Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 17

1st solid food for dear baby

salam dan hai

kemain lagi aku menggoogle sana sini pasal solid food
hehehe ye la
kata nak yang terbaik untuk anak kan?
so seboleh-bolehnya aku cuba la bagi makanan homemade untuk anak
walaupun ibu&ayahnya makan beli saja! hahahah
orang besar tak apa, pandai nak pilih makanan
budak kecik apa sangat la yang dia tau kan
nganga je hihih

actually aku bagi safa nurjannah solid food awal 3hari sebelum dia 6month
sebabnya dia cukup-cukup 6month on weekdays
susah la nak pantau kan?
sebab tu la aku awalkan 3hari, on weekend

mak pak nye teruja tak yah cakap la
dah macam kena rasuk hahaha
beli slow cooker, tapi blender tak beli pun
serba salah rasanya
sebab dua-dua keperluan
tapi bila dah fikir masak-masak, slow cooker jadi pilihan

1st solid food safa nurjannah was carrot puree!
weee! dia suka sangat-sangat
aku letak 2sudu makan, habis ditelannya hahaha
good girl anak ibu ni!

lepas tu aku try red apple puree, result lulus tapi dia batuk
so sampai hari ni aku stop dulu bagi red apple puree
coz aku pun tak sure dia batuk sebab apple or cuaca
then aku try lagi bagi pisang, result so-so
pun aku stop dulu
try lagi plum, lulus. pear pun lulus
try sweet potato orange & purple, lulus jugak & dia sangat suka!
pastu aku try bagi avocado plus banana, coz refer to farah, rasanya sedap sangat
tapi si kecik tu tak gemar la pulak..siap buat muke lagi! haih!!

so sekarang ni aku mengulang la 3 4 jenis buah&sayur tu
nasi aku belum try lagi, insyaAllah seminggu dua lagi kot
peas, bunga kobis, brocoli pun aku belum cuba
aku banyak baca kat group HSFFYB kat FB
banyak info yang kita boleh belajar & sangat berguna
korang try la terjah group tu, syokkk!


equipment safa nurjannah heh!

ololo sedapnya!

2 comments:

ciNDerella stRikEr said...

amboi...berselera la tgk si comel ni mamam

♥z@z@♥ said...

ohmai..slow cooker dan thermos safa nurjannah sebijik sama dengan kakak iman ariana punye tau..huhu