Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 22

melecet diseret selipar! tapi berbaloi! :D

salam dan hai

beratnye hati nak bangun pagi tadi
badan sengal-sengal, kaki lenguh
sebabnye semalam kami bercuti :D
plan yang tak dirancang langsung
sembang-sembang, terus je jadi
i like, bang! ;)

keluar pun awal jugak 8.30 pagi
pergi P9, ambik adik kak ira
hantar ke rumah abe gee
pastu terus pergi breakfast kat bangsar
tempat bercintan-cintun dengan mr.k dulu  auuwwwww ;p
lepak lama jugak la, pastu baru gerak ke tujuan asal

gerak balik rumah pukul 4.30, tak nak sangkut jem orang balik kerja
alhamdulillah, nasib baik sempat heheheh
sampai putrajaya, singgah pasar tani
sebab masing-masing terliur nak makan mee goreng sedap

bila bukak mata pagi tadi, rasa berat sangat nak bangun
mengantukkkkkk!!!!
nasib baik bos takde hari ni :)



berjalan sampai lenguh kaki, sampai melecet tapak kaki! :)
thanks abang for the wonderful day yesterday




p dot s : tunggu rezeki seterusnya!! nextttt!! :D

Monday, June 20

rezeki berganda!

salam dan hai

syukur ya Allah :D
rezeki mencurah-curah sangat minggu ni
alhamdulillah :) alhamdulillah :)

tadi bosan-bosan, saja bukak website JANM
nak print kan slip gaji bulan mei
sekali tengok jun punye slip gaji dah ada
try la bukak and....


backdated dah dapat! yes!! yes!! :D

double triple horey!!
alhamdulillah, murahnye rezeki yang Allah bagi kali ni untuk kami
syukur ya Allah
abang, ingat ye
banyak sangat plan nak on ni hahahahaha :p


p dot s : alhamdulillah masih lagi berpuasa. hari ni nak berbuka dengan paprik ayam! yummmmyy!!

rezeki terpijak

salam dan hai

happy monday morning, dear
ada siapa-siapa monday blues today?
me?of coz lah! hahaha nyaris-nyaris nak cuti dah hari ni
mr.k memang depend on me je
heheheh nasib baik la ada kerja nak settelkan
kalau tak, memang tengah terbongkang la ni :p

weekend lepas kami tak balik rawang pun
balik minggu ni sebab mak nak buat kenduri kesyukuran
so, bila kat rumah tau je la kan?
kemas tu, kemas ni
punggah sana, punggah sini
kemas semua bilik, kemas semua almari
asingkan semua baju-baju yang dah tak muat erkkkk :p
memang penat tahap gaban ok!

tengah dok syok-syok mengemas, mak call
aku jawab, mak mintak no account
aku pun tanya la kenapa
pastu aku terus pass kat mr.k
masa mr.k duk cakap dengan mak, kejap-kejap gelak besar
kejap, gelak besar lagi, pastu bagi no account kat mak
curious jugak aku kan?
lepas je mr.k cakap dengan mak, terus aku terjah hehehe
rupanya abah dapat duit EPF, so share la sikit-sikit sorang dengan anak-anak!
wahhhhh!!! heheheh syok wooo!!!
malam tu terus pergi check!! pehhhhh!!! boleh tahan banyaknye!! :D
hahahahah rezeki!! rezeki!!
tengah hujung-hujung nak gaji ni, dapat masyuk pulak!
seronok habis kitorang!
thanks mak, abah.. :D


pic googled



p dot s : rezeki Allah bagi ada di mana-mana, di dalam apa-apa bentuk sekalipun :D

Wednesday, June 15

penyegar mata layu

salam dan hai

semalam memang penat sangat rasa badan ni
bila dah sampai rumah dalam pukul 6 macam tu
terus landing kat sofa
kononnya aku nak baring-baring je kejap
sebelum kemas dapur & sapu sampah
sekali terlelap la pulak!

tiba-tiba terdengar orang ketuk pintu
tengok jam 6.30, agaknya mr.k kot yang ketuk
sekali bukak pintu, betul :D
aku pun tanya la dah lama ke sampai
mr.k cakap tak lama, baru je 10 minit!
ahahahaha kesian laki aku terkurung tak boleh masuk rumah
sebab aku lock dari dalam :p

sampai la ke malam memang penat je, layu je mata
memang nak tidur je
sambil-sambil tunggu mr.k solat isyak, aku layan la tv kejap
masa tu dah pukul 9.30 lebih
sekali terbukak channel B4U
omg!!omg!! cerita hindi Mann!!!!
terus terbuntang mata!!
hilang mengantuk, hilang penat!!
siap aku tahan mr.k jangan tidur dulu hehehehe
aku dah lama nak tengok semula cerita sedih ni
dah lama sangat-sangat
sekali dapat, sengkang mata la i!
siap menyanyi-nyanyi lagu hindi lagi!
kalah jiran hindi sebelah rumah i, tau!







cerita hindi zaman khan-khan memang terbaik! :D
picture credit to google

rabu bertemu rabu

salam dan hai

genap seminggu tak update blog
ooo...sedihnya, terabai blog ni
so sorry guys
i'm really lack of time

sekarang ni kurang sibuk sikit sebab bos takde
kalau tak memang tak sempatnye aku nak berblog bagai
singgah-singgah blog orang kejap-kejap macam tu je la
jejak pun kadang tinggal, kadang tak hehehe
sibuk mengalahkan 1st lady! oppsss!! :p

now, our life are back on track
Alhamdulillah...
mak dah sihat sepenuhnya
Syukur Ya Allah, kembalikan hari-hari mak yang hilang 4 bulan lepas
rumah PIL seakan hidup semula
semuanya ceria, anak-anak pun ceria
menantu apatah lagi
seronok dapat tengok mak sihat seperti biasa
terima kasih, Tuhan....

so, aku & mr.k pun akan sambung semula plan yang tertangguh
ye la, bila keadaan tak mengizinkan
takkan kita nak fikirkan diri kita je kan?
otak masing-masing sekarang ni ligat je duk fikirkan itu ini
tak sabar!!! :D

family aku pulak macam biasa je
mie&abah Alhamdulillah semuanya sihat
cumanya dah lama tak pergi jenguk kak na
2 minggu dah tak singgah kedai dia
abe gee pun dah lama tak jumpa
insyaAllah, minggu depan pergi melawat diorang

ok sayang semua
aku nak pergi cafe, mentekedarah cari makanan
lapar pulak padahal baru bantai nasi lemak pulul 10 tadi!
bye!

Wednesday, June 8

Wordless Wednesday #1

cinta hingga hujung nyawa......

Tuesday, June 7

anak angkat

salam dan hai

semalam lepas je memadu asmara mengadu+menangis kat mr.k
kak nani datang rumah
tapi sebenarnya awal-awal lagi dia dah call bagitau nak datang
tapi datang bersebab! hehehehe
dia nak pergi tengok wayang, cerita nur kasih
so aku jadi babysitter amar! :D syokkk!!!
amir, kak nani bawak sekali

tapi bila dah datang nak suruh jadi babysitter tu
mana boleh datang tangan kosong, ye tak? hahaha
dia belikan kfc! dah la aku & mr.k baru je tersebut dah lama tak makan kfc
rezeki mok!!

seronok duk main dengan amar, bergilir-gilir duk gomol budak tu dengan mr.k!
bila dah dekat maghrib tu, mandikan dia
buatkan susu, pastu terus tidur! ahahahah senang betul keje achik & ayah chik!
sekali masa kitorang tengah syok-syok duk tengok nora elena
amar tersedar & menangis kuat gila
sampai gigil-gigil suaranya!
panik sekejap! hahahahah macam ni la agaknya bila ada anak nanti, kan?

kejap mr.k pujuk dia, tak jadi
kejap aku pulak, tak jadi jugak
tukar bagi mr.k balik, tak jadi lagi
aku pulak lagi sekali
baru la dia diam
fuhhhh..lap peluh, tau? hahahah
bila dah lama-lama tepuk dia, baru la dia tidur balik
aku lupa sebenarnya budak tu tidur meniarap, aku telentangkan je
patut la dia tersedar
bila dia dah tidur kali kedua tu, terus meniarapkan dia

pukul 9.30 kak nani sampai rumah, amik amar & terus balik
tinggal la berdua semula dengan mr.k :D

budak mengantuk kuat nangis!

dah nak mamai dah ni

si pipi labuh
dah tidur pun tangan duk pegang orang lagi!
the babysitter :D

sayang kamu! :D

lepaskan stress!

salam dan hai

jarang-jarang je muncul aku kat sini kan?
nak buat macam mana nak oi, workload dah overload dah ni
sampai satu tahap aku rasa macam dah tak boleh nak handle
lagi-lagi semalam
balik je kerja, terus kemas rumah sebab nak hilangkan stress
bila mr.k sampai je, terus menangis :(
panggil la aku cengeng ke ape ke, aku tak kisah
memang tak tahan dah menahan beban kerja yang maha banyak

ada certain orang cakap, ala PA je kott
tak payah la nak over stress ke apa
memang, aku memang PA je
memang kerja aku tak sama dengan kerja korang yang PTD tu
memang kerja aku tak buat paperwork macam korang
tak pergi meeting macam korang
tapi korang tak duduk kat tempat aku, korang takkan rasa
macam mana aku tak rasa beban kerja korang yang PTD tu
so, jangan cakap la kan? mind your own business
masing-masing buat kerja sendiri
aku punya kerja, aku yang rasa & aku yang tanggung
ok?

masa awal-awal datang sini hari tu pun dah ada yang sound baik punya kat aku
awak tu PA, dah naik pangkat jadi 27
jangan la malas-malas nak buat kerja
ini kerja yang boleh betulkan sikit pun, hantar kat kite jugak suruh buat
sentap aku!
cik kak kerani sayang,
kite PA ni bukan naik pangkat ye
kite naik gred sebab ikut kelayakan
cuba sekali cik kak kerani jaga kat sini ganti jadi PA sehari
nak jugak tengok macam mana sempatnya cik kak kerani boleh buat semua tu
eee...gream je nak jawab macam tu tau!
tapi aku malas nak panjang-panjang cerita, sebab orang tua kan?
lagi pulak aku baru lagi kat sini
taknak la tunjuk sangat perangai setan yang berbaki dalam diri ni hahahah

tapi tu la kan?
lain tempat, lain cara kerjanya
lain beban kerjanya
lain penerimaannya
harap-harap hari ni tak tension macam semalam la
harap-harap hari ni balik dengan senyum manis
harap-harap hari ni balik tak menangis lagi :D

Thursday, June 2

terkenang zaman dulu part I

salam dan hai

wah!! dah pandai main cerita ikut part-part dah sekarang! hahahaha

korang sihat ke? :)
aku sihat walafiat heheheh
tapi tengah lapar ni
nak pergi cafe sekarang pun dah jauh
menahan je la :p
kurus la i lepas ni hahahah

oppss...jangan cakap pasal berat badan, sensitif ok!
makin lama, makin membesar bagai johan aku ni, tau?
hati senang kan? ;)
sentap tengok gambar sendiri zaman dulu-dulu
bukan apa, dah la comot, keding pulak tu!

ce korang tengok kat bawah ni ada la 2 3 keping
nanti lain kali, aku upload yang lain pulak ye
yang aku love kan tu la aku hahahah
jangan korang terkejut beruk pulak!! hahahaha




ni masa lawan bola jaring antara Jabatan kalu tak silap aku. ramai penyokong dari pemain!
 


ni pulak dinner last sem, 2005. kebaya nyonya, semarak simfoni alam! hahahaha
 


ni dinner sem 1, buat dekat NARA, Tanjung Lumpur
 


kahkahkah!! ni masa lawatan ke kerteh, minyak petronas tu
 
hahahaha tu la dia
nanti aku cari lagi gambar-gambar kat rumah, tunjuk kat korang eh?

& semalam aku dengan ezah pergi jumpa kety!!
yes, the one SS yang takde kat malaysia tu
rindunye kat ko!! dah kurus ok! hahahaha
tahun depan la pulak nampaknya jumpe ko kan?
aku berdua je dengan ezah, yang lain tak dapat join
keluar pun kejap je, sebab aku ada bos
makan pun kat cafe ofis aku je hahahaha
pastu kety bagi souvenir from paris & thailand

SS semua,
nanti korang punya aku bagi kat kenduri rumah faten ok?


p dot s : rindu zaman-zaman bergedik dengan korang 8 years ago......