Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 25

Salam Aidilfitri

salam dan hai

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
Kami susun 10 jari, memohon kemaafan
Andainya ada terkasar bahasa, terlebih bicara
Maaf zahir&batin

yang drive tu, berhati-hati di jalan raya ok
jangan nak laju, jangan asyik nak memotong je
co-pilot pun sama, jangan asyik nak tidur je kerjanya! hahahah
semoga kita semua selamat pergi dan selamat pulang, insyaAllah

ha, lagi 1
makan pun agak-agak je tau
jangan semua benda nak dirasanya
kesihatan kena jaga
kalau dan naik kerja nanti, baju tak muat
aku tak tau! :p

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin


Love,
Khairul & Zaa

menu Ramadhan #24 & terakhir di putrajaya :D

salam dan hai

semalam adalah sesi menghabiskan semua stok dalan peti
ala stok bukan banyak, ikan selar 2 ekor je hahaha
ikan tu aku masak sambal cili api
lepas tu repeat telur bungkus cik kaki kali ke-2!
memang rasa lagi terbaik dari yang buat dulu :D
tapi sorry la ye, i memang dah malas dah nak bergambar bagai
semua dah pack dalam beg, malas dah nak keluarkan
korang bayangkan je la ye hehehe :p

semalam lepas maghrib, shoot ke PUJ 2 & 7
hantar balang kuih-muih kat kak nani & abe gee tersayang!
sambil bagi baju raya anak buah
kenapa bagi awal?
sebab aku malas nak penuhkan kereta
barang kami banyak gile kot!
at lease, aku boleh kurangkan beban dalam kereta
kang tak larat pulak nak daki bukit kat gua musang tu :p

ok
aku nak settle kan kerja sikit
nanti aku bersiaran lagi ye :D

Wednesday, August 24

menu Ramadhan #23

slam dan hai

esok sehari je lagi aku kerja! yeayyyy!! :D
and as i said yesterday, mr.k mintak nak makan kari semalam
so aku pun mula la menggiling rempah ratus, bawang, cili semua buat la :D
kari ikan tongkol, stok terakhir :D
kobis goreng campur ayam, stok terakhir jugak :D
& sambal goreng, mak bekalkan :D





stok hari ni, tinggal ikan selar je 2 ekor heheheh
jenuh dah aku fikir nak masak ape tak tau
pastu esok lepas kerja, terus balik ke rawang
berbuka & maghrib kat sana
then baru gerak ke umah kakna, amik anak buah, nadila & syafiq
sebab diorang nak ikut aku balik awal
singgah kepong jap, jumpa yu & bagi baju raya nasuha
pastu, balikkkkk!!!! :D
bestnye!!!!!


di satu petang Ramadhan ke #23

salam dan hai

tuuttuuut...tuuttuuutt.. (telefon berbunyi ring-ring-ring)
aku tengok kat skrin telefon, takde nama pemanggil
hanya appear no. je tapi panggilan dalam ofis

aku : hello, bahagian blablabla
dia : wehhhh mung poso ke dok? (nada berbisik)
aku : poso (dengan nada berbisik jugak) sapo nih?
dia : aku la
aku : sapo?
dia : aku la bengong. gilo mung nih tok chea soro aku (chea = cam)
aku : sapo nih?
dia : ........... ni mano ni?
aku : bahagian blablabla
dia : ......tuuuuuuuuttttt.....tuuuuuuuutttttt (letak call)
aku : tergelak sampai pecah perut!!!

dalam 2 minit, dia call lagi

aku : hello, bahagian blablabla
dia : hello, ni kat mana (orang yang sama, tapi dialek dah tukar dialek KL)
aku : bahagian blablabla
dia : sorry, silap nombor

ececece cover nampak! hahahahah
aku tak tau pun siapa pemanggil tu sebenarnya!!
tapi cara dia cakap dengan aku, macam dia tau aku siapa
siap cakap kelate lagi
aku memang melayan la, orang kampung kan?
sekali silap orang la! kesian dia
takpe, kite tak nampak muka awak pun, jangan malu ye ;)

homemade kuih raya siap!

salam dan hai

:D akhirnya siap jugak projek raya aku
last sekali semalam, pukul 1 pagi siap!
alhamdulillah
memang kuih yang simple je
tapi saja suka-suka nak buat

koleksi baju kuih raya :D


cornflakes madu 5 balang kecik untuk adik-beradik, mie & mak



biskut arab 5 balang untuk adik-beradik, mie & mak jugak
 

cookies ni hanya untuk mie & mak & aku :D

ha..itu je la biskut raya yang aku buat
nak buat banyak-banyak memang tak dapat la
ini pun lenguh-lenguh pinggang aku yang ramping ni hahahaha
tahun depan kite tengok la macam mana perginya
buat sendiri lagi or main tunjuk je! :p
tapi sebenarnya mr.k dah warning awal-awal lagi
jangan hangat-hangat taik ayam je :p hehehehe

Tuesday, August 23

aku belum balik kampung lagi la hehehehe :p

salam dan hai

lamanya aku tak update blog :D
sibuk je memanjang tau! benci i!
tak menang tangan dibuatnya
pastu dengan condition aku yang kurang sihat sikit
menguji iman sungguh
hari ni pun sama
hampir-hampir nak berbuka puasa dah pagi-pagi tadi
sakit bukan kepalang
bila duduk, nak berdiri sakit
bila berdiri nak duduk sakit
gerak banyak-banyak sakit
menggigil satu badan
tapi aku cuba je tahan, kuatkan diri
alhamdulillah, kurang sikit & aku still berpuasa

dah berapa hari aku tak update menu Ramadhan :D
sebabnya mood nak ambik gambar makanan dah hilang
yang tinggal hanya kenangan mood raya!! :D
minggu ni aku kerja sampai khamis je
pastu chow chin chow balik kampug!
tak sabar nak berbuka dengan my family kat kampung
dulu time bujang, setiap kali puasa, mesti balik
tapi dah kawen ni, biasa la kan?
pengorbanan yang perlu kita buat bila dah kawen

menu hari ni, mr.k request nak makan kari ikan
balik jap lagi kena singgah pasar la, beli santan
& projek kuih raya aku hampir siap! :D
aku buat kuih yang super simple budak tadika pun boleh buat!
tapi yang buat lagi seronoknya, mr.k pun terjebak sekali heheheh
tq darling!
you are the best lah! :*
nanti esok aku tempek gambar kuih-muih aku ye

till then, bye!

Thursday, August 18

menu Ramadhan #17

salam dan hai

hari ni kurang sibuk sikit
tapi kemalasan pulak yang melanda hahahah
dah petang-petang ni baru nak update blog :D
semalam masak simple je
sebab aku dah kering idea, boleh?heheheh
macam ni la kot mak kite kan?
dah sampai 1 tahap, tak tau nak masak apa untuk family
setiap hari pulak tu, tanpa fail!
kite ni time Ramadhan ni je la masak beria
ye la, kalo hari biasa mane makan malam kan?
tapik spring la kat semua ibu di dunia! :D



ikan masak masam manis

pak choy + cendawan sos tiram

telur mata wajib :D
 ha, ye itu je yang aku masak semalam :D
apa yang penting kerjasama
laki mak tersandar kekenyangan!


Wednesday, August 17

menu Ramadhan #16

salam dan hai

alhamdulillah, hari ni hari ke-17 berpuasa
hari ni jugak Nuzul Al-Quran
& lagi 3 hari nak masuk 10 Ramadhan akhir
jom sama-sama kite rebut peluang ni ye
peringatan ni lebih untuk kami sendiri sebenarnya
liat sangat nak rebut peluang ni
insyaAllah, kami cuba

ok, back to main topic
semalam masak ala-ala special sikit
kan aku dah cakap, dah sihat
tekak pun mula la nak makan macam-macam kan? ;)
memang dah macam lipas kudung semalam heheheh
nasib baik boleh baik on time 4.30 sebab bos takde :D
sampai rumah, mandi, solat asar & terus ke dapur
siap masak ngam-ngam pukul 7!
hahahaha ape la yang dimasak lama sangat kan? :p


i present to you
ayam percik kelate resepi terbaik kak nah abe mud mie! heheheh
ha, masak ayam percik ni la yang lama sikit
first time buat sendiri seumur hidup
sebab selalu makan dah mie dah siap buat :p
tapi result nya, ermmmmmmmm tempting you!:D
dah rasa macam yang mie buat dah hahahaha

memang terbaik!!

sayur campur

telur dadar wajib ada!

ini ikan tongkol masak merah lebihan semalam. lagi sedap!


macam mana?
terliur tak? hahaha
sebab apa, aku tengok gambar ni pun aku terliur lagi
nasib baik ada lebih lagi seketul dua ayam percik
petang karang boleh puaskan nafsu makan lagi :D

till then, bye!

Tuesday, August 16

Ramadhan #15 dan kisahnya

salam dan hai

hei...kerja ni  tak habis-habis
meja clear tak sampai 5 minit, dah penuh balik
kang aku cabut lari kang! hahahaha

hari ni rasa sihat sikit walaupun still sakit perut lagi
alhamdulillah
& disebabkan semalam tak sihat
jadi memasak pun ala kadar je la
mulanya mr.k nak beli je, tapi aku tak nak
puas dipujuknya, tapi aku tetap tak nak jugak :D
at last, aku masak 1 lauk je
ikan tongkol masak merah, sayur goreng
then ada bubur pulut hitam yang aku masak ahad tu, panaskan
ada puding caramel, itu sahaja.
maka makan secara bersederhana la semalam
punya la tak larat sampai gambar pun tak amik :)

tapi malang jugak yang menimpa
pagi tadi tak sempat sahur!!! tak sedar, nyah!
aku tersedar, tengok jam dah pukul 5.50! :(
macam mana tah boleh tak sedar jam loceng kuat gile tepi telilnga tu!
kesian laki aku
berlapar jugak la kami hari ni
satu je sebab kenapa aku tak sedar
semalam tidur lewat sangat, 1.20 pagi sebab siapkan kuih! :(
malam ni tak boleh dah, kena tidur awal la
karang tak pasal-pasal kesiangan lagi!

Monday, August 15

menu Ramadhan #12

salam dan hai

hari ni aku sangat kelesuan
kepenatan, kesakit perutan, kemengenatukan
semuanya la! siap flu & sakit kepala
pakej lengkap!
kononnya memang tak larat dah nak bangun pergi kerja pagi tadi
tapi aku gagahkan jugak
sekali mr.k yang tercuti!
amboi bang, syok eh tengah tidur kat rumah tu!

punca kepenatan & kelesuan?
weekend yang sangat hectic!
buat kuih raya, iftar dengan siblings, iftar dengan SS
penat ok! but it's really fun!
tapi semua cerita tu aku update kat entry lain yo!

ni cerita jumaat lepas
tak sempat nak online
so hari ni la kite update heheheh

ikan goreng garing-garing dengan bawang! sedap gile makan panas-panas :D

singgang ikan + sambal

ini menu yang paling penting
1st time buat ni hahahah
telur bungkus
perasaan nak rasa dicilok dari kak ina
then resepi dicilok dari blog resepi kak ina jugak hahahah
korang cuba la terjah blog resepi dia
macam-macam ada, & ada yang aku dah tested
memang sodap wa cakap lu

menjadi la jugak telur bungkus aku ni
konon nak tiru kak ina jugak potong-potong kat atas telur tu hahahaha
tapi telur ku tebal, fail! :p
yang penting, menjadi
& mr.k request nak suruh buat lagi!
tq kak ina shared resepi tu :D

telur bungkus inspired by inaachik :D

Friday, August 12

menu Ramadhan #11

salam dan hai

sibuknya hari ni, seriously
Tuhan je la yang tau
sampai aku rasa macam tak boleh handle
tapi tenangkan diri, fikir positif
then sambung kerja balik
bayangkan aku tak bangun & keluar dari bilik dari pagi 7.30 until 12.30!
pressure kejap! hahahah
dah la aku mengantuk sangat-sangat hari ni
balik je rumah time lunch tadi, terus makan nasi benam kat sofa! tidur!
sedar-sedar 2.15 :D lega!

menu semalam
ayam masak lemak cili api, telur dadar, sawi+taugeh goreng & sambal belacan
itu saja :D




till then, bye!

Thursday, August 11

menu Ramadhan #9 & #10

salam dan hai

korang semua nak tau tak jawapan teka-teki aku ni? (^_^)
hahahaha dalam ramai-ramai yang teka, sorang je yang betul!
tepat sekali! heheheh
and the answer is *drum rollsssss*







drum rollsssssss lagi

















lagi























mee maggi cepat dimasak sedap dimakan! :D
hahahaha tengok la selera laki aku tu
berbuka nak makan maggi hehehehe
dear body,
sorry i dah masukkan makanan yang kurang berkhasiat kat you!
bukan selalu kan? ;)
tahniah kat ezah sebab bagi jawapan yang sangat tepat! heheheh
hadiahnya?
tunggu hari ahad kat rumah ko ye dah la ko dengan sarah pakse aku hahahah




and kat bawah ni menu semalam
sup sayur+telur, ikan bilis goreng sedap gile :p & ayam masak sambal cili api
memang selere betul semalam!
selera tetap selera, tapi makan ala kadar je masing-masing
sebab cepat kenyang plus takut tak larat nak tarawikh hehehehe




& nak dijadikan cerita
bangun sahur pagi tadi macam biasa la kan 4.30
lepas tu panaskan lauk semua
masak air, senduk nasi
sekali tengok api dapur gas macam malu-malu kucing je
aku tutup, then bukak balik
pun sama jugak tapi lagi malu heheheh
pastu tiba-tiba terus padam!
alamak, gas habis!!!
sempat panaskan 1 lauk je :(
nasib baik nasi panas, kalau tak memang makan nasi & lauk sejuk je la :p



p dot s : semalam merajuk-rajuk manja dengan mr.k :( tapi bila nak tidur, baik balik ;)



Wednesday, August 10

rindu

salam dan hai

hampir 2 minggu kot tak jumpa
rindu sangat-sangat sama ini budak kecik!



bila tah nak berbuka sama-sama dengan kak na, abe gee & kak nani
try la plan hari sabtu ni :D
harap-harap jadi la sebab tak sabar nak gomol si ammar!!

Tuesday, August 9

menu Ramadhan #8

salam dan hai

ramai nampaknya meneka teka-teki aku tu
tapi setakat ni semua salah! hahahaha
cuba lagi, ok! ;)

ini menu berbuka puasa semalam
as i said, simple je yang mr.k mintak hehehe
baik la awak ni ;)


telur dadar special letak serbuk lada hitam&seasoning 

sayur masak lemak

sambal sardin terbaik dari ladang!

p dot s : tekak ni rasa macam nak makan western la pulok!

teka-teki menu Ramadhan :D

salam dan hai

aku nak buat 1 teka-teki boleh?heheheh
siapa nak jawab boleh, taknak jawab pun boleh
takde paksaan :D
tapi teka kosong je la ye
takde ganjaran apepun :D
saja nak bersuka-ria di bulan Ramadhan

korang semua cuba teka

apa yang mr.k request nak aku masak hari ni???

aku bagi hint sikit ye
sangat senang, sangat menyelerakan bila lapar

nanti esok baru aku bagi jawapan! :D hahahahah

Monday, August 8

bukan cerita bergambar :D

salam dan hai

alhamdulillah, hari ni hari ke-8 umat islam berpuasa
ingat, puasa bukan sekadar menahan lapar&dahaga tau
jom kita sama-sama penuhkan tabung kosong amalan kita bulan ni
insyaAllah, ganjaran sangat besar yang Allah janjikan
peringatan untuk kite semua ye.

jangan tanye aku mana gambar-gambar menu Ramadhan 5,6,7 ye
sebabnye aku tak sempat nak pegang henpon pon heheheh
jumaat tu aku masak kurma je
pastu sabtu pagi balik rawang
mak masak asam pedas ayam, ayam goreng, popia, cocktail
hari ahad pulak lagi banyak
sebab mak ajak family mokteh datang berbuka sama
menu masak lemak ikan masin+nenas, daging paprik, telur sambal
pastu popia lagi, cocktail lagi, kuih-kuih tunjuk :D
meriahnya la kat rumah semalam
penuh duduk bersila sampai ke dapur
penatnya memang tak boleh nak bayangkan macam mana
tapi seronok sangat sebab makan ramai-ramai

hari ni punya menu, mr.k nak yang simple-simple jugak
masak lemak sayur, sambal sardin :D
cukup la makan berdua kan?

Saturday, August 6

tahun ni giliran siapa? :D

salam dan hai
going anywhere today?
ada yang nak pergi shopping baju raya ke?
aku sekarang kat rumah lagi
tapi tengah bersiap-siap nak balik rawang
ye la, dah 3minggu lebih dah tak balik
mr.k kan kursus, aku pun kursus jugak
ni baru nak balik

semalam aku tidur lambat jugak
siapkan projek tergendala tu heheheh
akhirnya menjadi jugak setelah 1st trial musnah hahahah

korang semua dah isi borang untuk cuti raya ke? ;)
aku dengan mr.k dah isi dah pun
hahahah gila advance kan?
aku cuti 5 hari je kengkawan
tapi plus minus dengan cuti am, aku dapat 12 hari :D
hehehehe jangan la jeles ye
tahun ni raya kat pasir mas :D
so balik awal sikit la sebab malas nak bersesak-sesak

ok la guys, mr.k dah siap dah tu
kang lambat pulak sampai rawang
mak masak ape la hari ni ye :D

till then, bye!

Friday, August 5

menu Ramadhan #4

salam dan hai

bestnye rilex sikit petang ni bos takde :D
pagi tadi punya la sibuk yang amat
sampai balik rumah pun dah dekat pukul 1!
banyaknye la kerja, semuanya nak kejar dateline
tapi nasib baik petang ni bos takde, heheheh

korang boring tak aku asyik update pasal makanan je?
mesti bosan kan?
hahaha tapi nak buat macam mana
ni je yang aku mampu update :D
jangan marah aaa...


sotong tepung

asam pedas ayam

roti sardin

sorry ye, menu semalam 2 jenis je
takde sayur-mayur bagai
sebabnya tah macam mana tah tak sempat
hahahaha biasa la, aku bukannya chef pro kan
semuanya atur satu-satu je :p
takpe, lama-lama nanti aku pro la
pejam mata je masak! :D
tapi nanti-nanti la ye, not now

till then, bye!

Thursday, August 4

menu Ramadhan #3

salam dan hai

dah petang baru aku bersiaran
agak sibuk jugak kat ofis hari ni
& tengahari tadi aku keluar jugak
cari lagi barang-barang yang diperlukan :D
uhhh semangat sungguh! hehehe

menu semalam pun simple-simple je
tah kenapa tah tekak kami ni belum lagi nak rasa yang bersantan
awal-awal kan, standard la tu :)


daging masak kicap

telur rebus sambal

sayur goreng sos tiram

setakat hari ni, hati aku belum terbuka lagi nak buat kuih bagai
langsung tak sentuh kuih apepun lagi semenjak puasa heheheh
bila la nak rajin sikit ni



till then, jumpa lagi esok! :D



p dot s : penat beroperasi percubaan semalam sampai sedar sahur 5.40! nasib baik sempat! :D

Wednesday, August 3

menu Ramadhan #2

salam dan hai

wah!! pagi-pagi dah tempek gambar makanan!
hahahaha ampun korang!! ampun!!
bukan ape, sekarang ni kurang busy
takut nanti lama-lama tertangguh pulak bila dah busy

semalam lagi la simple yang amat menunya
masak sambil pejam mata je hahaha
punya la simple, tau?
tomyam campur sahaja. titik. :D
letak sayur banyak-banyak, so tak yah masak sayur dah
pastu pelengkap tomyam for sure la telur dadar kan?
& sebelah telur dadar tu, ayam masak merah lebih semalam
mr.k nak makan jugak
ha..simple gila kan??hahahaha pemalas kah perempuan ini??

oh..tidak..
ini pun request katanya.. :p

air biasa la
teh o panas, and manggo juice





tengahari ni insyaAllah nak pergi alamanda kejap
aku nak beli barang sikit
barang apa, tunggu next entry ok
ada 2 orang kat aras 4 blok selatan yang dah tau tu
tolong diam-diam dulu eh! hahahaha
aku memang nak pergi tengahari
sebab kalau pergi malam, karang skip tarawikh pulak
no..no..tak boleh skip, kena penuhkan insyaAllah

till now, bye!

Tuesday, August 2

menu Ramadhan #1

salam dan hai

selamat sempurna sehari berpuasa semalam, Alhamdulillah
selamat jugak bertarawikh kat masjid putra
permulaan Ramadhan yang baik bagi kami :D
aku macam Ramadhan tahun lepas jugak
masuk kerja awal, & balik pun awal la :D
7.30 dah terpacak kat ofis
tapi!
tapi tak boleh jugak balik 4.30 on time
macam semalam pun, 4.40 baru balik
even 10 minit je lewat, tapi 10 minit tu boleh buat macam-macam tau
hari ni aku nak cuba jugak balik 4.30 heheheh :p
mr.k pun balik awal jugak
dia tukar ke WP2
awal la sikit sampai, pukul 5.45
so sempat la berehat kan sebelum berbuka

& semalam aku masak ala kadar je
upon request by suami tersayang heheheh
ayam masak merah, kangkung belacan & telur mata je
selera yang pelik-pelik belum mari lagi :p
tapi ada dah 2 3 menu yang terpacul dari mulut dia
nak itu, nak ini, heheheh comell!! :p


as for now
PARAM is not allowed dalam rumah :p
except when PIL comes heheheh
Alhamdulillah tahun lepas berjaya mengatasinya!
tapi makan kat luar adalah dialu-alukan! hahahaha


p dot s : belum terpikir lagi nak masak ape hari ni.