Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 2

oreo cheese cake

salam dan hai



ini oreo cheese cake versi MR&MRS.K :D
 ramai jugak yang menuntut dari aku
nak kan resepi oreo cheese cake ni
ala, aku pun amik resepi ni dari blogger jugak
ni aku paste kan kat bawah ye!



Oreo Cheese Cake



A) Crust/Base


1 1/4 cawan Oreo cookies (asingkan krim dan hancurkan)


50 g butter


B) Filling


1 buku Philadelphia cream cheese


1 cup plain yogurt


1/2 cawan castor sugar


5-10 keping Oreo cookies (asingkan krim dan dipecah-pecahkan)


Krim Oreo cookies yang telah diasingkan tadi


Cara-caranya ?


i) Cairkan butter. Lepas tu, gaul dengan biskut Oreo yang dah dihancurkan hingga menjadik serbuk tadi. Gaul rata sampai jadik agak-agak lembap, gitu.


ii) Letak campuran bahan (A) kat lapisan bawah sekali (base). Tekan-tekan sikit bagi padat. Ketepikan. Biasanya, aku guna bekas kaca Pyrex tu je. oh, kalau takde Pyrex, takyah nak stress hentak-hentak kaki mintak kat laki, guna Tupperware je pun boleh.


iii) Gunakan kuasa mixer, beat bahan-bahan (B) (kecuali biskut Oreo) hingga kembang. Kalau guna tangan, raya cina tahun depan pun belum tentu kembang.


iv) Lepas tu, gaulkan adunan (B) yang telah siap dipukul (beat) tadi dengan biskut Oreo yang telah dipecah-pecahkan.


v) Dah siap, letakkan adunan (B) kat atas lapisan base (A). Ratakan dengan sudu ke, jangan bagi nampak kedut. Biar tahap ketebalannya sama dan seimbang.


vi) Nak bagi nampak lagi canggih ala-ala Secret Recipe, pandai-pandai lah korang hias dengan biskut Oreo kat lapisan atas sekali.


vii) Sejukkan kat fridge semalaman. Esok, boleh masukkan dalam kotak lawa-lawa, ambik gambar vogue sikit, bubuh dalam blog. Untung-untung, ada orang nak tempah. Komisen bagi kat aku separuh. heh.


itu je resepinya
korang try la buat, senang je
cara ni senang je sebab kita sejukkan je cake tu
tak payah nak baked
senang kan?


selamat mencuba semua!


recipe credit to kak xea!

5 comments:

Fazila said...

sedap nyer :)
bagus dik sesekali buat utk org tersyg n akak tersayang nie hehehehe

Madamme Anne said...

Za... Wat sndri ke kek ni.. Wah!! Bestnyer.. Suke2...

~~zaa~~ said...

fazila,

hahahah untuk akak tersayang nanti i hanta kat belakang ok! :D

~~zaa~~ said...

madamme anne,

hahahha yang senang aku pandai la n oi! hahahaha

Madamme Anne said...

za.. ce ajar cket aku.. caner ko kuarkan kek tu.. cantik molek jer.. hehehehe.. pkai springform ker.. :)
aku x reti ngat.. hehehehe