Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 28

Wordless Wednesday #3

salam dan hai






alhamdulillah
syukur Ya Rabbi
we're expecting, alhamdulillah
now i'm 17weeks@4months++ pregnant mummy :)


Monday, December 19

one year and nine months

salam dan hai

how you guys doing?
weekend kami hanya melepak kat rumah
tak ke mana pun, masing-masing sayangkan tidur hehehe :p
tak la, hari sabtu keluar jugak, langsung tak berasap dapur
pukul 12 pergi kenduri aqiqah anak SS ema, Muhamad Emir Riyyad
so handsome la budak kecik ni
& this time la berkumpul dengan SS eventhough tak cukup geng jugak
yang ada hanya 4 orang, ikma, fatenton & farah
owhhh fatenton...amber humaira sangat behave & so comelllll
walaupun tengah menangis kelaparan hehehehe

lepas kenduri ema, balik putrajaya dulu
hajat hati nak pergi kedai kepong, tapi awal sangat
terus decide balik rumah dulu, buat ape yang patut
lepas maghrib baru keluar
dah lama dah tak pergi makan kat kepong
dah lama tak jumpa yu&poksu
melepak sikit punya lama hehehe pukul 12 malam baru balik :D
puas dapat makan macam-macam yu&poksu masakkan

semalam memang melepak je kat rumah
keluar tengahari je ke bangi
makan kat yati ayam percik
tapi ayam perciknya dah lari tune la
hampa :(

hmmm...hari ni nampaknya genap setahun, sembilan bulan aku jadi isteri orang
alhamdulillah, lagi 3 bulan nak cukup dua tahun
perancangan?
belum ada lagi :D
tak yah rancang la kot, kang tak jadi aku nangis hehehe
kite tengok je la apa yang nak jadi ye

abang, thank you for always be by my side... erkkkk jiwang!

Wednesday, December 14

perkongsian ilmu

salam dan hai

malam tadi boring sangat takde cerita yang best kat tv
sekarang ni siaran tv entah ape-ape je la kan?
duk ulang la cerita yang sama 40kali
dah takde modal ke apa diorang ni
geram pulak aku dibuatnya

pastu masa dah pukul 10, kak nani call
suruh turn on tv9
sesi perkongsian ilmu, halaqah
tajuknya pengembaraan janin
ada siapa-siapa tengok semalam?
insafnya Ya Allah
teringat susah payah ibu kita mengandungkan kita dulu kan
yang bestnya, ada video perkembangan janin dari minggu pertama sampai lahir
Subhanallah, besarnya kuasa Tuhan
dan paling menakjubkan, ada video baby tengah aktif bergerak
berpusing sana sini
tapi bila diperdengarkan ayat A-Quran, baby tu terus terdiam
dan kedudukan baby dalam rahim seolah-olah tengah bersujud
Subhanallah
baby yang sekecil tu pun tau mengagumi ayat-ayat Al-Quran, inikan pulak kita yang dah tua kan
kerdilnya rasa aku ni, jahilnya rasa

korang search la kat youtube
ada videonya
aku malas nak upload sebab berat kan
so rajin-rajin search ye
kite share sama-sama

Tuesday, December 13

middle of december

salam dan hai

entah apa yang yang ada dalam fikiran aku ni
asal klik new post je, idea lari
asal klik new post je, otak kering
sudahnya, blogwalking je ke sana ke sini
sibuk memang la sibuk je memanjang
tapi takde la sampai tak boleh update blog
tapi masalahnya satu tu je la
idea takdok! :p

sekarang ni dah middle of december kan?
macam cepat sangat pulak rasanya
lagi berapa minggu je nak masuk new year dah
excited jugak sebenarnya :D
korang punya azam 2011 macam mana?
aku macam biasa la, mesti banyak yang nak kena carry forward hehehe
nanti dah dekat-dekat new year, kite sama-sama list down kan semuanya ye

weh, tau tak mie aku tak datang pun lagi kl :(
tertunda la lagi selera aku nak makan perut rebus tu
lepas seminggu, seminggu tertunda
kesian mie & kesian aku hehehe
dah la mie sekarang ni kejap-kejap demam
takpe la, nanti mie dah sihat betul-betul baru datang ye

ok la kawan, got to go
esok-esok celoteh lagi ye, insyaAllah :D

Tuesday, November 15

i'm back!!

salam dan hai

:D anyone miss me? heheheh
long haitus kan?
ala, bagi la can aku nak berehat sekejap
asyik berblogging je kan heheheh
ala, tak sampai sebulan pun lagi :p
nothing happen to me, to mr.k. nothing
we're sihat walafiat, alhamdulillah

eventhough aku tak update blog
tapi aku setiap hari tak pernah missed baca blog korang tau
cuma kadang-kadang ikut mood
ada yang aku tinggalkan komen, ada yang tak
heheheh jangan marah ye korang
aku sayang korang ketat-ketat :D

raya haji hari tu pun aku tak balik kelate kan
beraya kat rawang je
kebetulan abah & mak tumbang lembu seekor
memang kenduri daging la
ni pun kat rumah aku banyak lagi daging & tulang yang mak bekalkan
tulang & perut tunggu mie datang minggu depan
nak makan perut cicah air asam!! ahhh sedap wehh!!!
ini perut lembu yang besar tu tau, bukan ususnya
biasenya orang kelate kebanyakkannya memang makan la
tapi ada jugak orang sini yang pandai makan perut ni
cepat la mie datang!!!! :D



sedapnya!!!!! credit gambar kat owner die :D


Monday, October 24

merepek-repek di pagi isnin

salam dan hai

happy monday morning, peeps!
how's your weekend?
kami minggu ni balik rawang
lagipun minggu ni semua adik-beradik ada kat rumah
kecoh 1 rumah! :D

bestnya kerja hari ni
bos aku takde! heheheh
outstation, pergi UK
tapi kejap je la, khamis dah ada balik
ok la kan, boleh bernafas sikit kalau bos takde

mie & abah pun dah balik kampung :(
hari khamis lepas
malam tu aku dengan kak nani pergi hantar mie & abah kat kajang
naik keretapi

eh, korang balik raya tak?
aku tak balik kelate pong :(
tapi balik rawang la :)
abe gee & kak nani pun tak balik jugak
beraya je la kat sini ye
lagipun, nanti lepas raya mie nak datang balik :D
weeehuuuuuuu!!

hari ni datang kerja pun jalan clear je
sebabnya budak sekolah cuti seminggu deepavali
cikgu-cikgi pun bercuti sakan la ye! :p
kakak cikgu-cikgu kat puncak jalil tu, tolong masak sedap-sedap ye
adikmu nak datang melantak! hahahahah

apa yang aku merepek ni?
entah! ok la, bye!

Thursday, October 20

romantika d'amor :)

salam dan hai

hari ni entry geli-geli ye
bukan geli-geli sebab malam ni malam jumaat hehehe
geli-geli manja yang membahagiakan
:D
jangan muntah hijau pulak!





thanks bucuk!
you cheer up my day
four flowers have their own meaning
thank you, abang! :D

Tuesday, October 18

my parents in the house :D

salam dan hai

lamanya tak menjengah blog
rindu la heheheh
tapi kesibukan dan kemalasan tu yang tak boleh nak elak

seminggu ni memang best sangat sebab mie & abah ada kat sini!
weeehooooo!!! lompat bintang!!! :D
berebut-rebut anak-anak nak suruh mie tidur kat rumah hahahah
macam tu la kan, anak semua kat sini

ayak, bos panggil pulak
nanti sambung eh
sorry, got to go! bye!

Wednesday, October 12

jawapannya

salam dan hai

korang nak tau berapa ringgit menu yang aku mintak korang teka tu?
semuanya RM16!
mahal gila kottt!!
aku rasa macam nak baling je pinggan tu
mahal kot makan sup sayur je
eee...gerammmm!!!!

teka-teki

salam dan hai

cuba korang teka
berapa harga makanan ni ye

nasi putih 1
sup sayur 1
ikan goreng bodoh-bodoh je seekor
teh o limau suam 1
apple jus 1

cuba teka

Monday, October 10

boring

salam dan hai

kenapa hari ni takde orang update blog?
bosannya...
korang pun kena monday blues macam aku jugak ke?
ala, korang takyah la blues-blues semua tu
cepat la update blog
aku tengah kebosanan ni :(

monday blues, monday blues

salam dan hai

hari ni mood ke laut
monday blues, mungkin?
harap-harap kejap je la rasa ni
banyak benda yang dirancang, tak menjadi semalam
tapi
benda yang terjadi menggantikan rancangan tak jadi tu, sangat best :D
thanks ma, abe nan, kak nani, abe gee
paling penting, thanks abang :D

till then, bye.

Thursday, October 6

apa akan jadi esok dalam Belanjawan 2012?

salam dan hai

:D
aku dikejar oleh soalan-soalan yang panas
heheheh
macam-macam khabar angin yang aku dengar
ye, aku memang kat bahagian belanjawan
ye, aku tau ape yang korang semua nak tau
tapi aku tak boleh bagitau hehehehe
ala, korang tunggu je la esok ye
tak sampai sehari je lagi :D

tempting!

salam dan hai

bila ada rasa teringin nak makan
tangan harus la membuatnya kan?
pulut pauh (mangga) dipetang hari
di saat cuaca mendung ala-ala nak hujan
memang tiptop la dapat makanan ni
perut pun bersuka-ria dapat diisi :D



Wednesday, October 5

open house part 2

salam dan hai

continue dari part 1

tengah aku berkecah-kecah kat dapur
dapat call dari kak ida, dia bagitau dia nak datang awal
sebab nak balik kampung
nasib baik masa tu semua makanan dah settle
tinggal nak susun je atas meja
tapi menunggu jugak la diorang 1 family sebelum dapat makan
heheheh kesian kak ida
kemudian, muncul pulak kak lin, jiran depan rumah ni
kak lin pun aku jemput awal jugak sebab dia dah bagitau nak balik kampung
tiba-tiba, datang pulak kak ina
sebabnya dia ada hal dengan adik dia
so diorang bertiga ni paling awal datang, 12.30tghr kot
hehehe kesian kena tunggu sebelum makan


tetamu terawal :D

dalam pukul 1 lebih macam tu, aku pun bersiap & solat zohor
pastu rasa lapar pulak
ajak mr.k makan
dah siap-siap makan, mr.k tanya aku
mana orang ni, takde siapa datang pun
heheheh risau die!
tiba-tiba muncul la dua tetamu ni
dua tetamu ni adalah orang paling akhir balik
aku kurung diorang tak bagi balik hehehehe
siapa lagi kalau bukan azie & ain!


terhibur dengan keletah sofea & hafiy!

hafiy yang comel!

olololo suwittnye senyum macam tu :D


tengah rancak bersembang
kak zila sampai pulak dengan ezey
baru sekejap diorang duduk
sampai pulak kak nini
wah...makin ramai hehehehe
teruja pulak aku hehehehe




ni je lah satu-satunya gambar berdua dengan orang kuat saya :D


next yang sampai is kak sue, clement & en. roszaimy
orang paling jauh katanya! hahahaha




sampai pulak kak g sekeluarga
memang kecoh habis satu rumah
dengan riuh budak-budak
sukanya!



last sekali kak nana
lambat sampai, pastu lepak kejap je sebab nak ke hospital


bergambar sedas! :D


ececece macam pengantin u! :p

bergambar lagi :D

dan bergambar lagi!

dah!
abis ceritanya
aku pun buat kecik-kecik je
tapi meriahnya, Alhamdulillah
makanan cukup, semua lengkap
tapi adik-beradik aku semua tak boleh datang
so lepas je kawan-kawan balik
kami terus keluar ke puncak jalil & selayang
menghantar makanan untuk diorang semua :D
baik tak??? baik tak??? :D
dengan rumah tak berkemas lagi heheheh
balik pun dah pukul 1 pagi, memang tak lalu dah nak berkemas
siap-siap, solat isyak pastu terus tidurrrrrrr :D

Alhamdulillah, selesai 1 babak
next, tak tau nak jemput siapa & bila  hahahaha
thanks eh korang sudi datang rumah i
yang tak terjemput tu, sorry sangat-sangat
insyaAllah next time, zaa jemput lagi ye :D


p dot s : big hugs to you, abang...thank you!

open house - part 1

salam dan hai

sabtu lepas, aku ade buat makan-makan sikit untuk member ofis lama
lagipun diorang belum pernah datang rumah aku lagi
aku memang ajak member ofis lama je
pun tak jemput semua
geng SS pun aku tak ajak :D
hahaha korang takyah nak sentap-sentap ok
kesian kawan ofis aku tak pernah rasa roti tempayan :p
geng ofis baru pun, takyah nak sentap-sentap jugak :p

member mr.k pun tak jemput
mr.k cakap taknak penat sangat
yela, dia pun sama naik dengan aku hehehe
siap tolong uli roti lagi ;)
kami berdua je la yang bersilat kat dapur
mana ada siapa-siapa yang tolong kan

penat takyah cakap la
ingat tak entry yang ni?
ha, lepas je beli barang terus potong-potong, kupas apa yang patut
sebabnya malas nak kacau masa nak masak malam nanti
tu yang penat sangat tu
aku jemput kawan dari pukul 2 petang sampai 6 petang
lagi pun tak ramai sangat, 30orang je
itu pun ada yang tak dapat datang


jom layang gambar part 1 dulu :D





masterchef :D abaikan dapur berkecah tu ye

menu of the day

kari daging

kuah lontong

nasi impit

sambal tumis

bubur pulut hitam

main menu, roti tempayan :D

buah-buahan

kek batik dakcik ain! tq dear!

itu la menunya
sikit je aku masak
lagipun bukan ajak ramai sangat kan
but, aku enjoy sebab dapat penuhkan permintaan orang
walaupun aku&mr.k penat, it's ok :D

ok, nanti sambung lagi ye!

Monday, October 3

Jangan Lupa Namaku

salam dan hai

lagunya seindah dramanya
kami tak pernah missed walaupun 1 episod

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Andai aku tidak disisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu jauh dimataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu


syahdunya.....
mula-mula aku ingatkan band indon
tapi sekali malaysia punya
Pompa Bensin namanya
orang cakap band ni combination dari artis-artis jugak
aqasha, nadia aqilah & azma yusof (cerita sinderella)
tapi bila didengar suara betul-betul, memang confirm kot diorang
cuma diorang sendiri je belum reveal kan lagi
anyway, cerita & lagu adalah sangat-sangat best!

Friday, September 30

hari jumaat yang penat

salam dan hai

orang lain balik rumah hari jumaat boleh rehat-rehat
boleh tidur-tidur ayam
aku hari ni balik rumah, penat!
ishk..ishk..ishk...
kesian aku kan?

:D

dah, tu je. bye.

Thursday, September 29

BKP with love

salam dan hai

tak habis-habis lagi ke dengan jamuan raaya?
hahahah belum boleh lagi :p
walaupun syawal dah abis, jamuan makan tetap diutamakan!
hahahahah

lepas jamuan raya division hari tu, esoknya aku dijemput ke BKP
tempat jatuh lagi dikenang
inikan pulak tempat bersuka duka bekerja :D
dah siap berjanji dengan ain nak pakai grey
walaupun tak berapa nak grey, tapi i tetap ikut tema u, tau? :p

especially untuk azie, nak tengok sangat kan?
hahahah layan je la :p


antara menunya is mee kari :D


ex-officemate yang super best!

2 orang kakak yang selalu berkongsi suka duka

dengan mom-to-be, ezey

posing la ape lagi heheheh

buat naya kat ain! hahahahah

pegawai paling sporting!

kak ina yang makin cung!

u guys are the best!

posing lagi...rindu la....

dengan aisya, anak kak zila

kenangan dengan korang takkan dilupakan :D

open for a while

salam dan hai

:D open sekejap blog ni
saja suka-suka
ada orang rindu aku tak? ;)

Wednesday, September 28

tragedi tak terduga

salam dan hai

kejadian yang meragut nyawa aku sekejap
sebab kecuaian sendiri

malam semalam lepas balik kerja
kami decide nak ke puncak jalil
nak pergi rumah kak nani & abe gee
ada urusan sikit
pastu dah alang-alang kat situ
terus panjangkan kaki ke giant kinrara, beli groceries
aku memang belanja kat situ, sebab barangnya super banyak&macam-macam

bila dah settle beli groceries, lebih kurang pukul 9.45 macam tu
terasa lapar pulak
kedai banyak yang dah tutup
at last, tanya KFC je & luckily diorang kata boleh makan lagi
ding-dong-ding-dong settle la makan
mulanya mr.k pergi cuci tangan dulu
pastu dia datang, aku pulak yang pergi cuci
lepas je cuci tangan, aku tengok mr.k dah tunggu kat depan dengan troli
so terus je la gerak ke parking

dah sampai kat kereta, masukkan barang semua
pastu kitorang pun masuk la dalam kereta
biasanya kalo masuk dalam kereta, kitorang terus je gerak
tapi malam tu tak, bersembang-sembang dulu kejap
pastu aku mencari henpon, tak jumpa
sekali teringat, bag tertinggal kat kerusi KFC!!!!
Ya Allah, tak dapat bayangkan macam mana laju jantung aku
terus keluar kereta, berlarri ke dalam semula
siap berpecah lagi dengan mr.k
kot-kot terserempak ada orang ambik ke kan

aku pun berlari tak ingat la
sekali sampai KFC, tengok bag dah takde kat kerusi :(
pandang mr.k kat depan, memang sedih gila time tu
dalam bag tu ada semua duit yang aku keluarkan
ada henpon, ada jam, ada macam-macam :(
tapi aku gagahkan jugak
pergi kat kaunter, tanya kat pekerja dia
kot-kot la diorang ternampak & simpankan
sekali ada :D
alhamdulillah Ya Allah
pastu budak tu bagitau, ada abang yang tengah order KFC tu jumpa
memang berterima kasih sangat-sangat la

moralnya,
tolong jangan cuai
tolong jangan letak bag kat tempat yang kita sendiri tak nampak
tolong pegang je / riba bag supaya kita tak terlupa

Thursday, September 22

jamuan raya division :)

salam dan hai

wah...lama tak tunggu gambar i??hahahah
ni baru sempat nak update blog
gila ah sibuk hari ni! sangat-sangat!
dah, aku malas nak cakap banyak
kang datang kerja lain pulak, tak sempat nak upload lagi nanti
tapi gambar adalah sangat tidau teratur ye
menu jamuan macam biasa la kan
satay, nasi beriyani, lemang, nasi impit
& ada menu tambahan dari setiap sektor
enjoy!


ruang legar yang meriah

potluck pecal from sektor D

with geng sektor D

in front of my room

goodies from sektok S



sebahagian dari division

:D

satay! satay!

hot stuff! sagu paling sedap!

KSP

yours truly & fiza

bihun sup from sektor E

deco! deco! deco!

sektor K with cendol & dayangs hehehe

mek kecik & mek vesarrrrr

with staf sektor A

laksa johor from sektor A

itu la serba sikit gambarnya
tak kuaso den nak upload semua
terlalu banyak sampai tak larat nak pilih!

till then, bye!


p dot s : seminggu ni direct seminggu jamuan! :D sambung esok pulak kat lovey dovey BKP!

p dot s : hari ni puasa, insyaAllah..tapi tak tau nak berbuka apa. tekak macam nak secret recipe