Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 31

perempuan, isteri & ......

salam dan hai

hati aku ni dah tak sabar nak balik kampung esok pagi!
ehem..yes, esok pagi ok
i cuti jumaat sampai selasa!!
jangan jeles ye kengkawan! hahahhah
nanti rabu i kerja la
yang bestnya, bos pun takde minggu depan seminggu
outstation kat spain & france!
wah!! bestnya..
nak mintak bos beli ape ek??? ;)

eh..eh
ada lelaki kat dapur??
siapa tu??
jom kite terjah......




















ape mr.k buat tu??

oo..tengah buat roti sadrin salut telur...nyummmm!!



jap!!
mane isterinya???
pemalas sangat ke sampai suami yang kena masak?
penat sangat ke isterinya??
ishkk..tak boleh jadi ni
meh kite tengok si isteri buat ape






















taddaaa!!

ooo...patut la suami yang sediakan makanan
si isteri rupanya duk meng-iron baju
yela, kate cuti sampai selasa kan?
mestila iron baju siap-siap
senang nanti sampai 2 3 pagi pun takpe

jangan fikir i malas tau!
heheheh share-share kerja kan sweet! :D



thanks you sebab buatkan dinner yang sedap semalam :D
roti sardin terbaik dari ladang!


Wednesday, March 30

champion!

salam dan hai

berat sangat hati nak pilih pemenang ni
sebab semuanya cute!
tapi setelah diteliti, diperiksa
dibincang dengan juri tetap sorang lagi, mr.k :D
so keputusannya telah dibuat!



pemenangnya adalah....
























bawah lagi




















scroll lagi
























sikit je lagi ye




















sabar...sabar



















pemenangnya adalah






































:D
tahniah ain! hahahha
sebenarnya ada top 3 yang berentap
azreem & sara
tapi setelah ditimbang sebaiknya oleh 2 juri kesayangan ramai ni
so ini la keputusannya :D
yang tak menang, jangan sedih tau
nanti i buat contest lain pulak

dakcik, nanti claim hadiah kat bilik sebelah ni ok! hahahah

Tuesday, March 29

one sweet sentence

salam dan hai

"aku berharap agar sentiasa dan lebih menyintai dirimu dan aku melarang diriku dari menyakiti hatimu"

how sweet!

that's it!
tak lekang senyum dari wajahnya :)

titah sultan

salam dan hai

maka dengan ini,
beta mengisytiharkan contest muka fish yang cute telah pun ditutup :D
maka,
keputusan untuk pemenangnya akan beta war-warkan
pada hari khamis, 31.03.2011 jam 12 tengahari
nak tau siapa yang menang?
sila terjah blog beta pada waktu & tarikh tersebut
the prize will coming all the way from kelantan soon :D

nak cuci mata?
terjah blog kawan beta yang join ni! :D


:D

Contest Muka Fish Yang Cute

sticky post. please scroll down.

salam dan hai

ok, aku baru berjinak-jinak nak belajar buat contest
heheheh my very first contest ok :D
so aku nak invite korang semua yang sudi join

"Contest Muka Fish Yang Cute By Puan Zaa"


cara nak join contest ni :
  • wajib ada picture korang yang muka ala-ala ikan yang cute
  • buat satu entry khas tentang gambar tu. bila, kat mana & kenapa ambik gambar macam tu
  • be my followers
  • letak banner ni kat entry penyertaan korang dan juga di sidebar blog korang
  • tinggal link penyertaan korang di ruangan komen entry ini
  • terbuka kepada semua blogger, takde had umur :D
  • hadiah akan diberitahu kemudian
  • and last sekali, tag kepada kawan korang


Contest bermula 9 Mac 2011 hingga 29 Mac 2011


Selamat Mencuba!

Monday, March 28

attention!

salam dan hai

aku nak buat pengumuman ni!
dengar sini!! :D

atas sebab-sebab yang tak dpat dielakkan
contest muka fish yang cute terpaksa diawalkan tarikh tutupnya
sehingga esok pagi sahaja!
29 Mac 2011, jam 2.00 petang!

harap maklum :D

dicuri dari pencuri

rsalam dan hai

happy monday peeps!
so sleepy la today
aku nyaris-nyaris nak cuti dah
tapi bila ingatkan minggu depan nak cuti lagi, batalkan niat :D
datang je la kerja, tapi yang bestnya bos takde!

aku nak share satu ungkapan ni dari zahiril adzim
siapa tak kenal dia ni kan?
aku follow blog dia semenjak aku mula berblog lagi
ayat-ayat dia power la, walaupun biasa
tapi maksudnya mendalam sangat




Dicuri Untuk Mencuri Buat Pelengkap Rusuk Kiri


Bersusun buku,

Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.



Macam biasa.



Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.






Aku janji.
 
 

credit to blog zahiril adzim 
:D

Friday, March 25

contest show me who's your BFF

salam dan hai

:D one more contest yang i berhutang
sekarang i bayar ye, ein!

Contest Show Me who's Your BFF by Misz Ein



How 2 joint?


  • Terbuka kepada semua blogger.
  • Jadi follower "pfscollection.blogspot.com" kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection - done!
  • Jadi follower i, "KiSaH.kLasik.utk.MaSe.dePaN" - done!
  • Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebaru ols. - done!
  • Letakkan pic paling memorable u ols dengan beliau & nyatakan kenapa anda memilih beliau sebagai BFF.  - done!
  • Buat rumusan tentang suka duka dialami bersama or maybe dialah teman makan sepinggan, sebantal, seperjuangan, serumah, sekelas etc. :D - done!
  • Jangan lupa tinggalkan url/link entry u ols mengenai contest nie di ruangan comment untuk senang i terjah - done!
  • Hanya seorang pemenang yang akan dipilih.
  • Last sekali, tag 5 orang kawan untuk joint contest nie - done!
  • Tarikh tutup 1 Mei 2011 (Ahad)
Pemenang akan menerima Hadiah :

1 shawl/tudung dari "PF's Collection"
1 tudung dari Pearl Haya (never use & with tag!)
1 Perfume Collection dari MiSz eiN
1 Barang Misteri dari Koleksi Peribadi MiSz eiN




i'll show u, my BFF!!





from left : me, fara, sara, ezah, ikma, faten & ema


my BFF bukan 1, bukan 2, bukan 3
tapi 7!! seven!!
tapi sorang lagi takde kat malaysia
why pilih diorang?
diorang bukan je BFF, tapi Soulsisters too
ini lah orangnya yang susah senang bersama masa time study dulu
kami semua dah berkawan sejak 2003
it's 9 years dah we know each other
kalau korang nak tau, diorang ni memang rakan sekelas masa kat POLISAS
rakan sebantal masa kat asrama
rakan serumah dari semester 3 sehingga kerja 2006
rakan menangis bila one of us putus cinta
rakan gelak tawa bila one of us nak kawen
semuanya with them.
too much to count!
yang aku tau, ini lah orangnya yang know each other very well!
that's it! :D

you all terjah blog misz ein kalau nak join ok!

i nak tag siapa ye...ermmm...

contest gambar kawen yang anda paling suka

salam dan hai

dah lama sebenarnya berhutang contest ni dengan azie
hihihi ok, sekarang zaa da buat ok.
contest yang azie anjur ni sempena wedding anniversary die yang ke-2, 24 april 2010
azie, make sure yang i menang tau! :p hahahah



here we go!


Syarat-syaratnya :
  • Jadi follower pfscollection.blogspot.com kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection - done!
  • Jadi follower i, azieaxie.blogspot.com, nantikan hadiah misteri dari i ;) - done!
  • Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebar uols - done!
  • Of coz untuk blogger yang sudah berkawen & letakkan pic kawen yang uols suka & nyatakan kenapa di dalam entry tersebut - done, kat bawah ni!
  • Jangan lupa tinggalkan link contest uols di komen bawah ini untuk senang i terjah - done!
  • Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & i - done! sorang je ke??hahahah
  • Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang - done!
  • Tarikh tutup 24 April 2011





ok, lets chekidout! hahaha









actually, nak kate aku paling suka gambar ni pun tak jugak
sebab semua gambar kawen aku, semua aku suka :D
semua ada cerita disebaliknya! hahaha
gambar ni nampak macam terbentang je kan sawahnya?
kalau korang nak tau, sawah ni depan rumah aku je
betul-betul punye depan rumah!!
10steps je dah sampai :D
yang bestnya, nampak tenang kan?
tapi sebenarnya dalam sawah tu berair!!
baju sanding memang comot habis.
muka control je padahal tengah geli geleman sebab takut ada pacat or lintah!!!!
tapi gambar kawen punya pasal, sanggup tahan ok! hahahaha
itu la ceritanya :D azie, make sure i dalam top two ok! hahahah keji!!
now, aku nak tag 3 blogger
kalau korang yang aku tak tag, tapi nak join jugak, sila terjah blog azie ok!




otak kering!

salam dan hai

taip sepatah, delete
taip lagi sepatah, delete lagi
arrgghhh..takde idea la nak blogging
ape nak jadi dengan aku ni

ok,
take a deep breath
taip lagi....
delete lagi!!!!

kering la otak aku ni!!
ahh..baik aku buat contest je la
asyik tertangguh je
boleh la konon-konon update blog kan?hehehehe

jap, nak godek gambar!

Wednesday, March 23

melentur buluh

salam dan hai

aku terpanggil untuk buat entry pasal satu isu ni. just to share my 10cents opinion about teenagers.

nowadays, teenagers memang kurang rasa hormat kat orang yang lagi tua. aku pun tak tau kat mana silapnya. aku ingat masa kita kecik-kecik dulu takut sangat dengan mak ayah masing-masing kan? nak mintak itu ini pun, kena fikir 5 6 kali, tau? nak-nak pulak kita yang hidup sederhana je. yang kaya tak yah cakap la kan? apa yang dimintak, semua dapat.

tapi budak-budak sekarang tak macam tu. tak tau mak ayah ni ada duit ke, takde ke, cukup ke, tak ke. memang langsung takde fikir dah. yang diorang tau, apa yang diorang mintak, diorang MESTI akan dapat. kalau tak dapat, memang akan mengamuk, merajuk, memberontak. kenapa ye budak-budak sekarang jadi macam tu? apa yang diorang fikirkan sebenarnya?

apa yang buatkan aku takut sebenarnya, aku sendiri pun ada 2orang adik lagi, yang dua-duanya meningkat remaja. & aku pun ada 2orang adik ipar, pun sama meningkat remaja. aku jadi gerun, jadi takut bila fikirkan perangai budak-budak zaman sekarang. risaukan kot-kot adik-adik aku nanti terjebak sama dalam masalah-masalah ni.

bila kita yang kakak @ abang ni menegur, dimakinye kita balik. dicakap yang bukan-bukan. tegur sikit, merajuk, memberontak. hempas pintu kuat-kuat tanda protes. banyak kita tengok dalam tv budak-budak macam tu sekarang. sorry, bukan terpengaruh dengan drama-drama melayu yang cliche, tapi itu la hakikat sebenarnya yang terjadi dalam dunia realiti.

kalau masuk bab-bab hormat ni, lagi la jauh perginya. budak sekarang boleh cakap macam-macam kat kita ni. tak bertanggungjawab la, tak sedar diri la. diorang tau ke apa tu tanggungjawab? diorang tau sebut je sebab nak lepaskan rasa dendam, benci dalam hati. tapi hakikatnya, diorang langsung tak tau semua tu. tapi itu la budak-budak sekarang, tak pandai hormat orang yang lagi tua. bagi diorang takde istilah hormat kot dalam diri, semua sama je.

memang menakutkan! macam mana kita nak buat ye? kat mana silapnya? adakah mak ayah kita sekarang tak macam dulu. yang garang bertempat, yang akan membebel bila ada yang tak kena, yang akan merotan bila anak-anak buat silap. tu semua untuk mengajar, biar anak-anak jadi orang yang pandai menghormati orang tua, jadi anak yang bijak, jadi anak yang ada tanggungjawab.

fikir-fikirkan.

Panas! RON 95 bertukar warna!

salam dan hai

isu panas wehhh!!
tapi bagi aku gelak dulu ye!
hahahahahahhahaha
tajuk gempak bagai, tapi ceritanya tak pun!

sebenarnya ni insiden yang memalukan! hahahah
kelmarin mr.k tak sempat nak isi minyak kereta
so semalam aku pun pergi la isi sendiri
lagipun petronas depan rumah je kan
selamba la keluar kereta, pergi kaunter bayar

biasanya mr.k isi minyak ron95 je, takde la ron97 bagai kan
pastu sampai kat kereta, angkat nozel
tekan nozel, minyak tak keluar
tengok kat meter, tak bergerak
tekan lagi, pun tak keluar lagi
aku pun macam hangin la kan
sebabnya masa pergi bayar tadi, cashier tu duk bersembang je
aku pun macam pandang-pandang la, nak tunjuk isyarat la kononnya
tapi cashier tu tak pandang pulak

aku letak balik nozel
pastu angkat balik, tekan pun tak keluar lagi
ha!! ni boleh bikin panas!
memang nak marah je la masa tu
aku letak balik nozel
pastu perhatikan dua-dua nozel yang ada kat pam tu
kuning, ron95. hijau, ron97
konfius pulak minyak yang selalu mr.k isi yang mana

ada pembantu pam tu duk tengok je kat aku
dia macam tanya aku kenapa kan
akku cakap takde pape sebab
rupa-rupanya,
aku angkat nozel ron97 yang hijau tu!!!!
bukan yanng kuning!!!!
arrgghhhh memalukan!!!
budak pam tu senyum je kat aku!
malu wehhhh, macam terbakar kejap muka ni!!!
hahahahahha

nasib baik aku tak sempat bagitau cashier tu!
kalau tak lagi malu aku nanti!
nasib baik jugak takde orang lain yang tengok
cepat-cepat isi minyak, terus masuk kereta balik rumah!
malunya aku!!

tu la, punya la lama dah tak isi minyak
sampaikan boleh tertukar nozel!!
semenjak kawen la rasanya aku tak isi minyak
biasanya mr.k yang buat
pengajaran sangat ok! hahahha
lain kali kena rajin isi minyak sendiri jugak :p


jangan tertukar tau!

Tuesday, March 22

little celebration

salam dan hai

sori kawan, semalam memang sibuk sangat-sangat
tak menang tangan aku dibuatnya
hari ni lega :D
so boleh la update blog heheheh

korang ingat tak yang aku bagitau kat sini
yang mr.k sampai lenguh-lenguh tangan dibuatnya
ha!
aku nak reveal la ni heheheh

kami tak ke mana pun sambut 1st anniversary
kat rumah je, & ikut idea huda
make it sweet! :D
aku pun dengan bersungguhnya buat la our so called candle light not-so-dinner!
sebab apa not-so-dinner?
sebabnya memang bukan dinner pun, supper! hahahah
awal-awal lagi dah dinner melantak nasi bungkus kat pasar tani!!

apa yang aku & mr.k buat?
aku ni memang tangan kaku, tak pandai nak buat kek ke, biskut ke
memang sangat tak pandai, takde seni!
so ini memang percubaan pertama buat kek!













now, presenting to you "OUR not-so-OREO CHEESE CAKE"
lengkap dengan tulisan yang cakar ayam yang amattt!
hahahhaha takpe la, janji ikhlas & boleh dimakan!


our first homemade cake!

 
with the candle!

potong kek! cepat!!!

yummylicious! hahahah

close up sikit! oreo in the cake!

haa! tu la dia!
eventhough you can see the comotness, tapi tempting ok! hahahah
tapi yang bestnya, awal-awal lagi dah silap bancuh bahan!
hahahah sampai aku rasa down kejap, malas nak buat
tapi fikirkan barang  dah beli, takkan nak dibiarkan saja
silap pun sedap tau!!  :D
mr.k dah siap order lagi, nak suruh buat lagi ;)


credit goes to kak xea! thanks for the recipe!

Monday, March 21

busy!busy!busy!

salam dan hai

lap peluh ketiak dahi dulu
penat weh hari ni
bos hari ni baru masuk ofis
so paham-paham la kan?
ni pun curi-curi update je  :p

ada cerita nak di share kan
tapi memandangkan kamera lupa bawak
nak pulak sibuk hari ni
so i update esok la ok?

bye!

Saturday, March 19

Wonderful One Year

salam dan hai



pagi tadi bangun subuh pukul 6
mata mengantuk lagi sebab malam tadi pukul 3pagi baru tidur
siap susun pinggan mangkuk untuk majlis malam ni
baju dah ready untuk disarung
tinggal lagi veil yang tak siap, tunggu kak nani siapkan
kat luar tu kecoh sangat
penuh dengan saudara mara dari kampung, Thailand
penuh dengan jiran-jiran
sama-sama tolong untuk sediakan juadah
aku rasa semuanya dah ready, dah prepared sehabis baik
malam ni, lepas isyak aku akan diijabkabulkan
diijabkabulkan dengan insan yang dicintai
Ya Allah, debarannya hanya Kau yang tahu
Ya Allah, permudahkanlah & berkatilah majlis ini
itu je yang aku harapkan
dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya
dengan sekali lafaz, aku halal untuknya
dengan sekali lafaz, maka lepaskan tanggungjawab mie&abah ke atas aku
denngan sekali lafaz, maka tanggungjawabku bertambah





itu la perasaan aku setahun yang lepas
saat menunggu untuk dinikahi
sangat berat rasa tu, tapi bila semuanya dah lepas
lega!

Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia perkahwinan kami
baru setahun tapi aku bersyukur sangat padaMu, Tuhan
Kau pinjamkan aku seorang lelaki yang sangat penyayang
seorang lelaki yang sangat memahami

ye, aku tau baru setahun jagung
ye, aku tau masih banyak yang kena kami pelajari
ye, aku tau banyak lagi onak & duri yang kena kami tempuh
tapi Ya Allah, aku bersyukur untuk setahun yang indah ini


Sayang,

Happy 1st Wedding Anniversary
semoga apa yang kita angankan menjadi kenyataan
semoga apa yang kita impikan dimakbulkan
semoga kehidupan kita dirahmati Allah
semoga kita dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah
semoga ikatan ini kekal hingga akhir kalam, Amin....



Wednesday, March 16

kenny rogers with love :D

salam dan hai

semalam i senyap sunyi je
sebab kebizian sikit je
bos takde pun, kerja tetap jalan ok
goyang kaki jarang-jarang je
nak blogwalking pun takde mood

sibuk tu, sibuk jugak
tapi makan tak boleh tinggal
so semalam membawa diri ke alamanda
dengan ain & kak nana
masing-masing duk teringin nak makan kenny rogers
masing-masing PA & semua takde bos :D
seronok la, makan dengan amannya! hahahah

mine! 1/4 quarter original with rice, coleslaw, mashed potato & vanila muffin

budak lapar yang tak sabar nak makan

sweet kak nana

ain yang cung!

urrppp...alhamdulillah..licing wokkk!

bila da siap makan, singgah cold storage *ain, kena bagitau ke tak ni :p*
masing-masing beli barang sikit
pastu shoot balik ofis
2.30 sampai, ok la tak sangat kan? ;)

oohh..
semalam telah berganding kaki bahu dengan mr.k buat benda tu ;)
nanti i reveal ok, hehehehe
best sangat walaupun awal-awal lagi dah tersilap!!!
kesian mr.k sampai lenguh-lenguh tangan dia hihihihih
tq abang!



p dot s : erkkk...tak lama da ni!!!!

Monday, March 14

:)

salam dan hai

hari ni aku puasa, insyaAllah
ada berapa jam je lagi nak berbuka ni
perut pun meragam sikit hari ni
lama tak puasa kan

nak buka makan apa tak tau ni
nak masak macam mim-lam-sim  :p
tengah pikir-pikir, sambil sms dengan mr.k
dia cakap takyah masak
dia nak singgah beli kat the one and only kedai yang kena dengan tekak aku
mane lagi kan kalau bukan nasi ulam ieda, kat p15 sana nun :D
juadah berbuka puasa hari ni, daging masak merah
bestnye!
balik rumah masak nasi & buat air je  hihihihi

aku dah order siap-siap dah tadi
tinggal mr.k singgah ambik je
yeay!! daging masak merah, all time favourite! hahahaha

gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati :D

salam dan hai

ni aktiviti hari ahad
saja nak bawak anak buah pusing putrajaya
lagipun diorang ni tak pernah tidur lagi kat rumah aku
kak na, abe die & syasya tak ikut
sebab ada projek besar kat gombak :D *kak, ambik je la. pejam mata*

so syakira & syafiq nak ikut aku
pagi ahad sarapan nasi goreng je
tengahari pulak aku buat ikan bakar, sup sayur + telur, ikan goreng
walaupun menu yang sangat simple
tapi makannya macam makan kenny rogers! hahahah
malangnya i terlupa nak snap gambar, sorry!

lepas je zohor, terus zassss keluar
jom layang gambar bajet cung! hahahah


kakak & abang kat masjid putra

ehh, achiknye pun sibuk nak bergambar jugak!


perhentian kedua, jambatan seri wawasan


cakap keju!! :D


gediknye baju pupel tu! sama naik!


perhentian ketiga, jambatan seri gemilang & picc. sukenye die!


perhentian keempat, taman tempat aku joging tapi tak tau nama :p


ayakkk!!! control cung!


ehem-ehem..yours truly & husband ;)


tarik anak sebab dah nak balik

ha, tu la gambarnya
sebenarnya banyak lagi tapi malas dah nak upload tihiii
kononnya lepas bawak diorang jalan, terus nak pergi hantar kat keramat
tapi call kak na, diorang still kat gombak lagi
sudahnya balik la rumah balik

aku pun ape lagi, ambik peluang iron baju la
sempat siap yang mr.k punye je, pastu kak na call
cakap jumpa kat kedai kepong
terus siap-siap & pergi kepong
boleh makan sedap lagi hikhikhik

sampai sana, pakcik aku pun ade jugak
pong-pang bincang itu ini pasal projek besar tu
tapi belum dapat keputusan lagi, tunggu pakcik aku bagi jawapan dulu
sembang, makan, sembang, makan, makan, makan hahahaha
bila perut dah kenyang, mata pun mula la mengantuk kan?
pukul 9 lebih, gerak balik rumah

uuurrrppppp...alhamdulillah kenyang perut! hahahahha
ooopppsss...sorry!

gulai kuning ikan + timun! mables!

salam dan hai


hari ni mood nak blogging ada sikit lari la
penat tak hilang agaknya
cuti dua hari pun bukannya cukup, ye tak? ;p
nak lebih saje hahahah
lumrah manusia la tu, tak pernah cukup dengan apa yang dah ada

minggu ni kat rumah je
so bila kat rumah hari minggu, masak la kan?
hari sabtu mr.k request nak makan masak lemak ikan dengan kangkung belacan
aku pun masak la
dah lama jugak tak makan gulai kuning ikan ni
errr...sama je sebenarnya
gulai kuning ikan = masak lemak ikan :D
tapi biasa kalau mie masak, letak timun kat dalam tu
sedap wehhhh!
nasib baik ada timun dalam peti
jadi dua-dua puas hati dalam selere masing-masing heheheh


telur dadar menu wajib!

tapi kan
hari sabtu baru ni memang la menyakitkan hati
macam katak bawah tempurung, tau?
mana tak nya, kontraktor kat blok rumah aku buat maintenance
habis channel tak dapat
dalam banyak-banyak channel astro tu, yang dapatnya ria & prima je!!!
pastu yang lain semua takde signal!!
tv3 pun tak dapat, tau???
arrrhhhh...memang menyakitkan hati betul!
semalam pun sama, tak dapat jugak
dah call, dah sms tapi haram tak ambil port pun!
hari ni tak tau la, kalau tak dapat lagi memang haremmmm la

boring tahap cipan kat rumah tu
kebetulan pulak kak na datang kl
terus shoot pergi keramat
pukul 2 pagi baru sampai rumah!!
puas hati aku dapat makan sedap hahahah
anak buah, syakira & syafiq ikut aku balik putrajaya
sebab aku janji nak bawak diorang jalan-jalan putrajaya

tunggu next entry ok untuk gambar yang cung! hahahaha

Saturday, March 12

sale sana sini

salam dan hai

asal bulan mac je mesti ada sale
asal sale je mesti bulan mac
erkkkk...hehheeh :p
tapi betul kan?
bulan mac biasa sana sini sale

tengok macam sekarang ni
ikea sale, Matta Fair la, jusco la, parkson la
macam-macam la sale nye
mau luruh jugak la perasaan ni heheheh

jangan zaa..jangan..
benteng kena kuat :p
sikit-sikit takpe hahahhah

kalau korang yang nak shopping tu, ni la masanya
tapi ingat, biar kita bijak berbelanja
berbelanja ikut keperluan, bukan kehendak
jarang-jarang sekali boleh la ikut kehendak, ye tak?
kalau duit berkepuk pun jangan asyik nak perabis ke kerjanya
ingat apa akan jadi kat depan nanti kita tak tau kan?

so please, use your money wisely ok!


p dot s : pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri heheheh

Friday, March 11

di tepi pantai yang indah....

salam dan hai

oohh...i need a break

rasa macam nak pergi satu tempat yang takde orang
lepaskan penat lelah kat situ
dibuai angin bayu yang menyamankan
bertemankan bunyi desiran ombak yang mendamaikan
bunyi burung berkicauan
bersarapan dengan tenang berdua-duaan tanpa ada yang mengganggu
enjoy candle light dinner di tepian pantai
berbumbungkan langit yang hitam

i need a vacation
ermmm...abang........jom... *nyendeng-nyendeng sikit :p*



p dot s : lamonyo tok balik pasir mas. rindu doh segho ko rumoh. lambatnyo hujung bule :(

Thursday, March 10

bloglist baru!

salam dan hai

hari ni boringnya kat ofis
takde buat papepun
kerja pun takde, pelik aku
jap lagi bila da dekat nak thumbprint, baru la datang menimbun
geram betul!
petang ni nak buat sesuatu yang berfaedah sikit :D
aku nak kemaskan bilik & fail-fail bos

bila takde kerja tu, menerjah blog orang je la hihihihi
dari pagi ok
boring blogwalking, main games, blogwalking lagi, games lagi
adoiii..lagi penat takde kerja dari ada kerja, tau?

hari ni aku menerjah blog-blog follower
memang jarang sangat terjah sebab aku tak masukkan dalam list kat sidebar tu
so, starting from now
aku akan buat satu list untuk follower kat sidebar tu
senang sikit aku nak terjah
korang pun klik-klik la ye kat situ
boleh tambah kawan :D
follower this blog yang tak tinggalkan link
please drop your link now
sebab i nak listkan :D

and one more thing
aku dah delete chatbox ok
sebab menyusahkan!
chatbox pun kena block!

ok
aku nak g makan
laparrrr! :D

Tuesday, March 8

SS Gathering Part 4

salam dan hai

ok ni part last SS Gathering
jangan loya ok!

last but not least
yours truly & husband
sebelah i tu la orang kuat i, tau?
cakap ape yang dia tak buat
semua dia buat
memang penat sama naik dengan i
thanks abang ringankan tulang bantu i
i tau kalau abang tak tolong, memang tercabut la semua sendi i ni
kalau abang tak tolong, memang tak jadi la gathering ni
thank you, sayang..i love u! oppsss :p

tinggal la kami berdua
bila semua dah balik
tuan rumah pun sibuk la mengemas sana sini
cuci mana patut, susun itu ini ke tempat asal
series penat, tu yang sampai cuti semalam heheheh

kami membayangkan tu baru 1/4 je
belum open house raya lagi
tapi yang peliknya, aku memang suka buat makan-makan macam ni
takpe penat pun, takpe berhabis duit pun
asalkan dapat tengok orang makan yang kita masak :D
*padahal masak bukan sedap sangat*
tapi i memang suka la
agaknya terikut dengan cara mie aku kott

Soulsisters,
thanks for coming ye!
i'm the happy women when u all around me
next pulak rumah siapa??? ;)

p dot s : alhamdulillah, semua SS dapat bawak balik sikit bekal makanan. doakan aku murah rezeki ok.

SS Gathering Part 3

salam dan hai

rajin ke sampai 3 entry hari ni???
hahahah hari ni je la sebab ada cerita
pastu senyap je sampai minggu depan! heheheh

makan-makan khas untuk SS
tapi aku jemput jugak kak nani & abe gee datang
time, lepas asar
ngam-ngam geng SS bersurai, abe gee & kak nani pun sampai

yang bestnya, kari daging tu aku masak sekali lagi sebab dah habis!
ayam pun goreng jugak
menunggu jugak la diorang before dapat makan!
kesian heheheh
nak buat macam mana, kari mak laku, nyah! hahahaha

korang tau je la bila anak-anak buah aku ni datang
pecah rumah jadinya!
dengan si adam tu, tau tak dia makan coloured stone tu
dia ingatkan gula-gula! ishkkkk!
amir pulak kerjanya membodek je la hahahah
ni baru 2 orang, nasib baik anas & ammar kecik lagi
tak tambah lagi yang kat jb tu 3 orang tu
memang kecoh la jawabnya!

lepas makan, mandikan budak-budak
mak-mak & bapak-bapak solat maghrib
pastu tengok berita kejap, then pukul 9 baru gerak balik
snap gambar sekeping dua
jom layan!


dua orang budak panjang akal!

kak ira&anas, yours truly, kak nani&ammar

say cheese!

last part, tunggu jap lagi pulak ye
penat dah menaip nih!

SS Gathering Part 2

salam dan hai

orang yang paling awal sampai semestinya ikma!
pukul 12.30 dah terpacak hehehe
tapi malangnya datang dengan anak je, abe a kerja
kemudian sampai faten, pastu sara
then farah, ezah & last sekali ema

perut memang masing-masing kebulur
tuan rumah apatah lagi kan?
memang takde aku nak tunggu semua sampai
melantak la dulu heheheh

bila dah cukup corum, tau je la kan?
bercerita bagai, macam nak pecah rumah bila masing-masing gelak
nak jumpa bukan senang, nak-nak pulak tak semua kat putrajaya
ada yang kat kl jugak
ni fara pun dah pindah kl, lagi la kurang corumnya :(
tak lama lagi faten pulak.. hmmmm :(
tapi takpe, walaupun tak jumpa selalu
tapi setiap kali gathering kita tak pernah missed kan??
cuma memang sorang takkan cukup la
kety, aku rindu ko..
bile ko nak balik tanah air????
dah lama sangat tak jumpa dengan ko
kitorang semua rindu ko....

ok, dah-dah..cheer up!
jom kita layan sesi bergedik geng Soul Sisters!

ema & ikma. ezah buat muka! hahaha

faten & farah. pae curi pandang kamera!

sara & ezah posing. anak kat belakang join sekaki!
naim & pae. gosip jugak ke? ;)
cubaan menjadi ayuuuuu :D
ok, yang ni ayu sikit!
dah mula dah gediknye!
gedik lagi!
lagi!

pemenang insan paling gedik!


bila dah settle makan, settle gossip pasal budak tu
settle gelak pecah dunia
pastu masing-masing dah nak berangkat balik
dalam pukul 5.30 macam tu la semua bersurai
yang bestnya, aku ada buat bookmark untuk diorang semua
tapi!
lupa nak bagi!!!! adoiiii!!!!
sempat bagi kat sara sorang je! pelupa betul la!!
geram je kat diri sendiri!!
takpe, yang tak dapat tu nanti i poskan kat u olls ok
jangan sedih tau.


small gift from us! credit to sara!

bila diorang balik, tak semestinya takde orang dah kan?
ada penyambung nya pulak
family kak nani & family abe gee pulak yang sambung!
tunggu part 3 ok! :D

SS Gathering Part 1

salam dan hai

ok, kerja dah settle
boleh la aku mengupdate blog :D
besides, my bos takde. pergi umrah 2weeks!!

kite mula dengan plan untuk gathering ni dulu ye
actually memang dah banyak kali postponed
dari bulan 2 lagi
rasanya adala 3x tukar tarikh
yela, masing-masing pun ada hal sendiri kan?
at last, dapat la tarikh 06 Mac ni, kebetulan pulak sama dengan mr.k's birthday

aku pun kononnya planning la nak buat suprised bagai kat semua SS & mr.k
nak buat mr.k's birthday party sekali
tapi atas sebab-sebab yang tak boleh dielak, suprise tu terpaksa dibatalkan
ha, sara..tu la sebabnya takde suprised! heheheh

hari sabtu malam, kami memang dah sibuk-sibuk kemaskan rumah
aku kat dapur, macam biasa
sediakan bahan nak masak, tumis rempah kari siap-siap
uli roti tempayan, buat sambal belacan, masak air gula, perap ayam
mr.k pulak kat hall lap itu ini, pasangkan backdrop yang tak seberapa tu *thanks abang*
susun meja kerusi bagai sampai la pukul 2pagi sambil-sambil tengok tv
masing-masing memang risau tahap apa dah takut tak sedar pagi ahadnya
kunci jam pukul 6 macam biasa, tapi haram langsung tak dengar jam bunyi!
hahahahah
sedar-sedar dah pukul 8 pagi!!!!
kelam kabut la masing-masing, terjun katil hahahah

aku terus masuk dapur, masak kari sambil bakar roti tempayan
mr.k pulak mop lantai, sambil-sambil sidai kain
pastu dia pergi kedai beli ais & itu ini
aku pulak bila da siap bakar roti, terus goreng ayam pulak
memang bersilat cekak hanafi aku kat dapur tu!

bila dah settle semua kerja, baru la kemas-kemas kat meja makan tu
susun pinggan mangkuk cawan semua
pastu bersiap-siap la masing-masing
menunggu tetamu undangan sampai!

menu utama:
  • nasi putih
  • kari daging
  • ayam goreng berempah
  • sambal belacan
  • ulam timun
  • roti tempayan
pastu menu tambahan pulak:
  • laksa penang by ikma
  • ikan bakar air asam by farah
  • puding by sara
  • putu piring by ema

Deco yang tak seberapa

zoom sikit :D

tukar bunga lain pulak!

ayam goreng berempah chef zaa :D

ulam timun & sambal belacan

roti tempayan secret recipe chef zaa :p

itu je untuk part 1 :D
nantikan sambungan di part 2 ok! heheheh jangan marah!