Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 9

raya belum habis lagi kan???

salam dan hai :D

Selamat Hari Raya

sorry guys for lack of update
baru la boleh bernafas selepas bercuti panjaaaaaaaaaaaang :D
masuk je kerja, bertimbun-timbun atas meja
sampai aku pening tak tau nak settle kan yang mana dulu
hari ni baru semuanya back to normal
2 hari tau amik masa nak clear kan meja! hahahah
otak pun dah slow sebab tak sempat nak berinteraksi dengan internet!

raya?
haruslah best gilak! hahahah
cuma 1 je sedih, tak sempat bergambar!!!!!
sentap ok!!
ada la 2 3 keping gambar raya
memang sentap gilak la bagi aku yang memang kaki bergambar ni!
tapi what to do, nasi dah jadi bubur
raya kat kelate punya la sibuk!
punya la ramai orang yang datang
tu yang tak sempat nak berposing bagai!
bila dah balik rawang pun macam tu jugak
masing-masing dah malas nak sarung baju raya

kat kampung, hari raya pertama (selasa)
mie buatkan lontong, nasi impit, rendang daging, ketupat palas & menu wajib bihun goreng :D
raya kedua (rabu)
mie buatkan nasi kaumok
pastu tengahari keluar beraya merata-rata dengan semua
raya ketiga (khamis),
pukul 10 dah keluar pergi rantau panjang :D
biasa la, beli barang mana yang patut nak bawak balik putrajaya kan? :)
syokk ooo...tak ramai orang lagi tapi bila time nak balik, sesak ok!
nasib baik aku pergi awal!
balik dari rantau panjang, terus bersiap-siap sebab nak pergi 2 kenduri
1 adik pada kakak ipar aku, & lagi 1 kawan mie
balik rumah kononnya taknak masak la sebab dah kenyang
sekali ada saudara dari thailand nak singgah
time maghrib tu jugak buat soto!! penat ok!! tapi seronokkk!! :D

raya keempat (jumaat),
pagi mie buatkan murtabak :D
terbaik dari ladang!! untuk sarapan & bekalkan untuk aku
sebab aku dah nak gerak balik rawang
raya kelima (sabtu) di rawang,
mak masak biasa-biasa je sebab tak sempat beli lauk
tapi petang tu, menganyam ketupat & ketupat palas dengan mak :D
raya keenam (ahad),
mak masakkan lodeh, ayam masak merah, kuah kacang, rendang ayam
memang macam raya pertama :D best!! berapa kali ulang makan tak tau la heheheh
raya ketujuh (isnin),
mak dah kerja
so aku kat rumah la masak sarapan & tengahari
pastu keluar pergi klang, teman uda cari barang
malam tu gerak balik putrajaya
raya kelapan (selasa),
di putrajaya :D
mengemas rumah yang penuh dengan habuk!! penat!!!
terus makan kat luar, tak larat nak masak!! hahahaha

penuh gila jadual kan? heheheh
ehh...ada sambungan lagi
kak na punya kedai belum start berniaga la
so sesedap hati dia mesej kat semua adik-adik, nak datang makan hahaha
mangsa pertama hari selasa, kak nani
aku tak join sebab penat mengemas rumah :D
mangsa kedua, tentu la aku kan?hahaha
aku masak asam pedas ayam, sotong kunyit & telur kicap je
itu je yang sempat :p
kak nani & abe gee semua datang serbu!
and last mangsa semalam rumah abe gee
kak ira masak kari ayam, ikan talapia masak cili & sambal belacan terbaik! :D

habis la sudah beraya di rumah adik-beradik, alhamdulillah :D
ha, ambik ko panjang berjela hahahaha
dah la sekeping gambar pun takde! :p
next entry ok!

till then, bye!

6 comments:

dakcik said...

nak gambar !!! hahaha

hectic raya u ollssss !!
yg bace pun penat, apetah lg u olls yg merasainya kan ? cewah! hehehe

axie said...

tercungap2 i baca..
walopon x dek gambor, i dpt rasa kemeriahannya ;)

~~zaa~~ said...

dakcik,

next entry! :D
tau takpe i olls memang penat gilos!

~~zaa~~ said...

axie,

hahahah tah kenapa sampai tak sempat nak bergambar bagai!

♥z@z@♥ said...

bestnye..mmg penat klau cuti panjang..dgn baju dlm beg x berkemas lg..dah masuk mggu kedua..haha

~~zaa~~ said...

zaza,

hahahah memang pun..tak bersentuh langsung!