Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 28

kerja gila!

salam dan hai

ministry ni memang dah start buat kerja gila dah!!
menyakitkan hati den je!
di dah mula la block some of famous blog!!
CPM's blog, some of online bakery's shop!
pehhhh..sangat menyakitkan hati
silap-silap haribulan, jap lagi blogspot pun kena block!
memang tak mustahil sebab ministry ni memang sangat-sangat kedekut ok

berdebar je la hati aku
dah la semua benda memang dah block
broadband pun tak boleh pakai, tau?
dia block kan line tu kalau cucuk kat ofis
gila kan?
tinggal la ni satu-satunya medium untuk aku hilangkan boring
kalau block jugak memang hantu sungguh la!

nak kena minta mr.k carikan games nampaknya
standby je kot-kot kena block nanti
takde la mati kutu sangat

tapi tolong la
jangan la block kan blogspot ni
tolong sangat-sangat tuan/puan BPTM!
geramnya!!!!!

monday yang kurang blues

salam dan hai

:D korang semua dah breakfast ke?
aku makan kuih je pagi ni, selera kurang la
aku pagi-pagi memang tak boleh tinggal breakfast
kalau tak memang menggigil la menunggu tengahari
korang jangan tinggal breakfast tau
diet macam mana sekalipun, breakfast is a must
sebab bila kita skip makan, kita akan makan lagi banyak lepas tu
percaya lah!

eh..pagi-pagi dah ke laut aku ni
sorry :D

ok la, jom kita kerja dulu ye
nanti bila dah free, aku muncul lagi
bye!


p dot s : hari ni genap setahun perginya Allahyarham Hashimah Yahya...Al-Fatihah

Wednesday, February 23

hari-hari mimpi

salam dan hai

aku ni baru sedar dari mimpi basah agaknye hehehe
dah nak jumaat baru nak buat entry baru
sampaikan mr.k pun tegur aku, dah lama tak update blog
sorry :D
bukan taknak update, tapi agak kebizian sikit
baru mula nak belajar pe'el bos baru ni
baru nak melincahkan diri dengan situasi yang agak sibuk
so far, alhamdulillah

dua hari ni bos outstation, lega la sikit kerja aku
i'm the big boss! hahahahah

owhh..
now aku tengah sibuk buat preparation untuk house warming
tapi untuk permulaan ni
aku jemput my soul sisters ezah, ikma, sara, faten, ema & farah je
then akan bersambungan la dengan our officemate
and lastly mr.k friends
so my officemate tunggu la ye..ntah-ntah raya kot heheheh
tapi insyaAllah kalau ada rezeki lebih, aku jemput awal

ok, back to story
preparation apa yang sibuk sangat tu?
just print deco-deco untuk house warming tu je
ada la sikit, kalo nak tau tunggu ye gambar-gambarnya! :D

and to you, cikpuanezah!
jangan lupa plan tu!
merana la i kalau tak jadi nanti
and ikma, nanti aku calling-calling mung, deh?

thats all for this morning
got to go now
ada kerja menunggu
bye!

Friday, February 18

tips malam petang jumaat

salam dan hai

sepanjang seminggu aku menyepi
memang tak sihat je la
bukan luaran je, dalaman pun
demam, batuk, flu sampai hari ni
alhamdulillah, i'm getting better now

ok, masa luang tadi aku ada search sikit tips-tips yang berguna
yang aku rasa boleh dikongsi dengan korang semua
sekarang siapa tak kenal kan Prof. Dr. Muhaya Mohamad
agak famous jugak
aku suka sangat dengar cara dia bercakap
ye la, orang bijak pandai kan?
lemah-lembut, caring
dia & husband pun romantik je
tak nampak fake macam sesetengah orang

now, i share with u, Prof. Dr. Muhaya punya tips
simple & senang je
tapi apa yang nak disampaikan mendalam sangat

Semasa kita nak melakukan apa-apa saja kerja kerana Allah S.W.T
niat kan dalam hati masing-masing

1. semoga kita dimudahklan sakaratulmaut
2. semoga diberi pahala sedekah kepada kedua ibubapa

see? simple kan?
sambil-sambil buat kerja, rekod surat ke, fotostat ke, hantar surat ke
menaip ke, buka fail ke, buat minit mesyuarat ke
apa-apa je la
niatkan dalam hati dengan 2 niat tu
insyaAllah, Allah permudahkan

tapi make sure la kerja yang betul
kerja yang halal, ok!

kata hati

salam dan hai
salam hari jumaat buat semua

how's your day, dear?
sorry for my senyapness this week
still in blur and still trying to adapt at my new workplace
yeah..previous entry tu pasal ni la

effective on last wednesday
actually masih dalam ministry & bahagian yang sama
cuma bertukar tempat & bos je
so kat tempat baru ni kerja sama jugak as you know la kerja PA macam mana
yang lainnya cuma cabaran la kot
sebab jaga orang besar, yang banyak berurusan dengan orang lagi besar

aku tak kisah sebenarnya pertukaran ni
sebab aku sedar kalau tak sekarang, maybe one day aku akan bertukar jugak
yang buat aku sedihnya, cara aku ditukarkan
cara aku mengetahui berita pertukaran ni
tu yang buat hati aku tercalar
aku dianiaya oleh orang-orang yang mempunyai kuasa
oohh..mungkin kuasanya tu boleh bawa dia pergi syurga kot!

masalah berpunca dari bos&PA asal
tapi aku jadi mangsa keadaan
atas alasan untuk kepentingan bahagian
sedangkan aku tau ko memang da lama nak tukarkan aku kan?
atas alasan apa? tak de kerja?
tolong la PA kat malaysia, bagitau my ex-bos ni apa kerja PA
yang paling best, depan aku, ko memang sangat manis
tapi rupanya banyak dah cerita yang aku dengar
kaw-kaw punya mengata aku kat belakang kan?

tapi takpe
ye..aku memang redha dengan semua ketentuan ni
ada hikmah yang menunggu, mungkin
Tuhan nak bagi sesuatu, mesti Dia uji kita dulu kan?
semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan aku
semoga Tuhan memperbanyakkan rezeki aku
Amin Ya Allah.....



p dot s : berpegang pada 1 ayat : what goes round comes around!


Friday, February 11

cry me out...

salam dan hai

2 hari ni sangat mendung
bukan cuaca yang mendung, tapi hati aku
hati aku sangat mendung sekarang
macam-macam dugaan yang aku terima
dugaan yang aku tak sangka sangat

aku redha dengan semua tu
aku terima apa je penganiayaan yang ko buat kat aku
sebab aku tahu, satu hari nanti
ko akan dibalas atas perbuatan ko menganiaya orang lain
aku akan pergi mengikut apa yang ko nak

semalam jugak aku mimpi
mimpi yang sangat menyedihkan
sampai mr.k kejut aku
sebab aku menangis
menangis yang real, sampai berair mata
nauzibillah...mintak Tuhan jauhkan
Tuhan, berikan aku kekuatan
berikan aku petunjuk

semoga aku tabah menghadapi situasi ni.......

Thursday, February 10

jelajah port dickson

salam dan hai

sepanjang minggu CNY, memang aku bercuti
tapi mr.k kerja
disebabkan parents aku ada lagi kat sini
so pagi-pagi mr.k pergi kerja, dia hantar aku kat puncak jalil
then terus pergi kerja
balik kerja, singgah ambil aku pulak :D
macam tu la rutinnya heheheh
nak-nak pulak kak na yang kat jb tu pun datang bercuti kat sini
memang fullhouse la!

kerjanya masing-masing buat makanan je
masak itu, masak ini
buat popia sampai 150 biji!
macam dah nak buat jual
tapi rupanya mentekedarah makan sendiri

hari rabu petang tu, kak na bagi cadangan nak pergi PD
kononnya nak bawak semua berjalan la, kos ditanggung! :D
great! :D
memang perancangan yang langsung tak dijangka, tak diplan
pukul 10malam gerak dari rumah ke PD
sampai PD, decide check-in kat Corus Paradise
ok la hotel ni, tak besar sangat pun




yang buat lagi best, semua decide nak duduk 1 bilik je!
hahahaha cuba korang bayangkan?
memang macam sardin, tau?
tapi best, sebab ramai-ramai
korang kira la sendiri berapa ramai kitorang duduk dalam bilik ni! ;)



berborak, menyembang bagai sampai pukul berapa pagi tak tau
pastu bangun pagi, lepas breakfast, bawak anak-anak buah mandi kolam
kemain lama lagi masing-masing berendam dalam tu
si adam & amir sampai menggigil-gigil, biru tangan!
si kakak syakira, syafiq & izzuddin memang langsung taknak naik
nak berendam je
ada la dalam 2 jam lebih!
tapi sori ye, ni je gambar yang boleh ditonton umum :D
yang lain, sensored!


itu je la penutup cerita cuti CNY!
khamis malam, parents aku gerak balik kelate
pastu jumaat petang, aku dengan mr.k balik rawang



p dot s : sebulan je lagik!

hujan bukan penghalang

salam dan hai

korang sihat tak hari ni?
mesti malas kan nak mulakan kerja bila cuti panjang?
tapi what to do, work come first
kena jugak jalankan yang wajib satu ni

ok, aku nak sambung cerita dari kisah ni
lepas je majlis bertandang, kitorang semua macam tak tau nak ke mana
nak berjalan pun tak best sebab hujan lebat
tapi kalau tak berjalan, lagi la tak best
tak kan balik terus kan?
at least, bawak mie & abah pusing kat bandar melaka
tapi masalahnya memang hujan sangat-sangat

di timbang-timbang, di tolak-campur, di fikir-fikir
keputusannya berjalan jugak ke bandar melaka even hujan tersangat lebat
berhenti solat kat R&R ayer keroh, pastu sampai melaka dalam pukul 6.30

berhenti satu tempat, snap-snap gambar dalam hujan then move
berhenti lagi, snap-snap lagi, move lagi
hehehehe memang tu je la yang mampu


kat muzium kapal

kat kincir air melaka
pastu pakcik aku bagi idea naik menara taming sari
mula-mula nak bawak budak-budak je yang naik
pastu mie & abah pun nak naik
jap lagi abe gee aku pun terasa nak naik jugak
last sekali, semua naik :D
experience? ok la, not bad
cuma kejap sangat dia kat atas, tak sesuai dengan harga tiket yang mahal!








tu last aktiviti kat melaka
masing-masing berbaju kurung sampai malam, tau?
hahahah sangat sopan ok!
gerak balik kl pun da pukul berapa tah
sampai kat sungai besi, pakcik aku decided pergi makan kat kepong
sampai rumah, 2.30 pagi ok?
apa lagi, terus tidurrrrrrr...zzzzz...ZZZZZ....zzzzzz.....

Wednesday, February 9

a litte surprise...

salam dan hai

yesterday i did a little surprise for mr.k
saja untuk suka-suka, dapat eratkan lagi hubungan kan?
and he really surprised, and he like it

i bought some petals, and made this sign of love for him :D
turn on I can't Smile Without You by Ace
and The Way You Look Tonight by Micheal Buble
waiting for him kat dalam bilik diam-diam :D








we talked, we dance, we cried & laugh
after this small celebration, we get ready pergi pasar malam
nak beli some groceries, then balik rumah
we had our dinner while watching Tiramisu, our favorite drama
and the night was begin.....

Tuesday, February 8

it has been six year since.....

salam dan hai

08 februari 2005

it has been six years since i know u
it has been six years since i share this feelings with u
it has been six years since i share the most things i like with u
it has been six years since we laugh, we cry, we happy & we sad together

yes, dear..
it has been six years.
i just wanna stay with u
everytime u breathe
and honestly,
i truly, madly, deeply love u

thank you, sayang :*



p dot s : mood: jiwang karat!

pengantin dalam hujan

salam dan hai

baru sempat nak update blog
tapi kononnya nak blogwalking kan?
lepas je siapkan kerja, bos panggil meeting pulak
sampai sudah aku tak sempat nak jenguk blog korang
jangan marah ek? ;)

ni cerita minggu lepas tau, agak basi suam-suam kuku jugak la
tapi aku tak peduli, aku tetap nak cerita jugak hahahaha
hari ahad before CNY, kami semua ke melaka
ada majlis bertandang sedara, tempatnya dekat je dengan ALAM
aku & mr.k pukul 8pagi dari rawang terus gerak ke puncak jalil dulu
berkumpul kat sana
then car pool dengan abe gee
pukul 10 baru gerak ke melaka

hari tu pulak punya la hujan dari pagi tak berhenti
kejap lebat, kejap rintik-rintik
memang sepanjang jalan la hujan
dah la nak cari tempat satu hal
agak pedalaman jugak la kawasan tu
kitorang tak gerak sama dengan rombongan pengantin
diorang semua bermalam kat sana

sampai kat guesthouse pukul 12.30, hujan still lagi lebat
pastu pukul 1 lebih, semua bergerak ke rumah pengantin lelaki
agak leceh jugak sebab hujan kan?
masing-masing memang berpayung bagai la
pengantin pun tak berarak langsung, terus je masuk dalam rumah
berkompang pun kat depan pelamin, tau?

time nak makan beradap lagi best
pengantin & rombongan tak boleh makan kat meja beradap langsung
sebab ape?
kawasan meja beradap banjir!
kesian pengantin, terpaksa la makan dekat meja tetamu je
mengangkut la semua hidangan pengantin kat khemah tetamu
ye la, bila dah hujan semua benda pun jadi kelam-kabut kan?
tapi nak buat macam mana, hujan kan rahmat dari Allah :)

aku lagi la, tak makan pun
sebab da jadi tak lalu
dengan hujan lagi, badan pun sejuk
at last, aku minum air je




gambar pun tak banyak, ni je yang aku sempat snap
malas nak berhujan :p
papepun, tahniah untuk ema & suami!

ammar & anas

p dot s : next entry, CNY. tunggu!






none!

salam dan hai.

selamat kembali bekerja semua :D
aku dah kerja dari semalam lagi
tapi semalam adalah sangat-sangat sibuk mengalahkan PM!
nak blogwalking pun tak sempat sangat

so today, before i muncul dengan entry-entry baru
i nak blogwalking dulu ye!

bye!

Friday, February 4

jom ke kota kinabalu!

salam dan hai

salam hari jumaat buat semua
seminggu bercuti tak terasa pun kan?
dah nak habis da pun cuti, tinggal 2 hari je lagi

hari ni aku nak share pengalaman aku sikit
dulu kelab ofis aku sangat-sangat aktif
ada macam-macam program yang diorang anjur
& semua program tu sangat-sangat best & memorable!
panjat bukit, family day takyah cakap la, pergi pulau sana-sini
& aku sempat jugak join some from the activities
sebelum otai-otai kelab ni bertukar/naik pangkat

salah satu yang sangat memorable is panjat kinabalu!
fuhhhh..panjat ok! hahahaha tapi tak sampai punnn! :p
aku dapat halfway je then surrender
sebab aku ni jenis yang sangat tak tahan sejuk
sampai aku demam kat sana tau?
then bila sampai tak checkpoint layang-layang, terus aku flat
tinggal kat rumah trainer gunung kinabalu semalaman
sementara nak tunggu geng yang lain turun esoknya

gunung ni sangat mencabar ko!
laluannya, kesejukannya, kecuramannya
tapi pengalaman tu memang sangat-sangat best!

ni ada beberapa pictures yang aku simpan lagi
tak banyak sebab aku tak sampai puncak! hehehehe
then last pic tu from my geng yang sampai atas sana
sangat cantik & sangat sejuk, it's -9Celcius ok!

enjoy! :D








kalau korang tanya aku nak panjat lagi tak gunung kinabalu ni
jawapan aku, TAKNAK!
sebab sejukkkkkkkk!!!!
tapi kalau korang nak aku panjat jugak, then bagi aku sejuta maybe aku akan pikirkan
hahahahaha
sangat mata duitan ok!
but seriously, memori tu sangat best!
ok, happy weekend peeps!
see u on monday!
bye!



Wednesday, February 2

didera suami....

salam dan hai

ha!
tengah makan ape tu kat kampung?
ingat-ingat sikit makan tu
kang baju tak muat, susah
kang blog ni jugak jadi mangsa luahan perasaan nanti :p
hahahaha sorry! bukan niat nak kejutkan korang :D

uhuuukk...uhhuukkk..uhhhuukkk
ye..aku still batuk lagi ni
sometimes dia ok, sometimes dia makin teruk
tak tahan betul la
sampai perit tekak gua dibuatnya, rasa berpasir je kat dalam

aku pulak jenis yang susah nak makan ubat batuk
bukan susah biasa-biasa tau, tapi sangat-sangat susah!!
heheheh kesian mr.k dapat bini penakut ubat
akku sanggup je telan ubat apa-apa, besar mana pun
asalkan jangan la ubat cecair
ooowwwhhh..sangat tak boleh
mau keluar balik semua nanti
and disebabkan tu jugak lah aku kena dera dengan mr.k
banyak pulak tu, susah jugak nak habiskan :p
tapi i sanggup yang ni dari ubat batuk cecair ok!

hahahahah!! melantak la aku nak habiskan 3 bungkus ni!
tapi sekarang ni dah habis sebunggkus yang woods tu
harap-harap cepat la sembuh batuk ni!


p dot s : pantai mana yang best untuk berdua-duaan memadu asmara? ;)