Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 11

breastfeeding journey

salam dan hai

hari ni aku nak berkongsi pasal breastfeeding
ni sekadar perkongsian & pengalaman yang aku lalui je
tak ada niat nak menunjuk, tak ada niat nak menyakitkan hati siapa-siapa
just for info & just for sharing

alhamdulillah setakat hari ni safa nurjannah dah 6bulan 14hari
dia masih lagi minum breast milk sepenuhnya
& aku memang harap sangat-sangat dapat menyusukan dia sampai 2 tahun
insyaAllah

pengalaman, ujian dan rintangan tak payah nak cakap la
memang stress sangat, memang mencabar, memang menyakitkan
biasa la, kita orang muda nak betulkan fakta&auta orang tua dulu-dulu
memang susah la kan?
tapi alhamdulillah, mr.k sangat supportive, sangat membantu

hari kedua confinement, dah kena paksa beli susu formula
dah kena paksa bagi air kosong
sebabnya safa nurjannah sejam menangis nak susu, sejam menangis
nak tak nak aku suruh mr.k beli jugak susu formula tapi tak buat pun :p
kata orang tua, susu tak keluar la, tak cukup la
dah kalau baby tak hisap macam mana nak keluar susu, ye tak?
aku memang tahap stress la, tapi jawab jugak elok-elok

datang pulak halangan lain
baby tak kenyang tu sebab tu tidurnya kejap je
campur la formula, macam mana nak kerja nanti kalau asyik bagi t**** je
semuanya aku jawab dengan baik walaupun hati sakit je
aku cuma nak bagi yang terbaik untuk anak aku
kalau dah terpaksa, anak aku tak nak breast milk, then fine
aku bagi jugak susu formula
tak kan aku nak biar anak aku kelaparan kan

apa yang aku mintak cuma bagi ruang untuk aku&mr.k guna cara sendiri
tak salah kan? kalau yang baik kita tetap ikut jugak
bukannya buang & tolak mentah-mentah pendapat orang tua kan?


& aku sikit pun tak menyalahkan ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak
itu kan rezeki masing-masing, tak perlu nak condemn kaw-kaw 
kita sama-sama mencuba kan
kau dapat fully breastfeed anak kau, alhamdulillah la
jangan nak bermegah-megah, jangan nak mengutuk orang lain kan?
kau yang tak dapat pulak, lain kali cuba lagi
jangan give up..

ha, ni baru cerita susu ibu
belum masuk bab nak bagi anak makan before 6month
hahahah yang tu nanti aku cerita kat entry lain ok

macam tu la kisahnya
sekarang ni pun aku still pam susu kat ofis
biasanya aku akan pam 3x sehari
tapi kalau dah tak dan sangat, 2x je la
biasa la PA kan, bos asyik panggil je hihihi
sekali aku pam biasanya dapat la 5oz
tapi kalau time banyak dapat la jugak 8oz
& time kurang pun ada, pernah la 3oz dapat
stok EBM pun takde la banyak sangat
setakat hari ni cukup lagi untuk safa nurjannah
dia minum sekali 3oz & sehari aku bagi 5 botol kat babysitter
means 15oz sehari
biasanya habis la or lebih sebotol
kalau dah kat rumah memang direct je la, senang :p
stok EBM sekarang pun ada lagi yang bulan september
nak kena habiskan cepat-cepat, takut expired nanti

dari sudut milk booster pulak
aku tak ada ambik apa-apa supplement pun
aku cuma minum air kosong banyak-banyak
makan sayaur, makan ikan
& yang paling penting doa pada Dia
sebab aku tak berapa percaya sangat supplement semua ni
kajian pun dah ada bagitau yang susu ibu bergantung pada apa yang ibu makan
bukannya milk booster
tapi kalau ada yang ambik pun, tak salah
its all depends on you, mommies

stok EBM safa nurjannah


itu la serba sedikit aku share dengan korang semua
kita sama-sama belajar kan?
so ilmu ni kita share la sama-sama
tak rugi sikit pun! :)





8 comments:

Byzura Mj (By) said...

x suka juga ambil supplement. lagi suka cari pemakanan apa yang banyakkan susu ;)

mr&mrs affendy said...

tahniah akak..seronok tgk susu byk..

mrs.spicy said...

Alhamdulillah rezeki budak tembam. Mebesar dgn sihat dgn susu ibu.

aida yan'z said...

alhamdulillah rezeki safa....seronoknya tgok stok susu banyak...

ciNDerella stRikEr said...

teruskan usaha...
tahniah rezeki anak yg melimpah ruah. aminn

-Sara- said...

luv ur spirit dear! :)

aah kejadian2 cmtu mmg kebanyakan berlaku kt ibu2 muda cm kita ni zaa..same sara pon cmtu gak dulu..sebok suh bg anak susu formula.. yg penting kita kena kuat semangat zaa! fedulikkan dorg ok?! :)

dakcik said...

wahh bestnya..hope i pun ade rezki nk bg susu ibu pd beby bru..ms sopea dlu alhamdulilah tp terpaksa benti ms umur 1 thn lebih sbb ekzima..huhu

enon said...

alhamdulillah,saya pun teringin nak fully brestfeed.x sngka rupanya ade yg same mcm saya..memang perit..org cakap susu kite x cukup la,anak tak puas minum sbb tu kejap2 bangun nangis mintak susu..

saya masih dalam pantang,mmg sgt mencabar sbb nak jaga diri sdiri,nk jaga baby lg..mmg stress...awal2 pantang nangis je sbb stress..kadang2 sy kalah jugak trpaksa bagi susu formula sbb baby asik nak bergantung aje mcm x puas myusu.bagi susu formula baru boleh tido.
saya tgh usahakan nak fully breastfeed.moga2 semuanya dipermudahkan Allah...amin...