Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 26

jom joging dengan aku

salam dan hai.

ye..ye..aku tau aku da gemuk!!!
nanti aku diet la! :p and joging too..hahahahah
gemuk sikit je kot dari belum kawen!
kan bang???? :p

aaahhhhh.....
3weeks ni adalah sangat pack untuk aku dengan mr.k.
last weekend aku dengan mr.k follow mak balik pagoh.
hmmm..nice surrounding kat paya redan.
this is my 1st time ke rumah atuk mr.k.
jumaat malam gerak pukul 11.30 malam, sampai pagoh pukul 2.30 pagi.
sampai je terus tido. mengantuk yang amat!
sebenarnya dari dalam kereta lagi da tido! hahahah
nasib baik ude duduk depan, teman mr.k drive.
bini kat belakang berdengkur! hahahah kurang asam betul!!
bangun pagi tak pagi sangat la, kul 9.30! :p
maaf tuk, tak boleh nak bukak mata. :p

hari tu makan tengahari macam hari raya ko.
atuk siap buatkan ketupat lagi.
mak masak rendang daging, lodeh, kuah kacang and kari ayam! pehhhh!!!
series macam raya.
dekat nak maghrib maklong and makngah nya sampai.
lagi kecoh la umah.
i just wanna say that his family and my family lebih kurang je.
masing-masing suka berkumpul and buat kecoh! :p
alhamdulillah, harap-harap semua boleh la terima kehadiran aku sebagai orang baru ni.

this weekend kitorang nak ke kulim pulak.
mr.k's cousin punya kenduri.
the bride from kulim.
then bertandang kat serendah is on the next weekend!
sangat hectic ok 3minggu ni..
jangan collapse sudah heheheh

ehem..ehem..
semalam sesi menambah 1 barang dalam rumah! :) i loikeee!!! :)
petang ni delivery nya..
alhamdulillah...
next??? :p

Thursday, April 22

new life..

salam dan hai.

lama da rasanya aku tak kecoh kat sini kan.
asyik-asyik upload gambar kahwin je.
korang jangan boring tau! :p

sejujurnya,
marriage life is so beautiful, is so meaningful, is so heaven.
tapi kita tak boleh hanyut sangat dengan semua yang best-best tu.
kena beringat jugak yang dugaan akan datang bila-bila masa je.
tapi biasa la, tahun pertama dalam perkahwinan adalah honeymoon. :)
proses untuk mengenal pasangan masing-masing kan??
walaupun kita da lama bercinta & mengenali pasangan kita, tapi kita tak pernah hidup bersama dengan dia.
memang banyak la benda yang kita akan tahu bila da kahwin.
aku akui.
alhamdulillah, sebulan ni aku dengan mr.k masih boleh menerima sikap masing-masing.
heheheh best tau perasaan tu! ;)

aku belum lagi memulakan sesi masak-memasak kat rumah. :p
so sekarang memang selalu makan kat luar la.
tapi this is temporary je tau, bukan sampai bila-bila.
aku pun nak jugak tunjuk skill masak yang hebat sikit tu.
barang-barang rumah slow-slow topup la.
botak la mr.k kalo semua nak beli sekali gus kan?? heheheh







us. after a month.

Monday, April 19

sila jangan muntah edisi serendah

salam dan hai

ini adalah entry bergambar edisi serendah :)
maaf kawan-kawan, aku malas nak menaip banyak-banyak heheheh.





















Thursday, April 15

sila jangan muntah edisi pasir mas!

salam dan hai.

ini adalah entry bergambar. tq~















reception day

salam dan hai.

aku da dapat raw pictures, tapi tak boleh nak upload lagi la.
kenapa tah blog ni susah sangat nak upload.
still keep trying ni.


the reception day was great!!

except ada la part-part yang sangat menguji kami sekeluarga. sampai kan terpaksa anjak kan time untuk bersanding. dari pukul 12.30, di lambatkan ke pukul 2.00 petang. kami sekeluarga menangis tak henti. mie sampai nak pitam dibuatnya. tapi semua tu kan ketentuan Tuhan. aku tak kan reveal kat sini apa dugaan tu sebab ianya sangat berat. cukup la sekadar kami sekeluarga ambil iktibar dan pengajaran dari kejadian tersebut. yang lain, semuanya great!! Alhamdulillah...


ok.
aku nak war-warkan sikit mengenai vendor-vendor yang bertanggungjawab untuk merealisasikan hari bahagia aku. ewah-ewah!! :p heheheh..aku cuma nak berkongsi kebaikan dengan semua orang, mana tau ada yang nak gunakan kepakaran vendor-vendor ni, at lease boleh rujuk kat sini kan??

Pelamin, Make Up & Persalinan : Iwan Andam, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
Canopy : Ayu Catering And Canopy, Pasir Mas
Photography : Pixelworks Photography And Videography
Bunga Sabun : DiniGift, Gombak
Lain-lain sourvenir tambahan : Pasar Rantau Panjang :p

official vendor di atas are totally recomended!!! best!!! berbaloi-baloi!!!











ok la, aku nak continue upload pictures ni ok..tungguuuuuu

Wednesday, April 14

!!!!

salam dan hai.

kenapa aku tak boleh nak upload gambar????
tension nyaaaaa!!!!!

Friday, April 9

a week before and solemnization day

*amaran : entry ni sangat panjang. kalau bosan, sila tekan butang 'x' ok.


salam dan hai.

seperti yang aku janjikan.
aku cuba seringkas mungkin untuk lengkapkan rentetan kisah hari besar aku.

as usual sebagai bakal pengantin, memang seminggu sebelum kenduri merupakan hari yang sangat-sangat busy. seboleh mungkin aku nak buat semuanya tanpa menyusahkan sesiapa. kemas rumah, beli itu, beli ini, call orang tu, call orang ni. tapi alhamdulillah dengan bantuan all my family members, semua tu dapat disiapkan awal dari jangkaan aku. :)

dua hari sebelum nikah, pelamin da siap di pasang. canopy juga. semuanya aku puas hati walaupun ianya simple je. kaum kerabat dari kampung pun da sampai. masing-masing komited dengan tugas. heheheh.. syukur sangat-sangat sebab ramai yang membantu termasuk lah jiran-jiran. masing-masing memerah tenaga untuk merealisasikan impian raja sehari ni! :p

jumaat, 19 mac.

aku pagi-pagi da bangun untuk bantu apa yang patut. lepas ke depan, ke belakang pulak, pastu ke bawah garaj, ke depan lagi. heheheh macam tak cukup kaki aku nak berjalan. penat tak usah cakap la, Tuhan je yang tau. tapi pengalaman tu sangat manis, tak boleh dilupakan. i know every bride keep this sweet memory deep inside your heart kan??

aku sibuk menyusun meja tetamu, sibuk mengelap pinggan-mangkuk-cawan-bagai. sibuk bagi last touch-up untuk bilik pengantin dengan sis-in-law and aunty. sampai la pak andam aku sampai untuk pasangkan fresh flowers kat pelamin. then, he gave me a very bad story...dia tak boleh make-up kan aku untuk malam nikah!! sebab ada orang minta dia sangat2!! damn!! tapi dia cakap orang bawah dia akan make-up kan aku. hati aku memang da tak keruan. sangat-sangat nervous. tapi aku pasrah. da dekat maghrib, aku mandi dan bersiap. then orang yang replace abg wan pun sampai.

in the beginning, everythings went smoothly. sambil make-up, sambil berbual dengan aku. aku pun tak rasa ralat sangat sebab dia peramah. tiba part pakai bulu mata, aku da rasa lain macam. banyak kali dia pakaikan tapi tak melekat. almost 4 kali. aku da gelabah tak tentu pasal da, tapi muka cool je la. once da selesai, dia pun da melangkah keluar dari bilik aku, aku dengan cepat pandang muka kat cermin. Astaghfirullahhalazim....mengucap panjang aku. mata da merah, penuh dengan air mata, hati da sakit. make up aku sangat WORST!!!!! WORST!!!!! and WORST!!!!! aku sangat-sangat down and didn't stop crying. dalam hati sumpah seranah!!! kebetulan mie masuk bilik then tegur make up aku sambil gelengkan kepala....lagi aku menangis!!!!

nasib baik ikma ada. dia tolong tenangkan aku. aku menjerit panggil sis-in-law and my aunty. minta diorang betulkan makeup ni. dengan eyeshadow biru kat mata macam burung hantu, dengan blusher merah menyala macam udang kena bakar, dengan bulu mata palsu yang panjang sampai aku tak boleh nak buka mata, dengan lipstik yang PINK!!!!! argggggghhhhh!!!!! automatically aku cabut bulu mata palsu tu!! aku benci tengok diri aku dalam cermin. my sis-in-law and my aunty sangat bertungkus lumus siapkan aku sekali lagi. jam da pukul 8.15. pukul 9 da kena ada dekat masjid. dalam hati asyik beristighfar je. minta di permudahkan segala urusan. then my look turn to "ok la dari tadi", so nature, so simple. aku rela simple macam ni dari buruk gila macam tadi!!!

da sampai masjid, masjid pulak gelap gelita. pintu berkunci!!! korang boleh bayangkan tak apa aku rasa masa tu???? Ya Allah, dugaan apa pulak yang datang ni. tunggu punya tunggu, dekat 9.30 baru kadi sampai. dia ada hal yang tak boleh nak elak, terlambat sikit. aku pun macam whatever la, da malas nak fikir. so bila da masuk masjid, semua nya berjalan lancar dan dengan sekali lafaz, i'am belong to him for eternity, insyaAllah..


the reception day will continue later ok. da penat menaip sebab aku da lama tak menaip panjang-panjang. :p

update : i'm here...

salam dan hai.

alhamdulillah.
itu je perkataan yang paling sesuai.
selepas ke-3 majlis selesai.
fuhhhhh!!!! lega yang amat.
walaupun dalam ke-3 majlis tu ada macam-macam yang jadi.
walaupun ianya sangat simple.
tapi aku bersyukur sangat sebab majlis lancar.

jutaan terima kasih kat semua yang hadir.
the gediks, officemate, kawan-kawan.
thanks a lot.
aku betul-betul tak sempat nak layan korang baik-baik.
kalau ada kekurangan, aku minta maaf sangat-sangat ye.

ok, aku janji aku post gambar nanti ye.
sangat-sangat tak sempat nak jumpa photographer.
sibuk sikit la. dengan baru naik kerja, dengan nak kemas-kemas rumah. :)
sibuk melayan suami! :p hahahahah


p/s : kepada kawan-kawan yang ada gambar masa kenduri aku, tolong emailkan kat aku ye.

till then..
daaaaa....

Friday, April 2

on leave..again..

salam dan hai.

hari ni aku kerja halfday je.
sebab nak uruskan hal-hal untuk majlis bertandang esok.
selamba je aku tak cuti pun. hehehe..
mr.k da cuti dari semalam lagi.

pagi tadi family aku dari kelantan semua da sampai.
sekarang tengah berkampung kat rumah akak dengan abang aku.
termasuk la aku sekali. :p
tak kuasa la aku nak duk putrajaya sorang-sorang.
tak de kekuatan lagi heheheheh

so kawan-kawan,
aku akan start bercuti lagi ye.
5-7 april.
korang jangan tunggu-tunggu entry baru aku tau :)
nanti naik kerja, baru aku perah otak untuk menaip lagi. ;)

i would like to invite you, you, and all of you yang baca blog aku ni.
untuk ke majlis bertandang esok di rawang.
siapa-siapa yang nak map, email aku : princess_zaha05@yahoo.com

see you on thursday ok, guys!
doakan semua berjalan lancar ye.
tata tata tata.......