Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 18

birth experience part I

salam dan hai

seronoknya berehat-rehat kat rumah ni
takde nak fikir pasal kerja langsung :)
kerja rumah semua dah settle
si kecik tu pun tengah tido, so boleh la update blog :)

hari ni aku nak bercerita tentang pengalaman melahirkan safa nurjannah
sakit rupanya nak bersalin ni kan?baru aku tau
& buat aku tersedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan
bukan 1, tapi 6 orang anak
terima kasih, mie....

dan segalanya bermula di sini......

7.30 pagi 24 Mei 2012 (Khamis)

bangun pagi, nak mandi untuk pergi kerja macam biasa
tiba-tiba ada show, turun darah
dah fikir-fikir, dah dipujuk-pujuk mr.k, baru la aku setuju nak pergi hospital
aku memang plan nak bersalin kat hospital serdang
so terus shoot pergi serdang
after daftar, then dah buat CTG, dah check jalan
dilation baru 1cm then doktor bagi MC for 2days, khamis dan jumaat
balik la rumah berehat-rehat, mr.k pun cuti la jugak
darah still ada tapi tak banyak sampai la ke malam

6.30 pagi 25 Mei 2012 (Jumaat)

tiba-tiba rasa sakit, tapi aku tak sure sakit contraction or braxton hicks
aku memang tak pandai nak bezakan langsung
tapi rasa sakit macam nak period la
mr.k suggest pergi hospital lagi
ye la, 1st baby kan, takde experience, so tak tau macam mana sakit yang betul :)
dah siap semua procedur, then doktor suruh balik jugak
dilation still 1cm, no progress 
contraction pun tak kuat walaupun kadang-kadang sakit tu datang kerap
balik la rumah sekali lagi, mr.k pun kena la cuti jugak

26 Mei 2012 (Sabtu)

pagi-pagi mie dah call, bagitau dia dah sampai kl
akak aku kat selayang pergi ambik mie
mie memang datang terus bila aku cakap sakit
sakit tetap datang, tapi tak konsisten
kejap kerap, kejap lama
so buat tak tau je la, melepak je rehat-rehat kat rumah
pastu petang tu konon-konon nak pergi selayang ambik mie, tapi macam tak larat
pendekkan perjalanan, pergi jusco equine je
beli barang sikit, pastu terus balik
masa on the way balik, ternampak orang jual durian
mintak mr.k belikan 2 biji
masa ni memang dah rasa sakit yang agak kerap
tapi still boleh berjalan lagi
dah sampai rumah, dah makan nasi, makan durian
sedapnye! hilang rasa sakit contraction hehehehe
then bermula dari pukul 12.30 malam, contraction datang menyerang


nanti sambung part II eh korang, safa dah bangun
nak siap-siapkan dia, jap lagi mr.k balik
kitorang nak pergi shah alam :)
bye!

Friday, July 13

i'm coming home :)

salam dan hai

i'm so so so sorry for a long hiatus
sorry sangat-sangat ye kawan-kawan :)
heheheh alhamdulillah, bukan setakat dah selamat bersalin
tapi dah habis berpantang dah pun heheha
punya la lama tak update blog
laptop depan mata pun tak sempat ok
macam ni rupanya bila ada anak :)

a bit details about my baby

name : safa nurjannah binti khairul azlie
dob : 27th may 2012, 1331pm
pob : hospital putrajaya
weight : 2.71kg


picture taken right after delivery




safa nurjannah a month & 2weeks



kronologi before&after bersalin nanti aku cerita kemudian ye
sebab ceritanya terlalu panjang berjela-jela :p
majlis cukur jambul & aqiqah dah selamat kami buat
masa safa ngam-ngam tujuh hari
story yang tu pun aku tangguh dulu ye
sekarang safa dah sebulan 2minggu
& aku still ada lagi sebulan 2minggu before mula kerja semula
syok gile kot cuti 3bulan hehehe
sebulan berpantang aku kat rumah mertua kat rawang
hujung bulan 6 balik kelate dan sepatutnya hujung bulan ni baru balik putrajaya
tapi memandangkan ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan
so aku hanya sempat berehat kat kelate 2minggu je
& sekarang aku dah kat purtajaya
menghabiskan sisa-sisa cuti bersama suami&anak, ewah! :p

ok la, nanti aku sambung bercerita lagi ye
si kecik tu dah bangun :D
tata!!





p dot s : bahagia!