Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 31

earlier experience

salam dan hai

ramai yang sambung cuti minggu ni kan?
aku tetap la macam ni, tak cuti pun hehehe
bukan taknak balik kampung, tapi mie kan baru je datang sini
so postponed la dulu projek balik kampung tu
next month ke, tengok la
semenjak pregnant ni, memang tak pernah jalan jauh lagi
paling jauh pun minggu lepas la, balik pagoh
sakit pinggang takyah cakap heheheh
terpikir kejap macam mana la aku nak balik kelate nanti
mau 7 jam jugak tu dalam kereta
tapi memang akan tetap balik jugak :D

hari rabu lepas pergi check up
alhamdulillah, semuanya ok
ada la 2 3 benda kena tegur dengan nurse
sampaikan kena check up lagi next 2 weeks
hope semuanya ok la ye, insyaAllah

hmm....nausea & vomiting
2 benda ni memang tak boleh dipisahkan bila mengandung kan?
but ada certain-certain orang yang takkan mengalami langsung
ada jugak yang melalui salah satu je
& paling teruk, yang melalui kedua-duanya sampai nak bersalin
gerun kan?
tapi itu lah lumrahnya, masing-masing ada bahagian masing-masing kan

macam aku
nak kata teruk sangat pun tak jugak
nak kata takde langsung pun tak jugak
yang pastinya, nausea memang sepanjang 4 bulan pertama
& alhamdulillah, dah 5 bulan ni baru 2 kali aku vomiting
syukur sangat-sangat
nausea la yang teruk sikit, tak lalu makan, badan takde tenaga
siang malam meloya je mulut ni

masak memang tak boleh langsung
bau minyak tengah panas kat dapur pun tak boleh
mula la loya rasa
kalau orang masak pun, aku memang cabut lari la
memang takkan duk kat dapur punya :D
kadang-kadang kesian kat mr.k
sepanjang masa tu, hari-hari makan kat luar
kadang-kadang hari kerja pun aku mengajak dia ke kl
kedai pakcik aku kat keramat la, kedai akak aku kat selayang la, kedai makcik aku kat kepong la
tak menentu
kesian sangat, tapi nak buat macam mana
hanya masakan kat situ je yang boleh masuk tekak aku
syukur sangat dapat suami yang sangat-sangat memahami

4 bulan tu jugak, hari minggu memang melepet ke kat sofa
tak larat, bukan disengajakan
kerja rumah pun buat yang ringan-ringan je
yang lain semua mr.k yang buat
kalau balik rawang pun macam tu
melepet je kat depan tv, tidur je
kepala punya la berpusing-pusing
nasib baik jugak mak dengan abah baik sangat-sangat

dari segi mengidam pulak, takde benda yang pelik-pelik lagi setakat ni :)
memang tak mengidam papepun, sebab selera pun takde
cuma kadang-kadang tu rasa macam nak makan yang mie masakkan
tu yang bila mie datang sini, macam-macam aku mintak mie masak
bukan senang ok nak import tukang masak terbaik dunia :D
kalau ikutkan sekarang ni pun, selera makan aku still kurang lagi
kena fikir betul-betul dulu, baru la boleh makan
kalau makan setakat nak isi perut tu, jawabnya memang takkan habis la
tapi alhamdulillah, baby membesar mengikut usia yang sesuai

itu la serba sikit pengalaman aku awal-awal pregnant dulu
lain orang, lain cerita, ye tak?

4 comments:

III bDkNaKaL III said...

Btol tu Zaa...laen org laen experience...
Bg aku alhamdulillah xmo nausea & vomiting...syukur sgt...
Tapi bab melepek kt sofa..itu HARUS!
sgt xlrt hokey...

♥z@z@♥ said...

Dlu i pregnant, dedua simptom tue i rase..mmg teruk..xpela dh itu dugaan tuk i kan..harap next nie lebih baik la..hehe..

Hazz Nieza said...

Alhamdulillah, i tak vomiting. cuma heart-burn teruk tak tertahan sebb ada gastric. now alhamdulillah feeling better & better. tapi betui, bab MELEPEK itu masih harus hingga kini dan mungkin ke 9 bln nanti. hohohhoo~ ;-))

dakcik said...

i dolu2 kene dua2 sekali..sampei ke 6 bulan bru ok..pastu stat balik dlm 9 bln tu..adoi dugaan kan..kdg2 pk rs serik..kdg2 pk maybe kali nie xde..huhu
tp bab melepek tu mmg wajib wpon xpeknen..hahaha
take care tau!