Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 6

kita sayang awak, tau?

salam dan hai

sejuknya la sekarang ni
musim hujan belum habis lagi
kat opis ni sejuk macam nak beku dibuatnya
da la bilik aku ni aircond 2 biji atas kepala
aduiiii..badan pun jadi tak sedap sebab sejuk sangat

lagi kesian, laki aku la
kadang pergi kerja basah, balik pun basah
sedih bila fikirkan dia bawak motor sampai ke kl
tapi nak buat macam mana
aku suruh bawak kereta, dia taknak
jem la, susah parking la
dia lagi selesa naik moto, aku ikut je

tapi hati memang setiap kali tu jugak la tak senang
risau, tau?
even kita da hati-hati
orang lain belum tentu kan?
pernah jugak 2 3 kali dia nak jadi mangsa kereta yang bengong
tapi alhamdulillah

aku harap sangat bia dia cepat-cepat dapat tukar putrajaya
cepat la siap bangunan KWP tu
senang sikit hati aku bila suami tak travel jauh-jauh
dia pun da suarakan jugak
katanya da rasa penat kerja jauh ni
takpe, insyaAllah ada la tu rezeki abang :D

enough said
jumpa esok!
bye!

10 comments:

-Sara- said...

haahla zaa, kt kl ni rmai yg drive kete cm bengong tau! sara pn takot2 nek motor, but nk wt cmne, have no choice, xtahan jem giler

hop kerol dpt tuko ptrjya cepat2, c bini nye tersenyum lebarlah ye! :D

Anonymous said...

Betul tu za.. Riso kn naik moto jauh2.. badan pun penat..

~~zaa~~ said...

sara,

kan yang? kadang2 terpikir bukan2 je bila dia lambat sampai umah :(

i hope so, dear... :D

~~zaa~~ said...

anon,

risau sgt2..setiap kali balik kerja, mesti melepet je..

axie said...

risau kat wadi jugak..
setiap hari ulang alik ke s.alam
eh, sama kes lah kan?
cuma wadi takkan pindah putrajaya lah melainkan dia tukar keje & keje gov..hrmm

dakcik said...

sian uncle kerol eh..xpe2, nti dh dpt tukar ok la tue..:)

p/s : azie pun kesiang gak..huhu

~~zaa~~ said...

axie,

cian azie..sama la tu kes kite
ermm..takpe, rezeki kan ada di mana2 je.. :D

~~zaa~~ said...

dakcik,

tu la, harap2 cepat la dapat tukar sini

dianizan said...

memang penat klu kene berulang jauh..ina dah merasa kejap sblm pindah tanjung lumpur ni..sabar je la..pas i msti ader hikmah yg lg besar..

~~zaa~~ said...

dianizan,

ina lagi jauh kan dulu..nasib baik la rezeki zaa tak pjj..