Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 8

pengantin dalam hujan

salam dan hai

baru sempat nak update blog
tapi kononnya nak blogwalking kan?
lepas je siapkan kerja, bos panggil meeting pulak
sampai sudah aku tak sempat nak jenguk blog korang
jangan marah ek? ;)

ni cerita minggu lepas tau, agak basi suam-suam kuku jugak la
tapi aku tak peduli, aku tetap nak cerita jugak hahahaha
hari ahad before CNY, kami semua ke melaka
ada majlis bertandang sedara, tempatnya dekat je dengan ALAM
aku & mr.k pukul 8pagi dari rawang terus gerak ke puncak jalil dulu
berkumpul kat sana
then car pool dengan abe gee
pukul 10 baru gerak ke melaka

hari tu pulak punya la hujan dari pagi tak berhenti
kejap lebat, kejap rintik-rintik
memang sepanjang jalan la hujan
dah la nak cari tempat satu hal
agak pedalaman jugak la kawasan tu
kitorang tak gerak sama dengan rombongan pengantin
diorang semua bermalam kat sana

sampai kat guesthouse pukul 12.30, hujan still lagi lebat
pastu pukul 1 lebih, semua bergerak ke rumah pengantin lelaki
agak leceh jugak sebab hujan kan?
masing-masing memang berpayung bagai la
pengantin pun tak berarak langsung, terus je masuk dalam rumah
berkompang pun kat depan pelamin, tau?

time nak makan beradap lagi best
pengantin & rombongan tak boleh makan kat meja beradap langsung
sebab ape?
kawasan meja beradap banjir!
kesian pengantin, terpaksa la makan dekat meja tetamu je
mengangkut la semua hidangan pengantin kat khemah tetamu
ye la, bila dah hujan semua benda pun jadi kelam-kabut kan?
tapi nak buat macam mana, hujan kan rahmat dari Allah :)

aku lagi la, tak makan pun
sebab da jadi tak lalu
dengan hujan lagi, badan pun sejuk
at last, aku minum air je




gambar pun tak banyak, ni je yang aku sempat snap
malas nak berhujan :p
papepun, tahniah untuk ema & suami!

ammar & anas

p dot s : next entry, CNY. tunggu!






No comments: