Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 31

isteri yang baik ke tak?

salam dan hai

wah-wah-wah
seronok ye memasing bercuti kat kampung
heheheh papepun jangan lupa datang kerja nanti minggu depan ok!

aku ada something nak share dengan korang ni
benda ni rumusan dari Ustazah Nor Bahiyah, ala yang semanis kurma tu
Ustazah ni ok, tapi makin lama dia macam ter over sikit kan?
paling best masa Ramadhan dulu, kan dia ada bagi tips-tips
pastu cara dia sebut tagline dia tu yang buat aku dengan mr.k gelak sakan

"Anda buat, Anda dapat". tagline simple je
tapi dengarkan cara dia sebut, kihkihkihkih
siapa-siapa yang pernah tengok, tau la :p

ok, ok
back to topic
ni tips untuk wanita yang nak diri disayangi suami sentiasa
ni rumusan dari Ustazah tu ye, check it out!

1) Penyeri
2) Pelengkap
3) Penghibur
4) Pendamai
5) Penasihat
6) Pembantu setia
7) Pengasih dan penyayang

macam biasa je kan?
tapi cuba perhatikan semula
belek satu-satu dari semua tips tu
adakah kita ada semua ciri-ciri yang dia bagi?
kalau ada yang tak cukup, jom kita sama-sama penuhkan
jadi isteri yang solehah & penyejuk hati suami ni ganjaran sangat besar
insyaAllah...


source : google

Friday, January 28

happy holiday!

salam dan hai

i bet ramai yang cuti minggu depan kan?
heheheh aku pun sama jugak
tapi aku tak balik kampung pun
sebab kan mie & abah datang sini
& we all nak pergi melaka hari ahad
sebab ada kenduri sedara kat sana

so hari ni last day kerja, memang boring sangat-sangat
kat ofis pun macam suram je sebab semua dah dalam mood cuti
ada yang dah cuti, ada yang nak halfday hari ni

to all!
drive carefully, jaga all your belongings
kunci rumah betul-betul ok

happy holiday, guys!

Thursday, January 27

it's cool, bebeh..

salam dan hai

kalau korang semua tengok gambar kat bawah ni
korang boleh bagitau aku tak apa maksudnya??
apa yang boleh korang teka??


cepat la bagi jawapan







hahahahahah
pandai pun korang ye!
betul!! jawapannya bos aku takde! :D
2 hari ye kawan-kawan, today & tomorrow
outstation ke sarawak
means, sekarang i la bosnya!
*sila berdiri atas meja sambil joget lambak :D*

lepas tu, minggu depan i pulak cuti 31&2hb, sambung pulak dengan CNY
minggu lagi satu baru kerja & jumpa bos
uiiiii bestnye hihihihii

eh, happy pun happy jugak ye
tapi kerja jalan ok
ni baru update blog sebab tadi settlekan kerja dulu la
yang wajib patut diutamakan malam ni kan malam jumaat :p
opss..yang strike tu takde kena-mengena ok ;)

sekarang i tengah sibuk buat preparation kawen
tak, tak
sibuk wat preparation untuk geng soulsisters! :D
yes!! all of you my lovely soulsisters!
jangan lupa date kita tau
i ada a little suprise for u guys hihihihi
nak tau kena la tunggu tarikh tu ok!

dah, i nak blog-walking jap

bye!

Wednesday, January 26

stuck in the middle of nowhere

salam dan hai

pehhhh..tajuk memang tak leh blah la kan?
heheheheh
tapi series weh
aku blurr sikit hari ni, macam boring pun ye jugak
tak tau nak buat apa
kerja sudah, blog walking sudah, main games kat henpon sudah
pastu diam, blank, nak update blog terus blurrrrr -_-"
penyakit ape tu ye kawan-kawan???
siapa boleh bagi aku jawapan yang memuaskan hati aku
aku bagi hadiah :D
tapi hadiah yang biasa-biasa je
belanja makan McD dengan duit korang sendiri
























lariiiiiiiikkkk :p






























:D

gurau je la sayang-sayang semua
dalam blurrr-blurrr ni
perasaan nak marah, naik geram pun tetap ada ok

tadi jawab satu call ni
dari pegawai bawah 1 bumbung jugak
tapi ofis dia kat bangunan sebelah ni
menyakitkan hati sungguh
niat nak tolong pun terus hilang


me yang cun : selamat petang, B**
dia : saya Az*** dari B**, nak tanya ni. saya dapat surat from JK*** pasal bla bla bla bla whatsoever la kan. is it bahagian u yang handle?
me : oo..i rasa tak. sebab bahagian ni tak buat pasal tu
dia : u cakap betul-betul, sure ke tak sure. tak tau cakap tak tau. bagi i cakap dengan your officer
me : *sh** dalam hati* memang confirm encik, kita tak buat benda tu, cuba encik tanya kat bahagian lain ye. tapi kalau encik nak confirm betul-betul, i boleh pass kat pegawai tu
dia : ada tak kat bahagian u nama bla bla bla
me : sorry encik, takde nama pegawai tu kat sini. macam ni encik, biasanya kalau pasal ** ni, B*** yang uruskan. bukan kita. kita buat aset, siasatan & badan berkanun je
dia : siapa yang boleh i call?
me : i pun tak sure, encik. tapi encik boleh check kat seksyen blablabla
dia : hey, kalau i tau, i takkan tanya u la!
me : i boleh tolong bagi nombor yang i rasa .....

pastu tiba-tiba bunyi tuuutttt.....tuuuutttt.....tuuuuutttt
cis! dia letak telefon ok!! aku tak habis cakap lagi tu!!
*&#$#%&^@#*(@$*&)$^&*!$&*(!#!!!! arggghhhhhh!!!!

wahai en. A****, agak-agak la wei
ko pon bawah bumbung yang sama dengan aku je kotttt
takkan ko takde directory depan muka ko tuh???
tak pon takkan ko tak boleh bukak website ministry sendiri???


p dot s : kan elok kalau bercakap biar berlapik sikit.

Tuesday, January 25

gratias...

salam dan hai

uuh..hari ni pagi-pagi agak sibuk sikit ye
atas meja berlambak kerja yang bos tinggalkan semalam
tapi sekarang dah lega, licin meja i, tau? ;)

thank to those yang bagi opinions about this
thanks a lot, really appreciate it
for the time being, i won't private this blog
tapi masa akan datang, maybe
so semua orang boleh baca blog i tanpa was-was macam biasa
*bajet blog ko famous satu malaysia ke?hahaha*

and those yang do me a favor semalam about this
thanks jugak ye
terfikir je macam nak tukar url baru
tapi bila memikirkan banyak kehilangan yang akan berlaku *cheh*
maka aku simpan dulu niat tu

ermm..dah dua hari aku kena flu and batuk
tak selesa sangat
perit tekak macam berpasir
mata pun gatal-gatal macam tuan die :p
tangan pun asyik duk pegang handkerchief je
pinjam cik abang punye :D
hope esok ok la
jangan flu ni berjangkit dengan orang lain pulak nanti




tuan blog yang macam zoro & berselimut ;p

Monday, January 24

i need your favor, dear

salam dan hai

ok guys
just a small question

kita boleh tukar url lain kan?
tapi boleh lagi ke kita dapat semua entry-entry yang lama ni?
semua link-link lama ni?

anyone can help me?
i really-really need it

thanks in advance, peeps!

:D

salam dan hai

good morning, everybody!

pagi isnin yang agak lemau untuk aku
sebabnya rasa tak puas hati
nak tau aku tak puas hati kat siapa?
mr.k!!!
sebabnya


























scroll lagi






















lagi





















dia tengah syiok tidur kat rumah sebab dia cuti!!!
tak puas hati!!!! hahahahahah
nak cuti jugak tapi tak boleh
ada kerja urgent nak uruskan! benci!!!
sedap ye tidur, bang??? :p
hahahah it's ok
balik tengahari nanti kalau u tidur lagi, i kacau u!!

ok, jom kita mulakan hari ni dengan satu maksud ayat ini..

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan." (Surah Yusuf, ayat 18)


settlekan kerja dulu, pastu jom blog-walking! :D

Friday, January 21

perfect 10!

salam dan hai

rasanya baru semalam berbincang dengan mr.k pasal nak bertunang
rasanya baru semalam bagitau mie & abah hajat di hati nak bertunang
rasanya baru semalam majlis pertunangan tu berlangsung

rasanya baru semalam berbincang pasal tarikh nikah & majlis persandingan
rasanya baru semalam kita berkejar ke sana-sini mencari keperluan majlis
rasanya baru semalam terdengar lafaz "aku terima nikahnya"
rasanya baru semalam aku berias cantik & bersanding bak raja & ratu sehari

rasanya baru semalam kami diraikan sekali lagi di majlis bertandang
rasanya baru semalam kami bergelak keriangan setelah tamat semua episod perkahwinan
rupa-rupanya ikatan ni dah mencecah angka ke 10 bulan
rupa-rupanya dah hampir setahun ikatan ni

hebatnya perasaan ni
hebatnya rasa bahagia ni
hebatnya rasa suka duka ni

kami mengharapkan hubungan ini sampai mati
kami mengharapkan hubungan ini memberikan kami zuriat yang soleh dan solehah
kami mengharapkan hubungan ini memberi kami kebahagiaan hingga ke akhirnya

betapa aku bersyukur dipinjamkan lelaki ini olehNya
betapa aku bersyukur dapat memberi semua yang aku ada padanya
betapa aku bersyukur dengan kehidupan sekarang

perfect 10 months and we're still counting.....








happy weekend, peeps!

aku beraya kat rumah jek :p

salam dan hai

lama aku tak buat entry masak-memasak kan?
heheheh macam terer nau aku ni ye?

ala, saja nak penuhkan blog aku ni
blog aku kan? ada aku kesah ke?
taknak baca, takyah la bukak kan?

semalam memang saja berlepaking kat rumah
tapi tak boleh bangun lewat jugak, sebab cousin aku nak datang rumah
8.30 da bangun, buat breakfast dulu
aku buat lempeng cicah dengan sardin
lepas tu pukul 10 mr.k pergi pasar kejap belikan barang sikit
aku kat rumah terus bersilat memasak
sebab cousin aku yang ni nak datang pukul 1.30

da siap masak, pukul 12 terus melepak depan tv
pastu cousin akuk dengan wife dia sampai
actually diorang sebenarnya memang tak pernah datang lagi
sebabnya before this wifenye mengajar kat mukah
so sekarang da dapat tukar kat ampang
baru la ada masa nak datang rumah aku

ni je yang aku sempat masak
nak buat puding caramel pun tak sempat sebab takde susu cair


kurma ayam

telur bistik
sayur goreng

lepas makan, borak-borak, lepak-lepak
dekat pukul 4 baru diorang balik
pastu aku pun sibuk la duk kemaskan dapur pulak
dalam pukul 6 tu, abe gee call bagitau dia kat dataran putra
bawak adam main basikal
pastu kitorang pun keluar la melepak sama-sama kat sana

bila da dekat maghrib, abe gee ikut balik rumah
mandikan anak-anak, solat maghrib
pastu makan nasi! hahahah
at last diorang yang habiskan nasi & lauk semua
licin heheheh alhamdulillah

tu orang tua-tua cakap
tetamu yang datang rumah ni sebenarnya bawak rezeki
cuma rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk
tak semestinya wang ringgit kan? :D



p dot s : yess!!! mie & abah jadi datang ber"chinese new year" kat sini! :D

Wednesday, January 19

cuti lagi?yes!

salam dan hai

selamat berhujung minggu bercuti!
esok aku nak qada' tidur, boleh?
hahahahah
tapi jangan lupa masak untuk isi perut laki bini tau

see u on friday, peeps!

bye!

junior masterchef!

salam dan hai

ok, ok
aku tau da 2 3 hari aku da update blog
sorry ye sayang-sayang semua
mood lari lintang pukang :p
tapi sekarang da ok sikit, alhamdulillah

for your info, campaign WIR da seminggu dalam blog aku ni
and sepatutnya isnin lepas da tamat beraksi
tapi memandangkan tuan punya blog ni malas update blog
so dia duk ada je la kat situ
today da takde sticky-micky mouse lagi ok
tapi!
jangan pulak campaign habis, kita pun tak teruskan campaign tu
kita cuba kekalkan ye apa yang da kita mulakan
kalau lagi baik, lagi bagus :D

sekarang ni aku dengan mr.k duk melayan Junior Masterchef
ni semua gara-gara Masterchef US la
terus melekat tengok geng junior memasak pulak
best sangat ok
cuba korang bayangkan yang memasak ni adik-adik lagi
umur 7-12 je diorang ni
but cooking like a profesional!
dengan cara memasaknya, cara menghidangnya
pehhhh!! nak-nak pulak kalau diorang buat dessert
lagi meleleh air liur, tau?

jom kita tengok judges, contestant & antara hidangan diorang!


the judges
the contestant







hasil tangan diorang!

meleleh kan?? hahahah jom sama-sama lap air liur!

Monday, January 17

covering the chest is the best!

This is sticky post. scroll down for new entry kalau ada! hahahah

salam dan hai

ok, hari ni lega sikit ye kerja
tak sesibuk macam semalam

tadi aku duk blog-walking & singgah blog famous sue anna joeaku tertarik dengan campaign baru dia

WIR CAMPAIGN : Covering the chest is the best!
WIR is stand for Wear It Right


the first thing terkeluar dari otak aku is, erkkk aku pakai macam tu!
ok, fine
nak jaga aurat memang sangat-sangat susah bagi perempuan
nak-nak pulak sekarang kan berhijab/bertudung ni da jadi satu trend & fashion
ariani la, shawl la, pashmina la
stail macam tu, stail macam ni
bukan bermakna kita tak boleh bergaya or berfesyen
tidak sama sekali
kita pun tak nak digelar kolot atau ketinggalan zaman, kan?
tapi adakah kita sebenarnya betul-betul menutup aurat?

tapi suka aku ingatkan
isu aurat adalah isu yang sangat sensitif diperkatakan
aku nak cakap banyak-banyak pun aku takut
sebab aku sendiri pun banyak lagi yang tak betulnya
but at least, kita spread campaign ni sama-sama
biar kita sama-sama dapat kebaikannya, right?

aku suka ayat sue anna joe : dada tu sebenarnya lebih mengiurkan dari rambut
did you get it, dear?
cuba kita fikir semula, ayat tu memang terkena sebijik kat muka kan?
aku tak cakap kat orang lain
aku pun macam tu, tutup litup bagai tapi tang dada macam mana?
adakah tertutup sepenuhnya?
tak, kan?

macam mana cara kita nak mulakan?
tak semestinya kita kena pakai tudung yang labuh, yang bulat
dengan tudung biasa kita ni pun kita boleh mulakan
caranya, labuhkan tudung kita menutupi dada
kemudian yang lain tu, akan datang secara semulajadi
aku pun harap aku dapat apply benda ni dalam kehidupan seharian nanti

so, jom kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik
yang ada blog, ada facebook or whatever it is
spreadkan campaign ni untuk pengetahuan semua ok?
tiada siapa yang boleh merubah kita kecuali diri kita sendiri




Wear It Right dear! Covering The Chest Is The Best!



p dot s : credit to sue anna joe!


sakit mata hati jiwa

salam dan hai

kenapa ek da 2 3 hari da aku tidur tak lena?
asyik tersedar, terjaga
sampai pening dibuatnya
sabtu lepas lagi la, pukul 4 pagi baru boleh tidur!
tolong la mata, jangan buat aku macam ni
kena set semula la time kalau macam ni

eh, u olls ke mana minggu lepas?
apa aktiviti best?
aku melepak je kat rumah, tak ke mana pun
sebabnya nak kerjakan rumah secara besar-besaran! hahahha

kerjakan apa?
HABUK & DEBU, tau?

tak tahan la
banyak sangat habuk kat rumah
ke memang standard rumah apartment macam ni?
padalah hari-bari bila balik kerja
batang penyapu yang aku sambar dulu
seminggu sekali mesti mop
kadang-kadang setiap hari lap semua barang dalam rumah
tapi tetap berhabuk & berdebu jugak

pintu & sliding bukan bukak pun
memang tertutup je
tingkap pun sama
sebab bila bukak pintu & sliding, lagi la berhabuk rumah!
ke da tak boleh pakai kipas?
tapi takkan la kat hall pun nak pakai aircond kan?
dalam bilik cukup la

rumah korang macam mana ye?
ada tak tips atau cara yang boleh, at least kurang kan habuk tu
kitorang da naik rimas kadang-kadang
lemas ku dalam dakapanmu rasanya berhabuk macam ni

share dengan aku ok!


p dot s : alaaa, mie tak sure lagi jadi datang kl ke tak.. :(



Friday, January 14

sayonara!

salam dan hai













kita tidur awal, kita bangun lambat
tapi jangan lupa solat subuh dulu

bila bangun lambat, perut jadi lapar
lepas je mandi, kena la masak ok!

hahahahhah!! apa punya kiasan ni weh?
tu tandanya esok cutiiiii :D









happy weekend, everybody!

Thursday, January 13

it's time to...

salam dan hai

lewat bersiaran hari ni
sebabnya ada bos
tapi sekarang da takde sebab dia pergi meeting kat melaka :D
so baru la boleh aku update blog

aku sebenarnya da lama fikirkan pasal benda yang satu ni
aku rasa nak private kan blog
sebab aku rasa da sampai masa kot
walaupun kawan-kawan blog aku tak ramai sangat
walaupun blog aku tak famous
walaupun takde stalker yang mengacau hidup aku
tapi aku rasa cukup la aku dengan kawan-kawan yang betul-betul kenal aku

patut ke tak aku private kan blog ni?
sekali fikir macam ok, tapi sekalli fikir macam rugi
entah la, aku belum putuskan lagi
keputusan aku mungkin bergantung pada pendapat korang semua kottt


apa pendapat korang?

Wednesday, January 12

eee...please dong!

salam dan hai

elok-elok mood hari ni
tiba-tiba ada benda bikin gua panas je tau!
sakit betul hati aku ni ha!!
ni da kali kedua aku kena
sebab tu da tak tertahan saki hati ni

aku pergi toilet, biasa la before balik jam 5 kan?
& kebiasaannya aku akan masuk toilet ke-3, toilet duduk tu
firstly, ada tisu melekat kat selipar
pastu aku kuis-kuis la dengan kaki nak lepaskan tisu tu
sekali aku tengok tisu tu ada d*r*h p*r**d
goshhh!! sape la yang bengong ni

fine, aku pun nak tutup pintu
sekali tengok kat toilet duduk tu, banyak gile d*r*h!!!!
adoiiiiiii
nak kata tak cerdik, aku rasa semua belajar tinggi-tinggi
dah tu kenapa ada benda-benda macam tu???

sakitnya hati aku!!!!
da bukan kat situ je, lantai lagi!!
tolong la weh!
kita kan perempuan
tolong la jaga sikit, semua tu kan maruah kita!
tak kan pasal tu pun nak kena ajar?
tak kan la lepas ko tukar p*d tu ko tak cek ada kesan ke tak?
tak terpikir ke?
bukan ko sorang je la yang pakai toilet tu

wehh!! kementerian besar macam ni, kat bandar putrajaya ni
ada jugak orang yang takde sivik!!!
buat malu je la
ni bukannya tandas awam, cik kak oi!
even tandas awam pun kita diminta supaya jaga, inikan pulak kat opis
cuba bayangkan kalau ada orang luar yang guna tandas tu?
tak ke malu?
tak pun kalau cleaner lelaki yang cuci tandas tu nanti?
tak ke dia rasa perempuan ni b*ng*ng!

please la weh!!!
jangan jatuhkan air muka & martabat wanita
that thing is too personal la
ke ko memang nak tunjuk kat semua orang?
geli aku, tau??!!!

tolong la, kita sama-sama jaga la
sebab kan kita sama-sama guna
even bukan tugas kita bersihkan pun
pikir la macam mana cleaner nak buat kerja tu
benda tu kan kotor
tolong ye kawan-kawan, jaga kebersihan sama-sama



p dot s : puas hati aku dapat menjerit kat sini!

Tuesday, January 11

sibuk!

salam dan hai

i'm so sorry guys
tak dapat nak wat entry panjang-panjang sikit kottt
hari ni aku agak sibuk sikit la
banyak kerja nak kena settlekan
menerjah blog kengkawan pun tak sempat habis semua lagi ni
sorry sangat-sangat tau.

bye!

hoping-jumping!

salam dan hai

semalam aku senyap je kan?
sebab aku cuti! ;)
cuti merehatkan badan dan minda
hahahaha

aku nak merayap kat blog korang ni
jaga-jaga ye!

Friday, January 7

i owe you nothing!

salam dan hai

boring la kat opis hari ni
suram je rasa
aku pun melepak je kat bilik
tak keluar pun
entah la, mood pun macam di awangan je

aku ada 1 persoalan
kenapa sesetengah orang suka dengki dengan kita?
aku tak paham la
setiap yang kita buat diperhatikan
kadang-kadang apa yang dicakapnya seolah-olah menyindir
kenapa ye?

ada la jadi kes ni
tapi aku takkan reveal kat sini
sebab aku tau dia baca blog aku dalam diam
aku tak kisah
memang blog ni untuk siapa pun yang nak baca
cuma..
ini blog aku kan?
segala isi or anything pun terpulang pada aku la
as long as i didn't hurt anybody's feeling

but if ada sesiapa yang terkecil hati, terasa dengan aku
aku mohon seribu maaf
sebab manusia tu kan alpa
& tak lekang dari lakukan kesilapan
aku bukannya sebaik manusia pun
tapi sekurang-kurangnya aku sedar kat mana aku berpijak

so mrs. dot dot dot
please la, just go and get your life!


p dot s : jangan terlalu "take care" tentang orang sekeliling! kadang-kadang takpe :D janji tak sebut nama hahaha, ye tak geng soulsisters???


p dot s lagi : happy weekend everybody!!!


Thursday, January 6

kita sayang awak, tau?

salam dan hai

sejuknya la sekarang ni
musim hujan belum habis lagi
kat opis ni sejuk macam nak beku dibuatnya
da la bilik aku ni aircond 2 biji atas kepala
aduiiii..badan pun jadi tak sedap sebab sejuk sangat

lagi kesian, laki aku la
kadang pergi kerja basah, balik pun basah
sedih bila fikirkan dia bawak motor sampai ke kl
tapi nak buat macam mana
aku suruh bawak kereta, dia taknak
jem la, susah parking la
dia lagi selesa naik moto, aku ikut je

tapi hati memang setiap kali tu jugak la tak senang
risau, tau?
even kita da hati-hati
orang lain belum tentu kan?
pernah jugak 2 3 kali dia nak jadi mangsa kereta yang bengong
tapi alhamdulillah

aku harap sangat bia dia cepat-cepat dapat tukar putrajaya
cepat la siap bangunan KWP tu
senang sikit hati aku bila suami tak travel jauh-jauh
dia pun da suarakan jugak
katanya da rasa penat kerja jauh ni
takpe, insyaAllah ada la tu rezeki abang :D

enough said
jumpa esok!
bye!

Tuesday, January 4

the wind of changes

salam dan hai

bos cuti hari ni! yeaayyy!!
kerja pun takde! double yeaayyy!!
boleh buat kerja sendiri! triple yeaayyy!!
:D

takde la takde kerja langsung kan?
hover tau!
cuma bila bos takde ni, i rileks la sikit sebenarnya rileks banyak!

da dua hari aku dengan mr.k duk berbincang
pasal apa?
bincang pasal nak penuhkan aktiviti 2011
hihihihi banyak jugak la plan yang kitorang listkan
& agak banyak jugak azam 2011 ni
hopefully tercapai la bila end of this year, insyaAllah

& lagi satu
aku terdetik macam nak ubah stail sikit :p
hahahah bukan buat plastic surgery tau!
just ubah gaya bertudung
actually aku memang takut sikit bab-bab tudung ni
sebabnya muka aku kurang sesuai untuk tudung pelik-pelik
and the most important is, i'm tudung bawal addicted! hahahaha
so bila datang tudung macam-macam jenis ni, jadi gerun pulak
sebabnya tak biasa kan?
tapi orang cakap, alah bisa, tegal biasa, ye dak?

mr.k's opinion?
dia tak kisah, asalkan aku comfort
asalkan tutup aurat
asalkan tak menyusahkan :D

tapi before that,
i'd like to let u guys to vote for me
is it yeay or nay

this is my current look







and this is my new look








drum rollssssssss......










so?
sesuai ke tak korang rasa?
say something please.... :p
hahahahaha



p dot s : petang nanti nak makan char kuew tiow!!!!




Monday, January 3

broga & the story

salam dan hai

alhamdulillah cuaca best sangat hari tu
walaupun agak lewat nak start mendaki
tapi cuaca memang bekerjasama ;)

so start la kitorang memanjat broga dengan senyuman
kot-kot la broga ni tak mencabar sangat kan
da la masing-masing tak streching langsung
bergambar pun penuh bergaya la
tak penat lagi kan? hahahah




akhirnya sampai la kat puncak broga

tengok muka aku tu, penat tak terkata

view dari puncak broga
tengok orang semua da turun
kita terhegeh-hegeh baru sampai

ni jalan nak tuju ke gunung tok wan
takpe la, kitorang surrender je
tak la sampai tok wan sana
broga je pun da cukup!



berehat kejap bersama-sama kitkat kat puncak
bukak bag, keluarkan semua benda yang ada
pastu melantak! hahahah
aku makan mee sesudu je, tak lalu tau?
macam nak mun***
rasa sandwich sikit, minum je banyak




ada la dekat sejam kitorang melepak kat atas tu
pastu get ready untuk turun pulak
posing dulu sedas dua, ye dak? :p






pastu bila da turun 1st stage, mr.k tanya aku
nak bergambar tak kat buai dr.sms?
harusla kan!
sebabnya entah naik lagi ke idak ke sini hihihi
buai laju-laju, aku nak kawen dengan anak rajaaaaaa
bila da sampai bawah, tibe-tibe mr.k
buat hal
korang nak tau dia buat hal apa?
jom kita terjah!





jeng jeng jeng




dia duk menoreh getah!! hahahaha
nasib la laki bini sama-sama half! :p

at last, baru la kitorang bergambar kat sign board ni
bila da turun, baru teruja sikit nak bergambar
sebab da sampai atas kan?


kesimpulannya, new year yang best! :D
disambut kat atas bukit, disambut dengan sakit&sengal badan!
we're enjoy our day very much!

opening 2011

salam dan hai

bestnya cuti 3 hari
duduk rumah, goyang kaki
bahagia sangat hidup! hihihihi
korang pergi mana cuti lepas eh?
ke duduk rumah je?
kami ni biasa la
kan aku da cakap, planning mesti on the spot je
sebab kalau plan awal-awal, pastu tak jadi nanti aku merajuk! :p
sebab tu la mr.k suka buat plan mengejut

hari jumaat hanya melepak kat rumah je
petang keluar pergi alamanda kejap
beli groceries
sebab hari sabtu plan baik punye!
pukul 10malam, masak mee goreng siap2

01 Jan 2011
bangun la aku pagi pukul 6
bersiap-siap, packing itu ini
pastu pukul 7.30 gerak
ke mana?
cuba korang teka





kami pergi panjat bukit Broga! :D
hahahahah
sewel kan? saja penatkan badan
orang bagi cuti suruh rehat
kitorang pergi letihkan badan!
bukan selalu kan?
asyik tawaf mall je, sekali-sekala hidup sihat bagus la kan?

berbekalkan mee goreng, sandwich, ais lemon tea & chocolate mars
so bermula la aksi panjat-memanjat

nak tau kitorang sampai ke tak?
hahahah tunggu next entry ok!

Saturday, January 1

happy new year 2011

salam dan hai


Happy New Year 2011 to you!

start your new year with happiness!


bye!