Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31

melaka

salam dan hai :)

fuuhhhh...banyak habuk kat blog aku ni! heheheh
sorry dear, bukan sengaja mengabaikanmu :D

ermm...perasaan sekarang?
masih lagi merindui BKP
especially my beloved GBS :(
no word can describe my feeling
but we have to move on, right?
still dalam proses menyesuaikan diri kat tempat baru ni
so far, ok la

semalam aku tercuti :)
heheheh ikut mr.k & ude, adik mr.k ke melaka
bukan jalan-jalan tau!
tapi tolong tunjukkan jalan & carikan rumah sewa & ofis baru dia
before this dia kerja kat UKM, kontrak
pastu dapat permanent kat LKIM melaka
rabu ni baru report duty
so semalam kami meneman dia la cari rumah & ofis

gerak dari rumah aku pukul 8.15 pagi
jalan terus je tak berhenti sampai melaka
susah jugak ye jalan kat bandar melaka tu
macam berpusing-pusing sikit
maybe sebab kita tak biasa kot kan?
tapi series, berkali-kali jugak la lost jalan secara tiba-tiba hahahah
berapa kali duk pusing kat melaka raya tu
tak jumpa-jumpa ofisnya
sampai masing-masing dah naik fed up
tapi kena cari jugak sampai jumpa

bila dah jumpa ofis, proses nak cari rumah sewa pulak
ha..ni yang susah sikit ni
memang bertarung sampai mati titisan peluh terakhir heheheh
memang agak susah la nak cari rumah kat area bandar melaka tu
yang ada apartment pun semua sewakan sebiji je
adik aku ni bujang, dapat bilik sorang pun jadi la kan?
cari punya cari dapat la 2 3 buah

pastu stop kejap
pergi jusco, makan, solat & rehat
pukul 2 lebih baru start mencari semula
series memang penat gila! hahahah
bila dah jumpa rumah, test jalan pulak
dari tol ke rumah
dari rumah ke ofis berapa lama, lalu jalan mana
ude tu pulak tak pernah keluar dari selangor-kl
parah la sikit bagi dia

bila dah settle semua, pukul 7.30 baru gerak balik
pastu singgah RNR seremban, rehat, solat & makan :)
sampai rumah dalam pukul 10.30 malam
seharian dalam kereta memang memenatkan!
tapi puas sebab dapat tolong adik :)


p dot s : boringnya entry takde gambar! heheheh

Wednesday, May 25

new place

salam dan hai

i'm at my new workplace
ermmm..nothing much can say
sebab baru sehari
& you know what?
kerja kat sini super banyak ok! hahahah
but for today, i boleh manage lagi
& hope boleh manage sampai bila-bila la

tapi kan kat sini macam ada jurang sikit la
officer dengan cara masing-masing
staf pun macam tu
tak berapa mesra alam
tapi tak semuanya
yang baik & mesra tetap ada :D
tapi tak macam kat tempat lama la
happening & best gile!
jangan aku mati kutu dah la kat sini hahahah

dah 2 hari dah mr.k duk ulang alik hantar aku
sebab dia ada exam kat PICC
& semalam kami makan kat luar la
sempena aku kerja kat tempat baru hari ni
makan kat chop&steak kat seri kembangan
& dapat hadiah birthday! :D
thanks abang! sebab sentiasa menceriakan hari saya :)


Tuesday, May 24

hikmah yang tersembunyi, kita tak tau kan?

salam dan hai

korang ingat tak lagi yang aku berteka-teki kat  sini?
yes...yang tu
actually aku memang terpaksa memilih jugak akhirnya
walaupun hati aku beart untuk melangkah
but i have to

bos aku sekarang dapat promotion & kena bertukar
still kat MOF but at new division
new division yang sangat-sangat sibuk
yang sangat-sangat berat tanggungjawabnya
nak-nak pulak dekat nak bajet ni kan
then he asked me either nak follow him or not
my answer is i dont know
coz kat division tu sangat sibuk & sunyi
semua officer & staff buat hal sendiri
masing-masing takde masa nak enjoy kot sebab teramat sibuk

me? tak kisah sibuk macam mana pun
asalkan bos baik & environment best
but yes, kita takkan dapat kedua-duanya sekali kan?
so i have to choose
accept his offer or not
since tomorrow, my answer is no
coz aku tak ready lagi nak keluar dari division sekarang
here was my first office
and after six years, aku belum rasa nak bertukar lagi

but then, after bercakap dengan dato', ex-head this division
i know i have to choose
the another dato' who came here replace my bos will bring along his PA
so i have to follow my bos as head of new division
i have to adapt with new environment, again
hence, takde sorang pun kat situ yang aku kenal
itu yang buat hati aku berat sangat-sangat

so today is my last day here
sayang sangat-sangat nak tinggalkan kawan-kawan kat sini
kawan-kawan yang berkongsi suka duka aku
kawan-kawan yang sama-sama memahami hati masing-masing
& tinggalkan kawan-kawan yang sangat banyak tolong aku

beratnya Ya Allah...
tapi aku redha, insyaAllah
aku harap akan ada hikmah disebalik semua ni

Monday, May 23

UPDATE!! secret recipe ada DNA ba alif ba ya!!

salam dan hai

update terbaru yang aku dapat pasal Secret Recipe
klik kat blog ni ok!
harap-harap betul la :D

-------------------------------------------------------

salam dan hai

sentap!! terkejut!! sedih!!
korang baca betul -betul kat sini HALAL
sijil Halal Malaysia syarikat Puratos ni ditarik
sebabnya ada penemuan DNA ba alif ba ya dalam ramuan yang diorang guna!!

tapi..
mesti korang tertanya kan apa kaitan syarikat Puratos & Secret Recipe?
kaitannya,
Secret Recipe adalah pengguna brownies & cake concentrate jenama Puratos!
korang cek dekat sini

alamak...Secret Recipe, tolong la buat sesuatu
tolong la cari ramuan dari syarikat lain yang halal
yang bebas dari ba alif ba ya, please.....
kempunan la i nak melantak kek SR yang sedap tu!!

do something please....


credit to cik kaki for the info!

Sunday, May 22

setahun berusia

salam dan hai

Syukur Ya Allah
aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Mu ini

Syukur Ya Allah
aku telah diberi nikmat hidup yang tak terhingga sehingga ke hari ini

Syukur Ya Allah
Kau telah memberikan mie, abah & adik-beradik yang sangat menyayangi aku

Syukur Ya Allah
Kau telah kurniakan aku seorang lelaki yang boleh membawa aku ke jalanMu

namun aku masih insan biasa
yang tak sempurna
yang lalai dengan nikmatMu
berilah aku peluang untuk memperbaikinya

genap aku 26 tahun hari ni
gembira :D

Saturday, May 21

boringnye....

salam dan hai

semalam kami tidur kat rumah abe gee
sebabnya tadi pagi aku pergi hantar mie kat putra
nak balik kampung :(

abe gee tak boleh hantar sebab adam ada sukan
kak nani pulak sekolah ganti
so aku la pergi hantar
seorang! sebab mr.k kerja!! :(
ye...dia kerja hari ni
ni semua SPRM punya pasal! benci betulll!!!

lepas je hantar mie, aku terus balik rumah abe gee tunggu mr.k kat situ
sebab dia pergi kerja bawak kereta abe gee
tunggu punya tunggu, tak balik lagi
sampai tengahari, sampai petang, sampai malam!!!
pukul 10.30 baru sampai rumah
kesian laki aku tau!

aku yang kat rumah ni memang boring gila
nasib baik tak kat rumah sendiri
bila kat rumah abe gee ni, ada la adam & anas boleh buat main :)
pastu lari kejap pergi rumah kak nani
melayan amir & amar

tapi bila dah sampai malam tu, senak jugak dibuatnya
lebih dari hari kerja tau! melampau betul SPRM nih!

ok la, mr.k dah siap-siap balik putrajaya :D
home sweet home, here we come! :D

Thursday, May 19

to accept or not to accept

salam dan hai

ayakkk....pening...pening....
accept or not???
accept or not???

i'm in between
i'm stuck in the middle

God...what should i do???
i can't think, but i'm running out of time

Tuhan, bantu lah aku untuk buat keputusan yang terbaik...

Wednesday, May 18

masakan ibu masakan terbaik di dunia

salam dan hai

hampir seminggu aku berdiam diri
ecehh..ecehh :)
bukan apa, malas pulak datang menjengah
plus blogspot kan ting-tong kejap hari tu
ni pun belum tentu rajin yang berpanjangan heheheh

weekend minggu lepas mie datang tidur kat rumah aku
hari jumaat tu pergi ambik mie kat rumah kak na
pastu sampai je rumah, bentang toto depan tv
dengan aku & mr.k sekali tidur luar dengan mie :D
lamanya tak tidur peluk mie heheheh
mr.k??
ehh..mesti la peluk jugak..dua-dua i peluk tau
tak lepas punya! hehehe :p

hari sabtu breakfast mie buatkan donatsssss
kenapa ada ssss?
sebab banyak!
siap buatkan yang frozen punya untuk anak-anak :)
ada lagi dalam fridge tu

donutsss yang banyak...


pukul 1 lebih, kak nani & abe gee sampai
anak-anak ni memang, kat mane mie hinggap, kat situ la berkumpul
ye la, bukan selalu mie datang kan?
kita pun jauh nak balik, kalau dekat-dekat takpe la
ni pun mie nak balik dah hari jumaat ni :(

ok,
jom kite jenguk apa la yang mie masakkan

ikan masak merah

solok ikan terbaik!!

ni nama dia gulai darat :D

sayur sawi+taugeh

sambal belacan :D

simple je, tapi terbaik lah!
jilat jari kaki tau?
lagi-lagi yang i request tu
solok ikan! pehhh...sedap yang teramat!
tak cukup je rasanya banyak tu!
tu pun aku dah curi-curi makan 2 3 ketul masa goreng heheheh

oklah, aku nak keluar
nak pergi beli tiket mie
tata.


p dot s : still thinking tarikh yang sesuai untuk next open house :D

Thursday, May 12

i love wedding!

salam dan hai

lamanya tak jengah blog sendiri..
rindu rasa!
tapi nak buat macam mana, internet connection macam harem!
2 hari tak boleh buka internet
semua ni gara-gara virus yang hampeh!
benci betul!!

tapi semalam technician dah tolong :D
that's why la hari ni dapat berbloging

lama ok technician semalam duk kat tempat aku
dari pukul 2.30 ptg sampai lagi 10 minit pukul 5!
sambil dia duk buat kerja, kitorang pun menyembang la
baik budak ni, peramah sangat!

apa yang kitorang sembangkan?
of coz la about wedding! heheheh
aku kan tak boleh dengar perkataan wedding ni, teruja!
even dah kawen sekarang pun, aku still lagi jenguk wedding blogs
jenguk web photoghapher, web doorgift
cuma dekat blog sendiri je dah takde pasal wedding
sebab aku tak banyak idea sangat macam xora, cik belle, si kecil, qis
tapi aku sangat suka baca :D

kisahnya technician ni nak kawen bulan 11
tapi dia tak buat apa sangat lagi preparation 
sebab tengah sibuk abang dia nak kawen bulan 6
so aku yang cetek pengalaman ni kongsi la serba sedikit dengan dia
jangan tangguh-tangguh, nanti kelam kabut
dia tanya pasal costing, pasal doorgift, photographer

heheheh  actually aku suka sangat kalau ada kawan suka tanya aku pasal wedding
kat ofis ni sendiri dah 3 4 orang tanya pendapat aku
aku tak terror, tapi aku tau & ada sikit pengalaman kan?
aku share la dengan orang yang nak tau :D
so panjang lebar la menyembang semalam
from a to z!
siap dia tengok-tengok gambar kawen aku lagi hehehehe

eh, nanti kite story-mory lagi ye!
ada kerja pulak!
tata!


p dot s : echah, nenek ko sporting habes! :D

Monday, May 9

engkaulah ratu hatiku

salam dan hai

Selamat Hari Ibu for all mothers in the world
especially for mie & mak
belum terlambat lagi kan?
actually lambat update je kat blog
kat mie & mak dah wish dah
setiap hari pun hari ibu kan?
setiap hari pun sayang mie & mak
takkan berkurangan sampai akhir hayat

sabtu malam kak nani buat plan mengejut
masa tu aku kat rawang
kak nani call, suruh belikan kek & bawak pergi Jee's D'Village
semua adik-beradik pun ada kat sana
singgah kedai kek, belikan 1 untuk mie & 1 untuk mak
raikan mie dulu kat kedai
bila masing-masing bagi ucapan, masing-masing pun bergenang air mata
lagi-lagi bila tengok mie menangis :(



mie.......dikja sayang mie sampai mati.........





hingga hujung nyawa


menantu baru :D


for you, mom!


afah & kak nani with mie

beloved mommy...

tokey & bonda :D

ermmm...pastu balik rawang
slow-slow sorok kek dalam peti taknak bagi mak tau
ahad pagi tu dalam pukul 10, tengah rancak berborak dengan semua in-laws
pastu aku pergi dapur, keluarkan kek bawak ke depan
macam mie jugak, mak pun mengangis :(
including me, for sure :(



orang sayang mak sangat-sangat.....





mak...bonda kedua ku...

mie,
orang rasa beruntung sangat
mie memang ibu yang terbaik
i know i was the blacksheep of the family a few years back
maafkan orang, mie
terima kasih sebab membesarkan, memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi
menyediakan makan minum selengkapnya
walaupun kita hidup sederhana, tapi kita bahagia
terima kasih yang tak terhingga
semoga Allah panjangkan umur mie...AMIN.....


mak,
terima kasih atas semua layanan yang baik
orang tau orang bukan menantu yang terbaik lagi
tapi orang cuba sehabis boleh
terima kasih sebab membesarkan angah, dan izinkan angah kawen dengan orang :D
buat masa ni, orang still kakak besar kan? :)
terima kasih, mak
semoga Allah panjangkan umur mak...AMIN...



p dot s : still trying, hoping & praying that one day, i'll be a mother too.... :(

Saturday, May 7

penawar rindu

salam dan hai

penawar rindu i dah sampai!
yeeeaaaayyyyy!! :D
kelmarin balik dari hospital pukul 3.50 petang
terus pergi ambik mie & afah kat putra

tengah sedih-sedih, hati pilu risaukan cik abang
bila mie ada rasa kurang sikit rasa tu
rindu mie sangat-sangat!! :D

Friday, May 6

hati menangis

salam dan hai

semalam aku cuti lagi
mr.k still lagi tak sihat :(
semalam dari klinik, terus refer ke hospital :(
termasuk hari ni, genap seminggu mr.k dapat mc
aku pun susah hati sangat
abang..cepat sembuh ye...i rindu la nak gelak-gelak dengan abang :(

Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit suami ku. Jauhkanlah dari musibah yang teruk. Amin.....

korang doakan ye....thanks....

Wednesday, May 4

mungkin terjadi

salam dan hai

kesian mr.k, dah 2 hari dah tak sihat
semalam cuti, hari nk dapat mc pulak :(
kesian... :(
cepat sembuh ye bang..rindu nak dengar abang gelak


blog sayang,
hari ni macam nak buat sesi luahan perasaan boleh tak?
boleh ye???

blog,
kan selalu i bagitau you, what goes round, comes around?
you ingat tak?
you tau, one day that man datang jumpa i
cerita kat i apa yang dia buat kat belakang i
kononnya dia nak defend diri dia
taknak bagi orang nampak kesilapan yang dia dah buat
tapi i tak bodoh, blog
i memang tak percaya cakap dia tu
sebab semua orang tau & kenal siapa dia sebenarnya!

tapi i tetap tadahkan jugak telinga ni
tanda hormat i kat dia
dengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut dia
bila dia tanya i pasal "aniaya", i iya kan
betul-betul i iya kan
sebab itu yang i rasa
sebab itu yang i tanggung once i dapat berita tu

blog,
you tau tak dia burukkan budak tu
kononnya budak tu lepaskan geram kat dia
tapi bagi i, memang "serve you right!"
sebab memang dia memang aniaya budak tu!
apa yang dia ceritakan tu sebenarnya membuka pekung di dada dia sendiri
daripada i tak tau keburukan dia yang lagi teruk, menjadi tau
tapi i memang tak heran, sebab i dah lama dengan dia
i memang masak dengan perangai dia

blog sayang,
you nak tau lagi tak? dia cerita kat i apa yang dia buat dulu
siap janji dengan i nak tunjukkan bukti lagi
esoknya, pagi-pagi dia dah datang
kononnya bagi bukti tu, i akan lembut hati la
tapi sorry la, i pun ada tahap kesabaran i jugak
dia letak bukti tu atas meja i
siap dia pesan, jangan take serious bila baca bukti tu
what the fish!
i manusia biasa, blog
i memang emo la bila baca bukti tu!

tapi takpe blog,
sekarang memang dia dah termalu sendiri
i tak ambik tindakan ape-apepun
just ignore him!
dia memang tak senang duduk sekarang
asal datang je, ada yang nak ditanya
40 kali datang, akan tanya soalan yang sama
i pun dah naik muak dah nak jawab!
ikut kan hati jahat i, nak je jawab sesuatu yang akan menyakitkan hati dia
tapi tak guna kan?

i percaya, dugaan yang Tuhan bagi kat i ada hikmahnya
hikmah yang akan datang dalam pelbagai bentuk
i percaya Qada' & Qadar yang telah ditetapkan

now, i rasa lebih tenang
biar la masing-masing dengan perangai diorang
i nak jadi diri i je
yang bahagia dengan situasi baru, dengan suami & family tersayang

thanks blog for listening :D

Tuesday, May 3

mr.k's cousin wedding

salam dan hai

seronok korang cuti 3 hari?? :)
aku pong! hahahaha
tapi penat sikit sebab balik kampung mr.k kat pagoh
ada kenduri kawen cousin dia

yang balik pun cuma kami berdua, along & uda je
mak, abah & adik-adik lain tak ikut
mak masih kurang sihat lagi, tapi Alhamdulillah dah beransur
kitorang balik pagoh sabtu malam, pukul 9.30
ingatkan dah tak jem, rupanya jem jugak!
tapi tak lama la
sampai kampung dalam pukul 1 pagi!
mengantuknya Tuhan la tau
walaupun dalam kereta aku dengan mr.k membongkang je! heheheh

Alhamdulillah, kenduri semua selamat
tema, hijau putih
malas la nak cerita panjang-panjang
lenguh tangan! heheheh :p

enjoy the pictures!!

baru sampai

air kopi satu! :D

tengok tu cik bedah duk bergosip ape! hahahha

pakcik ajit tengah susun bekas makanan

:D pengantin baru jugak!

the dais! so green!

pakcik nazri, makcik jamilah, maklong & makngah

mira, mr.k's cousin! mommy to be...

kak ida, wife cousin mr.k

pengantin :)

pengantin kena bayar tol! banyak ok! hahaha

persandingan

baju kedua :D suaminya askar

ghazal group kecuali yang 3 orang tu!

lepas je kenduri, dalam pukul 5 lebih kitorang gerak balik kl
sampai rawang pukul 8.30malam
penatnya yang amat! tapi syok sebab it's a WEDDING! :)