan MR.K, then aku gagahkan diri tanya orang itu orang ini, dapat la 1 nombor pak andam kelantan ni. tengokkan hasil keje die memang mabeles!

jumaat pagi2 aku call. bincang itu ini, request itu ini, bgtau tarikh and nasib aku baik sebab tarikh tu still kosong, then terus deal ngan die. same dias, same dress and the best is the dias using fresh flowers, include handbouquet, red carpet and arch, the price is wow! awesome!! really!! beza RMxxx jugak ngan mak andam tu. booking date and terus bayar deposit. & aku msg mak andam tu bagitau cancel, and she said ok.


huh. dugaan sungguh.



& penutup minggu pening ni aku buat kuih cekmek molek untuk akak ipar aku sebab die mengidam nak makan. :p janji pagi ujung minggu, tp pagi ujung minggu adik ipar die ni sangat la tengahari! :p kuih cekmek molek + kopi o. pehhhh, meleleh ko!


sebelum dan selepas ;)
* sori ek org puj7, tok dan nak anta! :p*


Wednesday, January 13

::: of hantarans :::

aku berangan nak buat sendiri semua hantaran aku, InsyaAllah. tp dengan bangga nya nak bagitau yang aku langsung tak sentuh lagi semua bahan-bahan untuk buat hantaran. :D tak pe, lambat lagi kan???? sepatutnya aku da boleh nak menyibuk kan diri tapi disebabkan ade perubahan sikit, so aku boleh bersenang-lenang la lagi.

kisahnya, kebiasaan orang luar selain dari kelantan (setau aku la) bawak barang-barang hantaran masa nikah. tak kira ko nikah pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke kan?? tp kat kelantan lain sikit, semua barang-barang hantaran di bawa masa hari bersanding. masa nikah tu bawa mas kahwin ngan barang kemas untuk batalkan air sembahyang je.

nak dijadikan cerita, at 1st memang both side setuju nak bertukar barang hantaran masa hari bersanding. tapi tiba-tiba fMIL inform kat MR.K yang my side tak yah bagi barang hantaran tu kat diorang. kiranya masa hari sanding tu, aku hanya menerima semua barang hantaran dari mereka dan barang hantaran aku untuk MR.K di bawa masa bertandang nanti.

so kawan-kawan yang bakal hadir kenduri aku nanti tak dapat la nak tengok gubahan hantaran untuk MR.K nanti. ;) that's why la aku tak sentuh lagi bab-bab deco hantaran ni. lagipun kenduri umah aku beza 2weeks ngan kenduri di rawang. lepas naik cuti nanti pun boleh settle kan. tak de la pening sangat aku nak wat semua benda nanti. :D

pic from here.


pic from here.
*ade sape-sape nak g dua-dua kenduri, angkat tangan cepattttt!!!!* :p


Monday, January 11

::: benda berbulu :::

selamat siang!
dah banyak hari aku tak update blog. tak tau nape malas sangat. tapi blog-hopping ok je, rajin! macam kekurangan idea la, plus aku ni tak la kreatip sangat nak bercoret itu ini kan. dengan serabut kepala otak duk pk pasal kawen. tapi tak pe, akan aku cuba merajinkan diri selalu yek!

ni ha aku nak cite cket. korang2 semua suka kucing x??? arkkk..aku tak suka. sangat. takut. geli etc. tak tau kenapa tapi semua benda2 berbulu aku tak gemar. dari kecik sampai da besar panjang ni, aku tak pernah ada teddybear! series. tak pernah ada. sebab utama aku tak nak, berbulu, dan besar. hikhikhik. alergik aku dengan benda2 berbulu ni! :p

kalo aku g makan la kat mane2, especially kat kedai pakcik aku either keramat or kepong, kucing memang merata2. duk main kat bawah kaki!! adui, gelinye la hai, meremang aku bile kucing duk gesel2 kat kaki. sama ada aku secara auto melompat bangun, melatah tak tentu pasal, tak pun kaki aku angkat naik atas kerusi! :D

series, memang aku takut sangat. dan part yang paling best is, MR.K sangat suka kan kucing!!!! kat umah die mau dekat 10 ekor kucing ade! dari abah die sampai la adik die yang kecik, semua suka kucing. pernah 2 3 kali aku g umah die, kucing duk gesel kat kaki aku masa tengah makan, aku ape lg, melatah tak ingat! sampai kan abah die kene letak kucing kat luar supaya tak ganggu aku. hehehehe, baik kan! :p

aku tak tau la macam mana bile da kawen nanti ni, nak tak nak aku kene terima la kehadiran kucing ni as a part of family when i'm at rawang yet! uhuk uhuk mau sebulan dua tu asyik mengelak je dari jumpe kucing. ni siap MR.K minta lagi, kalo duk sendiri nanti, nak bela kucing. ayooooo!!! hmmmm..tengok la nanti ye syg! skang belom boleh lagi sebab duk kuarters! :p



eee..ai jeles tau kucing2 ni manje lebih2 ngan MR.K! :p

Friday, January 8

::: "Q&A Bride & Groom T-Shirt Giveaway!!!" :::


ehem2, ni 1st time aku join.
bride&groom t-shirt giveaway contest dari blog ni.
hehehe saje2 nk cube, nnt kalo menang bleh dpt t-shirt y cute miut tu! :p
bleh pakai sama2 ngan MR.K nnt! :p
the remark about man & woman aku x wat kat entry ni.
aku email je kat Q&A.
kalo ade sape2 nk join contest ni, xkire la pengantin @ x
sila la ke blog Q&A ye!termimpi2 nnt nk pakai baju tu!






Wednesday, January 6

::: sedapnya :::

aku rasa mcm nak makan mcm2 la. :)
bleh camtu??? huahuahua

selera skang makin menjadi plak.
xsedar diri badan da mcm belon! :(
tp series mmg nk makan je.

ayam percik!!

asam pedas ayam!!

jeruk pauh!!

terliurnye la hai.
kat sini mane ade jeruk pauh mcm tu.
rasa nk balik kg la! :)

Tuesday, January 5

::: entry kosong :::

salam.

napela ngan aku ni???
nak kawen x lame da lagi.
tp mcm mls je otak nk psl preparation.
padahal banyak lagi yang x settle.
sampai ke hari ni aku blom contact lagi ngan org khemah.
bukan aku xcall tp xpernah berjawab!
tu yang wat aku jd malas.
sourvenir mmg da settle tp kemungkinan besar ade tambahan.
tp mslhnya blom di decide lg.
skang mcm slow cket wat preparation.
tp hati mmg sgt2 excited. :p
barang2 hantaran alhamdulillah, byk yang da settle.
rumah pn blom cuci lg.
barang2 umah pn blom beli lagi.
aduh..pening jgk ek nak masuk umah baru ni.
mcm2 nk kene sediakan.
otak aku ngan MR.K ligat je duk pk $$$$$$ heheheh.
harap2 rezeki murah la.
harap2 jgk MR.K dpt backdated die dari julai thn lps!
whooott!!!whooottt!!! best tu!!!
heheheh

*ade sape2 nk bg hadiah kat aku???* ;)


Friday, January 1

::: the beginning :::

permulaan 1 jan 2010 mmg sgt cantik!!
cantik ngan berita kenaikan gred PA dari N17 ke gred N27!!!
syukur Alhamdulillah, Tuhan.
wooo..gile best.
skang da xjadi pembantu tadbir (kesetiausahaan) da, die jadi setiausaha pejabat!wlpn gaji x banyak sgt naik, tp ok la coz ini y di fight dari dulu lagi.
at lease org2 JPA dga & timbang la jugak nasib PA2 ni.
& at lease lgsg x membazirkan masa 2thn amik diploma dulu.
anyhow, congrats utk semua PA kat Mesia ni.
semoga kite dpt keje ngan lebih tekun & efektif lg :)
& PA y CTG jgn risau, korang pn terlibat sama!


*rezeki nk kawen knnnn????*