Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 23

melentur buluh

salam dan hai

aku terpanggil untuk buat entry pasal satu isu ni. just to share my 10cents opinion about teenagers.

nowadays, teenagers memang kurang rasa hormat kat orang yang lagi tua. aku pun tak tau kat mana silapnya. aku ingat masa kita kecik-kecik dulu takut sangat dengan mak ayah masing-masing kan? nak mintak itu ini pun, kena fikir 5 6 kali, tau? nak-nak pulak kita yang hidup sederhana je. yang kaya tak yah cakap la kan? apa yang dimintak, semua dapat.

tapi budak-budak sekarang tak macam tu. tak tau mak ayah ni ada duit ke, takde ke, cukup ke, tak ke. memang langsung takde fikir dah. yang diorang tau, apa yang diorang mintak, diorang MESTI akan dapat. kalau tak dapat, memang akan mengamuk, merajuk, memberontak. kenapa ye budak-budak sekarang jadi macam tu? apa yang diorang fikirkan sebenarnya?

apa yang buatkan aku takut sebenarnya, aku sendiri pun ada 2orang adik lagi, yang dua-duanya meningkat remaja. & aku pun ada 2orang adik ipar, pun sama meningkat remaja. aku jadi gerun, jadi takut bila fikirkan perangai budak-budak zaman sekarang. risaukan kot-kot adik-adik aku nanti terjebak sama dalam masalah-masalah ni.

bila kita yang kakak @ abang ni menegur, dimakinye kita balik. dicakap yang bukan-bukan. tegur sikit, merajuk, memberontak. hempas pintu kuat-kuat tanda protes. banyak kita tengok dalam tv budak-budak macam tu sekarang. sorry, bukan terpengaruh dengan drama-drama melayu yang cliche, tapi itu la hakikat sebenarnya yang terjadi dalam dunia realiti.

kalau masuk bab-bab hormat ni, lagi la jauh perginya. budak sekarang boleh cakap macam-macam kat kita ni. tak bertanggungjawab la, tak sedar diri la. diorang tau ke apa tu tanggungjawab? diorang tau sebut je sebab nak lepaskan rasa dendam, benci dalam hati. tapi hakikatnya, diorang langsung tak tau semua tu. tapi itu la budak-budak sekarang, tak pandai hormat orang yang lagi tua. bagi diorang takde istilah hormat kot dalam diri, semua sama je.

memang menakutkan! macam mana kita nak buat ye? kat mana silapnya? adakah mak ayah kita sekarang tak macam dulu. yang garang bertempat, yang akan membebel bila ada yang tak kena, yang akan merotan bila anak-anak buat silap. tu semua untuk mengajar, biar anak-anak jadi orang yang pandai menghormati orang tua, jadi anak yang bijak, jadi anak yang ada tanggungjawab.

fikir-fikirkan.

8 comments:

-Sara- said...

yelah yang..budak2 skang ni pangai makin xsemenggah lah.. susah nak bentuk dah..

dakcik said...

budak zaman skrg mmg camtue za..mujur adik ain setakat nie masih ok..hormatla jgk mak dan kakaknya..wpun kami tak garang..hehehe

budak zaman skrg byk sgt terpengaruh dgn tv kot..budak zaman skrg dah canggih !

~~zaa~~ said...

sara,

kan??sangat susah nak bentuk yang...tak paham aku!

~~zaa~~ said...

dakcik,

tu la..syukur sangat adik2 masih lagi boleh dikawal. yang tak leh kawal tu memang tak tau la macam mana...

axie said...

bdk2 skrg ni dah "moden" sangat kot..tak mcm dulu2..
skrg pelajar yang pukul cikgu..

aDieyZa said...

zaa, budak2 sekarang ni terlebih pendedahan kat dunia IT.. byk sgt benda x baik yg diaorang belajar dr dunia IT ni.. sebab tu kdg2 kita nmpk budak2 sekrang dah makin berani buat sesuatu..

~~zaa~~ said...

axie,

terlebih moden sampaikan tak tau nak hormat orang tua, kan?

~~zaa~~ said...

adieyza,

tu la dia..rasa macam menakutkan budak2 sekarang ni...