Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 23

confinement period with mertua

salam dan hai

hari ni aku nak bercerita tentang confinement period bersama mertua
jeng..jeng..jeng
hahaha bunyi macam scary kan?
macam mana bermulanya kisah berpantang ni?
ha..meh aku cerita

kisahnya dari awal mengandung lagi aku duk terfikir nak berpantang kat mana
isu pertama dan paling besar, tak nak jauh dengan mr.k
isu kedua, of coz nak berpantang ibu kita sendiri
isu ketiga, kesian kat mak mertua sebab cucu first
fikir punya fikir, timbang punya timbang
aku dengan mr.k decide yang aku akan berpantang di rumah mertua for 2weeks
then sambung berpantang di kelantan sehingga masuk ramadhan
kemudian sambung di putrajaya sebulan before start kerja
itu adalah plan asalnye :)

bila dah deliver, lain pulak jadinya hahahah
cukup je seminggu berpantang kat rawang, mie bagitau die kene balik kampung
then kene pergi bangkok urusan kerja
rosaklah plan nak balik kelantan
tapi dalam masa yang sama seronok sangat sebab still boleh dekat&manje2 dengan mr.k
jadinya semua plan berubah
aku berpantang di rumah mertua selama sebulan
balik kelantan pulak tak boleh duduk lama
sebab ada urusan keluarga kat kl :(
so aku hanya sempat berpantang kat kelatan selama 9hari je uolllss
& habiskan semua sisa-sisa cuti di putrajaya

orang cakap mesti tak best kan berpantang kat rumah mertua?
aku cakap, ada yang best..ada yang kurang best
mertua aku ni orangnya jawa johor hihihi
arwah atuk pulak bidan
so korang paham-paham je la sendiri macam mana kaedahnye kan hahahah
jamu, bengkung, param, pilis, tempek sana sini
bertungku, makan, minum semua terhad ok
itu pun mak cakap apa yang aku alami ni separuh je daripada yang die alami dulu
hihihi
agak berat bagi kite yang tak biase di control hihihi
emosi takyah cakap la padahal bukan bende besar pun
tapi setiap petang asal mr.k balik kerja je mesti menangis

seriously emosi aku rapuh gila masa tu hahahah
separuh hati taknak jauh dari laki & taknak anak jauh dari ayahnya
tapi separuh lagi memberontak nak balik kelantan
sampaikan kadang-kadang mr.k pun stress aku asyik menangis je hihihi\
sorry bang :) sila salahkan hormon ye

kesimpulannya, aku rasa berpantang dengan mertua bukan satu perkara yang scary pun
sebab mertua aku sangat best sebenarnya
makan minum semua terhidang dalam bilik
satu benda pun die tak bagi aku buat
awal-awal berpantang lagi la siap mak mandikan aku hahah

itu la kisahnya
so korang jangan la takut kalo kene berpantang dengan mertua
open your heart coz mertua pun mak kita jugak kan ;)


sampai ke hati nak jauhkan mereka?? TAK :)

7 comments:

♥z@z@♥ said...

mertua kite berbeza..uhukksss..i still nak mak i..jauh nga laki xpe..klau x pun i pantang sndiri je..hehe

~~zaa~~ said...

zaza,

ala u ni..hihihi lain orang kan lain caranya..i kan sememeh mcm cc hahahah

dakcik said...

i dulu pun pantang dgn mertua..tp jauh dgn laki..sedihhhhh :'(

~~zaa~~ said...

dakcik,

ala2 ni lagi sorang hihihi xpe nanti yang ni dekat ngan adiebotak hahaha

Aty_Fared said...

Eeerrr...aty tetap tak nk pantang umah mertua walau mertua aty baik jugak..keji kan..heheh

~~zaa~~ said...

aty,

kahkahkah jujur! no.2 nanti pun kalo boleh nak berpantang dengan mak sendiri hahahah

monamie said...

cik adik manis.. kalau mak mertua hang tak strick.. takda la hang kembali comel dan gojes macam skrg :)
kakmona pon ngan mak mertua.. tp mak mertua kakmona tak strick sgt.. tgk la keadaan menantu dia skrg..kahkahkahkah.. :P (ok tu tipu)