Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 26

bila sejuk, otak jadi tepu!

salam dan hai

mane la menghilangnya aku ni kan?
tenggelam timbul je sekarang
otak tepu la nak berblog sebab kak opis ni sejuk sangat!
bila sejuk otak boleh tepu??ok, tipu je! :p

what a busy day this week!
kelam kabut kejap jadinya
hari-hari lepas balik kerja, terus panjat bukit broga jalil
bonda ai kan kat sana, harusla!
lagipun kak nani pun da discharge, alhamdulillah.

then semalam mie asyik cakap je suruh tidur kat sana
lagipun sabtu kan cuti
katanya nak masak&makan ramai-ramai
kesian mie, da lama dia tak rasa anak-anak dia kumpul semua
da discuss kecil-kecilan dengan mr.k semalam, dia ok je.
maybe jadi kot malam ni tidur sana
pastu sabtu petang-petang sikit balik putrajaya
sebab malam lepas maghrib nak pergi rumah soulsister, ema kat p5
dia wat kenduri doa selamat
best, dapat jumpa soulsister tercinta
tapi tak sure yang lain bleh attend ke tak

ohh
sekarang tengah sale sana sini kan?
teruja sangat ok
memang tangan ni da gatal nak perabihkan duit je
tapi before aku dengan mr.k bershopping sakan
kami ada misi dulu nak settelkan! :D


p dot s : mana nak pergi tengahari ni??bosan!



Wednesday, November 24

hot from the oven!

salam dan hai

alhamdulillah, tq kat semua yang tolong doakan
both mom&baby da selamat deliver semalam, pukul 6.45 petang
tapi rezeki still tak berpihak kat kak nani
coz dia terpaksa di operate, again.
takpe la, yang penting semuanya selamat

and again,
aku dapat anak buah lelaki jugak

presenting to you,

amar nuruddin!




sekarang kak nani still kat hospital lagi
mau 2 3 hari jugak rasanya
oh, mie pun da selamat sampai semalam :D
& biasa la, bila mie ada kat sini, rutin malam kami laki bini akan berubah!
heheheheh
puncak jalil, jangan jemu sambut kehadiran kami ok. :D





Tuesday, November 23

short update!

salam dan hai

aku masih kat opis
& masih lagi menjadi babysitter
kejap lagi mie sampai, abe g akan ambil

kak nani terpaksa di transfer kan ke PPUKM
atas sebab Hosp. Putrajaya takde kosong
mula-mula nak transfer ke Hosp. Serdang, tapi penuh jugak
2nd choice ke Hosp. Kajang, but better not la
last choice, PPUKM, nak tak nak terpaksa la

sekarang tengah bertarung
& latest kak nani belum masuk dewan bersalin lagi
Ya Allah, selamatkan mereka berdua..amin...



doa please...

salam dan hai

aku terpaksa keluar kejap
nak ke hospital, ambil amir
sebab kak nani da kena admit
nanti abg zuhair nak teman dia masuk bilik bersalin
so aku akan jadi babysitter amir kejap kat opis ni

tolong doakan both mom&baby selamat ok
tq!

Monday, November 22

pandang-pandang, jeling-jeling

salam dan hai

petang-petang baru muncul?
aku agak sibuk hari ni
settlekan semua kerja, pastu kemas bilik
lagipun 24 ni ada audit 5s, paham-paham je la

sabtu lepas, mr.k nak makan siakap 3 rasa
aku da la tak pernah buat ok
jenuh mencari resepi, jumpa jugak
menu simple lunch kami
siakap 3 rasa, sawi+kobis goreng & telur dadar



sori, malas nak edit gambar


hari ahad pulak seharian melepak kat puncak jalil
memang da berjanji dengan kak nani & abe g
nak masak & makan tengahari kat sana
seawal pukul 10 aku da bersilat ok! gigih!
menunya ayam masak lemak cili api, asam pedas ikan, kangkung belacan, udang kunyit!
semuanya aku masak sendiri! *vangga*
mengangkut la semua jenis makanan tu ke rumah abe g
bila sesi makan mula, sesi bergambar terpaksa dilupakan! :p
haram sekeping gambar pun takde

lepak-lepak depan tv lepas makan
lama-lama, tv pulak tengok aku dengan mr.k!
hanyut laki bini!
sedar-sedar da pukul 5
kak nani pulak ajak minum petang kat rumah dia
makan jemput-jemput yang malatops! & air teh o panas!
sedap gilo, tau?!!

da maghrib baru semua beransur balik sangkar masing-masing
walaupun penat sangat tapi best sebab da lama tak melepak dengan diorang
tunggu mie dengan kak na datang pulak, baru kumpul lagi
makin ramai, makin havoc!!


Friday, November 19

:D

salam dan hai

aku baru je sampai
heheheh sakan kan??
mentang-mentang bos takde

eh, tapi kitorang pergi pun sebab kerja tau
bukan suka-suka je berjalan time kerja
pergi beli barang untuk 5s
biasa la, da nak masuk tahun baru ni
bermula la semula program 5s ni
lagipun pucuk pimpinan 5s da berubah
so, environment pun berubah jugak la

ok la sayang semua
ai nak buat kerja hakiki pulak ni
tata titi tutu
:D


aku nak pergi..






IKEA!! :D

bye!

Thursday, November 18

aku sendirian

salam dan hai

owh korang!
best la tu kat kampung ek??
beraya sakan!
aku jugak terkontang-kanting kat opis ni
iye, aku kerja hari ni.
KERJA, tau? hahahaha
ada berapa kerat je kat opis hari ni
tak ramai pun
eee...sunyi ok!!!
bukak lagu kuat-kuat, sebab takde orang nak marah

lagi 1,
hehehe aku kelentong cc, tak nak jaga SUB
tak kuasa la mak, dia ada dia la jaga
ni semua nak orang buatkan!
jangan marah ye :D

lambat pulak minggu depan ni
cepatla mie datang kl, rindu la!




Tuesday, November 16

sharing



perbanyakkan doa
bertaubat dan minta ampun di atas kesalahan yang dulu
semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT




salam dan hai

Salam Aidil Adha buat semua

ni aku ada info untuk dikongsikan dengan semua
jom kita gunakan peluang ni sebaik mungkin
peluang yang datang hanya sekali setahun


today is the 'wukuf' day. from around 5.00pm till 10.36pm (Malaysia time).Wukuf is the time when 'all seven heavens open up, when no veils exist between the slaves and Allah, the best time in the entire year for Doa and Prayer'. Do make full use of this small but finite time window of several hours to make the best of our doas, repentance with full desire n hope.

Monday, November 15

sentap!

salam dan hai

tolong la jaga sikit kata-kata anda
biar la berlapik sikit ye
jangan ikut sedap mulut je nak bercakap
tolong jaga air muka orang lain jugak
saya tau anda berpangkat
tapi anda tau tak pangkat tak boleh bawak sampai dalam kubur??!
tolong beradab ye.


sedih rasa hati

salam dan hai

perasaan M sangat menyelubungi aku
susah sangat nak buang nih!
klik new post, tutup balik
klik new post, tutup balik
apa nak jadi la mektok oiii!!!

da puas da cungkil idea, cungkil kerajinan
tapi M jugak yang timbul
aku amik jalan mudah je la, diam! heheheh
baca blog orang je la kerjanya!

eh korang!!
mesti ramai da cuti raja haji kannnn???
aku tak balik weiiiiiii
raya kat sini je, takde cuti da

buat bonda & ayahanda kat kampung
anakanda minta ampun tak balik raya haji ni
sedihnya...
kakanda fizi & nani pun tak balik jugak
nampaknya beraya la 3 beradik kat kl :(
bonda jangan lupa simpankan daging korban tu heheheh
kan bonda nak datang kl lepas raya, best!!
ehem-ehem..bonda bawak kan sekali perut lembu&tulang-belulang ye
hahahah anakanda bertiga dengan semua menantu nak makan besarrrrr!!!
lagipun nanti kan kakanda yang kat jb pun datang kl jgk!
kami tunggu kedatangan bonda on 19th!! yeayyyy!!!

oh ye,
aku ada satu projek besar nak bagi mie ni
nak suruh mie jahitkan sesuatu untuk aku hahahah
harap-harap projek ni menjadi
sekarang tengah proses mengumpul gambar-gambar yang berkaitan.
korang tunggu eh
kalau projek tu menjadi, aku akan post kat sini nanti!



p dot s : akhirnya dapat la jugak 1 entry walaupun kosong!! :p abang, hari nak buka puasa dengan kfc boleh????


Friday, November 12

intai je

salam dan hai




aku nak update blog
tapi malas sangat
kenapa tah dengan aku ni!




ade sapa-sapa boleh bagi aku ubat rajin? *lempang 44 kali*







Thursday, November 11

nak pergi kerja sambil pejam mata

salam dan hai

dua hari aku menyepikan diri
tah la, macam boring je kerja ni kan
nak tak nak kena ikut surrounding tempat kerja
orang baru, style baru
itu la yang dihadapi oleh staff kat sini sekarang
under pressure!
tapi aku buat ikut aku jugak
yang penting aku ada kat ofis & tak ganggu orang, cukup.

mengantuk sangat weh mata ni!!!
tak tahan la
memang nak tido je rasanya
semalam pukul 1 lebih baru tidur!
gila tak mengantuk
biasa aku paling lewat sekarang tidor pukul 11.30

puncanya 1 je, keluar! :D
plan asal laki bini nak pergi jusco beli sarung bantal
tapi tak jadi
tukar plan pergi alamanda, parkson ke, aussino ke
tapi tak jadi jugak,
postpone malam ni
last duduk rumah je!

layan la tv kerjanya
tengok csi & habil qabil, bestt!!!
bila da habis habil qabil, suddenly *cheh* mr.k cakap macam lapar
uhuk..aku pun!
dia ajak keluar pergi minum kat coffee village
aku ape lagi, on saje!

kitorang keluar rumah pukul 11
da 2 3 kali jugak aku mendatangkan diri kat coffee village ni
ooohhh tempat die serene gila ok
kat tepi kolam pancing, area desa pinggiran putra
sangat best melepak kat sini
tengok orang mancing ikan, dengar orang karoks
makanan pun boleh tahan la
harga sangat affordable

entrance coffee village





betul-betul tepi kolam pancing


inside





pics from google


lepak punya lepak, dekat pukul satu baru gerak balik
perut kenyang, balik rest kejap 1.30 baru tidurr
bangun pagi tadi kemain liat lagi masing-masing
sampai sekarang ni pun duk mengantuk lagi biji mata ni!!!
lagi kesian kat laki aku, da la hari ni ade operasi heheheh
nasib la badan!
hahahah padan muka kitorang!! buat lagi kerja gila!!


p dot s : psssttt..adik ipar aku dapat straight A's for UPSR result!!! lebur duit kitorang bulan ni sebab da janji dengan die!!! apapun, congrats dik!!! you did well!!




Tuesday, November 9

kelebihan yang diberi




p dot s : kongsi ilmu walaupun sedikit, nescaya pahalanya akan menggunung



Salam dan hai

aku tertarik sangat baca blog kak g
tentang kelebihan bulan Zulhijjah
besar sangat ganjaran yang diberi Allah untuk mereka yang memuliakannya
jom kita sama-sama share & amalkan
semoga kita mendapat pahala yang berlipat ganda

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
HARI
KELEBIHANNYA
1 Zulhijjah
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 Zulhijjah
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (Hari berfikir-fikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 Zulhijjah
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah Tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (Hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 Zulhijjah
Adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Monday, November 8

ape aku buat hari minggu?

salam dan hai

cuti yang panjang
pillihan kami laki bini hanya melepak sajo di rumah
nak pergi tempat tinggi, jalan licin sebab hujan
nak pergi pantai, musim tak elok
so, duduk je la kat rumah
tidur bangun makan tidur bangun makan besarkan badan! :p

memang itu je la kerjanya
jumaat lepas subuh tidur balik bangun da dekat 11 hahahah
langsung tak breakfast
terus masak, menu biasa je sup ayam, ikan goreng & telur dadar
lepas makan, tidurrrrr
petang pergi pasar tani, beli barang penuhkan peti

sabtu ok sikit, bangun subuh terus mandi
sebab nak breakfast roti canai terbaikkkk kat p16
dah berbulan kottt tak makan roti canai
lepak dari pukul 7.30 sampai 9.30
balik rumah konon nak tidur tapi aku tak boleh nak lelap
sudahnya mr.k je yang krohhh kroohh sorang
aku kemas rumah, lipat kain blablabla...
menu lunch hari sabtu, udang kunyit, ayam masak merah & telur mata!
lepas makan, tiduuurrrr hahahahha
malam pulak memanjangkan kaki ke dato keramat
test menu baru kedai pakcik aku
kedai tomyam bukan sekadar tomyam je
sekarang da ada chicken-chop, lamb-chop, fish&chip
maju-maju!!
and ada facebook jugak ok, search wan samsudin wan husin :D
gambar aku upload kemudian ok, dalam henpon mr.k

aktiviti hari ahad pulak, kononnya nak panjat broga
da beli semua roti & tuna
tapi malangnya sebab hujan, takut pacatttttt
sudahnya roti & tuna makan kat rumah je
kemas rumah tapi edisi mr.k pulak
kerja i memasak je :p
menu tengahari, tomyam ayam, telur dadar! simple yang sedap!!
mr.k taknak menu lain, baguss!!
bila da petang sikit, kononnya nak iron baju tapi malas
last sekali keluar jogging dekat p5, pusing tasik

tu la kerja laki bini ni
memang aktiviti penuh dengan tiduuuurrrrrrrr
ko adoooo???? hahahahah :p




Thursday, November 4

happy diwali :)

salam dan hai

malas nak cakap banyak
happy diwali & bercuti panjang to all
plan cuti panjang ni nak pergi mana-mana ke?
tuan punya blog pun tak tau lagi nak ke mana
takde arah tuju lagi :p
tak kisah la
yang penting, take care ok dear!



Wednesday, November 3

ssyhhh...gosip raja farah..

salam dan hai

semalam lepas balik kerja, melepak kat depan tv kejap
sementara tunggu mr.k balik, nak pergi pasar tani
pastu tertengok la melodi
memang ulangan pun minggu lepas punya

tengok punya tengok, layan punya layan
sampai la cerita pasal raja farah da bertunang
sound interesting sebabnya raja farah ni kan banyak gosip pasal dia
aku tak minat sangat dia tapi ok la dia berlakon, best jugak
masa tu cameraman tunjuk muka tunang dia
aku macam terdetik jugak la, macam familiar gila muka tunang dia
sekali dia perkenalkan diri, nama dia megat bashirun qhuyum
bila aku dengar je, la hai budak ni ke?
patut la muka macam familiar gila, suara pun aku cam

kisahnya megat bashirun qhuyum ni kawan aku dulu
rumahnya belakang rumah aku je ok
tapi masa kecik-kecik dulu kitorang tak panggil dia megat, tapi panggil qhuyum
kitorang semua sebaya
aku, izati, ku nor (sepupu die), diana, syed amir
ni semua geng-geng kitorang la
tapi sekolah je lain
dia sekolah kat kl sebab dia duduk dengan ayah dia
mak dia yang duduk belakang rumah aku
setiap kali cuti sekolah, memang dia akan balik & cari kitorang
sebab nak main sama-sama
last aku jumpa dia masa sebelum aku kawen awal tahun baru ni
oo..masa tu ko da bercinta dengan raja farah ek! cisss!! :p

td pun masa bersembang dengan mie, aku cerita pasal ni
rupanya mie aku lagi laju tau pasal ni! hahahahh
kalah reporter u!
raja farah da pernah pergi rumah dia
beli goreng pisang kat gerai jiran
macam-macam lagi la
heheheheh hebat tau mie aku!

apepun,
aku & kawan-kawan doakan yang terbaik untuk ko
minggu depan da nak kawen tu, jangan gelabah! ahahahha :p





kalo skill hilang macam mana?

salam dan hai

hari ni aku agak ok sikit
yeah..positifkan diri sudah
cheer up ok! :)
nasib baik la ada cik abang sayang, boleh la mengadu kat dia.

korang tau tak aku da lama sangat tak masak?
start dari lepas raya lagi sampai sekarang
baru 3@4 kali aku masak
eh..bukan sebab aku malas tau
jangan cakap macam tu, notty la korang ni
sebabnya mr.k tu taknak makan da malam
tapi sebenarnya tak la malam pun kitorang makan
aku balik kerja pukul 5, bersiap semua kemas rumah, pukul 6 da start masak
dia pulak balik 5.30, 6 lebih baru sampai
kiranya dia siap-siap mandi dalam 6.45 macam tu kitorang da makan
kira ok lagi la kan makan time tu
tapi da dia taknak, i ikut je. :D
kalau masak pun hujung minggu je la
tu pun nasib la kalau hujung minggu takde program apa-apa

aku risau la jugak kan bila da lama tak masak ni
nanti skill hilang, power da kurang macam mana?
ye la, kita ni menantu baru
dibuatnya mak mertua nak makan yang kita masak
takkan nak bukak buku resepi kan? hihihi
biasanya orang akan pandai masak bila selalu praktik
tapi kalo da seminggu tak sekali
kadang-kadang sebulan baru 2 kali masak macam mana nak terror?:p
aduhhh..risau ni
tumpul abis la skill aku

tapi minggu lepas hari sabtu lepas balik kursus tu aku masak la
mr.k nak makan gulai lemak ikan masin + nenas
bertambah-tambah makan, i suke u!
hilang penat masak bila tengok suami makan selera yang kita masak kan?



ni pulak menu minum petang isnin
saja buatkan dia roti sardin, da lama tak buat
sebab memang feveret dia :D
air teh o and kek dari kenduri xora
sedap gile kek tu, lembut sangat!


p dot s : nak call mie, rindu!


Tuesday, November 2

tahap kesabaran aku

...diuji lagi


Alhamdulillah..
terima kasih to who you know you are
terima kasih banyak-banyak


menidakkan benda yang aku buat
& mengiyakan benda yang aku tak buat
apa yang dia nampak hanya keburukan

terima kasih daun keladi!


Monday, November 1

dia dah pun terima nikahnya....

salam dan hai

sebenarnya aku memang tertunggu-tunggu moment ni
memang ternanti-nanti tarikh 31.10.10 ni
sebab ape??
sebabnya ni la buat pertama kalinya
aku mendedahkan diri aku depan kenalan maya
yep!! aku bertemu muka dengan pemilik blog ni.

berdebar, takut, semua ada
macam nak jumpa boyfriend pun ye jugak
first time katekan
lagipun dia memang antara famous bride-2-be blogger
& kenalan blog yang lain pun ramai yang datang
SK, Cik Belle, Hana Yoriee, Maera & many more!
tapi yang menyedihkan aku tak sempat jumpa siapa pun
sebab aku kelewatan, pukul 2.30 baru sampai LLM

ohh, dia memang ratu DIY ok!
sangat komited, ibu dia pun
sama-sama perah keringat DIY itu ini
best sangat bila kita bayangkan apa yang ditulis
pastu kita dapat tengok realitinya
centerpiece, batu sungai, guestbook, bunga rampai, batang telur pindang
& plat kereta merah ituuuu!!!
sangat kagum!!
paling penting, aku dapat rasa cookies, air tangan pengantin tu!

tapi sayangnya....
aku terlupa bawak kamera!!!! dang!!!!!
sangat terlupa, mr.k pun.
dia ingat aku da amik
arrgghhh..takde rezeki nak memorikan kerja tangan xora.

ni ada sikit gambar masa kendurinya semalam
memang betul-betul raja sehari ok
baju kaler kuning gitu! menyerlah!
cilok dari blog dia & other bloggers
beautiful & bright, sama sepadan dengan D!
congrats Xora, nanti ada masa kita jumpa lagi ok.











i'm back on track...

salam dan hai

fuhhh..fuhhh
berhabuk blog aku ni, diabaikan oleh tuan punya blog
hihihihi

aku da balik dari morib hari jumaat lagi
petang kul 3 sampai
penatnye padahal bukan kursus tentera punnnn!
weekend aku guling-guling je depan tv, qada tido hahahah
yang bestnya dapat peluk teddybear tuuuu, best sangat! ;p

kursus overall sangat best, nak-nak pulak penceramah tu memang kelakar gilo
ni kali kedua aku berkursus dengan dia ni, memang best la
walaupun kursus yang sama setiap tahun!
tempat pulak, boleh la. so-so je
dari luar macam setinggan tapi dalam kondo!
ni ada la sekeping dua gambar masa kat sana
cekidaut!







p dot s : harap semuanya kembali seperti sediakala...



to the one i love the most....



......no matter what happen
......no matter how far we go
......no matter what the reasons is
......i still love you, baby
......forever and ever in my life
......hoping and praying the best in our life

i love you, with all my heart and soul......