Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 31

earlier experience

salam dan hai

ramai yang sambung cuti minggu ni kan?
aku tetap la macam ni, tak cuti pun hehehe
bukan taknak balik kampung, tapi mie kan baru je datang sini
so postponed la dulu projek balik kampung tu
next month ke, tengok la
semenjak pregnant ni, memang tak pernah jalan jauh lagi
paling jauh pun minggu lepas la, balik pagoh
sakit pinggang takyah cakap heheheh
terpikir kejap macam mana la aku nak balik kelate nanti
mau 7 jam jugak tu dalam kereta
tapi memang akan tetap balik jugak :D

hari rabu lepas pergi check up
alhamdulillah, semuanya ok
ada la 2 3 benda kena tegur dengan nurse
sampaikan kena check up lagi next 2 weeks
hope semuanya ok la ye, insyaAllah

hmm....nausea & vomiting
2 benda ni memang tak boleh dipisahkan bila mengandung kan?
but ada certain-certain orang yang takkan mengalami langsung
ada jugak yang melalui salah satu je
& paling teruk, yang melalui kedua-duanya sampai nak bersalin
gerun kan?
tapi itu lah lumrahnya, masing-masing ada bahagian masing-masing kan

macam aku
nak kata teruk sangat pun tak jugak
nak kata takde langsung pun tak jugak
yang pastinya, nausea memang sepanjang 4 bulan pertama
& alhamdulillah, dah 5 bulan ni baru 2 kali aku vomiting
syukur sangat-sangat
nausea la yang teruk sikit, tak lalu makan, badan takde tenaga
siang malam meloya je mulut ni

masak memang tak boleh langsung
bau minyak tengah panas kat dapur pun tak boleh
mula la loya rasa
kalau orang masak pun, aku memang cabut lari la
memang takkan duk kat dapur punya :D
kadang-kadang kesian kat mr.k
sepanjang masa tu, hari-hari makan kat luar
kadang-kadang hari kerja pun aku mengajak dia ke kl
kedai pakcik aku kat keramat la, kedai akak aku kat selayang la, kedai makcik aku kat kepong la
tak menentu
kesian sangat, tapi nak buat macam mana
hanya masakan kat situ je yang boleh masuk tekak aku
syukur sangat dapat suami yang sangat-sangat memahami

4 bulan tu jugak, hari minggu memang melepet ke kat sofa
tak larat, bukan disengajakan
kerja rumah pun buat yang ringan-ringan je
yang lain semua mr.k yang buat
kalau balik rawang pun macam tu
melepet je kat depan tv, tidur je
kepala punya la berpusing-pusing
nasib baik jugak mak dengan abah baik sangat-sangat

dari segi mengidam pulak, takde benda yang pelik-pelik lagi setakat ni :)
memang tak mengidam papepun, sebab selera pun takde
cuma kadang-kadang tu rasa macam nak makan yang mie masakkan
tu yang bila mie datang sini, macam-macam aku mintak mie masak
bukan senang ok nak import tukang masak terbaik dunia :D
kalau ikutkan sekarang ni pun, selera makan aku still kurang lagi
kena fikir betul-betul dulu, baru la boleh makan
kalau makan setakat nak isi perut tu, jawabnya memang takkan habis la
tapi alhamdulillah, baby membesar mengikut usia yang sesuai

itu la serba sikit pengalaman aku awal-awal pregnant dulu
lain orang, lain cerita, ye tak?

korang rasa ok tak?

salam dan hai

short entry for this morning
breakfast hari ni is...






RM4!! what the fish!!!!


seriously, cafe kat ofis aku ni dah melampau-lampau!!
kalau sedap aku tak kisah ok
bukan tak pernah breakfast cecah RM10 pun
tapi sedap takpe!
angin satu badan pagi ni!!

Wednesday, January 11

finding two lines

this is a long story, i warn u ok :D

salam dan hai

how's today?
me? great as always :D
cume sedih sikit sebab semalam dah hantar mie balik kampung :(
after 2weeks kat sini
nak tunggu bulan 2, baru boleh balik kampung semula
but it's ok, lagipun kesian abah sorang-sorang kat rumah
thanks abah :*

hari ni aku rasa macam terpanggil
nak bercerita about how we found the two lines
it was a miracle, isn't it?
we didn't expect at all, coz all this while we're just hoping and hoping
but rezeki Allah comes, and we're really bersyukur sangat-sangat
after a long waiting, one year and six month
terima kasih, Allah

2 september 2011
its starting from last hari raya
i was on red flag masa last day kat kelantan
on that day jugak, nak balik beraya kat rumah rawang
& bila dah habis bercuti raya
open house rumah mr.k
jamuan raya sana sini, memang tak habis-habis
my siblings pulak nak datang makan-makan kat rumah
3 hari berturut-turut menjamu makan

1 oktober 2011
lepas tu aku pulak buat small open house untuk BKPrians :D
entry kat sini part 1 & part 2
penat memang takyah cakap la kan
ye la, aku dengan mr.k je yang mengerjakan semua tu
angkat itu, angkat ini, panjat itu, panjat ini
masa tu memang aku dah lewat 2 hari
tapi aku rasa macam biase je sebabnya 2 3 bulan before, aku asyik lewat seminggu je
badan memang sakit sana sini, sakit pinggang as usual
aku memang malas nak check bagai, sebab nanti lagi kecewa kan
so buat tak tau je la

6 oktober 2011
masa ni dah lewat 4 hari
mr.k asking me to do the pregnancy test
aku macam taknak, sebab dah tau resultnye mesti -ve
tapi bila mr.k cakap, better tau sekarang dari menunggu dengan harapan
so kami pun decide untuk buat pregancy test esok pagi, 7 oktober 2011

7 oktober 2011
aku tersedar pukul 6.15pagi
hati memang berdebar-debar sangat nak buat test tu
takut, gelisah, semua bercampur
tangan menggigil je nak bukak plastik test tu
guna tester pun yang dah berapa bulan lepas punya hehehe
dip 'n' tell je kot heheheh
then bermula operasi tu, aku sorang-sorang je
malas nak kejut mr.k
bila dah dipkan tester tu dalam urine, aku terbalikkan dia
macam tak sanggup nak tengok resultnya
kononnya, nak solat subuh dulu, pastu baru nak tengok
tapi tiba-tiba rasa macam nak membuang pulak :p
bila dah lepas buang hajat, nak ambik wuduk
pastu mata ni gatal terpandang tester tu
memang tersangat jelas the double lines! :)
alhamdulillah

terus basuh tangan, melompat ke katil
kejut mr.k macam orang gila heheheh
"abang, bangun la..tengok ni 2 line kan?"
mr.k pun tengah mamai-mamai, anggukkan je kepala
aku tak puas hati, cakap lagi kat die
"tengok la ni yang, betul kan 2 line, betul kan 2 line"
pastu terus mata dia terbuntang, then masing-masing menangis kesyukuran
owhh...that time we felt so calmed
kami solat, kami sujud syukur, kami menangis, kami tersenyum
takde kata-kata yang boleh digambarkan perasaan itu

then we decide pergi klinik untuk double check up
& yes, we're expecting alhamdulillah
mr.k call mak, aku call mie
kitorang sms semua siblings & everyone sangat happy
then masuk kerja pun dah pukul sepuluh lebih
except family, yang paling awal tau was my closet friends la kan
then only last two weeks i baru bagitau kat sini
coz i think i'm not ready yet to let anybody knows
tapi kalau ada yang bertanya, of coz la i mengaku kan :D

so, that's the story
& now i'm entering bulan ke-5, dah halfway pun
alhamdulillah, syukur sangat-sangat
hope both of us selamat semuanya
& for those yang belum dikurniakan rezeki nan satu ini
i hope korang bersabar banyak-banyak
actually, aku pun ambik pengajaran dari kisah aku sendiri
starting from december 2010 until mei 2011, my mom-in-law sakit
& i was thinking apa jadi kalau masa tu i pun get pregnant
dengan mabuk teruk, tak boleh masak, lembik je badan
siapa yang nak sediakan makan minum abah & adik ipar semua
so everything happen ada sebab kan
Allah know's the best for us, right?
keep trying guys, keep praying
insyaAllah, rezeki itu milik kamu semua

owhh..kemain panjang lagi enrty hari ni
nanti next entry aku cerita pasal mabuk pulak ye :D
till then, bye


thanks for reading this entry.

Tuesday, January 10

new year lagi tak? :)

salam dan hai

hari ke sepuluh di tahun baru
belum terlambat nak say happy new year, ye tak? ;)
better late than never, kata omputeh
ada apa-apa perubahan tak?
aku?
biase je, makin liat nak bangun pagi ;)

aku rasa macam malas je nak recall balik apa yang jadi tahun lepas
biar je la tersimpan dalam kamus hidup kami, chewah! hahaha
yang penting, mulakan tahun baru dengan sesuatu yang baru
untuk tahun 2012 ni, banyak benda yang menunggu
banyak benda yang akan menduga akal dan fikiran
banyak benda yang akan menguji
insyaAllah, kita cuba hadapi dengan senyuman, ye :)

nah, aku letak gambar new year
seketul dua gambar yang pergi berehat-rehat kat sepang last week
tapi so sorry ye, gambar memang tak sharp, memang kabur tahap gaban
due to camera handphone
tapi aku tak kisah, sebab aku nak letak jugak gambar kat dalam blog aku ni ;)



mie posing dulu sebelum pekena ikan bakar bagan lalang

from right no.1, no.4, no.3 :D


eh..eh..tambah lagi sorang kakak ipar no.2 :D

jom terjun kolam!

:)

mie tengah bergayut dengan abah :D

tak cukup adik beradik & tanpa abah

mak buyung berendam kat kolam budak-budak sudah heheheh

mahmud's & maznah's legacy

peace yo!

us, again!

time to check out, yawww!

keluarga kecik :D

till then, bye!

Friday, January 6

cuti-cuti hujung minggu

Salam dan hai

Sekarang ni aku tengah bersenang&berehat-rehat
Dengan semua siblings
Kak na&family,abe gee&family,kak nani&my beloved mom
Tak rancang pun sebenarnya,abe gee call aku semalam
Bagitau nak bawak mie jalan-jalan kat sepang
Aku pun on je la
Ala,lepak kat sri malaysia je hehehe :p
Sambil-sambil bawak budak mandi kolam
Orang kaya mana pandang hotel murah gini,ye tak?;)
Tadi lepas check in,kitorang pegi pekena ikan bakar
Boleh tahan jugak sedapnya
Bertambah nasi dua kali ok hehehe :p

Ok la korang,aku nak tidur dah