Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 7

makan, dan makan lagi!

salam dan hai

lemau betul nak pergi kerja hari ni
dengan hujan, sejuk
cukup selesa bila tarik selimut heheheh :p
tapi nak tak nak kerja la jugak kan?

weekend lepas kami tak ke mana-mana pun
melepak je kat rumah
beristirehat heheheh
hari sabtu, tau je la kan
bangunnya pun dah pukul berapa
sarapan pun ala kadar je
tengahari tu aku masak
ha...dah lama kan aku tak menempek gambar masak-masak
heheheheh bukan malas, tapi sila la salahkan hormon :p

menu hari sabtu, aku masak something yang aku tak pernah masak seumur hidup
ha..ce korang teka ape benda la yang aku tak pernah masak tu
orang lain beria makan, aku baru belajar nak makan
orang lain dah terror gila masak benda ni
aku baru 1st time hehehhe

hahahahah ni dia
aku dah pandai masak ketam hahahahaha
best gile kot buat bende yang kite tak pernah buat kan?
excited die lain macam je :p
percaya la korang, aku tak pernah masak ketam
dulu-dulu kat kampung pun, kalau mie masak ketam aku tak makan
kak na, abe gee, kak nani beria makan ketam
tapi aku tak sentuh langsung
heheheh tah macam mana tah semenjak mengandung ni
aku suka makan ketam :D
so keluar lah menu ketam masak lemak cili api


menu on saturday!


makan tengahari tu sampai licin
sebab petangnya nak keluar
pergi kedai pakcik aku kat dato' keramat
aku mengidam nak makan pulut ayam!
pehhhh sepinggan pulut ayam tu aku balun sorang je heheheh
mr.k makan nasi bubur dengan pakcik aku


pci credit to owner

pci form google

pic credit to owner


kalau korang tak pernah rasa pulut ayam ni
aku memang sarankan korang pergi makan&rasa
baru korang tau macam mana sedapnya hahahah
rasa macam nak pergi makan lagi minggu ni :D

pastu hari ahad aku masak nasi lemak pulak
tapi kalau masak nasi lemak, memang sampai petang la nasi lemak je
dari pagi bawak sampai ke malam, berlemak je kerjanya hehehehe



kesimpulannya,
weekend lepas adalah hari makan sedunia hahahah :p
berselera sungguh laki bini makan!




p dot s : hari ni aku puasa, tak tau nak berbuka apa :(

7 comments:

axie said...

sedapnya...sejak bila suka makan ketam ni??hehehe :)
sejak peknen ni suka mkn yong tau foo tak???

♥z@z@♥ said...

bubur nasi adalah my feveret forever...sedapnye..

~~zaa~~ said...

axie,

oopppsss..makanan berasaskan soya still No hahahah :p

~~zaa~~ said...

zaza,

my fevret too!!! :) sedap uollsss!!

axie said...

bukan tauhu...yong tau foo..yg kat pasar tani tu..

~~zaa~~ said...

oo..young tau foo memang suka :D

dakcik said...

pergh sedapnya ketam..nk jugakkkk..hihihi