Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 30

donut oh donut

salam dan hai.

aku selalunya masak setiap hari.
hari kerja ke, hari minggu ke.
memang aku masak sebab mr.k ni jenis yang suka makan kat rumah.
masa dia bujang dulu-dulu pun macam tu.
so aku memang kena tingkatkan ilmu masak-memasak ni. :)

tapi ada jugak hari yang aku tak masak.
kalau mr.k ada operasi, dia akan makan tengahari siap-siap kat ofis.
so aku tak payah masak lagi da petang.
bagus jugak ek?? heheheh

semalam pun dia ada operasi jugak.
aku pun tak masak la, tapi dia request nak donut.
biasa la, isteri yang baik hati lagi cantik ni mesti la buatkan, ye tak???
kletung-kletang la kat dapur buat donat semalam.
uurrpppp!!! kenyang...
opppsss...sorry :)





great weekend-part 2!

salam dan hai.

tadi cerita hari sabtu.
ni part 2 cerita hari ahad pulak! :) jangan bosan ye baca.
kalo bosan, nampat tak 'x' kat atas tu???tekan je ok!

hari ahad pun aktiviti kami penuh jugak.
tapi penuh dengan agenda tersendiri la. :p
bangun pun da tak berapa nak pagi sangat.
sarapan pun aku buat nasi goreng je.

da siap makan, buat kerja rumah sikit.
cuci kain, lipat kain, iron baju seminggu, sapu sampah.
semuanya gara-gara nak keluar berdating dengan mr.k.
punya la lepas kawin malas nak keluar.
duduk rumah lagi best kan yang?? -_-"

kuar rumah pukul 2ptg.
1st mula kitorang pergi ikea. cuci-cuci mata.
pusing punya pusing sampai nak tercabut kepala lutut.
then balik singgah ioi mall pulak. pusing jugak sampai la maghrib.
bila da nak gerak balik, mr.k ajak pulak singgah jusco equine park.
fuhh..ni memang betul-betul berjalan!
sampai-sampai rumah da pukul 10.30mlm.
terus menepek kat sofa, tak larat gila rasa.
da lama tak buat gila macam ni!

masing-masing tak boleh tidur malam tu sebab lenguh betis! heheheh
nak sangat berjalan kan??? :p
sampai kan hari isnin dua-dua tercuti sebab tak larat nak bangun!


great weekend!

salam dan hai.

sabtu lepas aku pergi kenduri my-lovely-best-friend-ever, farah malik! gedik clans yang ke-7 da selamat jadi isteri orang. tinggal la lagi sorang cik ema ni, bersedia la ye. :p farah nikah hari jumaat malam, sabtu was the reception. actually kami-kami rancang nak ke PD jumaat lagi. stay kat sana 1 malam. tapi atas sebab-sebab yang tak boleh nak elak, sabtu je la perginya. so tak dapat la nak tengok farah nikah.

gerak dari rumah kul 9.15 walaupun da janji dengan izah nak gerak before 9! heheheh sorry dear! tiba-tiba tengah isi minyak, terjumpa ein dengan cik abang dia kot. dia nak follow jugak pergi kenduri farah. berkonvoi la kami 3kereta ke PD.

sampai rumah dia, terus je meluru ke bilik pengantin! heheheh buat macam rumah sendiri! farah baru nak dimekapkan. so sempat la kitorang bergosip! sambil bergosip, sambil tolong apa yang patut. da siap make up, da siap pakai baju semua, tiba-tiba farah punye korset macam longgar! kesiannya. dia cakap dekat mak andam dia, mak andam tu boleh cakap, ala takpa longgar sikit je! WTH!!! da la dua-dua kerek gila, kan zah??? whatever la, aku dengan izah memang senyap je la, sambil bergosip melalui mata! hahahahha

bila farah da siap, kitorang pun nak keluar la kejap g makan. lagipun masing-masing tinggal laki kat luar. heheheh sorry bang! :* tengah nak keluar, faten sampai. tak sempat nak bergosip dulu dengan dia sebab perut da lapa gila. bila da siap makan, baru la ema ngan ikma sampai. ishk, lambat la korang ni! :p baru best sikit nak bergosip bila da cukup korum + tak la boring sangat mr.k kat luar bila ada faiz. tapi sebenarnya tak cukup jugak sebab sara dengan kety takde.

bila semua da siap makan, kitorang semua masuk bilik lagi sekali. tapi masa ni izah da balik sebab laki dia kerja petang. pukul 2 rombongan lelaki sampai. adat johor ni ketat jugak kan??punya la banyak tol sedara-sedara farah sekat si naim tu. hehehe macam kelakar pulak. sampai depan pelamin pun bertol lagi! ada sorang makcik farah ni duk menjerit-jerit kat belakang kitorang..kalo taknak bayar tol, ha bersanding berdiri la kamu,,takdenye kami nak bagi duduk.. ahahahaha pecah perut dengar makcik tu bercakap.

semua majlis farah lancar & selamat. tapi biasa la, takde majlis yang sempurna. mesti ada cacat jugak walaupun sikit. lubang kat situ, kurang kat sini. itu kan normal, di luar jangkaan kita. farah dengan naim sama-sama lawa. sangat cantik, sangat gebu. baju pun cantik sangat cuma kureng bintang untuk mak andam dia.








selamat pengantin baru my dear farah & naim. semoga hubungan ko berkekalan hingga ke hujung nyawa. we love u always and forever!!

kul 3 lebih aku, ikma dengan ema nak gerak balik. tapi geng-geng suami ni nak melepak minum pulak. singgah solat kejap pastu pergi minum dekat bangi kopitiam depan pantai kat PD tu. lama jugak la melepak sampai 5 lebih. heheheh lama da rasanya tak melepak macam ni kan ikma??? best pulak aku rasa! lepas minum masing-masing bawak haluan sendiri. aku dengan mr.k balik putrajaya, ikma ke kl ada birthday party then ema ke melaka singgah umah FPIL.

hurmmm..masing-masing da ada kehidupan berkeluarga. tapi jangan lupa ya. kawan-kawan juga penting tau! :)

Friday, June 25

bikin gua panas jeeee

salam dan hai.

huh!
aku ingat pagi-pagi jumaat ni boleh mendamaikan hati aku.
tapi rupanya tak pun.
lagi menyakitkan hati ada la!

aku memang sangat-sangat pantang kalau bukan kesalahan aku, tapi diletak kat kepala aku!!
aku SANGAT PANTANG OK!
KAU PAHAM TAK WAHAI BUKAN PEGAWAI YANG BERLAGAK JADI PEGAWAI????
PAHAM TAK????
aku memang geram sangat ni!!!!!

aku taknak jadikan blog aku yang suci ni tempat melepaskan geram.
tapi sebab aku da tak tahan sangat!
benda kecik macam tu pun ko nak salahkan aku!
tu nasib baik aku tolong tau!
kalo aku buat bodoh je ambil benda tu untuk aku dengan bos aku je baru ko tau!
aku ni kemain lagi nak tolong semua kat seksyen ni!!!!
tak pasal-pasal aku yang kena kenapa??
kalo ko nak tau ko punya kat mana, ko tanya la kat admin!
bukan tanya dan salahkan aku!!!
eeeeee....geramnyeeee!!!!!!

sabar zaa....sabar.....astagfirullahaladzim.......
haih...merosakkan mood aku betul la perempuan ni!!!!


yang mana lagi sesuai?

salam dan hai.

ok, da siap kira untung rugi gaji bulan ni. -_-"
so da boleh update blog la hari ni.

aku tengah confuse sekarang ni.
aku tak tau nak guna facial apa.
semua produk yang aku guna, tak menjadi pun.
sekarang aku guna safi rania gold.
tapi macam takde efek apa-apa pun kat muka aku.

aku pun tak tau muka aku ni jenis macam mana.
berminyak sikit, jerawat kecil-kecil, kusam.
nak pilih produk macam mana ek??
korang ada tak pakai produk apa-apa yang sesuai & menjadi??
kongsi dengan aku boleh??

Tuesday, June 22

rezeki datang lagi

salam dan hai.

wahhh..hari ni best sangat-sangat.
aku ingatkan bulan depan dapat gaji backdated.
tapi rupanya bulan ni!
tadi dapat slip gaji, bukak terus tengok gaji bersih..wallah!!
makcik kayo!!!
thank you!! thank you!!

so bulan ni agak berlebih la jugak kan.
alhamdulillah rezeki. :)
kena berjimat-jimat sikit, nanti tengah sesak boleh guna.

da la tu membebel.
ai nak pergi kira untung rugi gaji bulan ni..
daaaa...

Monday, June 21

sejuk macam air batu!

salam dan hai.

aku baru baik dari ciriti biriti heheheh..
dari hari jumaat lagi sampai la semalam.
lunyai badan aku kekurangan air.
habis mr.k borong pil chit kit teck aun kat kedai nak bagi bini dia yang cun makan.
sekarang da ok da, cuma kadang-kadang perut memulas lagi.

weekend lepas balik rawang sebab da lama tak balik.
program adalah sangat best!!
kitorang pergi berkelah dekat air terjun kaki genting!!
setengah jam je dari rumah PIL.
pehhhhh...gila best!!
bakar ayam, bakar ikan, makan nasi lemak, mandi sungai!!
air sungai dia tersangat la sejuknya.
tempat dia pun cantik.
aku rasa lagi sejuk kot dari sungai congkak.
celup je kaki, sejuk terus sampai kepala, da la airnya jernih.

gerak dari rumah kul 8.30pagi.
kitorang melepak kat sana sampai 1.30petang!!
punya la budak-budak taknak naik dari berendam heheheh
aku memang berendam kejap je la.
tak tahan sejuk ko..wakakaka..
tapi maaf la ye, aku langsung takdan nak vain-vain depan kamera!
so takde la gambar-gambar kat sana.

bila da sampai rumah, masing-masing bantai tido sebab penat sangat.
bangun-bangun pukul 3.30, tengok mak da siap masak!!
hahahaha gila teruk menantu! :p

overall picnic kali ni agak best jugak!
nanti nak pergi lagi ye bang :)
korang nak ikut x??? :p



Wednesday, June 16

ko baru nak terhegeh-hegeh?

salam dan hai.

aku sekarang tengah sangat-sangat sibuk.
sibuk apa korang nak tau?
sibuk menggantikan puasa. heheheheh
punya la malas nak ganti.
da dekat nak ramadhan baru la nak terhegeh-hegeh ganti puasa.
mula la terkejar-kejar semua benda nak buat.
teruk betul aku ni! :p

kononnya berazam nak ganti puasa terus bila masuk tahun baru.
tapi, haram!
sempat puasa berapa hari je awal tahun tu.
nasib baik masuk rejab ni da sedar nak ganti puasa.
kalau dibuatnya sedar bila masuk syaaban, macam mana? heheheh

tapi untuk ramadhan tahun ni, aku memang betul-betul azam la.
nak ganti terus puasa, tak nak tangguh-tangguh da.
lagi-lagi bila da kawen ni. :p
kena planning baik punya!
fuhh, agak mencabar jugak puasa tahun ni.
1st year berpuasa sebagai isteri orang ni.
kena pikir nak masak apa untuk berbuka.
kena variasi kan menu masakan & kuih-muih.

eh, korang semua da habis ke ganti puasa?
jangan tak ganti lagi la sayang-sayangku sekalian.
jom kita puasa ramai-ramai!!

Friday, June 11

direnjis-renjis dipilis

salam dan hai.

seperti yang aku janjikan.
perkahwinan sepupu aku minggu lepas.
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
sekali lafaz je, hebat jugak sepupu aku ni.
majlis kat rumah pengantin perempuan 6.6.10, kat rumah makcik aku 8.6.10.
kedua-dua majlis adalah majlis kesyukuran.

rumah pengantin perempuan ni dalam kawasan pondok agama.
so khemah jamuan makan di sekat antara lelaki & wanita.
pelamin pun takda sebab pengantin perempuan tak nak bersanding.
majlis yang simple yet sweet. :)
kenduri kat rumah makcik aku pulak ada pelamin & bersanding.

overall both reception sangat sweet.
aku dengan mr.k pun sangat-sangat la penatnya.
takpa, ni sorang je sepupu yang besar.
yang lain semua kecik-kecik lagi hehehehe
tapi sayangnya
kenduri kat rumah sepupu aku, aku tak sempat nak snap 1 gambar pun.
yang ada cuma gambar aku bergedik kat pelamin pagi sebelum bersanding.
hehehehe tak nak terima gelaran pengantin basi lagi tu! :p
ok, enjoy the pics yang kurang kualiti ni ye :)







Thursday, June 10

double trouble yyeeaayyy!!!!

salam dan hai.

phewwww!!! akhirnya penantian aku selama dua bulan berbaloi ok.
album kawen da siap!!!! yeeeaayyy!!!!! :)
thanks pixelworks!!! you did well!!
semuanya empat album. 2 storyboard and 2 sticky album.
tapi kat tangan aku sekarang hanya ada storyboard je.
sticky minggu depan pergi ambil.
dapat lagi 3keping 10r free!!
berbaloi-baloi ok.
best!!best!! :)

layout gambar cantik!
editing cantik!
gambar depan cantik!
hardcover album cantik!
aku cantik!heheheh
pendek kata memang semuanya cantik!
aku dengan mr.k PUAS HATI SANGAT-SANGAT!! :)

thank you pixelworks!!
tnahk you pixelworks!!
thank you pixelworks!!
heheheheh :)


cinta itu ibarat mata, kaki dan tangan

salam dan hai.

seminggu blog ni berhabuk!
sorry sangat-sangat aku memang tak sempat nak berblogging kat kampung.
sibuk yang amat!!
nanti aku cerita pasal kenduri kahwin sepupu aku ye.
sekarang aku cuma nak berkongsi 1 email ni.
mr.k forward kan.
sangat menyentuh hati.
jom share sama-sama.


Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih...lelah. Alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya. Bahawa saya inginkan perceraian.

“ Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “ Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. ” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, Nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan peraasannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “ Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti? ”. Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“ Siti ada 1 soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, akan Siti ubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti? ”

Dia termenung dan akhirnya berkata. “ Abang akan memberikan jawapannya esok ”. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah segelas susu hangat yang bertuliskan..

“ Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu. Tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya. ”
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“ Siti boleh mengetik di komputer abang dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. ”
“ Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu untuk Siti ketika pulang ” .

“ Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari 1 lot kedai ke 1 lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah. ”

“ Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”

“ Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan jadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami. ”

“ Siti selalu menatap komputer, membaca buku, dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. ”

“ Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu. ”

“ Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. ”

“ Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti. ”

“ Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti, abang tidak akan menahan Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“ Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan
pintu rumah kita. Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”

“ Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia. ” Saya terpegun. Segera saya memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh, kini saya tahu. Tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

“ Itulah cinta. Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam *kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam * kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan senbelum ini. ”

“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan-itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan-itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan-itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. ”
“ Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan. ”
p/s: begitu susah kita menyemai cinta, jangan disebabkan perkara kecil boleh menjadi punca untuk perpisahan.

Thursday, June 3

sweet or not?

salam dan hai.

wahh..hari ni da hari khamis kan?
cepat pulak rasanya minggu ni.
being silent reader 2 3 hari this week.
sebab aku nggak tau mau update apa.
macam da hilang punca heheheh
plus takda cerita yang menarik sangat nak dikongsikan.

my journey as wife setakat ni sangat-sangat best!
tak pernah aku sesibuk ni masa bujang-bujang dulu.
ye la, dulu masa bujang takda pikir nak masak. (breakfast biasa combine dengan lunch! jadi la brunch!)
takda pikir nak cuci baju berapa kali seminggu.
iron baju kerja pagi-pagi.
takda pikir hujung minggu nak bangun pukul berapa. (kalau keluar dating baru bangun awal!)
balik kampung sesuka hati bila rasa nak balik.

tapi sekarang semuanya berubah ok.
pagi-pagi kalau sempat, siapkan milo untuk mr.k.
petang-petang balik kerja, bersilat masak kat dapur.
cuci baju 2 hari sekali.
hujung minggu bangun awal sebab nak siapkan breakfast. (da tak boleh brunch)
iron baju untuk seminggu sekali gus.
nak balik kampung pun kena plan betul-betul.
sebabnya of coz la mr.k akan balik sama.

banyak benda kena ubah bila da jadi isteri orang.
pergaulan kena jaga.
perangai bermalas-malas kena buang. :p
kena jaga maruah suami dan kedua keluarga.
rupanya berat jugak tanggungjawab sebagai seorang isteri ni kan.
aku akan cuba adapt slow-slow la, insyaAllah..


tak sabarnya la hai nak balik kampung esok!!!