Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 30

Merdeka!

salam dan hai.

happy!!
memang riuh rumah aku!!
best sangat-sangat.
family-in-laws datang mengubat rasa rindu ni
rasa rindu aku kat family aku
rasa nak berkumpul ramai-ramai sekeluarga

but,
let it be a memory in our life ok!
malas nak cerita panjang-panjang :D
yang penting aku dengan mr.k happy to the max!
hahahahah

Esok MalaysiaMerdeka Ke 53!
Selamat Menyambut Hari Merdeka, Rakyat Malaysia!!
Cintai la Negara Kita Yang Aman dan Makmur Ini.
Jauhi lah Segala Perkara Yang Boleh Memporak-Perandakan Negara Kita.
Merdeka kan lah Diri Kita!
Semoga Allah Merahmati dan Mencucuri Nikmat Kepada Negara Malaysia!
Merdeka!! Merdeka!!

Wah, sungguh patriotik!!



p dot s : Selamat bercuti!



Friday, August 27

lenguh kaki tangan segala!

salam dan hai.

:D
korang jangan la marah ye.
aku gurau-gurau manja je semalam!
heheheheh
hidup kan tak boleh serius je, kena ada gelak tawa
baru la aman sentosa! wakakaka sentosa katanya!

alhamdulillah
settle kerja aku kat maxis ngokngek semalam
tapi aku tak jadi ke klcc
mr.k kata malas tengah-tengah bandar sana
dia ajak aku g the gardens.
ai on je heheheh
membazirkan masa lebih kurang one hour kat maxis.
lepas tu kitorang melepak kat midvalley
beli barang-barang sikit je tapi berjalan je lebih ;)

bila da pukul 6, terus lincah ke keramat!
da alang-alang kat kl, harusla berbuka kat kedai uncle aku
lepas je parking depan kedai, tengok-tengok ada kuda hitam.
macam nak cam je kuda hitam tu, rupanya abang aku ada jugak kat situ
berkumpul la secara kecil-kecilan heheheh

orang ramai sangat-sangat semalam
rezeki bulan puasa kan
standard kalau kitorang berbuka kat keramat
mesti minum je dulu
sebab siapkan customers punya makanan first
kita takpe, tuan tanah kedaung kedai!

takpe lambat, makan puas hati, heh!
sembang punya sembang, jam da kul 11, baru masing-masing gerak balik!
tapi satu je kempunan, tak dapat makan pulut pauh!! argghhhh!!
takpe, nanti repeat lagi ok, bang!


happy weekend, dear...masak sedap-sedap tau!




p dot s : oppss...hari ni family-in-laws datang berkampung kat rumah! riuh ok! :D



Thursday, August 26

aku kena pergi

salam dan hai.

wahai kawan-kawan
aku dengan sedihnya nak bagitau korang semua
aku mintak maaf sangat-sangat tau kalo ada tersilap bicara
penulisan aku berakhir di sini hari ni.
maafkan aku, semua!!
nanti mesti aku rindu korang!
rindu nak komen, nak baca cerita korang.
rinddduuuuuu.....
tapi aku kena hentikan jugak merapu kat blog kesayangan aku ni.



sedih





kecewa





rindu





pilu






tapi untuk hari ni je la ye
sebab aku halfday hari ni
nak ke maxis center, klcc :D
sebab urusan bil telefon aku!
sambil-sambil bershopping raya!
maxis ni ngok jugak kadang-kadang!!
but TODAY je tau!:p
esok ai sambung merapu semula ye!
BYE!!BYE!!

:D


Gerak tubuh/Bahasa badan

salam dan hai.

hari ni sekali lagi aku nak share dengan bloggers semua.
it's all about MAN.
are you ready, girls???
jom kita korek rahsia kaum ini. :D


Membaca fikiran lelaki daripada gerak tubuh atau bahasa badan mereka bukanlah hal yang sukar dipelajari. cuma perlukan daya pengamatan lebih tajam dan hasilnya, banyak kebenaran boleh terungkap. tetapi inilah selalunya kelemahan wanita. mereka sering mengenepikan isyarat daripada bahasa badan lelaki sedangkan ia boleh memberi panduan untun wanita membuat keputusan.


Lelaki Sedang Berbohong
Perkara yang biasa dilakukan oleh lelaki semasa dia cuba berbohong ialah menggaru hidung atau telinga. dalam suasana lelaki khuatir tembelangnya pecah, degup jantungnya akan meningkat. aliran darah akan naik ke hidung, telinga dan dagu yang menyebabkan bahagian badan itu merasa gatal. nasihat daripada pakar, teruskan bersikap ramah. ajukan soalan seolah-olah menunjukkan rasa ingin tahu tetapi jangan sesekali bernada tuduhan. anda harus bersikap sabar dan ajukan soalan-soalan yang memancing jawapan jujur. lama-kelaman dia akan terperangkap dalam kebohongannya sendiri.

Maruah dan Ego Tercabar
Dalam suasana ini, lelaki biasanya akan memegang jam tangan seolah-olah mahu membetulkan kedudukannya. fitrahnya lelaki memang suka menjadikan dirinya seperti pahlawan. keyakinan dirinya akan jatuh jika ada orang mahupun pasangannya merendahkan dirinya. berilah waktu untuk lelaki mendapatkan semula keyakinan diri.

Bimbang Dalam Hubungan
Seperti menyembunyikan sesuatu di tangan adalah antara tanda yang boleh dibaca seseorang lelaki itu sedang memikirkan hubungannya dengan anda. lelaki dalam dilema ini akan menjaga jarak dan terlihat sengaja menjauhkan diri, maksudnya dia sedang berfikir mengenai hubungannya dengan anda. wanita pula seharusnya turut membuka diri dan bersedia mendengar serta menerima apa jua yang ingin disampaikan. jika lelaki tidak mahu berterus terang pula, berilah dia waktu untuk memikirkan langkah terbaik.

Ada Khabar Buruk
Tandanya ialah mengetap bibir. teorinya lelaki yang ingin menngeluarkan sesuatu dari dalam dirinya, mulutnya menjadi tegang. jadi kalau ada lelaki menggigit bibirnya, itu tanda dia sedang dalam kebingungan. mungkin sahaja dia sedang serba salah untuk memaklumkan mengnenai kehadiran orang ketiga. nasihatnya ajukan soalan yang memancing dan mesra untuk mengetahui hal sebenar.


fuuuhhh...lenguh jari-jemari ai yang mulus menaip ok.

so woman out there, be extra careful ok.
jangan menjadi mangsa jantan jalanan jahanam (dalam ek eleh afdlin) lelaki ye.
tapi ai tau, suami/tunang/boyfriend kawan-kawan semua baik-baik kan.
kita doa je la agarnya jodoh berpanjangan ok.
bye!


p dot s : credit to Utusan Malaysia.



hari ni da Ramadhan ke-16

salam dan hai.

how are you, lovelies??
aku sihat, tapi semalam mood swing-mwing sikit
rasa lemau je, tak bersemangat.
tapi tu semalam la, hari ni cargas! hahahaha

alhamdulillah.
kita da lengkapkan setengah dari bulan Ramadhan.
tinggal lagi setengah untuk dipenuhi.
kat opis ni memang lagu raya da berkumandang dari hari ke-10 lagi.
over sehhh!! :p
but it's not me ok!
aku belum turn on lagi sebabbnya aku tak tau mana aku save lagu-lagu raya yang lepas.
arggghhh...satu hal pulak nak cari balik!! mencikkk!!!

so, bila da masuk pertengahan ni
paham-paham je la selera pun da kurang
nak masak pun tak tau menu apa lagi-lagi bila sahur
aku tengah duk pikir idea menu apa yang boleh bukak selera sikit
macam semalam aku masak simple gile, kering je.
nasib baik mr.k ok, tak kisah takde kuah-kuah pun.
kadang-kadang makan kering macam ni membuka selera jugak kan?



ayam masak merah



hati pedal ayam + buncis + sohun



sambal belacan



this one buatan mr.k..sandwich tuna pedas tiptop!




p dot s : alhamdulillah, dapat duit raya 500! tapi bonus hujung tahun apa cerita???




Tuesday, August 24

here we go!

salam dan hai

berpinau mata aku duk edit gambar-gambar ni tau!
tapi untuk tatapan pembaca blog aku ecececece
aku tahan kan jua!

and to soulsisters,
aku email kat ezah sorang je tau
nanti korang tag la dengan dia ok!

one picture tell you a thousand story-mory-morning-glory!
layankan saja gambar kami semua bergediks!
masing-masing tunjuk skill kegedikan! ahaks!!

enjoy the pictures!!!!



new bibik in the house!


our appetite yang diambil sesudah makan


soulsisters mula bergedik!


bergedik lagi dan lagi!


ikma buat hal duk sebelah laki aku! hahahah see muka malu mr.k!


abaikan aku yang menari cak-pong-cak-pong!


pengantin baru vs pengantin lama




p dot s : soulsisters, next activity is???


Monday, August 23

ciput je dulu

salam dan hai.

ahh..hujung minggu pulun tidor sampai lebam ok!
hahaha buruk perangai laki bini ni.

last weekend was great!
really great!!

masak, berbuka, masak lagi and berbuka dengan soulsisters! :D

venue : rumah ikma, puncak jalil
makanan : macam-macam ada, pot luck.
ikma : nasi kerabu
aku : spaghetti and bubur jagung
faten : bubur pulut hitam and puding roti
ezah : sup tulang takde pun sambal tempe
sara : tomyam campur
ema : satay and otak-otak
fara : KFC!

gambar menyusul kemudian ok! mata ai da macam panda ni.
mengantuk sangat-sangat!

oh ye,
partners masing-masing adalah sangat sporting ok!
best2!! :D


Thursday, August 19

bulan ke berapa?

salam dan hai.

hari ni cukup 5 bulan kami bernikah.
alhamdulillah, we're doing fine!
harap kekal sampai akhir hayat.

tapi rezeki yang satu tu belum lagi.
insyaAllah, aku cuba amalkan apa yang diajar oleh kawan-kawan kat opis ni.
cuba untuk mengawal perasaan.
no more sedih-sedih ok.
setiap kali aku sedih, mr.k akan sedih jugak.
ok, ai janji dengan u. ai tak bagi u sedih lagi ye. :*

zaa,
after this, jaga makan, jaga kesihatan.
pandai-pandai curi the right time ok!
aku tau ramai lagi kat luar sana yang trying to conceive.
including me. :D
plus, banyakkan berdoa.


ok, just a short jot down here.
till then!


abah, ayah, papa, daddy....

salam dan hai

hari ni aku nak berkongsi cerita sikit.
aku dapat ni from seorang blogger.
thanks to her sebab sharing this with semua.
walaupun panjang, tapi baca la.
untuk renungan kita bersama.



"Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal.."



p dot s : abah....orang rindu abah......


Wednesday, August 18

kisahnya

salam dan hai.

kan semalam kononnya aku nak masak ikan sambal je.
tapi tak jadi la.
laki mak mintak nak makan benda lain hehehhe
dia nak makan ikan sweet sour.

aku pun bersilat la klentang-klentung kat dapur tu.
kejar masa nak pergi pasar lagi kan.
so menu semalam ikan sweet sour, kobis goreng & telur dadar!
air kopi panas ye, sejuk-sejuk ni stim dapat air panas.
tapi kan semenjak puasa ni, kami tak sentuh ais lagi.
tebu ke, bandung cincau ke, kelapa ke.
bagus, bagus!


ihsan pakcik google.

aku biasa la, masak lebih sikit masa berbuka
sebab boleh buat sahur sekali.
nasib baik mr.k ok je.
sebab ada sesetengah orang, sahur nak lauk baru.
jenuh la bini masing-masing nak masak pagi-pagi buta tu!

so semalam ikan ada lebih sekor untuk sahur.
kononnya nanti sahur nak buat ikan bilis goreng dengan cili api je.


tapi...


aku tak sedar sahur pagi tadi!!!!!!
aduiai.....teruk betul!!!
aku awal tidur semalam, pukul 10.
sedar-sedar pukul 5.
pastu snooze kan henpon kononnya nak lelap kejap je.
skali bangun, pukul berapa korang nak tau?
5.55 pagi!!!! 5.55 pagi ok!!
nak korek hidung pun da tak sempat sebab da subuh!!
geramnya kat diri sendiri.
tapi aku kejut jugak mr.k.
dia kata takpe la, kita tidur je la balik!
wakakakakaka

so hari ni pepagi lagi perut da kreakk-krukkk-kreeekk-kruuukkk
aku ok lagi, kesian kat laki aku la.
da la hari ni kena kuar site!
nasib la bang dapat bini macam ni! hahahahha
esok mesti bangun ok!

mesti!!


p dot s : uikkss..hari ni makan free la, ada agihan makanan kat opis! confirm sedap punye!!



Tuesday, August 17

kenapa aku takde?

salam dan hai

kemudahan ict sekarang memang sangat meluas. macam-macam network connections yang ada. friendster, fb, twitter, bahkan blog juga. boleh menghubungkan antara satu sama lain. boleh mencari kenalan-kenalan lama. aku memang tak nafikan kebaikan wujudnya semua ni. lagipun zaman sekarang, takde internet, tak jalan kerja ok. tapi di sebalik kebaikan, ada jugak keburukan yang berlaku. itu semua terpulang pada individu masing-masing untuk mengawalnya.

aku?
the one and only network connection yang aku ada sekarang is blog.
dulu aku pun ada friendster, ada fb, ada tagged. tapi tu dulu, sekarang semua tu da takde. yang tinggal hanya blog ni saja. why? ramai yang tanya kat aku.

kisahnya, friendster dengan tagged ni aku delete account nya sebab da tak makan zaman. tu zaman kanak-kanak ribena boleh la kot ye.

bila muncul pulak fb, aku pun sign up jugak. tapi masa awal-awal kemunculan fb, tak ramai yang guna maybe sebab belum biasa lagi. aku start guna fb tahun 2006 rasanya, sehingga la raya 2009. kemudian aku delete account fb sebab macam tak berguna. kawan-kawan kebanyakannya takde account, kalau yang ada pun langsung tak berupdate. tak macam sekarang, laju je update kat wall tu kan? ;)

bila aku pikir balik, timbang balik, fb ni ramai sangat yang tak guna, so aku decide nak delete. sebabnya aku rasa nothing. then lama-kelamaan, pengguna fb makin ramai, termasuk lah kawan-kawan aku. orang tu update itu, orang ni update ini. segala macam gambar di upload kan. aku happy sangat bila kawan-kawan aku da ada fb, tapi tak tau kenapa aku macam da malas nak active kan balik account tu sehingga la sekarang.

my soulsisters aka my gedik clans selalu minta aku bukak balik fb. tapi aku taknak la yang. ye..aku tau ia sekadar untuk mengetahui perkembangan kawan-kawan, tapi aku taknak la. sori ye my lovely girlfriends! it doesn't mean that bila aku takde fb, aku tak ikut cerita hot korang, aku tak tau gossip korang. aku still lagi ambik berat pasal korang semua. korang kan my soulsisters. even aku tak tau apa yang korang update kat wall korang every single minutes, tapi aku tetap tau perkembangan korang semua. i really love u, girls! really!! i meant it!! so jangan sedih-sedih ye sebab aku takde fb, sebab korang still boleh baca blog aku. i knew that ikma and ema even though korang takde blog, korang baca blog aku kan? maksudnya kita still lagi in connection! :D




girls, no matter how far our distance, how change our life is, please..keep this friendship in our life, always and forever.


puasa ke-7

salam dan hai

alhamdulillah, hari ni kita da melangkah ke hari ke-7 berpuasa.
terawikh macam mana? ada yang pergi tak?
rebut peluang ni ye, kawan-kawan.
kita kena menunggu setahun sebelum dia datang lagi.
sebab belum tentu lagi kita akan jumpa Ramadhan yang akan datang.

semalam setelah ketiadaan mood sebab henpon jatuh jamban
maka memasak pun ala kadar saja.
ikan stim limau, sayur goreng & telur dadar.
simple kan?
cukup la untuk makan 2 perut.

pastu sahur pagi tadi sunguh aku takde selera.
ikan stim tu ada lebih, pastu aku goreng telur mata letak kicap je.
nak masak benda lain pun macam da tak mampu heheheh
at last, mr.k yang abiskan ikan stim tu.
aku sikit pun tak sentuh.
aku makan nasi dengan telur mata & kicap semata.
tapi nikmatnya, wallahhhh :D

oh ye,

hari ni nak kena pergi pasar la.
lauk basah da nak abis, tinggal ikan je.
nak kena beli daging sikit, ayam sekor, sotong sikit kot.
sayur pun kena beli jugak rasanya.
harap-harap la tak ramai sangat petang ni kat pasar tani tu.
kalau tak mau pening lagi kepala aku ni.
macam nak pitam dibuatnya, ramai sangat!

so,
hari ni menu apa korang?
aku tak tau lagi la.
da tinggal ikan je, ada jugak aku masak sambal je nanti.
balik, masak siap-siap.
tunggu mr.k sampai, pastu terus lincah ke pasar.
balik je, terus berbuka, heheheh..bagus-bagus!



p dot s : henpon aku da boleh pakai, tak tingtong pon, alhamdulillah :)
p dot s lagi : pesanan mr.k : tolong jaga henpon ni leklok, before abang beli yang baru!
baiklah! :D


Monday, August 16

announcement =(

salam da hai.

uwaaaa!!!! tolong aku!!! =(
sedih weh...sangat-sangat.
henpon aku jatuh dalam jamban!!
uwaaaaa!!!! nak meraung sekuat hati!!

kisahnya aku bawak henpon tadi g toilet sebab tengah bersms dengan cik abang sayang.
tengah tunggu turn nak membuang masuk toilet sebab hari ni sangat penuh! ;)
wakakaka
sambil-sambil tu duk syok sendiri betul-betul kan tudung bagai.
tiba-tiba terlintas kat pikiran aku.

"rasa macam henpon ni nak jatuh dalam jamban je jap lagi."

bila da sampai turn aku, letak henpon kat tempat tisu.
dan-dan tu jugak henpon jatuh dalam mangkuk jamban!!!!!
sepantan kilat, sedetik je aku mencapai henpon tu.
tak tenggelam pun, cuma berenang-renang di tepian pantai kat atas bowl.

nak menangis rasanya tapi takde guna da!
salah sendiri, ye..mengaku. =(
nak lepaskan hajat pun da terbantut, terus keluar.

call mr.k, mengadu + menangis!
puas la mr.k duk pujuk bini dia ni.
lega la sikit.
siap dia pesan lagi nanti da letak ni, jangan menangis sendiri pulak. :D
tak, bang..ai tak nangis sendiri da..rugi!
tunggu abang balik, menangis kat rumah ye! :D

so sekarang ai sangat kuno la takde talian hayat.
korang call opis je eh.
ada tak siapa-siapa nak hadiahkan aku telefon baru? ;)
aku tak demand sangat pun, murah-murah pun ok.
kalo tak E72 Nokia, iPhone pun boleh, pun boleh!

uwaaaaaaa!!!! uwaaaaaa!!!! uwaaaaa!!!!


p dot s : mr.k, beli baru eh??ye?? :)

how addicted to blogging?

salam dan hai.

tengah aku ber-blog-hoping tadi, terjumpa satu blog ni.
a few questions about how addicted to blogging you are.
aku pun saja la gatai tangan mengetest! :D
the result is 72%, not bad uh?


72%How Addicted to Blogging Are You?

try yours, dear!

Friday, August 13

mission 1/2 accomplished!

salam dan hai.

misi untuk buat puding tadi berjaya ok.
aku buat 2 biji, satu nak buat berbuka dengan family.
and another one untuk kawan-kawan kat opis.
ok, dua-dua puding adalah menjadi! :)

tapi.....



ye..



ok2, takpe..
kita tengok gambar dulu ye! :)









puding pertama! successful!! mantop!!
yang ni nak bawak pergi puncak jalil.
walaupun image kurang menarik, tapi sedap ok.
eh, aku puasa..mana tau sedap!


kemudian.
aku adalah sangat excited nak buat yang kedua.
konon da terer la!
huishhh.






puding kedua!













OMG!!!! penyekkkkkk!!!! no!!!!!!! :(
ayak..macam mana nak bagi kat kamu wahai kawan-kawan sepejabat ku???
ahhh...kemaluan
wakakakakaka
no!no!no!
aku tak kan bagi kamu.
nanti aku buat lagi sekali ye kawan-kawan.
yang cantik punye! cakap ikut gaya dafi baik punye.
sori darlingssss!!


p dot s : abang!!! jangan gelak ok!! :p

apa plan lunch time ni?

salam dan hai.

perut rasa tak best la, asyik memulas je ni.
pagi tadi aku sahur pun simple-simple je.
ikan goreng dengan sayur masak lemak je.
makan pun masing-masing tak berapa lalu, sikit sangat.

memandangkan tengahari ni da tak boleh makan, so apa plan ye?
aku ingat nak balik rumah, lagipun kan cik abang ada. :D
boleh la buat puding siap-siap kan?
nanti petang tinggal buat asam pedas je.
tak de la kelam-kabut sangat.

tapi before balik rumah, kita kena la singgah kedai dulu.
beli bahan-bahan yang takde kat rumah tu.
kata nak buat puding, harus lah! heheheheh


nak beli telur


nak beli susu


nak beli perisa vanilla

images : pakcik google


heheheh harap-harap menjadi la puding aku nih! :)
kalau jadi nanti lepas lunch aku upload gambar ye kawan-kawan!


otai nak test, macam mana ni?

salam dan hai.

salam hari jumaat, penghulu segala hari.
hari ni da hari ke-3 kita berpuasa, alhamdulillah.
tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk kita gunakan peluang ni sebaiknya.

aku sepanjang 2 hari lepas, masih berjaya mengawal nafsu membeli di pasar.
ai masak je kat rumah lagi pun berdua je kan?
masih belum ada kekangan lagi :)

1st berbuka aku masak kari ayam for the 1st time, and menjadi!
tapi standard la, duduk berdua lauk pun cukup syarat je.
satu lauk, satu sayur & telur dadar.
then semalam aku tak masak sebab malas berbuka kat puncak jalil.
and of coz la pn maznah yang masak!
ayam percik yang tiptop, sayur buncis campur sohun & hati ayam, ikan pekasam resepi rahsia, sambal belacan power!

fuhhh..
melantak masing-masing!
masakan ibu kan!
bila isyak, semua yang lelaki pergi surau.
tinggal la pompuan-pompuan ni duk bersembang!
balik rumah pun da pukul 11malam.

tapi...
hari ni mie tak nak masak. :(
mie kata nak rehat, nak makan yang anak-anak masak!
ayakkk!! macam mana ni?? otai nak test masakan anak-anak die!!!
takoottttttt!!!!!

puas duk bincang dengan kak nani & kak ira nak masak apa.
lastly kitorang decide,

kak nani : sotong kunyit campur buncis & ...............
aku : asam pedas ayam & puding gula hangus.

tapi macam tak cukup kan??
da la 3 family semuanya.
korang boleh tolong aku tak?
apa lagi yang sesuai untuk ditambah, yang ngam dengan menu kat atas tu.
tolong ye!!!

tq darling in advance! :)


p dot s : mr. k tak kerja hari ni, pening kepala & demam..kesian dia....


Wednesday, August 11

lawak&sayu di petang hari

salam dan hai.

aku pergi ladies td, tak bawak handphone.
pastu sekembalinya ayat skema tak leh blah ke bilik, aku pun ambik la handphone dalam drawer.
ada 1 mesej, it's from the one and only my little brother.

mesejnya berbunyi..

"kepada kakak ku aja nama panggilan adik-adik kat aku....selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...nampaknya tahun nie kakak ku berbuka puasa tak keseorangan...ada yang teman...heheheheh jadikan puasa tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas ye...kalau ada kesempatan masa tu...buatlah solat terawih...huhuhuhuh"


kalau korang,
korang nak gelak ke nak sedih-sayu -pilu?
1st aku nak gelak ok!
sedangkan budak ni baru umur 14tahun ok!
siap menyindir aku tak berbuka sendirian!
ahahahahahah..adik aku!!

tapi tiba bab lagi 1 aku macam sayu je.
adik aku yang 14tahun ni makin matang.
mengingatkan aku untuk lebih beramal, berterawih lagi di bulan mulia ni.
alhamdulillah..aku rasa adik aku ni da berubah sikit semenjak duduk asrama.

thanks dik...insyaAllah nanti aja dengan abe kerol buat deh. :)

oh ye, dia pun datang jugak kl malam ni.
tak sabar la! :)



macam ni rasanya

salam dan hai.

da petang-petang baru nak update blog ye?
bagus-bagus! hehehehe
hari ni kurang bersemangat la, mengantuk! :p

syok woo duk tengok bloggers semua duk upload gambar masak-masak.
sahur la, untuk berbuka la.
aku sampai jam ni pun tak tau lagi nak masak apa berbuka kang! erkkkk..

alhamdulillah, bangun awal-tak-awal la pagi tadi, pukul 4.50.
ok la tu kan? ;)
nasi memang da masak malam tadi.
lauk pun tak tau nak masak apa, selera belum terbuka.
last-last ayam masak kunyit je yang mampu.
dengan telur dadar! ahahahah ok la tu, permulaan kan?

lepas sahur, nyendeng-nyendeng menyembang dengan mr.k nak ilangkan mengantuk.
sementara nak tunggu subuh kan.
pastu terus bersiap nak pergi kerja pulak kan.

perasaan?

owhhh..sangat best walaupun kat opis asyik menguap je!
bersahur bersama suami is the best thing happened in my life.
i think waktu berbuka pun perasaan tu sama jugak nanti.
buat semuanya bersama.
abang, semoga semuanya kekal macam ni sampai akhir hayat ye..

korang!!!!
nak masak ape ni????tolongggggg....!!!!!


p dot s : yeeaayy!! malam ni mie dengan abah datang kl! seronotnye ai!!!

Tuesday, August 10

sebelum menjelangnya...

salam dan hai.

alhamdulillah, kenyang perut ok!
tengahari tadi kami berlima, aku, kak nini, kak zila, ain & kak nana lunch kat luar.
saja nak menghabiskan sisa-sisa hari terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan. :)
plan yang langsung tak dirancang, tiba-tiba je terkeluar idea ni.

mula-mula nak makan kat kedai en.mat kat p15, tapi tutup.
frust di situ ok!
tiba pulak idea nak pegi sup ani utara, erkkk...kureng la! cancel!
tiing!!! idea ain nak g makan kat yati ayam percik kat bangi!
hurrmmmm..cam best je kan!

so keluar la kami berlima mengisi perut ke situ!

owhhh..
makanan adalah sangat best ok!
ayam percik dia melelehhhhhhh!!
ye la kan, bagi kelantanians, memang ayam percik tu la yang dicari.
hahahah tolong mengaku ye semua orang kelantan!
kat sini mana ada ayam percik macam tu.
erkkk..teringat pulak ayam percik yang mie buat!

ha..andddd..
nasi kerabu tumis dia......malatops!!
ai bagi 5 bintang ok!

harus ulang lagi ke sini dengan mr.k nanti berbuka puasa.
sebab dia adalah sangat addicted dengan nasi kerabu!! mace dio orghe kelate pulok!!
terbaek!!
makan sampai senak perut, dan bergelak ketawa dalam kereta sampai nak terkenc***!
ain la ni wat lawak sx di siang hari! ahahahahah jangan marah dakcik!

ok, udoh-udoh la tu!
enjoy the moments!





ambil berat

salam dan hai.

i've just got this email from mr.k.
it's all about our Holy religion, Islam.
i'd like to share with u, dear.
bukan bermaksud apa-apa, cuma untuk kesedaran kita bersama.














credit here

busybody ke?

salam dan hai semua.

hari ni baru terbuka hati nak update blog.
walaupun aku takde apa-apa untuk diblogkan hehehehe
hanya blog-hopping je ye kawan-kawan
& tinggalkan jejak here and there.

semalam sebenarnya aku memang agak sibuk sikit.
biasa la da namanya pun kerja kan.
aku berjaya habiskan print 400keping sijil tu!
& semalam adalah sesi merekod surat paling banyak ok!
fuhhh..lenguh jari jemari ai yang gebu ni tau!

aku minggu ni macam dalam proses recovering.
recovering from everything.
heart, soul, feeling, routine, everything la.
lagi-lagi da nak puasa kan?

1st time nak berpuasa bersama yang tersayang ni.
agak cuak jugak la.
risau kalau tak tersedar bangun sahur.
risau kalau masak tak cukup rasa.
ye la, dulu bangun sahur je makanan da sedia terhidang.
buka puasa pun tolong-tolong mie hidang je.
masak memang tak la! hehehehe

tapi excited pun ye jugak!
merasai nikmat berpuasa bersama-sama.
nikmat bersahur.
nikmat bertarawikh.
semoga kami diberi kesihatan yang berpanjangan sepanjang Ramadhan ni, insyaAllah.

korang share la dengan aku pengalaman berpuasa kali pertama as a wifey!
boleh la aku jadikan panduan! cheh! :p
yang bujang pun boleh share jugak, jangan segan!
anything about berpuasa!


p dot s : Selamat berpuasa semua! Semoga ibadah kita diterima olehNya..

Friday, August 6

current task..

salam dan hai.

yeaayyy..hari ni da hari jumaat.
bestnye esok boleh rehat sepuasnya ok!
semenjak mie datang dari isnin sampai la malam tadi,
aku tanpa gagal setiap malam pergi rumah abang aku.
heheheh cian mr.k terpaksa melayan bini dia yang ngekngok ni!
thanks abang, walaupun abang penat, tapi abang ikut jugak! :*

pagi ni mie balik kampung dulu sebab ada urusan.
insyaAllah awal puasa nanti mie datang dengan abah sekali!
double yeeaayyyy!!
kami adik-beradik akan menjalankan misi memujuk abah supaya ambik cuti!!
hahahahahah abah mesti cair punya lah!
sepanjang mie kat sini, macam-macam mie masak ok!
singgang tulang, pulut bangkok, gulai daging sedap! pehhhh
dan aku rasa aku berjaya menambah berat badan ok. erkkk...

oh ye..
baby da ada nama!
anas hazmy bin ahmad hafizi.
comel ok!
tapi kesian, baby kena admitted sebab jaundice.
da 2 hari da admitted kat az-zahrah.
semalam lepas melepak kat rumah, kitorang ramai-ramai pergi tengok baby.
alhamdulillah, bacaan jaundice da kurang.
insyaAllah petang ni boleh discharge.

sekarang ni aku tengah sibuk siapkan sijil untuk peserta bengkel.
almost 400 participant tau!
gilo ah dingdong!
chaiyookk zaa!! :)


gambar terpaksa di blur kan atas sebab keselamatan.



p dot s : da lama tak keluar meronggeng hari jumaat dengan gediks kan????



Thursday, August 5

kan aku da cakap

salam dan hai.

korang semua sihat hari ni?
aku alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur.
semoga kita berada di bawah lindunganNya, insyaAllah.

korang nak tau tak si anon yang hati dia tak berapa baik tu komen aku semalam.
aku memang da agak dia mesti muncul punya.

"unrated.ceh prasan bagus! lacked! selfish! damn! idiot! busted! ugly!..eee..wek"

Alhamdulillah, terima kasih ye cik anon.
semoga hidup kamu diberkati Allah ye.
aku cuma nak bagitau apapun komen yang kamu tinggalkan kat sini
langsung tak kan menjejaskan hati dan perasaan aku heheheheh
aku kan perasan bagus bak kata kamu! :)
thank you, anyway!

ha.
untuk kawan-kawan aku yang lain,
jangan jadi macam tu ye, nanti hidup tak tenang.
asyik nak memikirkan pasal orang lain je.
asyik nak dengkikan orang je.
no. no. no. no ok!

adios!
peace no war! :)


Wednesday, August 4

you rate me

salam dan hai.

bestnya balik kerja 4.30!
kalau la larat, aku rasa macam nak teruskan je waktu kerja ni.
sampai lepas raya, sampai bila-bila selagi berstatus penjawat awam!
tapi aku cakap kalau ok, KALAU.

hari ni aku buat kerja gila sikit.
gila yang sikit saja, bukan banyak pun.
di sebabkan hari kebosanan yang amat sangat.
kerja pun tak berapa nak ada.
dengan bosnya meeting dari pagi bawak ke petang.
aku pun buatla sesuatu!

takde papepun sebenarnya.
cuma aku telah berjaya mengkhatam semula semua entry-entry aku!
hahahaha gila ok!
baca entry sendiri, syok sendiri ke apa aku ni???
bahahahahah..
bukan apa, aku saja nak kaji balik tulisan-tulisan aku ni.
bermula dari november 2008 until now.
almost 2years aku bergelumang dalam dunia ni.
punya la dulu-dulu ayat takleh blah heheheh

Alhamdulillah..
walaupun ada pasang surutnya, aku tetap lagi kat sini.
aku tau blog aku ni bukan ramai readers pun, tapi aku tak kisah.
aku menulis bukan kerna nama untuk meluahkan apa yang aku rasa.
berkongsi kehidupan seharian.
berkongsi pengalaman.
walaupun ayat-ayat aku tunggang terbalik, aku gigih menulis lagi ok! :p

aku tau jugak ada orang yang curi-curi baca blog aku ni.
ada orang yang curi-curi komen as anon.
anon yang baik takpe la.
ada jugak anon yang tak berapa baik heheheh
tapi sorry ye, aku tapis setiap komen dari kamu.
aku tau ada jugak yang dengki dengan aku.
cakap muka aku berjerawat la, poyo cantik la.
but i really-really-really don't care!
cuma nasihat aku kat stalker-stalker yang terasa tu,
just go and get your life!
:) tq!

apa kata korang semua rate penulisan aku setakat ni.
boleh??
nak tau je, tak nak rate pun takpe.
tak mendosa!

:p


ok dah. bye!

aku kena jawab ok!

salam dan hai.

memandangkan aku tengah kebosanan, kerja pun takde.
lagipun takde idea nak blogging, aku jawab la tag aku sendiri!
aku jawab secara pukal ok.
hahahahah, this is for u dear!

1. Where you and I met?
ezah, sara, ein & aina - polisas, kuantan yang havoc!!

2. How long have you known me?
ezah, sara & aina : almost 8years and still counting ok. ein pulak kat rumah sewa alor akar!

3. The last time we saw each other?
ezah - at alamanda with her sister and ...... sara - at my reception 4 months ago. aina - before i got married. ein - at fara's reception 1 month ago.

4. Your first impression of me upon meeting/seeing me?
ezah - alamak, ustazah nye! sara - budak ni sombong la! aina - erkk..cam kerek je :p ein - pendiam la hai!

5. Am I funny?
ezah - that is the suitable word for u dear! sara - not so, tapi kalau gelak no.1! aina & ein - sometimes.

6. What's my favorite music?
ezah & sara - can't take my eyes off you! (dear, do u still remember this!!!???) aina & ein - jiwang kot!

7. Would you call me preppy, average, sporty, punk, hippie, glam, nerdy, snobby or something else?
ezah & sara - u both kepochi too!! hehehe ein - sweety. aina - cutey

8. Have you ever hug me?
alwayssssss :)

9. If there was one good name for me, what would it be?
ezah gediks. sara kepochi. ein glamorous. aina manis.

10. If you and I were stranded on an island, what would I bring?
ezah & sara - of coz camera (ko kan suka camwhore!) ein - enchik boyfren kot! aina - foods!

11. Where do you think I will be in 25 years?
i'll pray that u'll be at Holy Land Makkah Al-Mukarramah.

12. Will you re-post this so I can fill this out for you?
nope!


Tuesday, August 3

aku mimpi ke apa ni?

salam dan hai.

apa mimpi aku datang kerja pagi buta ni?
baru pukul 7.20 da sampai ofis?
adakah bangun di awal pagi dan terus tak tidur? (-_-")

no.. no..

ai tak mimpi apapun.
mimpi kering pun tak, mimpi basah pun tak.

sebenarnya start bulan 8 ni, aku kerja ikut masa WP1.
working time starting from 7.30 to 4.30!
gigih ok! hahahah
sebabnya nak puasa kan.
tak larat la ai nak balik lambat-lambat, nak masak lagi.
tapi aku ambik bulan 8 je.
lagi seminggu bulan 9 tu masuk WP2 macam biasa.
sebab tak sanggup nak hadap bangun pagi-pagi buta selepas raya nanti!


ha.
sebab tu la aku awal datang ofis.
so korang da tau kan?
jangan pikir bukan-bukan tau, jangan notty. :p


*semalam da puas lepas rindu kat mie ok! heheheh..opsss..baju raya ai pun mie da bawak! yeehuuu!!*


Monday, August 2

tig-tag-tig-tag

salam dan hai.

aku rasa nak tag korang boleh tak?
korang sudi tak nak jawab?
heheheh :p
aku amik ni dari kak zety
tolong rajin-rajinkan diri ye kawan-kawan!

1. Where you and I met?

2. How long have you known me?

3. The last time we saw each other?

4. Your first impression of me upon meeting/seeing me?

5. Am I funny?

6. What's my favorite music?

7. Would you call me preppy, average, sporty, punk, hippie, glam, nerdy, snobby or something else?

8. Have you ever hug me?

9. If there was one good name for me, what would it be?

10. If you and I were stranded on an island, what would I bring?

11. Where do you think I will be in 25 years?

12. Will you re-post this so I can fill this out for you?

kepada list kat bawah ni, tolong jawab! :p
aku tau korang takde kerja sangat ponnn!



hahahah ramai okeh!
siapa-siapa nak pun takpe, aku tak marah :)




dia datang, dengan lenggang lenggoknya....

salam dan hai.

uhh..ahad yang memenatkan!
tapi takpe, berbaloi-baloi.
hehehehe
dari pukul 9pg sampai la kul 7.30mlm aku dengan mr.k berkampung kat hospital serdang.
sebab sis-in-law kena admitted, da nak bersalin!
kak nani aku pun ada sefamily, pun berkampung jugak.

actually dia da sakit perut dari pukul 2.30pg lagi.
abang aku sms bagitau da bawa ke hospital.
pastu doktor suruh balik semula.
then pukul 6.30pg sakit yang betul-betul punya.
bawa ke hospital, 7.30 masuk labour room.
pastu pukul 10.30 lahir la baby boy ni, boy again ok!
berat 3.2kg, normal.
hehehehe takpa la, asalkan semua selamat.
baru la adam ada geng nak main bola kan?

nama belum ada lagi.
nanti da ada nama, aku update ok.

oh ye..
mie tok belum sampai lagi.
baru je naik bas pagi tadi.
datang sorang je sebab abah tok tak boleh cuti kot.
petang karang sampai la heheheh
achik pulak yang suka!

sis-in-law kata kali ni sakit lain macam.
walaupun tak lama.
sebab dia sakit contraction tak sangat.
cuma sakit time nak bersalin, time nak push.
berbeza dengan adam dulu.
pengalaman lain-lain ok.
walaupun aku rasa ngeri, tapi takpe.
aku nak rasa jugak, insyaAllah..

now i present you..
then new baby of mahmud's family
with his comey-lotey-cute-miut aunty! :p