Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 14

jangan buta hati

salam dan hai

hari ni aku bercuti
bercuti untuk meraikan sesuatu
insyaAllah, kalau sempat esok aku akan kongsikan dengan korang ye




korang percaya tak dengan benda-benda halus ni?tapi kita sebagai umat Islam memang kena percaya pada makhluk ni sebab mereka pun makhlus ciptaan Allah SWT. tapi ada jugak manusia yang tak tau kat mana hati perutnya, menggunakan benda-benda ni untuk menganiaya orang. aku nak bercerita sikit tentang dengki-mendengki. wujud lagi kan zaman sekarang orang yang macam ni? buat orang tu jadi macam tu, buat orang tu jadi macam ni. korang percaya tak?

sejujurnya aku memang percaya. dan aku tau benda ni wujud. walaupun zaman ni zaman maju, tapi pemikiran manusia kembali seperti zaman jahiliah. bomoh sana, bomoh sini. nauzubillah...ada kalangan family aku sendiri pernah beberapa kali terkena buatan orang. sebabnya, dengki. tak boleh tengok orang lebih, tak boleh tengok orang senang. kenapa ye ada lagi manusia yang hati busuk macam ni? kan Allah dah janjikan, siapa yang berusaha lebih, maka dia akan dapat ganjaran yang lebih. tak perlu nak buat orang sampai macam tu semata-mata kau tak nak tengok orang lain lebih dari kau. kau kena la usaha, kan?

orang yang pendek akal ni suka bila tengok orang yang dia dengki tu menderita. tak boleh makan, tak boleh tidur, tak boleh pergi kerja. aku tak faham apa yang diorang nak kan sebenarnya. pernah ke orang tu sakitkan kau? musnahkan periuk nasi kau? ke mana perginya akal yang waras & iman di dada? macam mana boleh jadi macam ni? aku memang tak faham. agaknya diorang semua ni tak pernah terfikirkan balasan yang Tuhan akan turunkan nanti. tak pernah terfikir yang suatu hari nanti mungkin akan terjadi pada anak cucu diorang pulak. tak takut ke diorang ni dengan hukuman Allah SWT?

nauzubillah..semoga kita semua dilindungi Allah. semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka ni. semoga iman kita kuat untuk tidak terpengaruh dengan godaan syaitanirrajim & iblis! semoga Allah membuka pintu hati orang-orang yang berkenaan & kembali ke pangkal jalan.




Wassalam

8 comments:

-Sara- said...

nauzubillah..

sara pon pecaye mende2 ni mmg wujud

yg penting kite kena kuat iman, jgn jd hamba mende2 tu!

~~zaa~~ said...

sara,

tu la yang...memang laknatullah la...

mrs.spicy said...

orang takde iman kan mcm dia buat. bomoh, bunuh semata2 sbb dengki

siti said...

buat sihir kat org tu adalah dosa besar!

axie said...

i pon percaya..
biasalah manusia kan? kalau hati tu dah busuk, sanggup buat apa saja..

~~zaa~~ said...

mrs.spicy,

betul tu mek! tak waras! kalo waras, dia takkan buat macam tu!

~~zaa~~ said...

siti,

yup! exactly! mintak jauhkan kita semua dari benda2 macam tu..

~~zaa~~ said...

axie,

nafsu mengatasi kewarasan akal!