Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29

siapa lagi nak ajak aku?

salam dan hai

kemalasan tahap gaban da aku ni
klik new post, tutup balik
bukak blog pun sebelah mata je
tak tau la kenapa malas sangat-sangat nak menaip
ni pun berat gila tangan nak menekan
gagahkan jugak la

hari isnin semalam aku mc
tak sihat, sakit-sakit badan
sebabnya???
penat sangat
ahad lepas mak mertua aku wat open house
so sebagai menantu yang baik lagi cantik
harus la aku membanting tulang kan?
siap aku mencurahkan bakat lagi
aku buat roti tempayan cicah dengan kari daging mak
mak masak nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, bihun sup

roti aku laku gile ko macam goreng pisang panas
pukul 3 da habis terus padahal jamuan sampai pukul 7!
aku buat pun banyak jugak, dalam 3kg
fuhhh..
kembang kejap hidung dengan bontot kena puji!!
wakakakaka



macam ni la lebih kurang roti tempayan, tapi aku punya santek lagi hahahah :p


tapi sayangnya, disebabkan aku orang kuat kat dapur
maka takde la gambarnye!!
maunye tak cuci pinggan secara berganti-ganti dengan adik ipar, hasanah
nak mintak mr.k snap pun kesian kat die jugak
macam lipas kudung duk melayan tetamu kat luar
siap tukar turn dengan aku basuh pinggan jugak!
heheheheh bagus-bagus! :D
at last, bila da petang kitorang duk menyental periuk kat dapur
that's why la langsung takde sekeping gambar pun!

oh ye

minggu ni agak full jugak la
ada 3 open house, tak tau mana satu nak pergi
sebab clash pulak dengan the last and only gedik clans wedding, ema
i try my best pergi semuanya ok!



p dot s : sekarang aku & mr.k dalam proses menurunkan berat badan :D


Thursday, September 23

precious & priceless

salam dan hai

aku tengah boring-boring tadi
saja je duk godek-godek gambar nikah
biasa la kan nak refresh balik kenangan tu :)

pastu terjumpa gambar ni
before this memang tak perasan sangat
sebab tengok biasa-biasa je
rupanya gambar ni sangat-sangat menyentuh hati & perasaan

walaupun rupa aku tak semenggah mana
tapi moment ni sangat precious & priceless
hanya orang yang melalui saat ni je akan rasa peraasaan tu


owhh..how i missed that moment!!
how i missed the penat & letih!!
how i missed the kelam-kabut time!!
i missed everything about the wedding!!


p dot s : abang, balik kerja kang kita khatam album sama-sama ye!


Tuesday, September 21

aidilfitri dan ceritanya (part 2)

salam dan hai

aku bersiaran kembali setelah perut kenyang
hahahahah :p
ok, let's continue!

6 Syawal, Majlis Cukur Jambul Anas Hazmy Ahmad Hafizi :)

majlis biasa-biasa je, alhamdulillah semua yang dijemput sempat datang
menu nasi lemak ayam berempah ciknah & roti tempayan cicah kari daging ciknah
tiptoppppp!!!!





semua orang dapur masih berbaju tidur! abaikan!

6 Syawal jugak sesi bergambar bersama keluarga :P



7 Syawal hanya bersantai di rumah & bercuci mata di rantau panjang.
8 Syawal aku da on the way to kl, so seharian dalam kereta.

9 Syawal, majlis pernikahan sepupu aku di shah alam




sepupu aku yang lelaki tu.

so, itu la syawal kami untuk tahun ni.
overall aku dengan mr.k happy sangat
sebab semuanya on track
& yang paling penting, dapat sambut syawal dengan yang tersayang! :)

daaaa!


aidilfitri dan ceritanya (part 1)

salam dan hai

akhirnya hari ni sempat la aku resize semua gambar ni
tapi aku macam malas nak bercerita sangat la
korang layan je la gambar ni ye, paham-paham sendiri sudah tau :p

1 Syawal di Muar with my new family, new environment







2 Syawal hanya di rumah, tunggu tetamu datang
3 Syawal bertolak ke hometown, pasir mas
tapi sempat menyinggah di kuantan lebih kurang 2 jam
mengimbau kenangan zaman bercinta dengan mr.k dulu :D

4 Syawal melayan kehadiran tetamu tetap setiap tahun hehehe

my old friends from smktpr
cuma agak kekurangan 3 4 orang
menu wajib setiap tahun jugak untuk diorang, soto!


5 Syawal ke kenduri kawen ofismate di Bachok

tahniah kak zila, semoga kekal ke akhir hayat


nanti petang sambung lagi ye
aku nak makan, laparrrr!!!!


Monday, September 20

beautiful aidilfitri

salam dan hai

akhirnya aku kembali bersiaran setelah sekian lama bercuti.
bercuti dari kerja, dari dunia blogging.
sebelah mata pun aku tak pandang laptop ni!
hahahhah punya la takde masa, raya la katakan.
dan sesungguhnya mood untuk kerja hari sangat lah zero!
tapi gagahkan jugak la kan.

how's your aidilfitri??
mine was great!!
super-duper great!! :D
alhamdulillah walaupun tak beraya di tempat sendiri
aku boleh handle semua tu ;)
tapi biasala kan, kuah airmata haruslah tumpah ke nasi tanah jugak!

rupanya orang belah-belah selatan ni menu raya sangat la banyak kan?
lagi-lagi kalau jawa!
baru la aku tau
bagus kan pengalaman tu sebenarnya.

ok la, gambar raya aku upload later ye.
sekarang ni nak settle kan kerja dulu yang bertimbun ni.

adios!


Tuesday, September 7

Salam Aidilfitri

salam dan hai

semakin hari semakin dekat kita kepada Syawal
aku bet mesti ramai yang da start bercuti hari ni kan?
kat opis ni pun sama jugak
ramai yang da cuti, tinggal berapa kerat je ni

di kesempatan ni aku dan mr.k nak ucapkan,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

kepada semua sahabat alam realiti, kenalan-kenalan alam maya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Maafkan aku andai ada tersalah kata, terkasar komen, ter...ter...ter... :)

Nanti raya ni jangan pulak korang makan tak ingat dunia tau! yang nak kawen tu, jaga makan betul-betul. kang tak pasal-pasal tak muat baju nikah nanti! yang da kawen pun jangan melantak je kerjanya! hahahhaha pastu mula la muncung panjang sedepa sebab berat badan da naik!! :p

yang drive balik kampung tu, be safe on your journey ok. jangan laju-laju. kalau mengantuk, berhenti & rehat dulu sekejap. banyakkan bersabar sebab time-time raya ni macam-macam hal, jalan sesak la, kereta rosak la. sayangi nyawa kita.

aku & mr.k mula bercuti 09 sept until 18 sept. so blog pun mungkin bercuti jugak. tapi kalau ada masa terluang, aku akan berbloging di rumah nanti ye! jangan rindu aku sangat-sangat tau! :D



love,
zaa & khairul




Monday, September 6

swing-swang

salam dan hai

i'm still here
blog-walking here and there
and I've a bundle of story to tell
a lot of pictures to share
but...
there's no mood to blog-out.
:(
sorry dear.
later i story-mory ye.

Friday, September 3

eh??ada lagi??

salam dan hai

penat ok!
berpanas terik kat luar
berpeluh ketiak satu badan!
tadi kan aku cakap nak pergi pasar tani & alamanda.
kisahnya alamanda tak jadi.
terus pecut ke pasar tani dengan kak nani


misi : nak cari tudung
result : failed!!!


argghhh!!!
aku kecewa noks!!!
langsung takde tudung warna yang aku nak
dua-dua baju raya pulak tu!
tensi!!tensi!!



tiba-tiba....



*ting!* muncul idea kat kepala otak!


:D

abang....

esok kan kita nak pergi berbuka kat keramat



so..



so..



so..



sebelum tu kita pergi jalan TAR boleh bang???

boleh ye???

ala, boleh la..

ye..

ye..


:)


sayang abang! hahahha


harap misi berjaya!!

chaiyok!! chaiyok!!





nanti kita jumpa lagi

salam dan hai

hari ni bermula dengan baik sekali!
back to good old 5 years
bercerita itu ini dengan mr.k
buat hati kami berbunga-bunga
macam tak nak pergi kerja je rasa! agagagaga

hari ni last jumaat before kita semua menyambut 1 Syawal
and last jumaat before Ramadhan berakhir
hajat hati laki bini ni nak pergi terawih kat masjid putra @ masjid besi minggu ni
menghabiskan hujung Ramadhan kat situ, InsyaAllah

hari ni pun ada plan baik punye!
nak pergi berbuka kat restoren uncle aku kat kepong
kebetulan auntie aku sambut birthday anak dia 1year.
so kak nani & abg gee pun ada jugak la.
untuk ke sekian kalinya, berkumpul kecil-kecilan sebelum balik raya!

plan untuk sabtu, InsyaAllah nak serbu keramat lagi sekali
wakakaka
tak puas hati ok selagi tak dapat pulut pauh!
laki bini ni duk terliur je bila sebut pulut pauh
and som tam sekali! :D
so kena la penuhi tuntutan selera yang makin menjadi-jadi ni!

ahad pulak plan asalnya nak berbuka kat ampang
tapi nampak gayanya macam tak jadi kot
aku masak je la untuk berbuka
habiskan stok-stok bahan mentah dalam peti tu.
pastu boleh kemas-kemas rumah, cuci baju raya, packing baju
lagipun da nak bercuti kan? :D

tahun ni kiranya aku dengan kak nani la yang tak beraya kat kelate
abg gee dengan kak na takpe, masing-masing spouse orang kelate jugak!
nasib badan! heheheheh

so, see you on monday ok, dear!
have a great weekend!!



p dot s : nak pergi alamanda & pasar tani jap lagi!



Wednesday, September 1

mode : raya!

salam dan hai.

uhh..gigih ok.
hari ni da ramadhan ke-22
tinggal lagi lebih kurang seminggu syawal menjengah
walaupun mood raya, tapi kita jangan lupa pulak 10 malam terakhir ni
10 malam terakhir yang penuh barakah

aku ber-blog-hoping sana sini
masing-masing cerita pasal persiapan raya
tapi aku dapat rasa raya tahun ni semua so-so je kan?
kenapa ek?
aku pun sama.
cuma yang ter-over excited sebab beraya bersama yang tersayang
alhamdulillah, lama menunggu saat ni muncul
akhirnya milik aku jugak!
terima kasih, Tuhan atas kurniaan nikmat ini.

tema raya aku tahun ni purple.
ikut tema family-in-law sebab tahun ni aku beraya di muar dulu.
sedih jugak sebab aku tak pernah merasa beraya tanpa keluarga
aku pun tak tau macam mana keadaan aku bila malam & pagi raya nanti
tapi adat la kan?
untuk dapatkan sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu.
lumrah hidup.

ok2, tukar mood happy semula :D

so untuk tema purple, semua da settle.
then aku beli t-shirt mr.k dua helai.
lagi baju kurung ready-made dua pasang, 1 oren and another one is turquoise.
lagi satu baju yang mie jahitkan sepasang warna cream+hijau.
sepatutnya dua, tapi aku da tak tahan nak pakai dulu heheheh
so semuanya lengkap.

belanja untuk kuih raya pun boleh control tahun ni hehehe
ala kadar je.
ada 3 4 jenis kuih je aku beli.
tak beli langsung pun tak kena jugak kan?
macam biasa la tempah dengan cikgu sekolah bukit jalil.
dijamin rasanya tiptop! :D

eh, nak mintak korang share sikit boleh tak?
apa perasaan 1st time beraya bersama yang tersayang?
and apa perasaan 1st time tak beraya bersama keluarga?
boleh la aku buat pengeras untuk diri sendiri!
HAHA.



p dot s : hari ni aku baru turn on lagu raya!! yeayyy!!