Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 31

alhamdulillah :)

salam dan hai semua.

da 2 minggu aku tinggalkan blog kesayangan aku ni.
hari ni aku kembali.
but actually aku da start kerja hari isnin.
tapi aku tak sempat nak berbloging sebab banyak benda nak di uruskan.

hurmmm..

aku kembali dengan membawa 1 gelaran baru hehehe
alhamdulillah semua majlis diberkati walaupun ada 2 3 perkara yang terjadi di luar dugaan.
sungguh itu ujian Allah kepada family aku.
kami sangat-sangat sedih tapi kami semua terima dengan redha.
ada hikmah di sebaliknya.
but overall alhamdulillah.
aku selamat menjadi isteri khairul azlie dengan sekali lafaz.

raw picture aku tak sempat ambil lagi dari photographer.
gambar yang ada dengan aku ni hanya dari kamera biasa.
layan la dulu ye sementara nak dapat raw picture.
insyaAllah aku akan cerita satu-persatu rentetan majlis kahwin aku nanti ye.
juga cerita pre-honeymoon kat bukit tinggi..hehehe..

ramai yang bertanya apa rasa aku sekarang?
sepanjang 2 minggu bergelar husband and wife, heaven! titik. :)
tapi aku belum sempat menjalankan tugas sepenuhnya lagi.
sebab hujung minggu ni majlis bertandang.
kiranya aku still pengantin baru lagi la! :p

for those yang doakan kebahagiaan aku, thank you so much dear!!
doakan kami hingga ke akhirnya, ok.





Friday, March 12

muncul sekejap :)

Salam dan hai

Hehehe tiba-tiba aku muncul kejap hari ni.
Ada siapa-siapa rindu kat aku tak? :p

Huh.
Series hari ni sangat-sangat penat.
Sangat-sangat kejar masa.
Dari pagi aku ke rawang, settle kan lollipop.
Pastu ke gombak ambil sourvenir.
Lagi ke jalan tar cari brooch, beli tudung.
Pastu panjat bangi pulak sebab appoinment kat spa. :)
Gila penat!
Tapi tak kisah la asalkan semuanya settle sebelum aku balik esok pagi.

Weh korang!
Tau tak aku dengan MR.K famous 3hari ni. ;)
Dari hari ni sampai sabtu.
Nak tau kenapa?
Muka kami terpacak kat banner entrance pameran pengantin kat pwtc!!
Hehehe..ni semua kerja owner tempat kami tempah kad.
Kawan MR.K yang kerja urban vibe tu bagitau.
Malu ko! Tp glamour la kejap! :p
Kenapa tah tauke kad tu letak muka kami. Dah la gambar tu aku sangat-sangat tembam!
Tak pe la,yang penting glamour mak!

Ok la.
Aku nak sambung kemas-kemas baju.
Esok pagi-pagi nak bertolak balik kampung! Yeeaayy!

Thursday, March 11

away

salam dan hai

kawan-kawan, hari ni aku last day kerja.
esok aku akan mula bercuti sehingga la 26 mac. :)
lama tak?? tak kan??
bagi can la sikit heheheh :p
tapi esok aku belum balik kampung lagi.
nak settle kan apa yang patut dulu kat sini.
nak pergi ambil 2 3 barang yang penting.
dan paling best lagi esok aku masih sempat untuk ke jalan tar! hahahahha
last hunting ok. ;)

so i'm heading hometown saturday morning with my sister, brother-in-law & sister-in-law.
doakan aku selamat sampai ye.
doakan juga semua majlis aku berjalan lancar tau.
nerves ko..series!
siapa-siapa yang nak ke kelantan tu, korang tau kan macam mana nak contact aku. :)

ok.
insyaAllah lagi 2 minggu aku akan bersiaran kembali.
tapi kalau sempat, aku cuba la online kat rumah nanti.
aku memang harap sangat korang semua doakan yang terbaik untuk aku.
sekali seumur hidup ni, weh! :p

tata tata tata tata......

Wednesday, March 10

suka dan frust

salam dan hai

hari ni pagi-pagi lagi aku dapat hadiah hehehe
ada pegawai kat opis aku ni bagi hadiah kawen in advance!
esok dia bercuti, jumaat pulak aku da start cuti.
so tak sempat nak jumpa dia.
lagipun dia da bagitau awal-awal tak dapat ke kelantan sebab ada urusan.
best rupanya ek dapat hadiah kawen ni! :p
baru aku tau perasaan pengantin heheheh
thanks puan.h.




hermmm..

aku ni terlepas 2 rezeki semalam.
aku berangan nak sewa veil from amy
tapi da ada orang yang wat payment lagi awal
so frust la di situ heheheh
lagi 1 aku nak sewa lantern jugak, tapi tak de colour.
try pulak dengan kak anil, pun tak boleh jugak.
memang bukan rezeki aku la tu.
tak pe la, aku nak cuba cari lantern tu kat kampung, kalo ada.
hehehhe tapi macam tak de je aku rasa! :p
nasib la...

Tuesday, March 9

this is how we met...

salam dan hai

hari ni aku rasa macam nak cerita sikit permulaan pertemuan aku dengan MR.K. sejarahnya sangat simple tapi seribu makna bagi aku. bila di ingat balik, rasa nak balik ke zaman tu, melalui semua tu sekali lagi. :)


5 years ago..

2004..

aku praktikal di kl. tapi before praktikal lagi sebenarnya hati aku luka parah sebab kecewa dalam cinta yang dulu. so aku berdiri semula dengan hati dan hidup yang baru. mulakan praktikal dengan diri aku yang baru. walaupun sangat pedih sebenarnya. sehingga la aku tamat praktikal hujung 2004, aku pulih dan kuat.

2005..

aku kembali semula ke kuantan untuk menyambung pengajian yang akan tamat lagi 6 bulan. penuh semangat dan iltizam hahahaha.. di saat tu, ada kawan aku yang jugak housemate MR.K, asri namanya nak kenalkan aku dengan dia. tapi aku tolak, aku malas. tapi aku tak tau kenapa aku terima jugak lepas 2 3 kali dia pujuk suruh aku contact ngan MR.K.

permulaan yang biasa, ber-sms-ing, ber-call-ing tapi still belum bertemu-mata-empat biji. keadaan ni berlanjutan hampir 2 bulan tanpa ada apa-apa declaration. satu masa yang agak singkat kan? tapi tak tau kenapa makin lama kenal dia, makin timbul rasa untuk lebih rapat lagi. kami decide nak jumpa. jumpa pun kat kedai makan je, paham-paham sudah la masa tu tengah study, masing-masing pokai heheheh..masa tu ramai kawan-kawan aku teman. faten, fara, ikma, ema (faiz, ema's fiancee pun housemate MR.K jugak). izah tak ada sebab dia selalu keluar dating dengan bad! :p

lama-kelamaan hubungan kami makin baik, and we declared as a couple on 08 feb 2005.
tempat, megamall kuantan. :) 1 kenangan manis yang memang tak kan aku lupa sampai bila-bila. no candle light, no card, no ring, no everything..just a word from him. it makes me fly to the sky..hehehehe

2006 - 2009

hubungan bertambah baik dan cemerlang! :p alhamdulillah..tapi biasa la kan pasang surut hubungan tu tak kan habis. lagi-lagi aku ni memang sangat-sangat keras kepala tak ingat. but he tatap bersabar dengan kerenah aku. :p and on 07 jun 2009, we decided to tie the knot with enggagement..alhamdulillah..

2010..

dengan izinNya, insyaAllah tinggal lagi 10 hari, kami akan bersatu. aku memang mengharapkan yang terbaik dalam hubungan ni. dan aku harap semua majlis-majlis aku nanti smoothly. harap kalian semua doakan kami ye.

asri, thank you so much..ko banyak berjasa sebenarnya! hehehehe

Monday, March 8

suprised yang menjadi

salam

jumaat lepas aku keluar dengan kawan-kawan aku.
tapi tak cukup geng sebab sorang nun jauh di paris, sorang nun di damansara, lagi 2org tak boleh datang.
so ber-4 je la keluar but we're totally enjoyed.
mula-mula rancang nak makan je kat taman warisan memandangkan putrajaya ni bukan ada tempat yang best pun.
tapi last-last, tukar plan.
pegi alamanda, having lunch at bowling cafe and karoks!!!
walaupun masa da hujung tanduk, tapi masing2 tetap tak nak stop berkaroks!
hehehehhe..thanks guys coz made my day!
next time kita menggila lagi ye..kalau boleh nak semua ada!




oh ye..

thank you so much for those yang bagi cadangan kat aku untuk buat suprised kat MR.K!
thank you!! thank you!!
agak menjadi juga rancangan yang aku plan dengan akak aku hikhikhik
tapi suprised hanya berbekal kan sebiji kek dan se-bucket kfc je.
tak kisah la kan, asalkan aku dapat happykan orang yang aku sayang!

kisahnya,

lepas MR.K sampai rumah, kami keluar pegi beli barang-barang kat hardware.
then terus pecut ke p16 untuk singgah makan dulu sebab masing-masing da kebulur.
lepas makan, kami gerak ke rumah.
angkut barang, tong-tang-tong-tang semua.
keluar pegi masjid solat zohor.

da settle semua, balik rumah nak memulakan kerja.
nasib aku baik sangat sebab MR.K cakap nak cuci toilet dulu.
yes2!!
then akak aku sampai..
menyorok diam-diam kat dapur hehehehe
aku ketuk pintu, bila MR.K bukak je, terus kami semua tiup ponn-ponn and bom tangan tu!!
alhamdulillah..thanks to my sister yang sama-sama mempoyokan diri pakai mask tu! hahaha tapi sorry la ye, gambar tak dan nak snap sebab sibuk sangat. :)

Friday, March 5

how to suprised him?

salam dan hai.

lega.
itu je satu perkataan yang sangat sesuai untuk aku sekarang.
banyak benda jugak la buat aku lega dan tenang sikit.
alhamdulillah.
aku da fix everything with akak khemah.
and last akan jumpa dj nanti bila da balik kampung.


haihhh..
penatnya menguruskan majlis ni kan.
tapi takpe, sekurang-kurangnya aku puas sebab aku buat semuanya sendiri.
di samping kakitangan kat belakang tu yang banyak membantu.


eh korang!
esok birthday MR.K la.
aku memang tak beli present apa-apa pun kat dia.
tapi aku rasa macam nak buat sesuatu la.
hari tu kami tak jadi pegi cuci rumah.
so kami decide nak g esok.
aku ingat nak wat suprise sikit kat dia.
boleh tolong aku tak bagi idea?
aku blur la tak tau nak wat ape.
tq in advance ok!

Thursday, March 4

raikan cinta

This is sticky mode. new entry kat bawah ye.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

You're cordially invited ke Majlis Perkahwinan saya, InsyaAllah.
Tak kira la bloggers ke, non-bloggers ke, silent reader atau sapa-sapa sahaja yang mengenali saya.


Majlis Resepsi 1, InsyaAllah pada DUAPULUH.MAC.DUARIBUSEPULUH.
Majlis Resepsi 2, InsyaAllah pada TIGA.APRIL.DUARIBUSEPULUH.


Saya dalam proses mengeposkan kad.
So please leave your address at my email : princess_zaha05@yahoo.com

Terima kasih.





*gila skema ayat aku!*



Wednesday, March 3

i don't wanna be a bridezilla

salam dan hai.

makin dekat hari besar ni, makin sakit kepala aku dibuatnya.
mana nak tahan berdebar lagi, mana risau pasal majlis lagi.
pasal makanan cukup ke tak.

ni ada lagi yang menambahkan pening kepala aku.
akak khemah oi....toloooong la angkat telefon tu!!!
da 3hari aku call tak berjawap.
kadang-kadang off.
aduiiiiii..pening la aku.
tolong la kak....majlis aku tinggal lagi 2weeks ni.
jangan la main macam ni.
hilang nyawa da aku rasa.
tangan ni da lenguh duk mendail no. dia.

nak suruh mie pegi jumpa dia, rasa macam menyusahkan mie plak.
sebab aku rasa aku boleh handle sendiri.
takpe, aku akan cuba call dia sampai dapat.
sehari aku nak call 100x hahahhaha
baru dia tau heheheheh
ok2, aku tak nak marah tak tentu pasal.
nanti hilang seri :p

eh, aku ni belum pegi spa pun lagi.
tinggal 2minggu je lagi ni.
nak kena call spa la wat appoinment.
heheheheh best-best..ai nak manjakan diri la sebelum bercuti ni. :)

Monday, March 1

belasungkawa

salam dan hai.

semalam geng-geng aku khususnya and BKP dapat berita yang amat sedih.
kehilangan Puan Hashimah bt Yahya, kak shimah.
satu kehilangan yang amat besar.

kisahnya arwah kena admitted hari sabtu minggu lepas.
kami semua sempat melawat arwah dua kali masa dia kat hospital.
sekejap dia ok, sekejap dia tak ok.
blood preasure dengan kencing manis kadang-kadang tinggi sangat-sangat.
tapi kadang-kadang normal.

arwah sebenarnya umpama mak bagi kami.
setiap geng yang ada masalah, mesti meluahkan perasaan kat dia.
dia sangat-sangat memahami.
hilang dia umpama hilang sebelah kaki kami.
tapi kami redha dengan ketentuan Ilahi.
Tuhan lebih sayangkan dia.

tiada lagi jeli kelapa, tiada lagi kari kepala ikan.
tiada lagi seorang mak yang membantu anak-anak dalam memberi nasihat.
nasihat mengenai rumah tangga, nasihat menjaga hubungan sesama insan.
tiada lagi.....


semoga arwah di cucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang mukminin.

Allahyarhamah Hashimah binti Yahya,
kami akan sentiasa merindui kamu, sentiasa akan mendoakan kamu, sentiasa akan ingat pesan kamu.....


Al-Fatihah......



arwah berbaju merah.