Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 30

FnF's bundle of joy..

salam dan hai

fatenton dah bersalin! :D
baby girl ok! kiut miut sangat!
sebiji muka pae! heheheh
semalam kan rehat panjang
sempat kitorang SS pergi melawat dia kat KPJ Kajang
dekat sejam lebih jugak la kitorang melepak kat situ
comel sangat-sangat
tak puas cium! geram!!! :D
kaki tangan sebijik maknya! hheheheh
Alhamdulillah...


hot mommy ikma & me!


mommy to be...


hot mommy!

ambik berkat :D

Friday, April 29

the 2nd runner up goes to........

salam dan hai

hati ku berbunga riang :D
lalalalalalalala heheheheh
sebabnya i menang contest you!
korang ingat lagi tak aku pernah join contest ni?
ha..yang ni la yang aku menang
even tak menang 1st place, its ok
i menang 2nd runner up
yeayyyyy!!! thanks dak azie! i love u!! :D

gambar yang aku pertaruhkan tu memang one of my favorite
tapi sebenarnya ada lagi yang lagi favourite heheheh
dah rezeki i nak menang kan? :)
Alhamdulillah hehehehe

ha..
cepat la azie hantar hadiah kat aras 4! heheheh :p

abang dah tua..

salam dan hai

penat aku naik turun istana negara tu jumpa DYMM tau
semata-mata nak mintak cuti untuk rakyat malaysia hari isnin depan
bestnye hujung minggu ni cuti lebih sikit
aku bagi cuti kat korang semua hari isnin ok :D
jangan ada yang datang kerja pulak!
hahahahaha berangan siot jumpa DYMM!!!

rabu lepas, 27 april birthday abe gee
kak ira dengan suka hatinya berkomplot dengan ipar-ipar ku diva yang cun
nak buat suprise untuk abe gee kat Jee's D'Village
aku, tukang beli kek
kak na, tokey kedai
kak nani, kena warning zip mulut dengan aku hahahha
bukan boleh makcik tu, kang terpecah lobang!!

bila mr.k sampai je rumah, terus siap-siap
sampai kedai, solat maghrib terus
tapi yang best nya, tuan empunya yang merancang pun tak sampai lagi!
aku paling awal!!
bila semua dah sampai, masing-masing buat tak tau je
kebetulan customer pun agak ramai
tak nak la mengganggu customer pulak kan?

bila customer dah kurang sikit, kak ira pun mulakan operasi
jom kite intai sikit gambar hari kejadian abe gee!



the cake! moist choc cake form SR!

the birthday man!

si baru biru perancang majlis!

us from left kak na, abe gee, kak nani & yours truly

chibi maruko chan tengah makan kek! comot! hahahah

:)

anas yang hensem!

*sorry for low quality picture due to camera handphone



ha..macam tu la kisahnya
the one & only big brother in mahmud's
brother kecik sekolah lagi heheheh :D

Thursday, April 28

facebook ucopwilcha

salam dan hai

good morning lovelies! :D
pagi ni seronok sebab bos takde
so boleh la i berjalan ke blog orang sana sini

tengah syok-syok baca blog, tiba-tiba teringat kat 1 blog ni
aku selalu baca blog dia, ayu
aku baca dari before dia kawen, sampai sekarang dah ada anak :D
pastu tertengok 1 entry die, kelakar habis
ni semua penangan ucop wilcha! hahahha
sampaikan facebook pun terkena tempias, tau?


klik untuk tumbesaran!


ce korang baca betul-betul
hahahahah series kelakar gila!! hahahahha
fenomena ucop wilcha!
kat mana-mana pun orang bercakap pasal dia je! heheheheh

Wednesday, April 27

resepi puding roti

salam dan hai

ishkk..sekarang ni online time petang-petang je
kenapa tah aku ni
pemalas yang amat pulak
otak blank la seminggu dua ni

tadi tengah sembang-sembang dengan member kat belakang
sibuk je masing-masing duk mintak resepi puding roti tu
ala korang ni, buat malu zaa je tau!
heheheh padahal zaa pun google jek! hahahah
tapi untuk tak menghampakan korang
aku tempek jugak la resepi tu kat sini
siapa nak, ambik la
tak nak pun takpe, tak mendosa!


Puding Roti

Bahan-bahan
  • 1 buku roti
  • 2 tin susu cair
  • garam & gula secukup rasa
  • kismis

Cara-caranya
  • Tuang semua susu cair ke dalam mangkuk. masukkan garam & gula mengikut rasa korang sendiri dan kacau.
  • Celupkan satu persatu roti ke dalam susu tersebut dan susun ke dalam loyang. tindih-tindih kan ikut seni korang
  • Tuang baki susu yang dah korang celupkan tu ke dalam loyang yang berisi roti tadi
  • Akhir sekali, taburkan kismis ke atasnya. then kukus selama lebih kurang 15 minit.
  • Siap! Hidangkan la :D

* kalau korang nak buat separuh je roti tu, guna setin je susunya.



senang kan?
as simple as that!
aku pun baru first time buat
nak tengok? klik kat sini :D
tapi tak salah kan kita share ramai-ramai apa yang kita tau :)
good luck!



p dot s : jom malam ni kita semua jumpa kat Jee's D'Village :D

Tuesday, April 26

kerana diriku begitu berharga

salam dan hai

:D
semalam kami laki bini bercuti dengan jayanya :D
heheheh rasa penat sangat, tak larat
balik dari rawang dah malam, 8.30
pastu singgah Jee's D'Village, melepak & makan
dekat pukul 11 baru balik
so masing-masing memang nekad nak cuti
hahahaha nekad ok!! berani sungguh!!

bila dah cuti tu, paham-paham sudah la kan?
bangun pun dah pukul berapa ;)
pastu keluar settle kan urusan kami
semalam kan payday :D
beli barang rumah, makan pastu pukul 5 balik
then melepak la kat rumah rehatkan badan

petang ni pun ada sikit lagi urusan yang tak settle
urusan esok malam punye hal
nak tau ape?? tunggu :D







eh..jap!

tajuk kat atas tu ada kena-mengena tak dengan enrty ni???
macam takde kan??hahahahha
layan je la labu!




p dot s : dugaan yang Allah SWT bagi, tentu ada hikmahnya kan?

Friday, April 22

tempting like me? ;)

salam dan hai

salam hari jumaat yang barakah
yang paling penting, esok dah cuti! :D

semalam aku terlebih rajin
aku buat puding roti :D
jadi memang jadi, cumanya kurang kuahnya je
yet still tempting ok! heheheh

senang je buat puding roti ni
aku risau jugak takut tak jadi sebab tak pernah buat kan?
tapi jadi rupanya
berjaya! hehehehe
resepi ni dah lama fatenton bagi
tapi sekarang baru cuba
cuba yang fatenton bagi tu, puding ni dibakar
aku kukuskan je

before di kukus

done!


tempting tak??heheheh

mr.k makan dengan seleranya
nak-nak pulak semalam hujan
dapat puding roti ni, minum pulak teh o
pehhhhh....
hehehhehehe :p




p dot s : sara, jangan marah aaa :p

Thursday, April 21

tak tahan tengok siti nurhaliza

salam dan hai

hahahahahahahah
wakakakakakaka
bahahahahahahaha
semalam baca blog mrs.spicy
guling-guling aku gelak macam nak pecah perut!!
aku taknak gelak sorang-sorang
aku nak ajak koranng gelak dengan aku!!
jom kite buat game ni sama-sama!!




i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


nak tau aku punya?


aku terhantuk siti nurhaliza sebab aku tak tahan


kahkahkahkah ape yang aku tak tahan tak tau la!! hahahahaha
jom kite tengok yang mr.k punye pulak


aku belasah gangster sebab aku fikir aku hebat


hahahahahah caya lah bang! u memang hebat ma! hahahahah
jom gelak sama-sama! aku nak baca korang punye pulak!


credit to mrs.spicy!

senyum..tak perlu kata apa-apa

salam dan hai lovelies

Alhamdulillah, today i feel better
bengkak gusi pun dah kurang sikit
then sakit kepala automatically hilang :D
cuma sore throat je ada lagi sikit
tapi Alhamdulillah sangat-sangat

hari ni ada perhimpunan khas kat ofis dengan PM
selalunya aku memang tak turun :D
tapi hari ni macam nak turun pulak sebab row bahagian aku tak ramai
nak tak nak bila kena turun
terpaksa la pakai tudung korporat yang tak berapa branded cantik tu
dah la tudungnya licin, menggelembung sana sini
aku tak suka sangat-sangat!!


tengok la tu herot je tudung aku!

tapi tetap senyum ayu lagi :D

kenapa ada senyum ayu tu?
sebabnya kat ministry sekarang tengah berkempen
"Kempen Senyum Selalu"
so marah ke, sakit ke, bosan ke, angin kus-kus ke
tudung penyet ke, sakit kepala ke
tak kisah la apepun
yang penting kita kena senyum :D
macam geng kitorang pagi ni
pagi-pagi buta kena sembur dengan tah sape tah pompuan tingkat 5
dalam lift nak turun ke dewan
tak pasal-pasal tapi kitorang tetap senyum :D
tapi dalam hati memang bara la kat pompuan tu!


senyum..tak perlu kata apa-apa. 1st time dengar lagu ni :p


Jom spread kan kempen senyum kat blog korang semua!
& link kan blog aku sekali dalam entry korang ok :D

Wednesday, April 20

velvet cake! yummmmyyyyy!

salam dan hai

hari ni tambah lagi satu
lidah i pulak pecah-pecah macam melecur :(
memang tak boleh nak lasak-lasak sangat la cium makan
harap-harap cepat la sembuh dari semua ni

dalam takde selera nak makan tu
tadi one of my officer yang sangat best
yang sangat rajin baked itu, baked ini
bawakkan cupcakes! weehuuuuu!! :)
setiap kali tak pernah gagal untuk rasa ape yang dia buat

she's so sweet!

selalunya kan kite dengar sana sini sebut red velvet kek la
red velvet cupcake la, kan?
tapi my officer ni die buat lain sikit heheheh
green velvet cupcake :D
tapi rasa dia still sama jugak dengan red velvet, cuma warna je yang lain
tq cik nik!

so, ni la lunch untuk hari ni :D


green velvet cupcake + nescafe

so greeennnnnnn :D

:(

salam dan hai



mode : yillek! :(



semua serba tak kena




bantuin gue.......

Tuesday, April 19

not so good...

salam dan hai

aduhhh..still not feeling well
sakit gusi makin menjadi-jadi
sekarang dah melarat pulak sampai sakit tekak
kepala tak yah cakap la, memang berdenyut je

nak makan pun takde selera ni
macam mana nak mengunyah kalau dah gusi bengkak
nak menelan pun tekak sakit
minum je la yang paling kuat pun
makan pun yang soft-soft je
roti & biskut cicah air milo :D
menu terbaik bila demam

ingatkan nak MC je hari ni
tapi memikirkan duduk kat rumah sorang-sorang, terus batalkan niat
bukan takut, tapi boring
sebab kat rumah tak boleh tengok tv
kerja-kerja maintenance astro kat rumah belum settle
lama ko!
dari hari sabtu sampai hari ni katanye
nasib weekend takde kat rumah
semalam memang melayan dvd je la dengan mr.k
malam ni aku pun dah tak tau nak tengok dvd cerita apa

ha..tu la yang tak jadi nak MC
kalau ikutkan sakit kepala yang berdenyut ni
memang tak larat dah nak datang kerja

ada siapa nak tolong masakkan bubur untuk aku??? :D
takpun belanja aku bubur ayam McD?? :D
anyone???heheheheh

Monday, April 18

salam dan hai

sakit kepala
gusi bengkak
selsema
batuk

pakej lengkap demam


:(

sedapnya tidur

salam dan hai

huaarrrgggghhh!!!!
oppsss...sorry...
terlebih menguap! heheheh
bestnye tidur hujan-hujan macam ni kan?
tapi yang pastinya, memang mr.k tengah tidur sedap tu kat rumah
dia cuti hari ni
& i pun jadi lady boss la hari ni :D
datang kerja orang hantarkan hehehehe

weekend baru ni dua hari berturut-turut menjengah ke Jee's D'Village
alhamdulillah, 2 hari pertama memberansangkan!
tapi macam lipas kudung sikit la kak na
sebab tak biasa lagi kan?
alah bisa, tegal biasa :D
lama-lama nanti ok la tu

semalam mie & abah dah balik kampung
sedih pulak rasanya
tapi nanti minggu depan mie datang lagi :D
abah je la tak tau bila boleh cuti

eh..bos panggil!
got to go! bye!

Friday, April 15

Jee's D'Village dibuka dengan rasminya

salam dan hai

alhamdulillah, kerja aku hari ni heheheh
kalau ikutkan hati memang nak cuti je terus
tapi tak boleh, nak buat macam mana kan

Syukur Ya Allah
dengan rasminya Jee's D'Village telah dibuka
family bisnes yang turun temurun
empunya tuan kedai kak na + suami
dengan sokongan oleh kami sekeluarga
dan pakcik kesayangan kami, empunya Hah Tomyam, Dato' Keramat & Restoran Bonda Thaifood Centre, Kepong

semalam buat solat hajat & jamuan makan kat kedai
Alhamdulillah, menggalakkan
yang bestnya 2 3 hari sebelum kedai dibuka
dah ramai yang datang nak makan :D
Jee's D'Village ni tempatnya kat Kg. Laksamana, Batu Caves
siapa yang tau KWSP batu caves tu, memang senang la nak cari

menu untuk pembukaan semalam Roti Tempayan, as usual :)
and Nasi Kaumok (lebih kurang nasi minyak but all the spices from thai)

jom intai!




















aku nak jemput korang semua datang mencuba&menjamu selera di kedai kami ok!
ajak la sedara mara semua, spread this breaking news kepada kawan-kawan :D
cuba dulu, baru tau! :D



Thursday, April 14

jangan buta hati

salam dan hai

hari ni aku bercuti
bercuti untuk meraikan sesuatu
insyaAllah, kalau sempat esok aku akan kongsikan dengan korang ye




korang percaya tak dengan benda-benda halus ni?tapi kita sebagai umat Islam memang kena percaya pada makhluk ni sebab mereka pun makhlus ciptaan Allah SWT. tapi ada jugak manusia yang tak tau kat mana hati perutnya, menggunakan benda-benda ni untuk menganiaya orang. aku nak bercerita sikit tentang dengki-mendengki. wujud lagi kan zaman sekarang orang yang macam ni? buat orang tu jadi macam tu, buat orang tu jadi macam ni. korang percaya tak?

sejujurnya aku memang percaya. dan aku tau benda ni wujud. walaupun zaman ni zaman maju, tapi pemikiran manusia kembali seperti zaman jahiliah. bomoh sana, bomoh sini. nauzubillah...ada kalangan family aku sendiri pernah beberapa kali terkena buatan orang. sebabnya, dengki. tak boleh tengok orang lebih, tak boleh tengok orang senang. kenapa ye ada lagi manusia yang hati busuk macam ni? kan Allah dah janjikan, siapa yang berusaha lebih, maka dia akan dapat ganjaran yang lebih. tak perlu nak buat orang sampai macam tu semata-mata kau tak nak tengok orang lain lebih dari kau. kau kena la usaha, kan?

orang yang pendek akal ni suka bila tengok orang yang dia dengki tu menderita. tak boleh makan, tak boleh tidur, tak boleh pergi kerja. aku tak faham apa yang diorang nak kan sebenarnya. pernah ke orang tu sakitkan kau? musnahkan periuk nasi kau? ke mana perginya akal yang waras & iman di dada? macam mana boleh jadi macam ni? aku memang tak faham. agaknya diorang semua ni tak pernah terfikirkan balasan yang Tuhan akan turunkan nanti. tak pernah terfikir yang suatu hari nanti mungkin akan terjadi pada anak cucu diorang pulak. tak takut ke diorang ni dengan hukuman Allah SWT?

nauzubillah..semoga kita semua dilindungi Allah. semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka ni. semoga iman kita kuat untuk tidak terpengaruh dengan godaan syaitanirrajim & iblis! semoga Allah membuka pintu hati orang-orang yang berkenaan & kembali ke pangkal jalan.




Wassalam

Wednesday, April 13

peluang keemasan!

salam dan hai

uurrgggghhhh...teruk kelate kalah dengan perak semalam!!
ape ni KFCM???i baru bangga jap dengan u, tibe-tibe u buat macam ni!
heheheh :p
tapi series ah, teruk kena belasah!!
orang perak tidur dengan senyum la ye semalam??
bangkit la red warrior!!! :D

eh..tetiba pulak mood bola muncul apahal??heheheh


bila dah petang baru nak bersiaran
pagi tadi mood swing swang la
lari ke mana tah, tak dapat nak kejar
sekarang dah dapat tangkap balik dah mood tu :D
nak tau sebab apa?
haaa
teka la :D
heheheh takde pape pun
cuma malam ni nak pergi jumpa mie dengan abah :D
then terus tidur kat gombak

hari ni mr.k exam so ada kat rumah la tu
hari i datang ballik kerja berjemput ok :D
heheheh dah lama dah tak rasa macam tu ;)
korang yang cik abang kerja dekat senang la
hari-hari berjemput
aku ni jarang-jarang sekali je dapat peluang tu
jangan marah aaa..

Tuesday, April 12

orang biru ke orang hijau?

salam dan hai

sibuk pulak aku petang-petang ni
nasib baik dah settle
boleh le jengah blog kejap before balik :D

lunch tadi aku makan buah betik je
tak tau nak makan apa la sekarang ni
tengok makanan kat cafe tu macam takde perasaan
at last, buah betik yang jadi pilihan
petang ni nak pergi pasar tani beli yong peng tau fu kot
dah dekat 2 minggu tak pergi pasar tani ni ;)

korang
aku nak tanya sikit
line henpon korang sekarang pakai company ape?
celcom ke maxis?
before this aku pakai line maxis, tapi aku rasa macam charge die mengarut-ngarut je
kalau tanya kat kedai diorang, memang jumlahnya macam tu je
so sekarang ni aku nak survey la
koranng-korang yang pakai bil celcom ni jimat tak?
ataupun maxis lagi jimat?

digi aku memang tak pernah try
tak tau kenapa, sebab macam pelik heheheh :p
sekarang ni nak buat pilihan la mana lagi berbaloi untuk wang! :D

oh so random!

salam dan hai

sekadar nak berkongsi ceriakan pagi selasa korang :D









situasi 1 : dua orang kawan dari negeri yang berlainan. sorang kelate, sorang selangor.

a (k) : b, jom teman aku pergi toilet
b (s) : boleh, tapi nak pergi sekarang ke?
a (k) : ye la, kite g selalu la (selalu means sekarang)
b (s) : la, buat apa nak g toilet selalu? sekali cukup la
a (k) : memang la nak g sekali tapi selalu la
b (s) : ?????








situasi 2 : anak buah menetap kat johor, pakciknya orang kelate. cubaan pakciknya nak bercakap luar.

pakcik : jom kita lukis keretapi
anak    : kejap-kejap. orang nak cari kertas
pakcik : amik kertas ayah su kat dalam beg tu
anak    : yang ni ke ayah su? (sambil tangan mengoyak kertas dalam buku)
pakcik : jangan la soyak buku yang tu!!! (soyak means soyok, soyok = koyak)
anak    : soyak?????




banyak lagi dialek-dialek bahasa perancis kelantan yang kelakar
nanti aku share lagi ok!

Monday, April 11

semua jadi satu!

salam dan hai

heiiii!! bercinta nak dapatkan internet ni!
dah seminggu dah macam ni
slow yang amat macam siput vavi
geram betul aku
tu yang aku slow je update blog
team IT cakap internet terkena virus
sekarang tengah tunggu 'penawar' dari kaspersky
cepat la ok wahai en.internet
gua dah kempunan ni hehehhe :D

ape cerita korang last weekend?
aku melepak je kat rumah
tak ke mana pun
cuma pergi jumpa mie kat batu caves
mie duduk rumah kak na
ha..kak na aku, yang sulung tu
ala, yang kat jb tu..ingat tak??
dia dah pindah duduk kat sini

so sekarang ni my siblings berkumpul area kl-selangor je
except adik aku lagi 2 orang kat kelate
senang mie & abah datang setempat je kumpul hehehhe
esok malam abah aku datang pulak
ada la projeknya...tunggu eh :D

Friday, April 8

berita gembira kena kongsi bersama :D

salam dan hai

:)








:)








:)








:)









:)










:)










:D
mr.k tak jadi pergi kursus
eh..bukan tak jadi
cuma tunda je
awal mei :D
hehehehe
tak jadi pergi sekarang, tapi pergi jugak kemudian
tapi takpe la, yang penting sekarang belum kena tinggal lagi
:D

Thursday, April 7

sendirian lagi

salam dan hai

dah 2 hari aku asyik sakit kepala je
pastu siap ciriti biriti lagi
memang lemah je badan
ni pun still sakit kepala lagi
tak tau la apa puncanya

semalam balik kerja terus letak kepala kat sofa
sampaikan mr.k balik kerja pun aku tak sedar
punya la sakit kepala sangat
bila da tersedar tu, makan ubat & baring lagi
sampai la hari ni tapi ada la kurang sikit

semalam
lepas isyak, duk bersembang dengan mr.k pasal cerita hot kat ofis aku
dah lepas sembang tu, tiba-tiba mr.k cakap kat aku

"jangan demam-demam ye"

aku pun macam pelik la jugak kan
tapi macam biasa la sebab dia selalu cakap macam tu kalau aku demam
pastu dia cakap lagi

"nanti duduk rumah abe gee ye"

part ni aku memang dah rasa dah
mesti dia kena pergi kursus :(
ye..memang pun
dia kena kursus kat pangkor
hampir 2minggu start from this sunday :(

oowwhhhh
aku pun tak tau apa yang merasuk masa tu
terus menangis tak benti
agaknya sebab aku tak sihat kan?
tu yang emo lebih sikit tu

hmmmm..
nampaknya menumpang la aku kat puncak jalil 2 minggu ni
jauhnya rasa nak pergi kerja
malasnya nak tempuh jem kat situ
aku nak duk rumah sorang, dia tak bagi
nak tak nak terpaksa la bawak diri

aduhhh
nak mengangkut baju kerja 2 minggu
nak mengangkut baju tidur
nak mengangkut segala mak nenek barang keperluan aku
lecehnye....
tapi nak buat macam mana
suami kan :D

tapi sedih la
lama tu kena tinggal
ini paling lama kena tinggal semenjak kawen :(

terbaik dari ladang katanya!

salam dan hai :D

setelah hampir seminggu bercuti
aku muncul kembali heheheh
actually semalam dah kerja tapi mood tak mari lagi
so hanya blogwalking je yang mampu
hari ni mood dah mari
kena la update cerita balik kampung kan? ;)

tapi kali ni aku malas nak berceloteh sangat
aku bagi gambar je biar korang tengok eh? :)
bak kata orang kelate
let's pictures do the story
heh.

jom nengok!





aktiviti pertama : makan satay terbaik dari ladang
dalam pasir mas memang ni la paling sedap!
memang kalah la satay haji samuri yang konon sedap tu!










ce bilang berapa aku makan?hahahah




aktiviti kedua : pulut pauh terbaik chef maznah!
hahahah memang terbaik dari ladang jugak
perut kenyang pun, sumbat jugak dengan pulut pauh ni

yummyyyy!!!


aktiviti ketiga : setiap hari bermula dari hari jejak kaki kat kampung
coconut shake ni adalah menu wajib
hari balik ke kl je tak sempat beli sebab gerak pagi
sorang dua gelas :D
benda alah ni memang wajib setiap kali balik kampung
tak kan jumpa coconut shake sesedap ni
available only at lemal, pasir mas, kelate :D





aktiviti keempat : laksa siam! pegghhhhh!!
mantop!!
ni menu permintaan aku! hahahah
3pinggan makan pun tak cukup tau!
terbaik dari ladang!!
to my aunty, "thanks ma! i love u lah!"





aktiviti kelima : the making of jeruk pauh!!
ini memang paling terbaik dari ladang
dari mula-mula aku hidup sampai sekarang
takkan jumpa sesedap selain dari yang mie buat!

banyak kan? nak bahagikan kat siblings kat kl!!


aktiviti keenam & terakhir : sup tulang!!
menu permintaan mr.k :D
yang ni memang takde yang boleh lawan la
sangat mabeles!!!

tapi sorry ye, gambar from google :D

ha!
tu la dia kalau balik kampung
tak mintak macam-macam nak mie masak memang tak sah!
puas makan!! hahahha
takpe, bila dah balik putrajaya
kita joging la balik heheheh :p