Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 31

Year 2013

Salam dan hai



Selamat tahun baru semuanya
2012 dalam kenangan
Semoga kita diberi kesihatan yang sempurna
Semoga kita diberi rezeki yang melimpah ruah
Semoga kite menjadi lebih baik dari sebelumnya

Tata!!

posted from Bloggeroid

Saturday, December 29

Never stop

It's 3.57 in the morning...but still i can't sleep :(

Thinking of everything
Hope this messy kind will end very soon

posted from Bloggeroid

Friday, December 28

review thistle port dickson resort & spa

salam dan hai

kan aku dah cakap mood ni datang tak menentu
hahahaha
kejar masa minggu depan bos dah start kerja ;)

ok, aku nak review serba sikit tentang thistle PD ni
overall hotel ni memang best sangat
bilik best, sangat luas dan cozy
layanan best, baik & tak sombong macam certain hotel
makanan best sangat-sangat especially the desserts!!!!
main course pun memang sedap!
swimming pool best, besar sangat
semuanya best la termasuk housekeeping
hahaha serious, aku tak tipu
aku bagi 4.8 daripada 5 bintang!



baru sampai..see both dad & daughter, muka sombong kan? hahaha


tapi sayangnya sepanjang 3 hari, hujan berturut-turut tanpa henti
hari last je baru dapat bawak si kecik tu pergi pool
tu pun airnya sejuk je
tapi dia punya suka dapat main air hahahha
tak hirau langsung walaupun air sejuk
tengok la aksi dia, walaupun muka ketat je hahaha



kuak lentang uollss! macam bella anak SMS tak? hahaha

ahhh freestlye pulokkk!!



ni baru pool kanak-kanak
pool dewasa lagi besar kat sebelah nun! :p

kitorang checkout pukul 12, terus balik putrajaya
tapi singgah cyberjaya dulu makan nasi arab! heaven!
perut kenyang, sampai rumah bantai tidur anak beranak! :)


Add caption



dicium orang

salam dan hai

bersiaran kembali ye
angin kus-kus datang menyerang aku
kejap rajin, kejap malas nak berblog
mood ke laut je
tapi ku gagahkan jua ececece

previous entry, aku cerita pasal dugaan bulan disember
lepas satu, satu dugaan yang menimpa
sampai la saat-saat nak akhir disember lagi 3 hari ni
pun dugaan datang menjengah lagi
Ya Allah, semoga kami tabah mengharungi

salah satunya kereta dilanggar orang :(
walaupun kereta tu kecik je, tapi kereta tu banyak berjasa
aku dah malas nak ambik tau
yang pastinya mr.k cakap orang tu akan bayar gantirugi
& nak betulkan kereta di tempat dia
Alhamdulillah

 di cium orang lagi :(

dugaan yang lain?
malas la nak cerita
kang banjir pulak ofis aku ni
hihihi


Monday, December 17

disember penuh dugaan

salam dan hai

life update from port dickson!

bulan ni dugaan datang bertimpa-timpa
aku harap aku&mr.k boleh hadap slow-slow la
ujian datang maksudnya Allah ingat kita kan?

dah la
tinggalkan dulu semua masalah tu kat belakang
yang penting untuk 3hari ni aku nak rehat je
kalau bos call pun aku taknak jawab hahaha

sebenarnya aku ikut mr.k pergi kursus
aku malas nqk duduk rumah berdua je dengan safa
sebab tu la aku ikut mr.k
kitorang stay kat thistle PD ni je

full update later ye peeps!
bye!

1st solid food for dear baby

salam dan hai

kemain lagi aku menggoogle sana sini pasal solid food
hehehe ye la
kata nak yang terbaik untuk anak kan?
so seboleh-bolehnya aku cuba la bagi makanan homemade untuk anak
walaupun ibu&ayahnya makan beli saja! hahahah
orang besar tak apa, pandai nak pilih makanan
budak kecik apa sangat la yang dia tau kan
nganga je hihih

actually aku bagi safa nurjannah solid food awal 3hari sebelum dia 6month
sebabnya dia cukup-cukup 6month on weekdays
susah la nak pantau kan?
sebab tu la aku awalkan 3hari, on weekend

mak pak nye teruja tak yah cakap la
dah macam kena rasuk hahaha
beli slow cooker, tapi blender tak beli pun
serba salah rasanya
sebab dua-dua keperluan
tapi bila dah fikir masak-masak, slow cooker jadi pilihan

1st solid food safa nurjannah was carrot puree!
weee! dia suka sangat-sangat
aku letak 2sudu makan, habis ditelannya hahaha
good girl anak ibu ni!

lepas tu aku try red apple puree, result lulus tapi dia batuk
so sampai hari ni aku stop dulu bagi red apple puree
coz aku pun tak sure dia batuk sebab apple or cuaca
then aku try lagi bagi pisang, result so-so
pun aku stop dulu
try lagi plum, lulus. pear pun lulus
try sweet potato orange & purple, lulus jugak & dia sangat suka!
pastu aku try bagi avocado plus banana, coz refer to farah, rasanya sedap sangat
tapi si kecik tu tak gemar la pulak..siap buat muke lagi! haih!!

so sekarang ni aku mengulang la 3 4 jenis buah&sayur tu
nasi aku belum try lagi, insyaAllah seminggu dua lagi kot
peas, bunga kobis, brocoli pun aku belum cuba
aku banyak baca kat group HSFFYB kat FB
banyak info yang kita boleh belajar & sangat berguna
korang try la terjah group tu, syokkk!


equipment safa nurjannah heh!

ololo sedapnya!

Tuesday, December 11

breastfeeding journey

salam dan hai

hari ni aku nak berkongsi pasal breastfeeding
ni sekadar perkongsian & pengalaman yang aku lalui je
tak ada niat nak menunjuk, tak ada niat nak menyakitkan hati siapa-siapa
just for info & just for sharing

alhamdulillah setakat hari ni safa nurjannah dah 6bulan 14hari
dia masih lagi minum breast milk sepenuhnya
& aku memang harap sangat-sangat dapat menyusukan dia sampai 2 tahun
insyaAllah

pengalaman, ujian dan rintangan tak payah nak cakap la
memang stress sangat, memang mencabar, memang menyakitkan
biasa la, kita orang muda nak betulkan fakta&auta orang tua dulu-dulu
memang susah la kan?
tapi alhamdulillah, mr.k sangat supportive, sangat membantu

hari kedua confinement, dah kena paksa beli susu formula
dah kena paksa bagi air kosong
sebabnya safa nurjannah sejam menangis nak susu, sejam menangis
nak tak nak aku suruh mr.k beli jugak susu formula tapi tak buat pun :p
kata orang tua, susu tak keluar la, tak cukup la
dah kalau baby tak hisap macam mana nak keluar susu, ye tak?
aku memang tahap stress la, tapi jawab jugak elok-elok

datang pulak halangan lain
baby tak kenyang tu sebab tu tidurnya kejap je
campur la formula, macam mana nak kerja nanti kalau asyik bagi t**** je
semuanya aku jawab dengan baik walaupun hati sakit je
aku cuma nak bagi yang terbaik untuk anak aku
kalau dah terpaksa, anak aku tak nak breast milk, then fine
aku bagi jugak susu formula
tak kan aku nak biar anak aku kelaparan kan

apa yang aku mintak cuma bagi ruang untuk aku&mr.k guna cara sendiri
tak salah kan? kalau yang baik kita tetap ikut jugak
bukannya buang & tolak mentah-mentah pendapat orang tua kan?


& aku sikit pun tak menyalahkan ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak
itu kan rezeki masing-masing, tak perlu nak condemn kaw-kaw 
kita sama-sama mencuba kan
kau dapat fully breastfeed anak kau, alhamdulillah la
jangan nak bermegah-megah, jangan nak mengutuk orang lain kan?
kau yang tak dapat pulak, lain kali cuba lagi
jangan give up..

ha, ni baru cerita susu ibu
belum masuk bab nak bagi anak makan before 6month
hahahah yang tu nanti aku cerita kat entry lain ok

macam tu la kisahnya
sekarang ni pun aku still pam susu kat ofis
biasanya aku akan pam 3x sehari
tapi kalau dah tak dan sangat, 2x je la
biasa la PA kan, bos asyik panggil je hihihi
sekali aku pam biasanya dapat la 5oz
tapi kalau time banyak dapat la jugak 8oz
& time kurang pun ada, pernah la 3oz dapat
stok EBM pun takde la banyak sangat
setakat hari ni cukup lagi untuk safa nurjannah
dia minum sekali 3oz & sehari aku bagi 5 botol kat babysitter
means 15oz sehari
biasanya habis la or lebih sebotol
kalau dah kat rumah memang direct je la, senang :p
stok EBM sekarang pun ada lagi yang bulan september
nak kena habiskan cepat-cepat, takut expired nanti

dari sudut milk booster pulak
aku tak ada ambik apa-apa supplement pun
aku cuma minum air kosong banyak-banyak
makan sayaur, makan ikan
& yang paling penting doa pada Dia
sebab aku tak berapa percaya sangat supplement semua ni
kajian pun dah ada bagitau yang susu ibu bergantung pada apa yang ibu makan
bukannya milk booster
tapi kalau ada yang ambik pun, tak salah
its all depends on you, mommies

stok EBM safa nurjannah


itu la serba sedikit aku share dengan korang semua
kita sama-sama belajar kan?
so ilmu ni kita share la sama-sama
tak rugi sikit pun! :)





Thursday, November 29

babysitter buat hal?!

salam dan hai

semalam aku&mr.k halfday bawak safa check up
semalam jab die untuk 6 bulan&hari ni demam pulak
so mr.k la jaga die kat rumah hari ni
yeayyy dah 6 bulan safa nurjannah ibu ni hihi
nanti next entry aku cerita pasal her very first solid food eh

jaga anak? tanggungjawab suami isteri sama-sama kan
& alhamdulillah mr.k sangat-sangat-sangat membantu :)
tapi yang aku nak cerita ni  pasal babysitter
aku dah start cari babysitter masa aku pregnant 7bulan lagi
sebab kat putrajaya ni semua orang bekerja
jarang-jarang nak dapat housewife kan
& pilihan kami memang babysitter la sebab safa kecik sangat lagi
& alhamdulillah rezeki die ada
so bila aku dah start bekerja, bermula la episod menghantar anak kan
pagi-pagi aku&mr.k akan hantar safa sama-sama & balik aku yang ambik

rumah babysitter safa apartment sebelah ni je
cume yang kurang best sebab die jaga terlalu ramai budak
7orang termasuk safa..memang ramai la kan
tapi aku ok la sebabnya safa sorang je baby
makcik tu jaga sampaila umur die 5 bulan, alhamdulillah
takde apa-apa yang tak elok

nak dijadikan cerita 1 hari tu masa aku nak ambik safa
tapi sampai je rumah die, die cakap safa takde
terkejut beruk la aku ni
katanya safa ikut anak die yang form six tu pergi mengaji!
hoiii..panasnye hati
sudahnya aku yang kene menunggu safa balik "mengaji" baru aku boleh balik
bayangkan ape aku fikir?
dibuatnya kat tengah-tengah jalan tu ada orang jahat, kene culik ke, ape ke
tak gila pulak aku ni
tapi aku&mr.k bertahan la lagi memandangkan susah nak cari babysitter baru kan
esoknya aku hantar lagi
bila balik nak ambik, makcik tu pun cerita

"tadi anak akak letak safa kat atas sofa..pastu die berguling-guling & anak akak sambut die kat bawah..seronok die orang main dengan die"

aku macam WTH!!
habis tu kalo anak die tak sempat sambut macam mana?
tak ke jatuh ke bawah anak aku tu??!
masa tu muka aku memang dah tak boleh nak sorok
tak senyum, tak cakap apa terus balik
bila mr.k sampai je kat rumah, terus aku mengadu
ape lagi, mengamuk la ayahnya
& kitorang terus decide taknak hantar dah kat makcik tu

aku pun try la call balik no.pengasuh yang aku ada
ada yang taknak ambik dah, ada yang taknak ambik baby
so dapat la akak sorang ni..alhamdulillah dekat blok sama
die jaga sorang je, anak kawan aku jugak
pastu anak die 2orang
tapi lain pulak kisahnya
1st day hantar, akak tu asyik msg je cakap kenapa menangis je, kenapa itu, kenapa ini
aku ok lagi la sebab baru 1st day kan
lagipun maybe safa dah mula kenal orang
bila ambik die petang, aku tengok pipi safa lebam kiri kanan!
terus aku tanya & die jawab anak die cubit
hati aku pun macam disiat-siat tau?
terus terfikir, masa dengan babysitter lama
walaupun ramai budak, tapi safa tak pernah lebam-lebam

mr.k dah rasa tak sedap hati
tapi aku pujuk die lagi untuk hantar sehari lagi, nak tengok macam mana
esoknya pulak mr.k balik kerja awal, sport check hihihi
dari pukul 4.15 sampai 4.45 mr.k ketuk pintu rumah tapi die tak bukak
pastu dengar safa menangis teruk gila tapi langsung tak dengar suara die pujuk ke, cakap-cakap je
at last bila die bukak pintu, muka memang berubah gile
& safa memang sangat-sangat teresak-esak, tersedu-sedan menangis :(
pastu ada pulak tanda kat hidung, siap ada luka lagi!!
bila aku balik, aku mesej die tanye kenapa hidung safa
selamba je die jawab safa selsema!! WTH lagi sekali!
aku pun bukan bodoh tak tau kalo selsema macam mana kan?





realitinya lagi merah dan ada luka di hidung belah kiri


bayangkan macam mana perasaan aku&mr.k masa tu?
terus sekali lagi bentikan babysitter
& aku call akak yang pernah jaga safa 2hari masa aku ada majlis APC dulu
& nasib masih lagi menyebelahi kami
akak tu nak jaga safa & till now
alhamdulillah safa ok, akak tu pun ok

pening kepala memikirkan yang terbaik untuk anak
sampai aku memang rasa nak berhenti kerja, tau?
tapi ye la kan, banyak komitmen&tanggungjawab yang belum selesai
terpaksa pendamkan dulu niat tu
babysitter pun sebenarnya kena paham la
kite bayar dia untuk jaga anak kite
bukan murah-murah bayar tapi bila jaga sambil lewa je
bengang la kan?

kesian safa nurjannah :(
dah la kecik lagi tak tau pape
sedih sangat :(

sekarang alhamdulillah
semoga kamu dilindungi Allah selalu, sayang..

Tuesday, November 27

rumah baru

salam dan hai

dengan rumah baru, layout baru ni
moga-moga datang lah seru untuk rajin update blog macam dulu-dulu ye
kahkahkah
stay tuned bebeh!

Friday, November 23

confinement period with mertua

salam dan hai

hari ni aku nak bercerita tentang confinement period bersama mertua
jeng..jeng..jeng
hahaha bunyi macam scary kan?
macam mana bermulanya kisah berpantang ni?
ha..meh aku cerita

kisahnya dari awal mengandung lagi aku duk terfikir nak berpantang kat mana
isu pertama dan paling besar, tak nak jauh dengan mr.k
isu kedua, of coz nak berpantang ibu kita sendiri
isu ketiga, kesian kat mak mertua sebab cucu first
fikir punya fikir, timbang punya timbang
aku dengan mr.k decide yang aku akan berpantang di rumah mertua for 2weeks
then sambung berpantang di kelantan sehingga masuk ramadhan
kemudian sambung di putrajaya sebulan before start kerja
itu adalah plan asalnye :)

bila dah deliver, lain pulak jadinya hahahah
cukup je seminggu berpantang kat rawang, mie bagitau die kene balik kampung
then kene pergi bangkok urusan kerja
rosaklah plan nak balik kelantan
tapi dalam masa yang sama seronok sangat sebab still boleh dekat&manje2 dengan mr.k
jadinya semua plan berubah
aku berpantang di rumah mertua selama sebulan
balik kelantan pulak tak boleh duduk lama
sebab ada urusan keluarga kat kl :(
so aku hanya sempat berpantang kat kelatan selama 9hari je uolllss
& habiskan semua sisa-sisa cuti di putrajaya

orang cakap mesti tak best kan berpantang kat rumah mertua?
aku cakap, ada yang best..ada yang kurang best
mertua aku ni orangnya jawa johor hihihi
arwah atuk pulak bidan
so korang paham-paham je la sendiri macam mana kaedahnye kan hahahah
jamu, bengkung, param, pilis, tempek sana sini
bertungku, makan, minum semua terhad ok
itu pun mak cakap apa yang aku alami ni separuh je daripada yang die alami dulu
hihihi
agak berat bagi kite yang tak biase di control hihihi
emosi takyah cakap la padahal bukan bende besar pun
tapi setiap petang asal mr.k balik kerja je mesti menangis

seriously emosi aku rapuh gila masa tu hahahah
separuh hati taknak jauh dari laki & taknak anak jauh dari ayahnya
tapi separuh lagi memberontak nak balik kelantan
sampaikan kadang-kadang mr.k pun stress aku asyik menangis je hihihi\
sorry bang :) sila salahkan hormon ye

kesimpulannya, aku rasa berpantang dengan mertua bukan satu perkara yang scary pun
sebab mertua aku sangat best sebenarnya
makan minum semua terhidang dalam bilik
satu benda pun die tak bagi aku buat
awal-awal berpantang lagi la siap mak mandikan aku hahah

itu la kisahnya
so korang jangan la takut kalo kene berpantang dengan mertua
open your heart coz mertua pun mak kita jugak kan ;)


sampai ke hati nak jauhkan mereka?? TAK :)

Thursday, November 22

majlis aqiqah dan cukur jambul safa nurjannah

salam dan hai

kembali bersiaran lalalala :p

hari ni aku nak cerita flashback boleh?? ;)
hahahah 6bulan punye cerite

lepas keluar dari wad, aku balik rumah putrajaya dulu 2hari
masa ni mie ada la jaga aku
lepas tu balik rawang sebab i'olls berpantang di rumah mertua okehhh
hahahah nanti aku cerita pengalam berpantang dengan mertua ok
masa balik rawang tu mak&abah rawang dah decide nak buat cukur jambul&aqiqah hari ahad
means ngam-ngam safa 7hari
alhamdulillah, masa tu semua adik-beradik ada kecuali adik perempuan aku
abah dengan amzar pun dah sampai kl
kirenye semua berkumpul kat rawang la kan

aku memang tak ambik tau langsung pasal majlis ni
semua mak&abah rawang yang uruskan
alhamdulillah
siap berkhemah berendoi bagai
jemputan pun lebih kurang 200orang
kalo buat kat kelantan aku rasa aku buat simple je hihihi

ni ade la 2 3 kerat gambarnye
gambar lain-lain ada kat dalam komputer
lupe nak transfer..sorry hehehe

hari ke-7 berpantang

anak buah & adik lelaki

caca mokmok! hihihi

:)
mak rawang dengan mie kelate & safa nurjannah

mietok potong jambul cucu
olololo stokinnye tah ke mana sebab kaki kecik hihi

safa & maklong

family

:)

alhamdulillah majlis semuanya lancar
dah macam kenduri kawen gamaknye hahaha
cucu sulung la katekan :p
so, tu je la gambar yang aku ada
ok la kan buat bayar hutang hihihi

bye!

Thursday, October 4

selingan!

salam dan hai

sebelum aku menyambung entry-entry lain
jom layan gambar safa nurjannah yang semakin debab
hihihi








nanti sambung ye! :)

Monday, October 1

birth experience part III

salam dan hai :)

ampunkan dosaku hihihi
ok
aku memang sambung terus je cerita ni ye :)

Alhamdulillah
bila keluar je si kecik tu, terus dia buang air besar
lepas nurse potong tali pusat, diletaknya baby atas badan aku
body to body
ohh..masa ni tak tergambar perasaan aku
sedih, gembira semua bercampur
pastu nurse pesan pegang baby kuat-kuat
sebab diorang nak keluarkan uri
masa ni mr.k dah tak boleh ada sama
settle diorang keluarkan uri, sampai la masa nak jahit
emmm..tak tau nak cakap ape
kejap rasa sakit, kejap tak rasa pape
lagipun aku agak mamai sebab sedut banyak sangat gas

ding dong ding dong, 2.30 settle semuanya
nak kata lama pun tak jugak rasanya
ok la kot hihihi
so dari 2.30 tu sampai la pukul 5ptg mr.k teman kat labour room
sebabnya wad penuh!
pastu dari 1st labour room, bertukar ke 2nd labour room sebab ada orang lain nak bersalin
2nd labour room tu diorang tak guna
so duduk la kat situ sampai pukul 7mlm
masa ni mr.k dah tak boleh teman la
so die balik rumah sebab ada in-laws
mie&siblings aku semua kat rumah a.gee

so nurse inform aku akan diwadkan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah
pasrah hihihi
naik la ambulans ke sana
rupenye selesa sangat uollsss!! :)
1 rumah ada 3 bilik & sebilik kite duduk sorang je
sangat selesa!
siap sorang patient ada sorang nurse yang in-charge
macam private!
& rezeki aku dapat master bedroom lagi, Alhamdulillah

so merasa la tidur dalam wad 1 malam
family pun boleh datang menjenguk cuma tak boleh menunggu la
tapi xpe sebab tak sunyi pun kat situ

selesai sudah hutang birth experience hihihih
tapi hutang lain banyak lagi :p
nanti aku bayar slow-slow eh

Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah di atas rezekiMu ini


Tuesday, September 4

birth experience part II

salam dan hai

jangan marah ek hihihi
lama sungguh nak bersambung part II nih
nak buat macam mana
tuntutan anak, laki, masa dan kerja hahahah

ok2, kite sambung part II laju2 eh

27 Mei 2012 (Ahad)

start dari pukul 12.30 contraction datang menyerang
kejap 5 minit, kejap 3 minit, kejap 6 minit
tak consisten tapi memang makin kerap
sampai la pukul 2pagi
masa ni mie masih kat selayang, rumah kak na
so aku dengan mr.k decide nak pergi hospital
at last hospital putrajaya jugak yang dituju
sebabnya dah tak tahan sakit
bila sampai hospital & segala mak nenek seluk bagai
baru bukak 2cm
yang ni pun doctor still suruh balik rumah jugak
katanya kalau duduk kat hospital, nanti time2 macam ni husband tak boleh teman
saiko jugak aku kejap
takde la nak panas hati sebab kena balik lagi

bila dah sampai rumah pukul 3pagi, aku suruh mr.k tidur je dulu
sebab kesian sangat kat dia meneman aku
at least bila tiba masa nanti, tak la die mengantuk sangat kan
contraction memang tak berhenti
Ya Allah, sakitnye tak tertahan
mata memang mengantuk sangat tapi dapat lelap pun 5 minit je
sampai la pukul 6.30pg, mie sampai dengan kak na
masa tu mie bagi aku sarapan sikit tapi memang tak lalu nak makan
makan cekodok pun tak abis seketul
minum susu, minum minyak selusuh, minum air zamzam
sakit makin menjadi-jadi
kejap duk kat bilik, kejap keluar ruang tamu, jap lagi masuk bilik lagi
tapi aku tahan je tak nak pergi hospital lagi
fobia kang kena suruh balik lagi sekali hihihi
sampai la pukul 11.30pg, memang dah tak tahan sangat dah
aku pun ajak mr.k pergi hospital

bila dah sampai, doctor check dilation dah 5cm
ha kelam kabut la masing2!
terus bagi ubat buang air besar&terus ke labour room
bila doctor check dah 8cm, diorang panggil mr.k masuk
& mintak aku selawat banyak2 & push
Ya Allah, sakitnye tak tau macam mana nak cakap
memang sakit yang teramat sangat
aku pun tak ingat berapa kali aku push
ada la 5 6 kali kot sebabnya sakit sangat
mr.k kat sebelah ni duk pujuk2 je, bagi semangat kat aku
sampai la aku dapat keluarkan baby jam 1.31tengahari
Alhamdulillah, bila baby keluar entah mana pergi hilang sakit tu aku pun tak tau :)


jap lagi sambung part III pulak ye
boleh?? :) hehehehe
bye!

Wednesday, August 29

:)

salam dan hai

:) maaf
kesepian sungguh blog aku ni
ye, aku tau aku banyak hutang dengan korang semua
heheheh
nanti aku lunaskan semuanya ye
dan sekarang ni aku dah mula kerja dah pun hahahaha

later-later eh!

Wednesday, July 18

birth experience part I

salam dan hai

seronoknya berehat-rehat kat rumah ni
takde nak fikir pasal kerja langsung :)
kerja rumah semua dah settle
si kecik tu pun tengah tido, so boleh la update blog :)

hari ni aku nak bercerita tentang pengalaman melahirkan safa nurjannah
sakit rupanya nak bersalin ni kan?baru aku tau
& buat aku tersedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan
bukan 1, tapi 6 orang anak
terima kasih, mie....

dan segalanya bermula di sini......

7.30 pagi 24 Mei 2012 (Khamis)

bangun pagi, nak mandi untuk pergi kerja macam biasa
tiba-tiba ada show, turun darah
dah fikir-fikir, dah dipujuk-pujuk mr.k, baru la aku setuju nak pergi hospital
aku memang plan nak bersalin kat hospital serdang
so terus shoot pergi serdang
after daftar, then dah buat CTG, dah check jalan
dilation baru 1cm then doktor bagi MC for 2days, khamis dan jumaat
balik la rumah berehat-rehat, mr.k pun cuti la jugak
darah still ada tapi tak banyak sampai la ke malam

6.30 pagi 25 Mei 2012 (Jumaat)

tiba-tiba rasa sakit, tapi aku tak sure sakit contraction or braxton hicks
aku memang tak pandai nak bezakan langsung
tapi rasa sakit macam nak period la
mr.k suggest pergi hospital lagi
ye la, 1st baby kan, takde experience, so tak tau macam mana sakit yang betul :)
dah siap semua procedur, then doktor suruh balik jugak
dilation still 1cm, no progress 
contraction pun tak kuat walaupun kadang-kadang sakit tu datang kerap
balik la rumah sekali lagi, mr.k pun kena la cuti jugak

26 Mei 2012 (Sabtu)

pagi-pagi mie dah call, bagitau dia dah sampai kl
akak aku kat selayang pergi ambik mie
mie memang datang terus bila aku cakap sakit
sakit tetap datang, tapi tak konsisten
kejap kerap, kejap lama
so buat tak tau je la, melepak je rehat-rehat kat rumah
pastu petang tu konon-konon nak pergi selayang ambik mie, tapi macam tak larat
pendekkan perjalanan, pergi jusco equine je
beli barang sikit, pastu terus balik
masa on the way balik, ternampak orang jual durian
mintak mr.k belikan 2 biji
masa ni memang dah rasa sakit yang agak kerap
tapi still boleh berjalan lagi
dah sampai rumah, dah makan nasi, makan durian
sedapnye! hilang rasa sakit contraction hehehehe
then bermula dari pukul 12.30 malam, contraction datang menyerang


nanti sambung part II eh korang, safa dah bangun
nak siap-siapkan dia, jap lagi mr.k balik
kitorang nak pergi shah alam :)
bye!

Friday, July 13

i'm coming home :)

salam dan hai

i'm so so so sorry for a long hiatus
sorry sangat-sangat ye kawan-kawan :)
heheheh alhamdulillah, bukan setakat dah selamat bersalin
tapi dah habis berpantang dah pun heheha
punya la lama tak update blog
laptop depan mata pun tak sempat ok
macam ni rupanya bila ada anak :)

a bit details about my baby

name : safa nurjannah binti khairul azlie
dob : 27th may 2012, 1331pm
pob : hospital putrajaya
weight : 2.71kg


picture taken right after delivery




safa nurjannah a month & 2weeks



kronologi before&after bersalin nanti aku cerita kemudian ye
sebab ceritanya terlalu panjang berjela-jela :p
majlis cukur jambul & aqiqah dah selamat kami buat
masa safa ngam-ngam tujuh hari
story yang tu pun aku tangguh dulu ye
sekarang safa dah sebulan 2minggu
& aku still ada lagi sebulan 2minggu before mula kerja semula
syok gile kot cuti 3bulan hehehe
sebulan berpantang aku kat rumah mertua kat rawang
hujung bulan 6 balik kelate dan sepatutnya hujung bulan ni baru balik putrajaya
tapi memandangkan ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan
so aku hanya sempat berehat kat kelate 2minggu je
& sekarang aku dah kat purtajaya
menghabiskan sisa-sisa cuti bersama suami&anak, ewah! :p

ok la, nanti aku sambung bercerita lagi ye
si kecik tu dah bangun :D
tata!!





p dot s : bahagia! 

Tuesday, May 22

22 Mei = 1 Rejab

salam dan hai

Alhamdulillah, hari ni bertambah lagi setahun umur aku
kena pulak tu dengan 1 Rejab, tapi sayangnya aku tak larat nak berpuasa sunat
happy birthday to me! :D
takde apa hadiah lebih bermakna selain kehadiran si kecik dalam perut ni
alhamdulilllah, ini hadiah paling tidak ternilai & tidak terbeli
& mr.k too, yang terlalu banyak menghabiskan masanya, tenaganya, wang ringgitnya untuk aku
thanks, abang
semoga aku lebih tabah menempuh usia-usia yang akan datang
& semoga dipanjangkan umur aku, dimurahkan rezeki kami sekeluarga
& semoga aku dapat tingkatkan keimanan kepada Allah SWT
amin

Monday, May 7

makan, dan makan lagi!

salam dan hai

lemau betul nak pergi kerja hari ni
dengan hujan, sejuk
cukup selesa bila tarik selimut heheheh :p
tapi nak tak nak kerja la jugak kan?

weekend lepas kami tak ke mana-mana pun
melepak je kat rumah
beristirehat heheheh
hari sabtu, tau je la kan
bangunnya pun dah pukul berapa
sarapan pun ala kadar je
tengahari tu aku masak
ha...dah lama kan aku tak menempek gambar masak-masak
heheheheh bukan malas, tapi sila la salahkan hormon :p

menu hari sabtu, aku masak something yang aku tak pernah masak seumur hidup
ha..ce korang teka ape benda la yang aku tak pernah masak tu
orang lain beria makan, aku baru belajar nak makan
orang lain dah terror gila masak benda ni
aku baru 1st time hehehhe

hahahahah ni dia
aku dah pandai masak ketam hahahahaha
best gile kot buat bende yang kite tak pernah buat kan?
excited die lain macam je :p
percaya la korang, aku tak pernah masak ketam
dulu-dulu kat kampung pun, kalau mie masak ketam aku tak makan
kak na, abe gee, kak nani beria makan ketam
tapi aku tak sentuh langsung
heheheh tah macam mana tah semenjak mengandung ni
aku suka makan ketam :D
so keluar lah menu ketam masak lemak cili api


menu on saturday!


makan tengahari tu sampai licin
sebab petangnya nak keluar
pergi kedai pakcik aku kat dato' keramat
aku mengidam nak makan pulut ayam!
pehhhh sepinggan pulut ayam tu aku balun sorang je heheheh
mr.k makan nasi bubur dengan pakcik aku


pci credit to owner

pci form google

pic credit to owner


kalau korang tak pernah rasa pulut ayam ni
aku memang sarankan korang pergi makan&rasa
baru korang tau macam mana sedapnya hahahah
rasa macam nak pergi makan lagi minggu ni :D

pastu hari ahad aku masak nasi lemak pulak
tapi kalau masak nasi lemak, memang sampai petang la nasi lemak je
dari pagi bawak sampai ke malam, berlemak je kerjanya hehehehe



kesimpulannya,
weekend lepas adalah hari makan sedunia hahahah :p
berselera sungguh laki bini makan!




p dot s : hari ni aku puasa, tak tau nak berbuka apa :(

Wednesday, May 2

me&baby bumps :D

salam dan hai

saja nak tunjuk muka bulat, perut bulat, tangan bulat hehehe
korang tengok la besar mana aku sekarang :p



fresh from oven ni
ce korang tengok jam kat atas tu
dah nak dekat pukul 8 pagi
tapi sempat lagi berposing hahahaha :p


Dr.M di alamanda

salam dan hai

ewah-ewah..ramainya tengah syok bercuti ye?
takpe-takpe, aku bagi chance kat korang pulak balik kampung ye
aku tak ke mana pun
tapi hari isnin tetap tak kerja jugak
sebabnya badan ni rasa tak sedap je
then terus la decide cuti je
tibe-tibe orang sebelah ni pun tak nak g kerja heheheh
tapi serious weh, sakit gila badan aku
tapak kaki rasa tajam je, nak berdiri pun sakit
kalau setakat sikit-sikit, takdenye aku nak cuti bagai
sayang cuti wehhh

bila dah lepas zohor tu, baru rasa macam larat sikit
perut lapar, nak masak tak larat
then keluar pergi makan kat alamanda
bila dah sampai alamanda, tengok orang ramai sangat dekat centre court tu
rupanya MPH release buku baru Tun Dr Mahathir
sekali aku tengok Dr.M pun ada la
wah...agak excited jugak heheheh
ambik gambar Dr.M sikit heheheh




abaikan muka togel & bengkak ku itu heheheh


Friday, April 27

laundry!! laundry!!

salam dan hai

yeay!! hari ni dah jumaat!!
lamanya rasa nak tunggu hari jumaat ni
macam dah bosan je kerja heheheh :p
eh..bosan-bosan pun, kerja still jalan jugak
tak tertangguh ye walaupun sekarang ni aku asyik mengah je :)

semalam kami memulakan sesi laundry baju baby
1st batch la konon hehehehe :p
ala, bukan banyak mana pun, basuh seround je
sebab dah mengantuk, malas nak tunggu hehehe
nanti esok lusa kang 2nd batch pulak
alhamdulillah, lengkap semuanya
rasa macam tak percaya pulak dah nak ada anak :)




yang seronoknya mr.k duk gelak je tengok aku sidai mitten & booties baby
sebab katanya kena belajar, pastikan betul-betul mana satu mitten, mana satu booties
hahahahah so cute!
senang je la sayang oi... :) hahahaha

ok la, enough for today
nanti next batch laundry, aku upload gambar lagi ye
tengahari ni nak balik, mr.k ada kat rumah
TERcuti hahahaha :p



Monday, April 23

baru nak update ke? pemalas heheheh

salam dan hai

dah berhabuk dah blog aku ni heheheh
konon nak update blog kat kampung masa cuti hari tu
langsung takde hahahha
malas la nak bukak laptop
jangan marah ye kawan-kawan :D

best gile ok balik kampung seminggu
makan, tidur, makan, tidur
tu je la kerja laki bini hahahah
mie masak macam-macam
pastu menyembang je kerjanya
puas hati sangat dapat melepak lama-lama kat kampung

oh, actually last week aku dah kerja dah pun
cuma mood tak mari je nak update blog :)
plus, kerja pun menimbun jugak
tu yang sunyi je

masa kat kampung hari tu, kami buat kenduri doa selamat
memandangkan aku dah 7 bulan masa tu
& dah alang-alang kat kampung
mie cakap buat je terus
mie masak nasi minyak
lauknya kari daging, ayam berempah, acar timun & roti tempayan
alhamdulillah semuanya berjalan lancar
tapi harap maaf, aku memang tak bermood langsung nak bergambar
sila salahkan hormon heheheh :p

this week i'm entering 33weeks of pregnancy
perasaan? cuak yang amat!
macam-macam aku fikir
mudah ke bersalin, macam mana sakitnya, normal ke, c-sec ke
arghhh....macam nightmare je rasa
hope everything selamat la nanti, insyaAllah
this week baru nak start basuh semua baju baby
& this week jugak ada antenatal class kat HUKM
nanti dah attend class tu, aku cerita the experience ok?

enough for today kot :D
tata

Monday, April 9

from kampung with smile :D

salam dan hai

:D i sekaranng kat kampung, kelate hehehe
seronoknye bercuti wehhh
korang kerja ke??hahahahah
jangan marah ye, kawan-kawan
bagi can lan kat makyong ni berehat-rehat kat kampung
dah lama gile kot tak balik kelate, 7 bulan ada la
last balik kampung dulu pun masa raya
lama kan?
punya la menahan diri heheheh
dah pun mie dengan abah aku kan selalu datang sini
tu yang tak sempat nak balik tu

so sekarang ni korang semua jangan la jeles eh
aku dengan mr.k tengah seronok bersenang-senang ni
tak fikir langsung kot pasal kerja hahahaha :p
aku dengan mr.k cuti seminggu ni je
balik kampung pagi sabtu lepas
nak balik putrajaya semula sabtu ni kot, insyaAllah

so far sepanjang perjalanan semalam, Alhamdulillah
tapi pinggang tak yah cakap la, bisa semacam je
tapi survive heheheh, sanggup! :D

ok la korang
i olls nak keluar ni 
malam ni mie nak buat roti tempayan untuk makan pagi esok :D
kak na & kak nani, jangan jeles eh
kami nak keluar pergi beli kain nih ! hahahahah
abe gee pulak jangan jeles sebab mie masak sedap-sedap heheheh :p
tata!!

Tuesday, March 20

anniversary celebration kat rumah manis rumah :D

salam dan hai

ewah-ewah
pagi-pagi lagi aku dah muncul kat sini heheheh
pagi ni tak busy sangat pun :D

ha, ni aku nak cerita pasal semalam
kan aku cakap nak belikan kek kan?
so tengahari semalam ajak ain temankan pergi alamanda
bukan ajak ain je, tapi ajak kak nana sekali
tapi kak nana menghilangkan diri, hehehe
so berdua je la berjimba dengan ain kat alamanda

mula-mula pergi secret recepi, konon nak beli 2 slice je
tapi macam tak best pulak kan?kecik je
nak beli sebiji, besar sangat
pastu pergi tengok kek kat baskin robbins pulak
pilih punya pilih, berkenan la 1 kek ni
kecik comel je hehehe terus beli
lepas tu apa lagi, perut pun dah kelaparan
pergi makan kat rasa mas
sayangnya kak nana takde, kalau tak memang tempat favourite dia rasa mas ni :D

and dinner semalam roti sardin terbaik dari ladang mr.k
& dessert aiskrim kek :D



ada tag happy birthday sebab birthday mr.k 6 mac lepas aku tak beli apepun :D

kek yang sangat sweet-sweet & cute-cute :D



thanks dakcik ain sebab sudi teman i! :D
& kak nana, nanti kite keluar berjimba bertiga ye :D



p dot s : ain, mr.k cakap pavlova tu sangat sedap ok! memang menuntut la suruh i buat lepas ni heheheh cepat bagi resepi! :D