Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 24

merepek-repek di pagi isnin

salam dan hai

happy monday morning, peeps!
how's your weekend?
kami minggu ni balik rawang
lagipun minggu ni semua adik-beradik ada kat rumah
kecoh 1 rumah! :D

bestnya kerja hari ni
bos aku takde! heheheh
outstation, pergi UK
tapi kejap je la, khamis dah ada balik
ok la kan, boleh bernafas sikit kalau bos takde

mie & abah pun dah balik kampung :(
hari khamis lepas
malam tu aku dengan kak nani pergi hantar mie & abah kat kajang
naik keretapi

eh, korang balik raya tak?
aku tak balik kelate pong :(
tapi balik rawang la :)
abe gee & kak nani pun tak balik jugak
beraya je la kat sini ye
lagipun, nanti lepas raya mie nak datang balik :D
weeehuuuuuuu!!

hari ni datang kerja pun jalan clear je
sebabnya budak sekolah cuti seminggu deepavali
cikgu-cikgi pun bercuti sakan la ye! :p
kakak cikgu-cikgu kat puncak jalil tu, tolong masak sedap-sedap ye
adikmu nak datang melantak! hahahahah

apa yang aku merepek ni?
entah! ok la, bye!

Thursday, October 20

romantika d'amor :)

salam dan hai

hari ni entry geli-geli ye
bukan geli-geli sebab malam ni malam jumaat hehehe
geli-geli manja yang membahagiakan
:D
jangan muntah hijau pulak!





thanks bucuk!
you cheer up my day
four flowers have their own meaning
thank you, abang! :D

Tuesday, October 18

my parents in the house :D

salam dan hai

lamanya tak menjengah blog
rindu la heheheh
tapi kesibukan dan kemalasan tu yang tak boleh nak elak

seminggu ni memang best sangat sebab mie & abah ada kat sini!
weeehooooo!!! lompat bintang!!! :D
berebut-rebut anak-anak nak suruh mie tidur kat rumah hahahah
macam tu la kan, anak semua kat sini

ayak, bos panggil pulak
nanti sambung eh
sorry, got to go! bye!

Wednesday, October 12

jawapannya

salam dan hai

korang nak tau berapa ringgit menu yang aku mintak korang teka tu?
semuanya RM16!
mahal gila kottt!!
aku rasa macam nak baling je pinggan tu
mahal kot makan sup sayur je
eee...gerammmm!!!!

teka-teki

salam dan hai

cuba korang teka
berapa harga makanan ni ye

nasi putih 1
sup sayur 1
ikan goreng bodoh-bodoh je seekor
teh o limau suam 1
apple jus 1

cuba teka

Monday, October 10

boring

salam dan hai

kenapa hari ni takde orang update blog?
bosannya...
korang pun kena monday blues macam aku jugak ke?
ala, korang takyah la blues-blues semua tu
cepat la update blog
aku tengah kebosanan ni :(

monday blues, monday blues

salam dan hai

hari ni mood ke laut
monday blues, mungkin?
harap-harap kejap je la rasa ni
banyak benda yang dirancang, tak menjadi semalam
tapi
benda yang terjadi menggantikan rancangan tak jadi tu, sangat best :D
thanks ma, abe nan, kak nani, abe gee
paling penting, thanks abang :D

till then, bye.

Thursday, October 6

apa akan jadi esok dalam Belanjawan 2012?

salam dan hai

:D
aku dikejar oleh soalan-soalan yang panas
heheheh
macam-macam khabar angin yang aku dengar
ye, aku memang kat bahagian belanjawan
ye, aku tau ape yang korang semua nak tau
tapi aku tak boleh bagitau hehehehe
ala, korang tunggu je la esok ye
tak sampai sehari je lagi :D

tempting!

salam dan hai

bila ada rasa teringin nak makan
tangan harus la membuatnya kan?
pulut pauh (mangga) dipetang hari
di saat cuaca mendung ala-ala nak hujan
memang tiptop la dapat makanan ni
perut pun bersuka-ria dapat diisi :D



Wednesday, October 5

open house part 2

salam dan hai

continue dari part 1

tengah aku berkecah-kecah kat dapur
dapat call dari kak ida, dia bagitau dia nak datang awal
sebab nak balik kampung
nasib baik masa tu semua makanan dah settle
tinggal nak susun je atas meja
tapi menunggu jugak la diorang 1 family sebelum dapat makan
heheheh kesian kak ida
kemudian, muncul pulak kak lin, jiran depan rumah ni
kak lin pun aku jemput awal jugak sebab dia dah bagitau nak balik kampung
tiba-tiba, datang pulak kak ina
sebabnya dia ada hal dengan adik dia
so diorang bertiga ni paling awal datang, 12.30tghr kot
hehehe kesian kena tunggu sebelum makan


tetamu terawal :D

dalam pukul 1 lebih macam tu, aku pun bersiap & solat zohor
pastu rasa lapar pulak
ajak mr.k makan
dah siap-siap makan, mr.k tanya aku
mana orang ni, takde siapa datang pun
heheheh risau die!
tiba-tiba muncul la dua tetamu ni
dua tetamu ni adalah orang paling akhir balik
aku kurung diorang tak bagi balik hehehehe
siapa lagi kalau bukan azie & ain!


terhibur dengan keletah sofea & hafiy!

hafiy yang comel!

olololo suwittnye senyum macam tu :D


tengah rancak bersembang
kak zila sampai pulak dengan ezey
baru sekejap diorang duduk
sampai pulak kak nini
wah...makin ramai hehehehe
teruja pulak aku hehehehe




ni je lah satu-satunya gambar berdua dengan orang kuat saya :D


next yang sampai is kak sue, clement & en. roszaimy
orang paling jauh katanya! hahahaha




sampai pulak kak g sekeluarga
memang kecoh habis satu rumah
dengan riuh budak-budak
sukanya!



last sekali kak nana
lambat sampai, pastu lepak kejap je sebab nak ke hospital


bergambar sedas! :D


ececece macam pengantin u! :p

bergambar lagi :D

dan bergambar lagi!

dah!
abis ceritanya
aku pun buat kecik-kecik je
tapi meriahnya, Alhamdulillah
makanan cukup, semua lengkap
tapi adik-beradik aku semua tak boleh datang
so lepas je kawan-kawan balik
kami terus keluar ke puncak jalil & selayang
menghantar makanan untuk diorang semua :D
baik tak??? baik tak??? :D
dengan rumah tak berkemas lagi heheheh
balik pun dah pukul 1 pagi, memang tak lalu dah nak berkemas
siap-siap, solat isyak pastu terus tidurrrrrrr :D

Alhamdulillah, selesai 1 babak
next, tak tau nak jemput siapa & bila  hahahaha
thanks eh korang sudi datang rumah i
yang tak terjemput tu, sorry sangat-sangat
insyaAllah next time, zaa jemput lagi ye :D


p dot s : big hugs to you, abang...thank you!

open house - part 1

salam dan hai

sabtu lepas, aku ade buat makan-makan sikit untuk member ofis lama
lagipun diorang belum pernah datang rumah aku lagi
aku memang ajak member ofis lama je
pun tak jemput semua
geng SS pun aku tak ajak :D
hahaha korang takyah nak sentap-sentap ok
kesian kawan ofis aku tak pernah rasa roti tempayan :p
geng ofis baru pun, takyah nak sentap-sentap jugak :p

member mr.k pun tak jemput
mr.k cakap taknak penat sangat
yela, dia pun sama naik dengan aku hehehe
siap tolong uli roti lagi ;)
kami berdua je la yang bersilat kat dapur
mana ada siapa-siapa yang tolong kan

penat takyah cakap la
ingat tak entry yang ni?
ha, lepas je beli barang terus potong-potong, kupas apa yang patut
sebabnya malas nak kacau masa nak masak malam nanti
tu yang penat sangat tu
aku jemput kawan dari pukul 2 petang sampai 6 petang
lagi pun tak ramai sangat, 30orang je
itu pun ada yang tak dapat datang


jom layang gambar part 1 dulu :D





masterchef :D abaikan dapur berkecah tu ye

menu of the day

kari daging

kuah lontong

nasi impit

sambal tumis

bubur pulut hitam

main menu, roti tempayan :D

buah-buahan

kek batik dakcik ain! tq dear!

itu la menunya
sikit je aku masak
lagipun bukan ajak ramai sangat kan
but, aku enjoy sebab dapat penuhkan permintaan orang
walaupun aku&mr.k penat, it's ok :D

ok, nanti sambung lagi ye!

Monday, October 3

Jangan Lupa Namaku

salam dan hai

lagunya seindah dramanya
kami tak pernah missed walaupun 1 episod

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Andai aku tidak disisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu jauh dimataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu


syahdunya.....
mula-mula aku ingatkan band indon
tapi sekali malaysia punya
Pompa Bensin namanya
orang cakap band ni combination dari artis-artis jugak
aqasha, nadia aqilah & azma yusof (cerita sinderella)
tapi bila didengar suara betul-betul, memang confirm kot diorang
cuma diorang sendiri je belum reveal kan lagi
anyway, cerita & lagu adalah sangat-sangat best!