Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 29

my backbone

salam dan hai.

ye..
aku tau aku bukan lagi pengantin baru.
da 4 bulan lebih da kawen kan.
tapi takpe kan kalau aku nak cerita jugak??
ini kan belog aku.
sapa yang tak nak baca, boleh tekan 'x' ok!

ni bukan kisah tulang belakang aku sakit @ patah.
ni kisah tulang belakang masa kenduri dulu.
kalau la takde mereka-mereka ni, for sure aku kawen koboi je!
hehehehe

1st of all, mesti la mie dengan abah tersayang!
penat lelah, jerih payah, bersengkang mata & airmata.
sangat-sangat aku hargai.
tak ternilai dengan wang ringgit.
sampai sekarang kalau bersembang pasal "kejadian" tu, mie dengan abah tetap lagi menitiskan air mata.
terima kasih. kamu la syurga ku.



2nd, my siblings & in-law.
ini pun ye jugak.
masing-masing mengerah keringat 4 kerat untuk realisasikan majlis aku.
wang ringgit diorang macam air untuk aku.
da la kak ira sarat mengandung, kak nani mabuk-mabuk.
kak na pulak ada shasha yang kecik lagi.
tapi masing-masing hebat ok!

3rd, the one and only my handsome uncle!
oowwhhh..dari kecik dia bersama kitorang.
sponsor terbesar masa majlis pertunangan & perkahwinan!
orang lain tidur, dia jaga lauk bawah khemah!

4th, auntie and uncle2 yang lain.
diorang pun sangat berbakti ok.
uncle aku yang baju oren tu siap bawakan ikan keli 1000 ekor tau!
heheheh tq!


5th, our relatives.
ni bawak dari jauh ok.
nun dari thailand sana!
sangat banyak tenaga korang digunakan.
sampaikan aku tak payah cuci-periuk-belanga-bagai!
clear! tq so much!!

dan yang lain-lain pun aku ucap thanks jugak!
my cousins, jiran tetangga.
sangat berterima kasih!

how sweet memories it was!
aku akan ingat sampai akhir hayat ku.


cuci the musical

salam dan hai.

hari ni mood adalah lebih baik.
alhamdulillah, semoga berkekalan. :)

tapi rutin harian aku tertanggu sikit hari.
semuanya pasal cuci-cuci the musical service.
maintenance mencuci tingkap & dinding bangunan.
untuk level 4 south core, diorang nak ke luar kena melalui bilik aku.
so terpaksa la ai merelakan ok!
demi nak kan tingkap bersih, ai sanggup. :)

ni la antara staf diorang yang datang mengerjakan bilik aku.



menakutkan ok!
cuba bayangkan ni baru level 4.
kalau klcc tu macam mana la kan?

tapi kan,
yang aku curious nya, tak kan ni kerja maintenance?
bukan ke kerja ni kena upah kontraktor?
sebab korang bayangkan diorang ni takda insurance pun buat benda alah ni.
kalo la tertimpa sesuatu, macam mana kan?
ni tanggungjawab head of maintenance or ministry?
mana pergi peruntukan yang diberi?

hurm...
renung-renungkan & selamat beramal!

Wednesday, July 28

terima kasih, ya.

salam dan hai.

untuk kawan-kawan yang bagi semangat tu, thanks a lot ye.
i really appreciate it.
aku tau bukan senang kan?
insyaAllah aku cuba kuat lagi.

ye,
hari ni blogspot buat hal pulak!
actually dari semalam ok.
tak boleh nak upload gambar.
adui, tensi sangat.
baru nak berkongsi cerita.
da 2 hari da entry tu kat dalam draf je heheheh.

& aku sekarang tengah menunggu hari untuk menyambut kehadiran si kecil.
bakal anak buah yang ke-6!
fuhhh~~~abis la duit gaji aku raya ni!
& semestinya menunggu kehadiran mie tersayang.
yang akan menjaga kakak iparku masa pantang nanti.
boleh la aku bermanja-manja tido bawah ketiak mie heheheh


*tak sabar ok nak tengok CSI TRILOGY malam ni! jom nonton ramai-ramai..harap-harap best la!*



lagi.

salam dan hai.

kecewa.

takpe, aku redha.

semoga kami dimurahkan rezeki olehNya.

Tuesday, July 27

semua dalam satu!

salam dan hai.

arghhh..sengal-sengal badan aku ok.
so semalam aku telah mencutikan diri dari bekerja.
mr.k pun! :)
bestnya bermalasan di rumah.

dekat tengahari kitorang pergi alamanda.
beli barang dapur sikit.
masa nak balik terjumpa pulak dengan ezzah!
dush!! hehehehe
menyembang kejap je sebab dia dengan akak dia.

oh ye..
semalam jugak adalah anniversary ke-5 aku bekerja sebagai penjawat awam!
alhamdulillah.
rezeki yang tak di sangka.
aku bekerja seawal umur 20tahun.
ye, aku tau kerja gomen gaji ciput.
tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak sempat nak menganggur pun.
so kepada semua PA di Malaysia
especially POLISASIANSSS...
Happy 5th anniversary to all!!
semoga kita berkhidmat dengan lebih cemerlang!

one more thing!
please click this url
kalau tak boleh, search "lawak siot" kat youtube.
sebab ada adegan silat-menyilat masa kenduri bertandang aku kat rawang! :)
thanks to ntah-sape-ntah yang masukkan video tu ye.
famous mok! :p

Thursday, July 22

kap kun kap

salam dan hai.

walaupun hari ni rasa lambat, tapi hari ni adalah sangat best!
hehehehe
kawan-kawan kat opis hari ni macam hantu!!
masing-masing buat lawak!!
sakit perut aku gelak sambil guling-guling!
wakakakakaka tak boleh blah masing-masing!!
dengan kak nini, clement, kak nana & ain!
sama naik semua!!

kap kun kap..klong klang klung klang kap!!
hahahahaha
u guys really made my day!

ha,
ada lagi sorang.
tapi dia ni everyday made my day.
make me flying without wings.
make me wanna be with him every single second.
of coz la mr.k, who else kan???
abang, jangan lupa ye apa yang abang janji petang ni.
i tunggu abang kat rumah tau.
jangan balik lambat ye sayang! ;)
(sila jangan muntah, ini adalah aksi 18sx!)


ni gambar lama masa berhanimunan kat bukit tinggi.
baru nak share, da basi da pun! heheheh




love is forever

salam dan hai.

adui, baru kul 11 ke?
nape aku rasa boring sangat hari ni?
macam lama sangat je masa berlalu.
perut da la berkeroncong ni! :p
kebulur da ha!
padahal pagi tadi da makan nasi goreng.
ishk perut ku, jangan la macam ni.
kesian kat aku nak menjaga kamu tau!

owhhh.
aku sudah jatuh cinta.
jatuh cinta kat lagu love is forever!
sangat-sangat jatuh cinta tau?
sehari aku duk ulang lagu ni je la.
mau berbelas kali jugak.
tak jemu sangat!
muse memang best ok!


I was searching; you were on a mission,
Then our hearts combined like a neutron star collision,
I had nothing left to lose, you took your time to choose
Then we told each other with no trace or fear that

Our love would be forever
And if we die, we'd die together
and lie, I said never
Cause our love, would be forever

The world is broken, and halos fail to glisten
We try to make a difference but, no one wants to listen
Hell the preachers Fake and proud, their doctrines will be cloud
Then they'll dissipate like snowflakes in an ocean

Love is forever
And we'll die, we'll die together
and lie, I said never
Cause our love, could be forever

Now, I've got nothing left to lose, you take your time to choose,
I can tell you now without a trace of fear that

My Love, will be forever
And we'll die, we'll die together
And lie, I will never
Cause our love, will be forever


*my love to mr.k pun forever jugak!*
*alamak, hari ni ada jualan! lingkup duit aku!!*

Wednesday, July 21

saat itu..

salam dan hai.

takut.

berdebar.

berat.

gementar.

ini yang aku rasa sekarang.

umpamanya menunggu di dalam jaringan besi-besi penjara.

umpama menunggu untuk dijatuhi hukuman.

hukuman yang maha berat.

ke mana boleh aku lari?

ke mana boleh kaki melangkah?

no!

aku tak boleh lari.

itulah namanya ketentuan.

sangat berat menunggu saat itu.

Tuesday, July 20

new place..new mood..

salam dan hai.

hari ni boring sangat-sangat kerja.
kenapa la hai.
semua kerja da siap.
bos pulak pagi tadi meeting.
petang pulak pergi meeting kat melaka.

aduiai,
ada bos pun boring, tak de bos pun boring.
macam ni la PA, nak buat macam mana kan? ;)

dalam dok boring-boring ni.
aku macam teringin nak rasa suasana baru pulak.
rasa macam susun atur meja kerja ni boring je, suram je.
aku pun mula la sesi deco-deco-deco sorang-sorang kat bilik ni!
heheheheh :p
sekadar mengisi masa lapang la kononnya! chet! :p
sambil-sambil layan lagu muse, love is forever! sangat best!!



and last but not least,

of coz la yours truly, ;)


ok.
now let's start our working time with a new mood girls!

Monday, July 19

baru lagi ke?

salam dan hai.

fuhh..
da empat bulan kawen.
aku rasa macam baru je semalam kenduri.
tak sedar diri betul la, inai pun da abis kat jari.
yang tinggal pun ibu jari kaki je la.
boleh duk mengaku pengantin baru lagi sambil tayang ibu jari kaki!
bahahahahah
ade je la aku ni!

how i missed that time so much!
masa kitorang keluar hunting for barang-barang kawen.
masa keluar hunting for wedding card.
masa keluar hunting for wedding shoes.
rasa macam nak lalui sekali lagi! boleh tak yang?? :p

ok,
now i know.
kenapa isteri susah sangat nak tinggal suami sendirian kat rumah.
bukan sebab 'tu' je, tapi tanggungjawab yang lain pun.
walaupun agak berat nak pikul, tapi kalau kita ikhlas semuanya akan jadi senang.
for those yang masih lagi pjj (perkahwinan jarak jauh) tu, cepat la usahakan sesuatu.
agar kamu dapat bersama dengan pasangan kamu secepat yang boleh.
nanti kamu akan rasa nikmatnya.
kamu akan rasa kebahagiaannya.
aku doakan kalian ok!

kini,
aku persembahkan kat kamu semua......




yours truly :)




jangan marah ye! :)

Friday, July 16

apakah itu?

salam dan hai.

jumaat adalah penghulu segala hari.
dan jumaat adalah hari terakhir bekerja!!
yeehhhaaa!!!
esok cuti!!


eh..gambar apa pulak kat bawah ni??
jom kita tengok..




santan???

*

*

*

*

*

*


pulut???

*

*

*

*

*

*

*


durian???

*

*

*

*

*

*

*

*

hahahahaha!!
jom kita makan pulut durian!!
resepi asli dari kelate.
uiissshhhh...sedapnya..
meleleh air luir ai tau!
2 thumbs up for me!
ececece puji diri sendiri.
tak, tak..laki ai yang puji tau! :)

Tuesday, July 13

:)


อรุณสวัสดิ์
คำสยามพยายามทำวันนี้
hehehehe
ฉันแค่พยายามสนุกเจ :)
ลาก่อน!

ini hari apa menu??

salam dan hai.

semalam aku tak lunch pun kat ofis.
sebab mr.k tak keluar site & dia nak makan kat rumah.
aku pun jenuh la jugak duk pikir nak masak apa.
at last, dia jugak yang bagi cadangan wakakaka..

mr.k request nak makan nasi goreng pattaya dengan paprik ayam.
ermmm..macam selera je bila bayangkan! :p
lepas balik kerja, aku pun zaaaasss pegi pasar.
sampai je rumah, solat kejap pastu terus ke dapur.

ok, da siap!! jom makan!!




tambah pulak dengan tea o panas.
fuhh!! masing-masing kekenyangan macam ular! :p


*hari ni puasa, InsyaAllah. nak masak ape tak tau lagi.*

Monday, July 12

senyum untuk 4 tahun

salam dan hai.

buenos dias!
me ancanta el espanol!
campeon del mundo espanol. el mejor!!
no hay valor??? hahahaha :p

huh.
gigih cari perkataan sepanyol ok!
kata juara dunia, mesti la bangga! ;p
tutup cerita world cup.
sebab apa-apapun untuk 4tahun ni,Spain was the world champ!!
now back to basic.

ok-ok.
cukup cik kak oi!
minggu ni cerita biasa-biasa saja.
yang best cuma dapat berkumpul dengan siblings walaupun tak semua.
ada kak nani & abe gee pun ok la kan??
hari sabtu kumpul kat kepong, restoran uncle aku.
kebetulan ada 2 lagi aunty aku kat situ.
makan ayam percik!! pehhhh..sangat best!

hari ahad pulak aku melepak kat rumah abe gee.
kak nani pun datang jugak!
masing-masing duk memujuk aku & mr.k tidur kat rumah kak nani.
sebab nak ramai-ramai tengok bola!
tapi apakan daya, banyak benda menunggu kat rumah.
next time ok??

minggu ni jugak la kitorang operasi bersih rumah kaw-kaw punya.
cuci toilet, mop lantai, cuci kipas, cuci veranda depan belakang.
tapi tu mr.k yang buat. :)
aku tukang masak, lipat kain & iron baju je!
aku pun dengan cemerlang memasak tau.
daging kicap la, telur bistik la, asam pedas ayam la.
wahh..skill masak da di tahap boleh dibangga kan!
jangan marah..heheheh :p


* viva espana!*


Friday, July 9

hari ni hari jumaat

salam dan hai.

korang ada plan nak pergi mana-mana ke weekend ni?
aku duk rumah je rasanya minggu ni.
nak gotong royong dengan cik abang bersihkan rumah.

so,
have a great weekend dear!
nanti story morry kat blog korang masa weekend tau!
aku nak baca! heheheh
daaaaa.....

Thursday, July 8

el-matador!! yuhuuuu

salam dan hai.

yeeehhhaaa!!!
semalam Spain lawan Germany.
aku dengan mr.k excited gila.
kitorang bentang toto, tidur depan tv!
heheheh

and as you know, Spain menang 1-0 ok!!!
Spain go to final!!! yeeehhhhhaaa!!!! :p
bravo la Puyol!!
best gila game semalam.

oh.
kepada Germany's fan kat office ni, sila buat sambal sotong banyak-banyak.
then korang makan ye! :p
harapan aku Spain boleh tentang Dutch habisan final nanti!

GO SPAIN!! GO SPAIN!! GO SPAIN!!

Wednesday, July 7

i missed them....

salam dan hai.

hati anak perempuan, memang macam ni kan?
cepat sangat tersentuh.
mudah sangat mengalirkan air mata.
tambah pulak aku yang sememangnya ratu air mata ni.
sememeh!

semenjak da kahwin ni, setiap kali aku call mie atau abah aku mesti menangis.
tak banyak, sikit pun mesti menangis jugak.
walaupun sekadar berair tubir mata.
tak tau kenapa.
mungkin rindu.
mungkin rasa jauh.
mungkin...

tapi sebelum kahwin pun aku da memang berjauhan dari mie & abah.
kenapa ye??
setiap kali bercakap dengan mie, mesti terselit emosi sedih.
tak kira la keluar dari mulut aku atau pun mie sendiri.
mungkin mie pun rasa apa yang aku rasa.
jauh dari aku.

dengan abah pun kadang-kadang termenangis jugak.
tapi memang hati luluh je, sebak sangat.
atau aku je yang berperasaan macam tu?
ye..
mungkin sebab aku agak rapat dengan mie & abah.
sebab aku membesar di rumah.
masa da kerja pun aku boleh balik kampung bila-bila yang aku nak.
ye..mungkin sebab tu yang buat aku rasa sedih.

tambahan pulak tanggungjawab aku sekarang untuk suami.
berada di sisi suami setiap masa.
tak.
jangan salah paham.
mr.k sangat-sangat memahami isteri dia yang sememeh ni.
da banyak kali dia suruh aku balik kampung kalau aku nak.
cuma aku je tak nak.

hmmmmm....
how i wish that mie & abah are here now.
i really missed them.
so damn much...






trying to the max

salam dan hai.

ok.
kumpul tenaga banyak-banyak.
pastikan fizikal dan mental di tahap yang terbaik.
jangan lupa banyakkan berdoa.
minggu ini adalah minggu percubaan sehabis baik.
semoga result bulan depan cemerlang ok!


:)

harap-harap ujian kali ni berhasil!

Tuesday, July 6

profession baru

**psst : sticky mode

salam dan hai.

hari ni kerja aku bertukar sekejap.
asalnya PA tapi hari ni nak jadi tokey used car!
boleh gitu??? :p
abang aku mintak tolong ni.
dia nak let go second car dia.
minta tolong aku promote kan.

Kereta : Perodua Viva (Auto), Black Colour
Tahun : 2008
Plat no. : WRL ****
Spec : Premium, Airbag Passenger and Driver, ABS, Flip Side Mirror
Condition : TipTop
Price : RM31.5k (boleh nego)

kalau ada siapa-siapa yang nak, boleh email kat aku (princess_zaha05@yahoo.com) atau contact terus abang aku 019-3803466, email (akudegil@yahoo.com)

tq! :)


ok, da tukar balik jadi PA yang cemerlang!

Thursday, July 1

spa??da tak perlu da :)

salam dan hai.

hari ni aku nak berkongsi lagi tips yang aku dapat.
bagus jugak dapat info-info macam ni.
boleh la aku kongsi dengan korang semua.
tapi tips ni hanya untuk yang da berkahwin sahaja tau.
yang tak kahwin lagi boleh baca je, nanti lepas kahwin baru cuba. ;p
keep reading girls!

Seks Bagus Untuk Kulit

Seks itu banyak manfaatnya. Antara yang biasa kita dengar ialah membakar kalori, menenangkan fikiran, mengukuhkan hubungan dan sudah tentu mengembangkan zuriat. Tetapi yang ini jarang kita dengar - seks bagus untuk kulit. Tertanya seks bukan saja bikin awet muda tetapi juga menjadikan kulit lebih cerah dan lembut.

Kulit Bersinar
Hubungan seks dapat melancarkan pengaliran darah. Ini sekaligus membantu mengalirkan oksigen ke kulit dan membuatnya terlihat lebih cerah. Seks turut membantu membuang racun-racun di dalam tubuh dan membuat bibir terlihat lebih penuh!

Kulit Bersih
Seperti juga ketika bersukan, seks dapat mengurangkan tahap hormon dan kemudiannya menyeimbangkannya. Kesannya, kulit menjadi lebih cerah dan rambut juga lebih sihat.

Kulit Tidak Kering
Kulit kering boleh diatasi dengan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Fungsi seks juga seperti air iaitu melembabkan kulit supaya tetap sihat. Ini kerana dengan seks, darah akan mengalir ke seluruh badan secara lebih efisyen. Tetapi ini bukan bermakna keprluan air dalam badan boleh digantikan dengan seks.

Kulit Lambat Kedut
Kita biasa lihat rakan sebaya tua daripada umurnya. Mungkin itu tandanya dia kurang aktif melakukan hubungan seks. Melalui seks, kolagen akan dikeluarkan yang fungsinya dapat mencegah bintik-bintik pada wajah dan memperlambatjan kerepot. Dalam hal ini, tentu sekali seks tidak ada tandingnya dengan mana-mana masker atau perawat muka.

Sudah jelas kan betapa besarnya manfaat seks. jadi jika anda sebagai isteri/suami bosan untuk melakukan seks, fikirkan sahaja manfaatnya pada kulit anda. Tidak perlu susah-susah untuk rawatan muka - goda saja pasangan anda! :)