Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 31

senyum seindah suria

salam dan hai.

aku sambung lagu kat atas tu ye..

yang membawa cahaya
senyum lah dari hati, duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum, ku tersenyum
kemesraan menguntum :)

heheheh
hari ni chenta hati ai balikkkkkk :)
of coz la ai senyum sampai telinga!
kalau kena dengan masa, aku akan pegi ambil dia.
hmmm..nak masak best-best sikit la hari ni.
:):):):)
heheheheh jangan marah ye!



Thursday, May 27

terungkai segalanya

salam dan hai.

mr.k da pergi kursus tadi pukul 3.
dia singgah ofis aku kejap bagi kunci rumah.
sedih sangat...macam tak nak bagi je dia pergi. :(

Allah tu Maha Mendengar dan Mengasihani.
walaupun berat hati aku, tapi aku Dia bagi seperti yang aku minta.
aku nak kan kebenaran, dan kebenaran tu muncul.
Alhamdulillah, aku terima dengan redha walaupun sedikit kecewa.
at lease aku tak tertanya-tanya.
ada sebab kenapa sesuatu perkara tu terjadi kepada kita.
sabar dan tabah, itu saja kuncinya.


aku bersyukur padaMu, Ya Rabbi....

husbandless

salam dan hai.

starting from this evening until monday, hidup aku akan sunyi la.
my lovely mr.k kena pergi kursus.
aku akan membawa diri ke puncak jalil la petang ni.
mungkin rumah abang aku, tak pun rumah akak aku.
tak decide lagi nak bermastautin kat mana.
being husbandless for 5days 4nights.....
owwwhhhh...sedihnya....

sepanjang 2 bulan ni, aku belum pernah jauh lagi dengan dia.
jauh pun tak pernah, apatah lagi tidur berasingan.
sunyinyaaaaaaaaaa.........
sobbb...sobbb...... :(
macam mana nak tidur nanti takda orang bobok??
:(

semalam aku da siap packing semua barang dia.
sayu gila dalam hati.
bawak pakaian cukup-cukup untuk 5 hari.
nanti dia tak payah nak basuh-basuh da kat sana.
cadar, bantal, selimut.
macam-macam aku pesan kat dia.
tinggalkan sweet note sekali dalam buku note dia. :)

sedih wehhhhh.....
time baru kahwin ni la kena pergi kursus pulakkk.
dulu masa bujang takda nya nak hantar kursus!
menduga hati betul la..hehehehe
aku pulak nak duduk rumah sorang-sorang macam tak berapa nak berani. :p
belum ada kekuatan lagi.
sebab tu bawa diri ke puncak jalil.
boleh adam dengan amir temankan di kala kesunyian. cehhh!!!



*i know i will missssssssss him so damn much........*

Tuesday, May 25

just for you

salam dan hai.

semakin hari aku semakin rindu kat besties semua. ezah, farah, sarah, ikma, faten, ema & kety. rasa macam da lama sangat tak kumpul ramai-ramai, melepak, makan-makan, bergosip! last berkumpul masa kenduri kat rumah mr.k. tu pun 2 bulan yang sudah. tu pun secara formal. tak boleh nak gila-gila! :p

nanti la aku cuba organize kan program untuk geng gedik ni ye. sebab kalo jumpa mesti tak cukup korum. kali ni nak sangat biar cukup semuanya! :) nak tengok gelagat ezah dengan ikma yang cakap banyak. nak dengar si sarah bercakap laju. nak perhatikan si farah yang blurrrr je sepanjang masa. nak kacau si faten dengan ema yang malu-malu bila cakap pasal 18sx. padahal dalam hati suka! :p
nanti aku inform kat korang ye.. :)


nak contoh

salam dan hai.

aku ada persoalan ni. :)
aku nak tau exactly warna belacan tu macam mana?
sama tak dengan fuschia?
kalo korang ada link2 yang ada contoh warna belacan, link kat aku ye.

tq in advance! :)

Monday, May 24

feeling well

salam dan hai.

korang semua sihat tak?
aku alhamdulillah, ok sikit la.
tapi masih lagi dibelenggu dengan pertanyaan....

kursus minggu lepas sangat best!!
sangat-sangat best!!
penceramah sangat-sangat best!!
sangat pandai attract audience, tak jemu!
tak cukup dengan lawak jenaka dia, dia tambah lagi dengan chicken dance!
best!! :)
sampai aku boleh lupakan sekejap masalah kat ofis, masalah aku.
harap-harap mood ni berpanjangan.

hurmmm..
da 2bulan lebih aku tak balik kampung.
rindu sangat kat mie dengan abah.
hari khamis lepas call mie, tiba-tiba menangis.
rasa rindu sangat....
mie cakap nak rindu apa nya, da ada suami.
tapi tak sama kan???
suami lain, ibu lain....
nasib baik jugak la ade mr.k, nangis la kat dia. :p
cepat la cuti sekolah
tak sabar nak balik kampung ni!!!


*mr.k, i missed u damn much!!!

Thursday, May 20

salam dan hai.

semalam aku mc.
sangat tak sihat & menyedihkan.
harap Tuhan jauhkan aku, suami dan kedua keluarga dari sebarang penyakit.

sepatutnya aku berkursus dari semalam sampai esok.
tapi disebabkan semalam mc, so aku dapat 2 hari je la berkursus.
hari ni dengan esok aku hanya boleh menjadi blog-hopper je ok. :)
daaaaaa....


Monday, May 17

sesi percambahan pendapat :)

salam dan hai.

what a great weekend untuk aku ngan mr.k sebab kami hanya duduk bersantai di rumah je. :) for the 1st weekend since we're married! yes, it's true! kalo tak sibuk je ke sana, sini, program itu, program ini. Alhamdulillah..2 bulan berlalu as husband and wife, we manage to understand each other. i'm so happy having you as my life partner, dear.. dear Allah, thank you for sending me a great man!

here,

i want to share my 10cent though about being the 1st in-law in his/her family. menantu pertama, kakak ipar pertama, adik ipar pertama or-what-so-ever. how do you feel guys?? like me, aku memegang semua gelaran-gelaran kat atas tu. actually sangat berat sebenarnya sebab bila kita menjadi yang pertama, for sure la his/her family akan meletakkan expectation yang sangat tinggi pada kita. mampu kah kita buat itu, buat ini. perangai kita, perilaku kita memang akan diperhatikan dan dinilai oleh parents-in-law kan?

as for me, i'm just be myself. just me. kadang-kadang tu parents-in-law mengharapkan yang kita boleh buat ini dan ini, sedangkan kita tak mampu nak buat. what would you do? buat ikut kehendak mereka sedangkan kita tak mampu or just leave it? pendapat aku, aku akan buat jugak tapi setakat mana yang mampu aku buat. even tak capai standard yang ditetapkan, aku pastikan aku buat. bukan untuk mengaburi mata orang tua, hipokrit ataupun tunjuk baik, cuma sekadar membuktikan yang kita tak lemah dan boleh jaga anak mereka.

memang happy sebenarnya dapat jadi yang pertama dalam family-in-law. sebabnya selalu didahulukan dalam apa-apa hal sekalipun. :) yepp, yang tu memang aku admit. belum ada persaingan yang sihat dengan menantu lain :). and you will always jadi tempat untuk parents-in-law merungut, meluahkan rasa, berkongsi idea dan pendapat dan tak lupa juga mendapat nasihat, tunjuk ajar dalam hal-hal kekeluargaan. :)

this is just an opinion ye..jom la kita berkongsi pendapat sama-sama.

Thursday, May 13

meh kita pakat-pakat jaga

salam dan hai.

i'm just want to share something yang aku baca dalam paper.
ini untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga kita.

"kata orang, tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak sehebat Sulaiman."
"mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha."

jom kita share info ni..

Nilai Tubuh Wanita Kepada Lelaki.

Aroma Badan
Lelaki suka bau badan isteri yang harum terutama selepas bangun tidur. Di tambah lagi dengan haruman pewangi yang masih terlekat di bantal. Alangkah indahnya pagi yang sebegitu.

Kulit
Wanita tidak perlu berkulit putih. Yang penting kulit dirawat dengan betul supaya terus selembut bayi. Tentu sekali suami tak akan jemu-jemu membelainya.

Payudara
Bab ini memang pesona paling menggoda. Malah para pakar pun mengakui melihat payudara boleh memanjangkan umur. Tentu sekali payudara tak perlu semontok Madonna. Yang penting ada bentuk payudara dan memberi respons apabila disentuh suami.

Bibir
Selalu orang berkata mengenai bibir seksi. Bagaimanakah bentuk bibir yang seksi? Jawapan mudah untuk ini ialah yang mudah dicium. Pakailah gincu yang bersesuaian supaya suami tergoda untuk mengucup mahupun menciumnya.

Rambut
Rambut adalah mahkota wanita. Ia juga tarikan kepada lelaki. Rambut tidak perlu panjang mengurai atau hitam berkilau. Cukuplah kalau kelihatan sihat dan berbau harum. Rambut adalah bahagian penting yang selalu dicium mahupun dibelai suami.

Mata
Selalu orang mudah terpukau dengan mata yang bersinar. Ditambah dengan bulu mata yang lentik dengan bantuan kosmetik, tentu sekali pemandangan syurga buat suami.

Bahagian tubuh lain yang perlu diambil kira dan disukai lelaki ialah kuku (untuk cakaran membangkit berahi), leher dan bahagian bawah telinga. Rawatlah bahagian penting tubuh ini agar rasa kasih sayang suami terus membara.

credit to akhbar utusan malaysia


:)

Wednesday, May 12

syyyhhhhh....

salam dan hai.

i'm not felling well.
sakit pinggang macam nak patah.
and soar throat.
i'm just being a silent reader.
and blog-hopping only.
temporary.


Thursday, May 6

nurse yang tak bertauliah

salam dan hai.

risau pulak aku kes H1N1 ni. makin lama makin banyak pulak. aku ingatkan da habis la hari tu, rupanya muncul lagi. korang-korang semua kena jaga kebersihan tau, jaga makan. kalau da demam nanti, kena cepat-cepat pergi check. denggi pun sama. kat putrajaya ni pun banyak jugak kes denggi. menakutkannnn....

2 hari lepas mr.k pun demam jugak. hari selasa tu mula-mula selsema je, pastu datang pulak batuk berkahak, datang pulak sakit-sakit urat. aku da mula risau, ajak dia pergi klinik tapi dia taknak. aku balik kerja, masakkan sup ayam, lalu je makan. hehehehe...bila malam, demam dia datang balik. panas gila, batuk teruk sangat2. aku buatkan air halia. lepas dia minum, terus muntah..banyak sangat sampaikan sesak nafas.

tengok jam, da pukul 12 malam, tapi aku rasa macam tak sedap hati je. tak sampai hati sangat tengok dia macam tu. ajak mr.k pergi klinik jugak untuk sedut. puas pujuk dia, baru la nak pergi. aku pulak duk timbang-timbang, nak pergi emergency ke nak ke az-zahrah @ an-nur. pikir punya pikir, emergency pun mesti lambat jugak. so aku bawak la dia pergi az-zahrah. lepas doc check semua, pergi sedut, amik ubat, balik da pukul 1.30 pagi. sampai je rumah, terus dia bagi makan ubat. baru la nampak dia bernafas ok sikit dari tadi. lega sikit hati aku...

semalam mr.k macam da ok sikit. hari ni dia da pergi kerja tapi still batuk-batuk berkahak lagi. teruk sangat dia demam kali ni. selalu dia demam biasa-biasa je, ni sampai sesak-sesak nafas...

abang...sihat cepat tau...i love u.... :*


p/s : terpikir nak masak apa hari ni... :)

Monday, May 3

in cameron with love~~

salam dan hai. :)

semalam balik dari kulim, kitorang semua drop by kat cameron highlands.
saja nak cuci-cuci mata.
dari kulim ke simpang pulai, then ke cameron.
balik turun ikut tapah sebab dari tapah, 2 jam je sampai bukit beruntung.

singgah avant chocs, singgah pasar cameron, singgah jugak dekat ladang teh.
lagipun pergi ramai-ramai kan.
semuanya stok-stok singgah je.
nak pulak semalam ramai gila kat sana!!
pack yang amat.
sampai kan jem sepanjang jalan nak turun dari brinchang ke tanah rata.
lagi jem kat lata iskandar.
sesak gila kat situ!!

aku pun tak banyak ambil gambar pun.
sekadar lepaskan gian je :p
nanti pergi lagi la tapi taknak la pergi weekend! pack!



awatnya lagu tu cheq oi????

salam dan hai.

aku kembali bersiaran..cehh macam la aku ni pengacara tv popular!

adui...sakit2 badan aku dibuatnya. mr.k pun sampai demam selsema. penat sangat minggu ni.

hmm..
nak cerita sikit pasal kenduri kahwin mr.k's cousin kat kulim.
the kenduri is so-so je.
bukan pasal orang kampung ke apa, aku pun orang kampung jugak.
tapi adalah sangat penting untuk kita menyambut tetamu yang datang kan??
lagi-lagi tetamu tu rombongan pengantin!

pagi sabtu pukul 10 nikah, ok la.
tapi pengantin perempuan tak boleh masuk dalam masjid sebab .....
fine..tapi bergambar & bagi mas kahwin kat tangga!!!
err..err...aku ada kurang setuju sikit kat situ.
tapi takpa la dua-dua pengantin & family members tak kisah.

masa rombongan kami sampai, tiada pun yang menjemput!
betul, aku tak tipu.. kan bang???
there's no kompang, it's ok..
there's no dj & pa system, it's ok..
there's no one sambut kedatangan rombongan pengantin lelaki, it's not ok!
totally not!!
no one yang datang ambil barang-barang hantaran dari tangan kami semua.
lagi best boleh pulak tuan rumah cakap macam ni..

"mai la masuk, bawak semua barang-barang tu dalam rumah" :(

OMG..kesian la kat semua rombongan pengantin lelaki..
berdiri je depan khemah sebab tak da orang nak sambut barang-barang.
my MIL & FIL muka masing-masing da bengang da.
siap pesan jangan masuk, bia diorang datang ambil.
ye la kan, kita ni tetamu.
bukannya tuan rumah!

pengantin memang la tak boleh nak buat apa-apa da.
lagipun tu kan hari istimewa depa.
malam tu terus kitorang meeting.
make sure kita layan diorang 1st class nanti.
so minggu ni aku ngan mr.k jadi wakil tuan rumah..ekekekeke :p

ni just untuk pengetahuan & pengajaran je.
bukan untuk mengaibkan sesiapa.
supaya lepas ni tak jadi lagi macam tu.

peace no war! :)

p/s : 1 gambaq pun takdak!