Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 27

3 hari je kotttt

salam dan hai

korang semua jangan rindu aku tau
aku takkan *cheh* berblog untuk 3 hari
campur weekend jadi 5 hari!
hihihihi bukan aku pergi bercuti pun
aku berkursus, kat morib je kottt!!
bukan jauh nau.

biasa la hujung tahun ni, kerjanya nak cukupkan kursus je la
last untuk tahun ni, tahun depan jumpa lagi
macam tu la kerja orang gomen kan?

oohhh..
berat sangat hati nak tinggalkan buah hati ai sorang tu
da la demam, panas sangat
semalam bawak dia pergi klinik, doc bagi mc sehari
ada la tu kat rumah
jap lagi aku nak balik peluk cium teddybear tu puas-puas
3 hari woooo tinggal, mau tak rinduuuuu
yang kesiannya, dia taknak duk kat rumah sorang-sorang
dia nak balik rawang, berulang la dari rawang to kl sampai jumaat
aku pulak jumaat sampai tengahari je kursus, best! :D

abang, makan ubat tau..get well soon, dear...


korang, 5 hari je tau
jangan menangis rindu kat aku eh? :p
tapi for sure aku yang menangis rindu kat mr.k!!!!!!



Tuesday, October 26

tragedi oktober

salam dan hai

sebelum kejadian

hari sabtu masing-masing bangun pagi ok
semata-mata nak pergi breakfast kat kedai yang dakcik syorkan tu
fuhhh, jenuh cari akhirnya jumpa jugak!
kedai biasa je tapi makanan dia unik
nasi lemak berbungkus macam nasi goreng pataya
the taste was ok la, not bad
masakan orang kampung.


and qis, this is for u! :D
petang sabtu, semua in-laws datang, penuhkan rumah
then hari ahad masak banyak-banyak macam tak pernah jumpa makanan
heheheheh
aku pun panggil kak nani sefamily & a.gee sefamily jugak join
mak nak makan roti tempayan sebab tak puas makan hari tu
so aku buat la lagi sekali, 2kg. & licin!
ada kari ayam, asam pedas ikan, sambal belacan, ikan goreng & ulam-ulaman
semua orang makan sampai muntah!

bibik & husband! :D

selepas kejadian

mood sangat down sampai tak pergi kerja
mr.k pun ajak keluar, bagus-bagus!
pergi giant seri kembangan yang baru tu, test sikit best ke tak hihihi
tapi tak se best kinrara la! :p
mr.k pergi tukar duit, aku tunggu dalam kereta
bila die masuk, die letak ni kat dashboard
die cakap cd movie
aku bukak, ting!!!

:D senyum lebar sampai telinga!
tq sayang!
hilang rasa tension pikir pasal ofis!
then shoot to midvalley, cuci-cuci mata
lagipun da lama sangat tak pergi midvalley
pusing-pusing, cuci-cuci mata
berkenan satu handbag ni kat C&K, tingg!!!
dapat!! :D
pusing-pusing lagi, singgah makan
jalan-jalan, singgah booth banana peel
ada flip flop yang cun-melecun
mr.k suruh beli jugak, tingggg!!! dapat lagi. :D
lupa segala masalah yang melanda.

kesimpulannya, window shopping time tension sangat bagus
lagi best bila suami ikut sekali
semua nak, dapat


tapi..


peringatan, jangan ambil kesempatan atas kebaikan suami tau!
berdosa, & kena berjimat-jimat!


p dot s : i love u, bie!
p dot s : ini bukan entry berlagak@menunjuk-nunjuk, cuma untuk release kan tension di hati




bagaikan mimpi

salam dan hai

semalam aku mc, mr.k pun
mood untuk kerja memang totally lost!
semua gara-gara 'memo' tu!
& semua kerja 'dia'!
aku memang tersangat down, macam kena hempap batu
puas mr.k duk pujuk aku, tapi hati tetap sakit
tetap musnah
aku harap ni untuk sementara je
bila aku masuk kerja semula minggu depan
aku tak nak da melalui situasi ni
semuanya bagaikan mimpi
berita sedih bertimpa-timpa
tak cukup yang tu, datang pulak yang ni
aku harap akan ada sinar harapan buat aku & mr.k
Ya Allah, bantu la kami menempuh dugaan ini...

tapi terapi kesedihan tetap ada
mesti la mr.k kan
he's my natural remedy
my sweetness remedy
thanks sayang.... :*
nanti aku kongsi cerita gembira in next entry ok.
before and after kesedihan itu.

till then..


Thursday, October 21

tak, tak..jangan risau...

salam dan hai

ramai pulak yang terkejut beruk aku private kan blog. :D
kisahnya semalam blog under construction, so aku private kan sekejap
pastu terlupa nak buka balik heheheh
sori ye kawan-kawan :D tak sengaja.
jangan risau, aku tak privatekan pun
kalau nak private pun, harusla aku bagitau awal-awal kan?
ada jugak niat nak private kan, cuma masa belum sampai lagi

lagi satu aku rasa macam nak tukar link
nanti aku check dulu link mana yang best eh?
kalau da dapat, aku war-warkan kat sini :D

oh ye,
hari ni aku kena jaga SUB ko.
geram betul tapi nak buat macam mana kan
SYMP!
padahal bos aku ade je hari ni
takpe la, nasib badan.
walaupun jaga kat sini, blog tetap aktif jugak! hahahahah :p
lagipun kerja semua da settle kan
bukan abaikan kerja tau!

pagi tadi aku bangun awal ok!
4.30 da tersedar
sebabnya?
mr.k nak ke kuantan, ada meeting
kuar rumah pukul 5.15
kul 6 da nak gerak dari ofis dengan sorang lagi pegawai dia
so pagi buta la bangun
nasib baik sehari je, tak le ai tidur keseorangan! :p
oohh..macam mana la nanti kalau kena pergi kursus ek?
macam mr.k pergi dulu, seksa ko! heheheh


p dot s : ouuhhh..mengantuk sangat hari ni!!!!!



Tuesday, October 19

7 purnama

salam dan hai

hari ni SUB baru da start bertugas
lelaki, 1st impression dia macam ok
so tadi ada perjumpaan ringkas dengan semua staf
biasa la, sesi pengenalan diri
hope everything will be fine.

ok, kita tinggal bab tu

sekarang nak cerita mengenai 7 purnama
apa tu 7 purnama?
takde papepun sebenarnya
it just aku macam tak percaya
7 purnama da aku jadi isteri mr.k!
and still counting till the end, insyaAllah
rasa macam baru lagi, punya la masa laju je kan?
aku tau banyak lagi dugaan yang kena kitorang tempuh
ni baru permulaan

sepanjang 7 bulan ni, macam-macam aku da belajar
peranan aku, tanggungjawab aku
kepentingan menjaga hati suami
yang paling penting, aku masih belajar mengenali mr.k dengan lagi dalam
even kita da bercintan-cintun bertahun-tahun pun
belum tentu kita kenal perangai pasangan yanng sebenarnya kan?
aku setuju sangat!
so ni la masanya untuk kita saling mengenali & memahami

juga,
mengenai zuriat
siapa dalam dunia ni yang berkahwin & tak inginkan zuriat?
aku yakin semua orang inginkan rezeki yang satu ni
perkara ni memang sangat sensitif, sangat terkesan di hati
cuma belum ada rezeki lagi
itu semua ketentuan Dia, kitorang redha
tapi kadang-kadang yang buat aku sedih ialah sebab orang lain
orang lain yang menuding jari kat kami seolah-olah kitorang taknak rezeki tu
asal jumpa je, mesti tanya

da ada ke, kenapa takde lagi, jangan merancang, eh da 7 bulan kawen pun belum ada lagi.

tau tak sedihnya hati bila orang menyalahkan kitorang?
tau tak apa perasaannya?
faham tak?
malas nak amik serious hal macam ni
sebab memang takkan ada yang paham apa yang kita rasa
melainkan orang tu merasainya juga
kitorang berpegang pada 1, rezeki semua Allah yang tentukan
berdoa dan berusaha tentu akan bawak kejayaan kan?

oh, jangan risau
aku tak emo pun
cuma nak meluahkan rasa hati saja :)

genap 7 purnama semalam
kitorang melepak je kat rumah tengok csi ny, sambung pulak dengan csi october
masing-masing memang minat tengok tv
nak buat macam mana kan?





halal untuk mu, sayang!




Monday, October 18

mulut laser macam c*****!

salam dan hai

ok, semangat da mai!
semangat da mai! :D

tadi aku baca blog kak farah, kisah gomen vs private. aku memang setuju 100%. ingat wei, bukan semua orang kerja gomen ni goyang kaki je. orang private pun goyang kaki jugak kan? mengular jugak kan? tapi bonus sah-sah 2 bulan & above kan? tak perlu la nak jeles kan orang kerja gomen yang gaji ciput ni. ok2, nak tau cerita lanjut, baca kat blog kak farah.

yang aku nak ceritakan hari ni pasal lain. pasal mulut laser yang tak boleh di control langsung. kat ofis ni memang ada la jugak yang jenis macam ni. aku tak nafikan, kadang-kadang kita perlu menjadi laser untuk mempertahankan diri sendiri. tapi yang selalunya jadi, laser tak tentu pasal, tak kena tempat. selalu sangat jadi kes macam ni. bila da jadi, ramai yang makan hati. dan kita kena ingat, bila ada orang makan hati @ sakit hati dengan kita sebab ke'laser'an mulut kita, kita berdosa tau. silap-silap tak sempat minta maaf dari orang tu, apa jadi nanti??

antara yang selalu jadi kat sini, lebih kurang macam ni la:

contoh i
a : aduh, aku sakit perut la hari ni. ni mesti sebab makan **** **** semalam.
b :bagi orang makan pakai duit haram la tu!
a : ?????

contoh ii
a : fuhh..mengahnya hari ni naik tangga
b : da ko tu gemuk sangat sebab tu cepat penat, baby pun tak lekat
a : ?????

tu la antara nya, tapi sebenarnya ada lagi teruk dari tu. aku malas nak reveal je la. kadang-kadang aku tak faham manusia-manusia yang macam ni, cakap orang no.1, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, senyap macam tikus! mulut laser ni kadang-kala bawak bencana. lagi teruk boleh bawak jadi gaduh besar. sebab tu la jadinya pergaduhan antara penyokong kelantan & selangor, sebab benda-benda macam ni la. mulut laser teramat sangat!!

kita kena ingat satu je, what's goes round, come around. masing-masing ada bahagian sendiri yang da ditentukan oleh Allah S.W.T. so, kita kena sama-sama beringat la. jangan asyik nak pandang rendah je pada orang lain, jangan asyik nak melaser je, nak menyembur je. orang lain pun punya hati & perasaan macam kita jugak. kalo kita yang kena, tentu kita makan hati kan?nasib baik aku belum kena macam ni!

untuk peringatan diri aku sendiri jugak. renung-renungkan & selamat beramal...


p dot s : hari ni nak berbuka menu apa ya????



jawapan kepada persoalan


salam dan hai

aku keboringan la hari ni
mood lari sikit
biasa la, hari isnin kan?
padahal sakit hati sebab tak dapat bonus!

eh korang
thanks ek yang cuba belajar dialek kelantan tu
heheheh tergelak-guling-guling aku baca komen korang!
bukan apa, aku saja nak test korang
nanti aku bagi hadiah ye
bulan 12 nanti masing-masing check acc
aku bagi saguhati 500! :p

so, ni la jawapannya hehehehe

ubi stelo = ubi keledek
bledo = agar-agar
so'oh = terlalu kenyang
krekoh = gigit
nnopak = melompat
ttupak = ketupat

amacam??
mau belajar lagi ke??? :p


Friday, October 15

dialek/sebute hok demo pehe

salam dan hai

hari ni cikgu nok ngaja sikit deh
cikgu nok ngaja baso kelate buleh ko?
buke gapo, rama do'oh tek pun hok tok pehe baso ni
kito ke 1 mesia, keno la pehe jugok la dialek negeri lain
mace cikgu ni, ore kelate
jadi cikgu nok aja la sikit sebanyok sebute/dialek kelate ni deh

tapi cikgu gere sungguh ko mr.k
dio tokse cikgu kecek kelate nga dio
dio kato cikgu ni supo ore lain
yo la, nok wak guano gak mugonyo mr.k ore selangor
tapi acu tengok teh, ore selangor nga ore kelate ni buleh jah baik
siak jadi laki bini lagi hahaha
tak dok pun duk baloh krekoh supo hok gi tengok bola tuh!
teruk doh sek-sek hok minat bola nih
nak betumbuk jah kijonyo
parok!!parok!!

ho, ni demo semo pehe ko dok gapo hok cikgu oyak ni?
nok blaja lagi ko dok?
nok?
buleh
meh cikgu wi duo tigo soale deh
pah demo tolong jawak la dale dialek normal

ubi stelo = ?
bledo = ?
so'oh = ?
krekoh = ?
nnopak = ?
ttupak = ?

hoh pade la
banyok-banyok pening palo pulok
hok kelate tu tok soh duk jawak la nyo
soh-soh demo pehe hahahah



p dot s : ada paham tak??? :D


keropok lekor ke losong?

salam dan hai

mulakan hari ni dengan senyuman ye kawan-kawan
senyuman kan sedekah
dapat la jugak pahala kan
bukan apa, selalunya pagi-pagi ni orang mesti bad mood kan?
tak cukup tidur la, anak meragam la, suami meragam la!
so, positifkan diri kita
nanti kita kerja pun kurang stress nya!

ehh..melalut pulak aku ni
da jauh da dari topik ni heheheh

aku memang teringin sangat nak makan keropok losong kat terengganu tu
memang dari hari raya lagi
tapi bila masa nak pergi terengganu kan?
kebetulan ada membe kat opis ni balik kg
aku pun kirim la kat dia
da balik rumah, petang tu dengan senang hati la menggoreng
dalam tekak memang da terliur gila ok
nyummm...nyummmm
kena pulak dengan cicahnya yang pekat tu kan

tiba-tiba mr.k masuk dapur

mr.k : dik, ni bukan keropok losong, ni keropok lekor
aku : tak la bang, ni la keropok losong. keropok lekor lain tau. rasa tepung je.
mr.k : tak la, ni keropok lekor, macam yang selalu kita beli kat pasar tani tu.
aku : ish abg ni tak percaya orang pulak. abg pernah makan ke keropok losong?
mr.k : tak! hahahaha
aku : cisss!!! ingatkan pernah makan!!! punya la nak bertekak hahahah


ok,
sebenarnya keropok lekor dengan keropok losong ni benda yang sama @ berbeza?
korang boleh tentukan yang mana satu losong, yang mana satu lekor?

bagi aku kalau yang kejung je, goreng pun meletup, makan rasa tepung tu lekor
yang sedap-sedap, lembut, bila goreng soft je bunyi, rasa ikan asli tu losong
plus, keropok losong hanya ada kat losong, terengganu kan??
ke aku yang salah ni?? hihihihi



keropok losong


keropok lekor



Wednesday, October 13

di hari kejadian

salam dan hai

cerita da datang, gambar yang lambat sikit
baca je la caption-caption yang berkaitan ok :D


Majlis Perkahwinan Anak Pn. Hjh. Fauziah, Perbadanan Putrajaya



Farewell Lunch For Dato' SUB & PA, Putra Lake Club


Yang dirai, PA

Juga yang dirai, Dato' SUB


p dot s :

abang, thank you for the suprise semalam.
patut la balik awal ye! :p
bahagia!


i'm sick of..

...............meeting!!!!! arggghhhh!!!!

salam dan hai

sorry guys
pagi-pagi da mengamuk heheheh :p
tapi series aku betul-betul rimas
asyik nak meeting je la
bosan la!

bukan taraf aku pun nak masuk meeting-meeting ni semua
kejap masuk meeting sana, kejap meeting sini
meeting..meeting..meeting..meeting..
padahal inputnya zero je
aku pun tak tau apa di kepala otak dia!
rimas sangat!!!!

ok la, chao! nak bernanahkan telinga dengar meeting!


Tuesday, October 12

insan datang dan pergi

salam dan hai

petang baru online blog hari ni
banyak urusan ok
dengan bos baru masuk opis, dengan hal-hal kerja lagi
ermm..tapi
pertama sekali
mari kita sedekahkan al-fatihah untuk mangsa kemalangan semalam
sangat menyayat hati tengok semua family mangsa meratapi kahilangan yang tersayang

al-fatihah...



hmmmm...
kat opis ni pun biasa jugak jadi macam tu
biasanya ada yang datang & pergi
kenaikan pangkat ataupun pertukaran biasa
itu lumrah kan

macam kat opis aku jugak
akan kehilangan 2orang pegawai yang agak lama berkhidmat di sini
dato' SUB dan PA dia
walaupun tukar in the same ministry
tapi tetap terasa la kehilangan kan
so tengahari tadi kami 1 bahagian pergi lunch kat putra lake club
jamuan ringkas untuk kedua-duanya
walaupun banyak halangan untuk merealisasikan jamuan ringkas ni
tapi semuanya lancar, kan kak nana?? :p
makanan kat lake club memang super delicious la kan
daging lada hitam, sotong dried chili, ikan lemon
puas makan!!

& semalam aku dengan ain seharian kat luar mencari hadiah
untuk dato' kitorang belikan handbag Coach, Brooke and sepasang kain
untuk PA dato' pulak kitorang belikan kain sepasang
berbaloi-baloi ok semua hadiah tu
sampaikan aku sendiri termimpi-mimpi handbag Coach tu hihihihihi

yang paling memuaskan hati kitorang yang membeli ni
both dato' and PA sangat suka hadiah tu
alhamdulillah..

dalam masa yang sama
sedih jugak sebab ada rumors pasal lagi 3 @ 4 orang pegawai dari sini akan keluar
lagi-lagi akak kesayangan aku sorang tu
so sad tapi nak buat macam mana kan?
adat la tu, entah sehari dua lagi, kita pulak akan tinggalkan opis ni
sedih memang sedih
tapi selagi belum confirm cerita tu, aku akan simpan dulu airmata ni

i've to stop now
masa nak balik da sampai heheheheh
lagipun hari ni mr.k balik awal dari opis :D


p dot s : berdebar............





Monday, October 11

sifat-sifat isteri yang membawa ke Syurga

salam dan hai

aku dapat email dari kawan
sedikit peringatan untuk kita semua
dan juga untuk diri aku sendiri
banyaknya dosa pada suami
semoga dimaafkan, dan diampunkan Allah S.W.T, insyaAllah



Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Sifat isteri solehah boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)



Friday, October 8

rempit di jalan raya

salam dan hai

sorry dear for neglected this blog for a few days
no update at all
aku hanya mampu membaca sahaja
tak de mood la wei sebab raya da habis :p
sesi makan secara free tamat minggu ni
penutupnya ada wedding kat perbadanan putrajaya & open house kat semenyih
lepas ni kena la mula balik sesi berdiet ye kawan-kawan
badan da macam belon da laki bini ni!

korang pernah bawak motor tak?
aku masa zaman muda-muda dulu memang la minah rempit hehehehe
tapi tak de la remp bagai tau
just bawak motor biasa-biasa, pergi sekolah, rumah kawan
pastu masa bercinta dengan mr.k pun bonceng motor jugak
dari ex5, kriss, nouvo, ego and now belang

then one day aku dengan mr.k jatuh motor kat parcel c
masa tu mr.k ada interview kat spa
at last, interview tak jadi, hospital perginya
dia ok, aku yang teruk sikit
luka kat lengan&kaki
almost 2weeks aku berulang ke klinik untuk cuci luka
start dari tu la, aku takut nak naik motor lagi, even bawak pun
kalau bonceng kat belakang pun, mesti aku keraskan badan
tak bagi mr.k lap sangat
takuttt dohhh!!!!


the scar is still there


tapi semalam aku menggila hahahaha
saja nak test keberanian bawak motor ;)
da la motor mr.k motor clutch
& seumur hidup aku belom pernah bawak motor berclutch!
da la belang tu berat, tinggi pulak
gila kan??
hahahah tapi boleh la bawak sebab adapt kan cara bawak kereta
agak tersedu-sedan jugak la motor tu kat tengah jalan!!
kelakar tak ingat, gelak macam orang gila!!
ermm..maybe nak try lagi lepas ni :D

korang ada kisah tak dengan moto??



p dot s : abang, tq untuk sesi terapi perasaan semalam...lega...





Tuesday, October 5

Ema&Faiz - Let's Raikan Cinta

salam dan hai

yuhuuu!!
aku raya sakan ok kat ofis minggu ni
en.bos pergi kursus kat terengganu sampai jumaat!
yes!! yes!! i'm the bos! hahahahah

ok dear
aku attach kan kat sini gambar hari bahagia ema&faiz
cantik, sepadan, macam bidadari


Solemnization at Wisma Sejarah


pengantin


pengantin with besties, kurang 3orang


hantarans


saat mendebarkan sang pengantin


alhamdulillah, sah sebagai suami isteri




The Reception at Kampung Pengantin


gossip girls


bidadari


best friends forever, dear..tapi kurang sorang


bride is her bff, groom is his bff


happy ending, ema&faiz

that's the story
wedding yang grand
pengantin sangat sepadan
akhirnya bersatu cinta yang disulam 5 tahun ni ye!
& yang penting
now all the gediks are married!!
yeehuuuuu
next time kita gathering bawak anak pulak ok! :D

overall the majlis was happening
like reunion kecil-kecilan for DSK batch 03/05
best sangat dapat jumpa ramai geng DSK
photographer, recommended
videographer, recommended
but
kampung pengantin, not recommended at all!


to ema & faiz,

we wish u happy newly wedding, dear. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!




Monday, October 4

BKP's Hari Raya

salam dan hai

sesi gambar pertama
majlis hari raya BKP
just enjoy the show pictures with the captions ok
ai malas nak taip panjang-panjang
overall majlis was ok
makanan sangat banyak sampaikan ke petang
so jumaat lepas adalah hari cuti khas!
hahahahaha :p
penat tapi best!
meriah tapi tak hangat! :D
perut kenyang macam ikan buntal!


our "pengenyang" perut



cam-whore



as usual, "geng bas sekolah"




still bergedik santai



last but not least, Seksyen A&P


what a hectic weekend!

salam dan hai

fuhhh..letih badan weh!
sangat-sangt full weekend kami
sampaikan aku terpaksa tolak 2, 3 jemputan open house
sangat-sangat kejar masa ok

yang menjemput tu, thanks a lot ye!
next year jangan lupa jemput kami lagi :D
yang kami tak dapat pergi tu,
kami mohon maaf sangat-sangat
kekangan masa
insyaAllah, kalau ada rezeki lagi boleh jumpa ok.

untuk open house tu, memang aku tak berphoto gedik pun
sebab sibuk nak isi perut!!
ada gambar masa jamuan hari raya di opis
& ada gambar-gambar kami di majlis pernikahan&reception ema & faiz
nanti aku resize dulu ok, then i'll upload later.


p dot s : ezah, nanti aku email kat ko ok!
p dot s lagi : aku puasa hari ni, insyaAllah..tengah berkira nak makan apa berbuka nanti.


Friday, October 1

di pagi hari

salam dan hai

wah! pagi-pagi lagi aku da muncul?
heheheh saje je
lagipun hari ni ada jamuan raya kat ofis
takut tak sempat nak berblogging pulak nanti :D
nanti cerita jamuan raya aku review kemudian ok!

ha
sekarang ni aku nak mintak tolong korang sikit
petang ni pukul 5, ema nak nikah
aku ingat nak mintak balik awal dalam pukul 4 ke
tapi masalahnya aku tak tau nak pujuk cakap kat bos macam mana
lagipun hari isnin lepas aku da mc
macam mana ek?
aku nak sangat pergi ema nikah tu
sebab ni la last gedik clans kawen

korang bagi la pendapat sikit ek
boleh aku cakap kat encik bos aku tu!
saraaaaa.....tolong!!!!!!!!