Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 20

kau buat aku moody, tau?!

salam dan hai

pagi-pagi hari ni mood aku ok sangat-sangat :)
alhamdulillah, rezeki datang lagi









tapi!











disebabkan panggilan ko, aku terus hot
terus moody, terus macam nak baling je telefon tu!
kot je pun ko hadap sangat nak dapatkan duit BR1M tu
jangan la sampai nak marah-marah orang tak tentu pasal!
dengan tak bagi salamnya
dengan terjah macam tu je
siap cakap tak nak try call no.hotline tu sebab susah nak dapat
dah namanya hotline, memang ramai la orang yang call
bukan ko sorang yang nak check status BR1M tu!!
pastu siap marah-marah aku lagi kenapa boleh tak lulus
hello!! thats why la aku suruh ko call no hotline!
tanye kat diorang kenapa tak lulus
bila aku tengah nak explain, die potong cakap aku
aku pun geram la, aku sound die balik
puan, dengar la dulu apa saya nak cakap!
baru dia diam
eee...geramnya aku!!
wehh...jangan la nampak pelahap sangat nak duit free!!!


ha...kan dah tercemar mood aku hari ni!
tak pasal-pasal tau
rosak blog aku hari ni
astaghfirullahaladzim.......

Wednesday, February 15

semua dalam satu!

salam dan hai

mood hari ni tah ke mana perginya
hilang terus
badan penat, otak penat
dah 2 3 hari dah asyik tidur lambat je
abang, malam ni kite tidur awal ye :D
bayar balik hutang tidur lambat 2 3 hari lepas

isnin lepas pergi check-up baby
alhamdulillah, semuanya ok
baby pun active je menendang sana sini
nikmatnya Ya Allah, syukur Alhamdulillah

hari ni aku nak upload gambar yang pergi cameron highlands cuti minggu lepas
korang tengok, pastu korang pandai-pandai la letak caption sendiri
aku malas! :D





















tata!

Wednesday, February 8

seven!

salam dan hai

08 februari 2005 - 08 februari 2012

tujuh tahun
bagi aku satu jangka masa yang agak lama jugak
susah untuk pertahankan perhubungan selama itu
aku tau ada tempoh perhubungan yang lagi lama dari aku
tapi aku bangga dengan kami, alhamdulillah

abang,

selamat ulangtahun ke tujuh perkenalan kita
saya sayang awak ketat-ketat :D


tahun ke tujuh ni, aku tak sempat buat apa-apa suprise untuk mr.k macam tahun lepas
sebabnya kitorang pergi berjalan-jalan kat cameron highlands
percutian yang tak dirancang pun
lagipun kami pergi bukan berdua
dengan family in-laws sekali :)
nanti next entry aku cerita ye