Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 27

resepi puding roti

salam dan hai

ishkk..sekarang ni online time petang-petang je
kenapa tah aku ni
pemalas yang amat pulak
otak blank la seminggu dua ni

tadi tengah sembang-sembang dengan member kat belakang
sibuk je masing-masing duk mintak resepi puding roti tu
ala korang ni, buat malu zaa je tau!
heheheh padahal zaa pun google jek! hahahah
tapi untuk tak menghampakan korang
aku tempek jugak la resepi tu kat sini
siapa nak, ambik la
tak nak pun takpe, tak mendosa!


Puding Roti

Bahan-bahan
  • 1 buku roti
  • 2 tin susu cair
  • garam & gula secukup rasa
  • kismis

Cara-caranya
  • Tuang semua susu cair ke dalam mangkuk. masukkan garam & gula mengikut rasa korang sendiri dan kacau.
  • Celupkan satu persatu roti ke dalam susu tersebut dan susun ke dalam loyang. tindih-tindih kan ikut seni korang
  • Tuang baki susu yang dah korang celupkan tu ke dalam loyang yang berisi roti tadi
  • Akhir sekali, taburkan kismis ke atasnya. then kukus selama lebih kurang 15 minit.
  • Siap! Hidangkan la :D

* kalau korang nak buat separuh je roti tu, guna setin je susunya.



senang kan?
as simple as that!
aku pun baru first time buat
nak tengok? klik kat sini :D
tapi tak salah kan kita share ramai-ramai apa yang kita tau :)
good luck!



p dot s : jom malam ni kita semua jumpa kat Jee's D'Village :D

6 comments:

axie said...

nak try buat lah zaa...best best

Mrs Shareeda said...

mcm sedap n senang..
bubuh la pic nye..eheh

mrs.spicy said...

wah..senang. tayah telur segala..boleh try. tq

~~zaa~~ said...

axie,

buat la yang...senang je!

~~zaa~~ said...

mes shareeda,

series senang! try it! :D

~~zaa~~ said...

mrs.spicy,

senang je beb! kukus je hehehe...