Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 30

review 2010

salam dan hai

hari ni hari terakhir bekerja dalam tahun 2010
apa yang korang dapat capai tahun ni?
untuk yang belum terpacai tu, postpone 2011 ok
takpe, yang penting kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak
as for me, 2010 bawa banyak kenangan pahit & manisnya
banyak yang berubah
banyak jugak yang tercapai
tapi ada jugak yang terpaksa diusahakan lagi

jom kita review sikit!
terhangat! hahahaha



pembukaan 2010 menyaksikan penyatuan dua jiwa! cheh!
perubahan paling besar dalam hidup aku dan mr.k
we're officially tying the knot on 19th Mac 2010
the best thing happened in our life
Alhamdulillah, ini azam paling besar untuk tahun 2010.
cuma, belum ada rezeki yang tu
takpe, akan diusahakan menjelang 2011 nanti :p

kemudian bercuti di colmar tropicale, as pre-honeymoon :D
rezeki mana boleh tolak kan?
4 hari 3 malam kat sana, best & sejuk *ehem*


kemudian ke cameron with in-laws
kebetulan ada wedding, so panjangkan kaki singgah cameron
tapi sekejap je
and we're promised to come back again!

with all soulsisters
we're had our break fasting at ikma's house
menu, potluck
moment yang manis as we're too busy to hang up together
at last, ada jugak la eventhough tak cukup jugak sorang
sebab nun jauh di bangkok


1st time ever
sambut hari raya as husband & wife
so touching
walaupun tak sambut dengan keluarga tersayang di kelantan
tapi effect nya terasa sampai sekarang
as our late atok da takde


and this is 1st time ever jugak
attended blogger's wedding, xora
oh, tak pernah terfikir akan bersua muka dengan si cantik ni!

yang pahitnya pun banyak jugak
tapi aku prefer simpan, jadikan pengajaran dalam hidup


so, nanti bila jumpa 2011
akan aku listkan our wishlist 2011 ok!
see you soon!

jumpa tahun depan!

salam dan hai

yyeeaayyy!! tahniah Malaysia
& terima kasih PM bagi cuti esok!
sememangnya aku berangan nak cuti pon! hahahahh
boleh la tidur sepuas hati
aduhhh khairul fahmi menyentap jiwa la hahahahha :p
series kerja keras dia semalam
setiap gol dia selamatkan!
memang wira la KFCM!
oppsss..abang, jangan jeles ye :p

oh,
CPU da siap petang semalam
berblog dari bilik sendiri ok!
takde da nak menyibuk kat tempat orang

tapi
haruslah belajar macam budak baru dapat komputer
semuanya kosong, yillek!
jenuh la aku duk copi semua lagu dari henpon
duk copy semua gambar kawen dari cd
duk install itu ini
da la kat opis ni semua benda kena block
nasib baik ade dakcik tolong :D
heheheh salah sendiri, nak buat macam mana kan?

plan bercuti 3 hari ni tak tau lagi macam mana
sebabnya kitorang ni jenis on the spot je
tengok la hari isnin ni ada input ke tak :p

so happy holiday to you, guys!
don't drink & drive! :p

Wednesday, December 29

colek malas!

salam dan hai

yup!
pc aku still kat bengkel :p
technician belum hantar lagi
mungkin petang or esok
melangut la aku kat tempat orang hihihih

actually, before mie balik kampung minggu lepas
aku ada request minta mie buatkan rojak
atau dalam dialek jerman kelate, colek malas
sebutan biar betul tau!
double c, bunyi sengau sikit, double m, s tukar jadi h!
hahahahah belajar la korang :p

ok, back to the topic
mie pun buatkan la untuk aku
tapi tak sempat nak makan sebab mie tak sempat gorengkan tepungnya
aku pun tapau je la kuahnya
so semalam, keinginan nak makan colek malas timbul :D
buatkan tepungnya, rebus telur, potong timun
cuma keropok je tak goreng & sengkuang takde
takpe, janji cukup syarat yang penting-penting je




this is mine!


uisshhh sedapnya!
bayangkan sebanyak tu, aku makan berdua je dengan mr.k :p
hahahah bukan makan lagi dah, melantak namanya!
puas hati aku, memang da lama sangat da nak suruh mie buatkan
heheheheh

tq mie, we love u lebih la! :*

tapi sayang, kegembiraan tu bertahan sampai jam 10 pagi tadi je :(



p dot s : mood? gone!

Tuesday, December 28

tak dapek nak nolong...

salam dan hai

hari ni aku rasa masa lambat sangat-sangat
boring tak tau nak buat apa da
kerja semua da settle
da hilang punca da aku ni hihihihi :p

tapi memang aku tau kenapa aku jadi macam ni
sebabnya PC aku rosakkkkkk!!!!
arrggghhhh!!! tensionnya!!!!
actually dari semalam lagi dia buat hal
bila log-in je, kat skrin tu keluar ape-kebenda-ntah
biru je skrin tu
tapi semalam bila restart 2 3 kali, still boleh lagi
hari ni?
langsung tak nak, restart berpuluh kali pun keluar benda-alah tu jugak!
sakitnya hati aku!!!

lepas je report, terus technician datang
katanya window yang problem
dia re-install semula, tapi still macam tu jugak
at last, dia angkut CPU aku ke tingkat 7

pastu tadi dia call, tanya aku ada back-up tak semua benda dalam tu
sebabnya hard disk CPU tu kena formattttt!!
mati la aku, satu haram pun aku tak back-up!!!
@*$^$*!@()&!%^#$%$!!!!
blank kejap, tak tau nak fikir ape
semua kerja, semua benda personal ada dalam tu!!!
arggghhhhhh!!! macam mana ni?
kalo tak format, hard disk tu memang tak boleh guna langsung

pasrah!
semua rekod, bla bla bla & so on akan hilang!
:( tak boleh nak buat apa lagi :(

korang semua,
please..please..please..kamu jangan nakal
back-up your data ok
tak kisah la dalam thumbdrive ke, external hard disk ke
asalkan korang back-up semuanya
jangan jadi macam aku ok

ni pun aku menumpang kat PC orang
nasib baik tuannya cuti :p
menggigil sehari tak bukak blgo, tau?
hihihihihi



p dot s : lemah semangat hari ni.


Monday, December 27

cari apa sebenarnya?

salam dan hai

gelak guling-guling aku tadi
tengokkan keywords yang muncul ni
siapa la yang cari bende bukan-bukan kat blog aku ni

pengalaman romen?
auuwww!! takkan i nak kongsi pengalaman romen kat blog???
hahahhaha tak leh blah betul la

ni ha lagi satu
nasi goreng bang jek
hahahahah bang jek mane tu??
konpius aku
entah bang jek ni indon mane tah :p


ape yang korang cari sebenarnya aku pun tak tau la
blog ni bukan blog l*c*h tau nak kongsi semua cerita dalam kain!
bukan jugak blog chef terkenal :p
hahahahah



akhirnya...

salam dan hai

selamat pagi! :D
apepun tahniah Malaysia menang semalam lawan Indonesia 3-0!
boleh tahan jugak game semalam

korang mesti nak tau kan rentetan cerita ni?
takpe kalau taknak tau pun, aku tetap cerita jugak! hahahaha

lepas solat jumaat tu, mr.k keluar cari bengkel
tapi semua bengkel takde spare kunci macam motor dia
kalau nak tukar jugak, kena tempah
nak dijadikan cerita, tak jadi la tukar kuncinya tu
keputusannya, hari ahad nak balik serendah ambil kunci spare

malamnya, kitorang pergi puncak jalil
balik rumah pun da dekat pukul 1 pagi
lepas parking kereta, kitorang jalan pergi kat motor
kot-kot la ada terselit kat mana-mana kuncinya, kan?
pastu tertengok 1 nota kat meter motor

"kunci motor ada pada saya. no.rumah bla bla bla bla"

fuuuhhhhhh! lap peluh kat dahi
lega yang teramat sangat!!
menjerit macam orang gila kat parking
nasib baik ada orang jumpa&tolong simpankan
& malam tu tidur lena sangat-sangat ;)

pagi sabtu, kitorang keluar pergi pasar
beli barang basah, lepas tu singgah baker cottage
belikan buah tangan sikit nak bagi kat orang yang jumpa kunci tu
syukur sangat-sangat, ada orang baik hati macam ni

korang nak tau mr.k tercicir kat mana kuncinya?
bukan tercicir pun sebenarnya
dia tak cabut dari motor!!
dia buka tempat duduk motor tu
pastu lupa nak cabut kunci

fuhh..nasib masih mennyebelahi kami :)
Alhamdulillah.

lepas kemas-kemas rumah & masak
kitorang keluar pergi puncak jalil
akak sulung aku datang
pergi jusco belikan barang budak sekolah
pastu pergi carrefour wangsa maju
last sekali pergi keramat la kan?menjamu perut!

kemudian hari ahad, kak na nak pergi kepong
kitorang melepak kat sana sampai petang
pastu kak na terus balik jb

weekend yang penuh dengan aktiviti adik-beradik :D



Friday, December 24

kosong

salam dan hai

guess what?
pukul 10.30 aku bari masuk ofis hari ni
kepala pulak pening sebab terlewat breakfast
sebabnya..



kunci motor mr.k hilang!!!



tercicir tak tau kat mane
kesian laki aku
habis kitorang punggah satu rumah cari kunci tadi
tapi still tak jumpa jugak
kunci spare pun takde, kat serendah
at last, tak kerja laki aku hari
nak pergi dengan apa kan?
jalan kaki? jauh ko putrajaya-kl!

lepas mr.k hantar aku tadi, dia nak pergi ambil mekanik
nak tukarkan semua kunci motor tu, tapi tak jadi
dia nak balik cari lagi sekali kat serata rumah
kalau tak jumpa jugak, lepas jumaat baru dia nak pergi bengkel

harap-harap jumpa la ye sayang
cari betul-betul tau..
nanti tengahari datang ambik ai ok.


p dot s : 2,3 hari ni banyak betul dugaan melanda. semoga Allah permudahkan urusan kami.

Thursday, December 23

siapa lapar, tayang perut!

salam dan hai

ni la aku
kalau da rajin tu, sehari mau 10 post gamaknye :D
tapi bila malas, seminggu nak dapat 1 post kemain liat lagi!
hihihihi jangan marah ye kengkawan, ai tak bersalah.

tadi balik tengahari, tengok semua membuta lagi!!
ishk..teruk betul!
mr.k pun tak terkecuali, siap tidur dalam bilik lagi
da nak pukul 2 baru bangun masing-masing
hihihihi mentang-mentang la tak kerja kan?
jeles ai! :p

sampai je terus bersilat kat dapur
adik-adik pun masing-masing belum makan lagi
so,
menu hari ni sangat-sangat simple
but done upon mr.k's request

telur rebus masak sambal

sup sayur


ayam goreng


itu je menunya
tapi hari ni aku tak sempat nak makan
sebab balik da lewat sikit tadi
sekarang ni pun perut da berkeroncong riang-ria ni
lagi sejam je nak tahan perut
sabar..sabar..



p dot s : abang, pukul 5 sharp da kena ada kat depan ofis tau! jangan lambat, lapar niiiiii!!! :D



review HKLBR

salam dan hai

sambung review cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah
overall from 5stars, aku boleh bagi 2.5 je
boleh macam tu? ;)
bagi aku, indah khabar dari rupa
nak kata best sangat pun, tak jugak
so-so je
semua yang best adalah pasal lawak-lawaknya je
seram tu seram jugak tapi..entah la, macam ada yang tak cukup
memang aku dengan mr.k tak berapa gemar cerita seram
tapi seram dia melampau

aku tengok Ngangkung, Jangan Pandang Belakang Congkak I & II
semua tu pun seram komedi jugak tapi kitorang layan
tapi cerita ni feel time lawak je, series!
dapat 2.5 tu pun sebab lawak
takde pengisian, kosong
takde pengajaran, cerita semata-mata
jalan cerita tak teratur
pagi seminit, malam berminit-minit
pendek kata, macam tak cukup la cerita ni

so aku tak recommended langsung korang pergi tengok cerita ni
tapi kalau korang nak tengok jugak pun takpe, duit korang kan? :p

ok, tutup cerita tak best tu
nanti lain kali tengok cerita best yang akan keluar
acting by none than other, si kacak & macho shaheizy sam :)



p dot s : jangan salah paham, review ni semata-mata pendapat aku. lain orang, lain pendapat. tapi yang pasti, lawak dia memang kelakar habis! :D


don't be too busybody, boleh?

salam dan hai

lewat bersiaran hari ni
kena siapkan kerja dulu ok
da cukup rehat 2 hari lepas bos takde :p
esok bos takde pulak, yahhhooooo!!

semalam da bawak adik-adik keluar kan
pukul 9 pick-up tiket, pastu merayau-rayau kejap
sementara nak menunggu pukul 11
nak main bowling, tapi orang pack sangat sebab ada tournament
at last, bawak diorang ke arcade games
bukan setakat adik-adik je, aku dengan mr.k pun join sekaki :p
hihihihi macam-macam main

da lama sikit, aku dengan hasanah main la game Y2K, yang cari beza gambar tu
main sekali, kalah. pastu main lagi
then mr.k join kitorang
tengah syok-syok main, cari beza tak jumpa
tiba-tiba ada tangan lain touch kat screen
pusing tengok, oo..crew kat situ
ok fine.

kitorang pun sambung lagi, tengah mencari, budak tu buat lagi
main lagi, dia pun join lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!
hey..hati aku da panas ni!
tau la ko tu crew, setakat nak tolong sekali dua takpe la
ni sampaikan kitorang tak sempat nak touch, semua dia da buatkan!
whatthefish!!!
sakitnya hati aku!!!
ade la dalam 3 round die menyibuk kat situ.
at last, kitorang blah je
pastu tengok dia da takde, baru pergi main balik
ape halnye ko nak wat macam tu, kan?
orang datang nak suka-suka, terus hilang mood
eee...geramnya!!!!

jangan macam tu walaupun ko hebat sangat
jangan ganggu privacy orang
tujuan ko kat situ hanya untuk tengok kot-kot ada mesin rosak ke, ape ke
bukannya mengganggu customer ko main
ini tak,ko buat macam ko yang bayar game tu!
macam ko yang main
jangan menyibuk sangat!!

ermm..hilang rasa nak happy, tau?

korang nak tau pasal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah?
nanti jap lagi aku review ok
sekarang nak balik rumah, masak :D
lagipun suami tercinta ada kat rumah hari ni ;)



Wednesday, December 22

movie tonight?

salam dan hai

malam ni insyaAllah nak bawak adik-adik keluar
tengok wayang & bowling kalau jadi
2 hari terperap kat rumah, nampak je muka boring
hihihihi kesian tapi nak buat macam mana
kitorang kan kerja :p
2 hari pun takde la tak keluar langsung
ade bawak pergi giant beli barang
bawak pergi pasar tani
ok la tu kan?berjalan pun malam hari je, tak panas!

tiket wayang da booking
cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah :p
aku tak tau kesahihan khabar angin pasal cita ni betul ke tak
tapi tersangat-sangat ramai yang review cerita ni sangat-sangat best
teruja jugak nak tengok, sejauh mana best cerita ni
walaupun cerita melayu, aku tetap tengok & selalu jugak tengok
siapa lagi nak sokong kan?buatan Malaysia tu!
lagi 1 yang buat aku nak tengok sangat
sebabnya masa booking online pun, cerita ni setiap jam fully book ok!!
tiket aku nak tak nak terpaksa la pukul 11 malam!!!
haih..nak buat macam mana, 11 malam pun layan je la
rabak la mata aku nak bangun pagi esok hihihihi

ohh..aku da 3 hari tak lunch dengan kengkawan kat ofis ni
sebab hari-hari balik rumah
& hari ni berjaya masak tengahari untuk diorang
tapi simple-simple je la, tak dan masa
aku masak tomyam, sayur goreng & telur dadar je
ok la tu! :p perut aku pun kenyang



p dot s : kecewa lagi :( tapi ada 3 benda yang ubatkan hati kami..Alhamdulillah..



Monday, December 20

ade orang tak mandi!

salam dan hai

aku pun tak tau ke mana hilangnya aku
da tak reti nak berblog kot?
hihihi sorry dear
memang berat tulang nak mengetuk keyboard ni
tapi aku cuba tau, walaupun 1 enrty seminggu
ok la kan? :D

minggu lepas balik rawang
temankan mak, tengah bersedih lagi
demam, kesian sangat
tapi da beransur ok

& semalam adalah hari tak mandi ok
kat serendah takde air!!!!!
arrgggghhh memang masing-masing bajet mandi je :p
dari pagi air da slow, sempat la masak breakfast
lepas je makan, kul 10 terus masak untuk lunch
sementara air ade lagi
ngam-ngam siap masak, air terus kering kontang
dalam tangki pun sama
nasib baik la takde sapa-sapa buat hal nak memerut!
kalo tak, aku pun tak tau la hihihi

bila takde air, nak buat ape pun tak jadi
badan pun lemah je sebab tak mandi kan?
tapi wangi tau ;p
sempat gosok gigi, sempat cuci muka masa bangun subuh
so kerjanya tidur je la
bangun, makan, layan movie kat laptop, tidur
bangun, makan, layan movie kat laptop, tidur
sampai la petang, heh!
takde air sampai ke malam tau?
lepas maghrib, kitorang gerak balik putrajaya

adik mr.k, hasanah&aiman ikut sama
and petang ni nak pergi ambik adik aku pulak
sebab kitorang janji nak bawak tengok wayang&main bowling
saja bawak adik-adik enjoy
nanti kang da start sekolah, payah la pulak kan?

eh, da pukul 12!!
nak turun cafe belikan nasi untuk diorang kat rumah
ok, bye!



Thursday, December 16

Al-Fatihah...

salam dan hai

aku da kerja hari ni
selepas bercuti emergency 2 hari
badan sakit-sakit lagi, pening kepala, seram sejuk
mr.k pun macam tu, 2 hari ni tidur tak lena

enrty ni aku ada mention yang atok mr.k tenat kan?
for ur information guys, atok da kembali ke rahmatullah
hari isnin, 3.45 petang
petang isnin, ngam-ngam pukul 5 mr.k call
bagitau aku atok da takde
terus bergegas balik rumah, kemas baju
then tunggu mr.k sampai, terus gerak ke bangi
naik 1 kereta dengan adik dia

sampai tol pagoh, tunggu abah&mak pastu terus gerak ke kampung
masa sampai tu, orang sangat-sangat ramai
arwah atok ni bidan, kat pagoh ni memang semua orang kenal
sebab tu tak putus-putus orang datang sampai pagi esoknya

mak ngah sampai nak pitam
intan, sepupu dia yang duk serumah dengan arwah atok pun pitam
kesiannya....
sedih sangat-sangat

arwah atok baik sangat
walaupun aku hanya sempat 8 bulan bersama dia
tapi rasa macam da kenal lama
suka bercerita itu ini, suka suruh orang masak&makan ramai-ramai
setiap kali kalo kitorang balik kampung, atok mesti suruh mak masak
masak bukan lauk-pauk biasa
masak ketupat, lodeh, kari ayam, ayam masak merah
macam hari raya

nak-nak pulak dulu masa mr.k kecik, dia tinggal dengan atok dia
memang sedih sangat masa aku tengok mr.k nak kucup arwah atok
terasa kehilangannya
tapi Allah lebih sayangkan dia
semua redha dengan pemergiannya

semoga arwah atok tenang di sana
kami akan sentiasa merindui atok



Al-Fatihah.......





Monday, December 13

morning monday sickness

salam dan hai

mood masih blur, masih ting-tong
tak cukup rehat, mengantuk
lengan bengkak tak tau kenapa
sakit perut, semua la

jumaat lepas half-day lagi sekali
sebab kena balik pagoh
atok mr.k agak sakit & tenat
tapi macam da ok sikit

later i blogging ye
sekarang nak layan mata dulu


Friday, December 10

it will be mine!

salam dan hai

lunch semalam keluar bergedik dengan soulsisters
tapi 4 orang je yang ada
ezah, ikma, ema & of coz la aku :)

tujuan utama, nak surprised kan ezah
kan birthday dia
kitorang makan kat johnny's je
aku dengan ikma berpecah konon nak cari barang
padahal nak beli kek emergency! hahahahha
suh ema & ezah pergi johnny's dulu



mau tak terkejut kan minah ni walaupun dia da tau
just a small pieces of cakes for u dear
but with big-big love from us! :D

birthday girl yang supersexcited!
& biasa la kalo da jumpa
topic paling hangat di alam maya jadi bahan!
takpe, tak sebut nama kan? :p

izah, ema, ikma!
mr.k da approved untuk membeli benda itu!
after i convinced him for an hour! :D
yes!! yes!!
ala, untuk suami jugak kan?
yet, it will be mine! tak sabarnya
tapi korang diam je tau, jangan bising2
rahsia dalam selimut ni wakakakaka



p dot s : cepat la ezah, bila nak jalan misi ni???!!! ;p





Thursday, December 9

quote for today

salam dan hai

tengah syok-syok blogwalking tadi
pastu terjumpa ayat ni,


Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan pun
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya


ye..itu yang sebetulnya kan?
bukan menangisi & bersangka buruk pada Dia
semoga Dia mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu
Amin....



terjalin kembali

salam dan hai

aku duk belek-belek gambar kenduri tadi
pastu terjumpa gambar ni
actually takde apa yang special pun
cuma bila tengok gambar ni, rasa macam reunion untuk mie&abah aku
tengok la tu
nampak kegembiraan mie&abah bila jumpa kawan-kawan lama diorang
terpisah da berapa tahun tak tau
semua kawan-kawan diorang ni dari Thailand
kawan-kawan zaman sekolah, zaman bujang






untung jugak ada kenduri kawen ni kan?
dapat mengeratkan silaturrahim
dapat temukan yang terpisah
aku tau mie&abah happy sangat sebab ramai sangat kawan diorang yang datang
aku pun tumpang happy :)




Wednesday, December 8

untuk izah tersayang!

salam dan hai

dear,

happy birthday yang ke-25!
semoga rezeki kamu akan bertambah
semoga umur kamu dipanjangkan
semoga jodoh kamu berpanjangan & direstui Allah SWT
semoga kamu menjadi sahabat aku sepanjang hayat :D

i love u MOST!





peringatan!

salam dan hai

terima kasih ye yang alert pasal ralat tahun hijrah kat entry ni
typing error :D
aku da betulkan semula
terima kasih sekali lagi

minggu lepas aku berkesempatan bukak blog kat rumah kak nani
pastu tengok ramainya yang tinggalkan jejak kat shout box
masalahnya aku tak boleh nak baca/komen kat shout box tu
sebabnya kat ofis kena block

so aku mintak jasa baik kamu semua
yang datang menyinggah, jejak kaki, say hi or whatever
jangan tinggalkan jejak kat situ ye
sebab aku memang takkan dapat baca
mau berbulan jugak baru aku boleh tengok

ada jugak yang cakap aku sombong nanti kalau tak reply kat situ
no! tak pun
aku memang tak boleh nak reply
kalau kamu datang & nak tinggalkan jejak
komen je kat latest entry ye, jangan malu-malu
senang aku boleh terus terjah blog kamu :D



Awal Muharram 1432H

salam dan hai

selamat tahun baru 1432H buat semua
bila tahun baru bermula, semua azam da kena revise ok
mana yang da capai, mana yang tak capai lagi
perbaiki kekurangan dalam diri, insyaAllah..

so semalam walaupun cuti
aku tetap tak duduk diam kat rumah
bangun pagi, kemas rumah, buat breakfast
then bersiap keluar
mane lagi kalo bukan puncak jalil :D
da janji dengan mie&abah nak bawa jalan putrajaya & solat kat masjid besi
plus, nak pick up adik aku 2 orang tu sebab diorang nak tidur kat rumah
kitorang melepak dulu kat rumah abe gee sampai lepas asar
pastu baru gerak ke putrajaya
last sekali abe gee pun ikut jugak heheheh

bawa diorang semua makan nasi ayam dulu kat masjid putra
layankan amir main kat tepi tasik sambil tengok ikan
pastu bila da dekat maghrib, gerak ke masjid besi
solat maghrib kat sana
subhanallah..cantik sangat masjid tu
aku yang duduk kat sini pun tak pernah jejak kaki lagi
selalu ke masjid putra je
view yang sangat cantik, nampak seluruh putrajaya
bangga jugak sebenarnya dapat kerja sini ;p
nanti ada masa, nak bawak mak&abah pulak kat masjid ni, insyaAllah..

so semalam memang tak pergi jalan manapun
tujuan asal hanya nak makan nasi ayam & solat kat masjid besi je
lagipun mie tak boleh lama-lama
kan kak nani sorang je kat rumah
lepas je solat, mie& abah terus balik dengan abe gee
aku, mr.k & adik-adik aku panjat alamanda kejap
nak beli stok makanan kat rumah :)

ni ada la sikit gambar semalam
tapi sorry sangat-sangat for low quality pics ok
belum mampu nak beli camera mahal, kan ain? ;)








p dot s : senang hati bila tengok orang tua kita senyum.




Monday, December 6

two in a row

salam dan hai

sambungan kisah tadi

kami gerak balik putrajaya, tapi ada menyinggah kat balakong
ada misi nak diselesaikan
& keputusannya, misi tersebut selesai :D
Alhamdulillah

kemudian singgah ke alamanda nak makan
& belikan Al-Quran untuk anak buah aku, syafiq
terus balik rumah, zzzZZZzzzzz...

ahad pagi-pagi bangun, pul 8.30 kami da gerak ke puncak jalil
pagi sangat-sangat kan?
nak kejarkan kak na, takut tak sempat jumpa dia sebab da nak balik jb
plus nak bagi Al-Quran kat syafiq
lepas je breakfast dengan family, kami pun cabut sebab ada urusan!
cheh!! urusan sangat ok! :p

sebabnya..








kitorang nak tengok wayang! hahahahah
tiket da beli, da bayar
takkan nak cancel, rugi wooooo!!
melantak movies dari pukul 11 pagi sampai 4 petang ko!
heheheheh


1st, tengok cerita ngangkung
rate, 4/5 stars
not bad, kelakar, tapi isi padat
sape-sape yang mengamalkan benda ni, memang panas telinga la
sound direct punye dalam cerita ni
isu kekeluargaan, rezeki halal
best!

2nd movie, tengok Rapunzel
oohhh..sweet sangat
cerita ni sangat best, u know?
tersangat best, aku bagi 10 bintang! hahahahha
kelakar, tak berbelit, comel!!
tapi 1 je sayangnya, kat alamanda takde 3D
but it's ok, we enjoy the movie so much!

korang patut tengok 2 movie ni, sangat menghiburkan!
release la tension korang tu, betul :D

lepas tengok movies, kitorang terus cabut balik rumah
rehat & terus ZZZzzzzZZZZ
tq ye abg syg sebab melayan i walaupun abg penat
nanti i bagi upah ok, masak sedap-sedap :)


p dot s : i love you...i love you more...i love you most... (ayat rapunzel yang da jadi ayat kami :D )




aqiqah ammar nuruddin

salam dan hai

selamat sudah majlis aqiqah baby ammar
hari sabtu lepas, jam 10 pagi
walaupun dalam keadaan hujan gerimis *cheh*
tapi majlis lancar
makanan cukup, minuman cukup, tetamu pun ramai
sampai petang ada lagi yang datang
perfect!

here's the pictures
abah aku sendiri yang lead majlis tu



menu of the day:
nasi hujan panas, ayam masak merah, kuzi kambing, dadih & limau mandarin
kordial sarsi & teh o panas

lastly, chef of the day:
:D

sangat penat, macam majlis kenduri kawen
bila da tengahari, aku dengan mr.k menyental periuk belanga kat dapur
biar cepat siap, cepat boleh rehat :D
kumpul adik beradik ramai-ramai macam ni sangat best!

lepas kemas-kemas, dalam pukul 5.30 kitorang gerak balik putrajaya


jap lagi sambung boleh?
nak g makan, lapar! :D



sweetness!

salam dan hai


mr. k and lembu new zealand kott! :p



Friday, December 3

halfcupday!

salam dan hai

uisshhh sedapnya cupcake ni
tq ye kak sue bagi cupcake yang sedap lagi comey-lotey ni
tapi aku tetap teringin muffin blueberry yang kak sue buat!
lagi, teringin blueberry cheese tart
teringin fruit tart
teringin egg tart
hahahhah semua la!
tapi malangnya tu semua akan jadi sebab berat badan naik! heh!
tak sanggup!!

hari ni aku kerja halfday je tau
sebab esok pagi kak nani nak buat aqiqah baby ammar
takde orang nak tolong mie nanti
nope! bukan aku sorang je yang halfday, tapi dengan mr.k sekali :D
harus la bersama walau ke mana saje!

aku sah-sah 12.15 da cabut balik rumah
jumaat kan break awal :D
lepas jumaat je, terus zass ke puncak jalil
and tidur sana lagi malam ni
nanti kan kemunculan gambar-gambar yang berkaitan ok
terhangat di pasaran kottt! :p

sorry to soulsisters, i can't make it this lunch
next week kite jumpa ye sayangs semua
jangan marah kat ai tau ;)



p dot s : mrs.spicy, nak join tak esok? u kan dekat je dengan puncak jalil. i jemput ni, series!



Thursday, December 2

diam-diam ubi berisi

salam dan hai

fuhhh..uhuk-uhuk-uhuk
banyaknye la hai habuk kat blog aku ni
sorry for neglected u, blog...
tak tau la kenapa berat sangat-sangat tangan ni nak menaip
tapi nak komen kat blog orang memang cepat je! :p
sorry kawan-kawan,
aku agak menyepi dari dunia blogging
nothing special & interesting yang aku boleh share
idea zero!
jeles je tengok orang lain, sehari 2 3 post
aku? harem! hahahaha

life sekarang alhamdulillah
aku dengan mr.k makin slim chubby! :(
lagipun kan musim mengawan hujan, memang tak boleh nak keluar jogging
tu makin naik badan ni
asyik makan je, berpeluh tak langsung
cepatla habis musim hujan ni
nak sambung balik aktiviti jogging yang terbantut tu

aktiviti malam masih lagi ke puncak jalil
selang sehari
nak-nak akak aku yang kat jb tu da sampai
petang ni abah dengan afah, adik aku pulak sampai
cukup la 1 family en.mahmud & pn. maznah :D

eh, ni da bulan disember kan?
Ya Allah, cepatnya rasa tahun ni
da nak masuk tahun baru da
ohh..how time flies...
your wishlist for this year macam mana? tercapai tak?
aku banyak jugak la yang tercapai, especially kawen! :p
alhamdulillah
yang lain overall tertunai da
cuma ada 1 lagi yang aku & mr.k berharap
harap-harap Allah murahkan rezeki kami yang 1 tu.




p dot s : alamak!! da janji "something" dengan soulsisters this coming new year!! pengsan aku!!