Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 31

Year 2013

Salam dan hai



Selamat tahun baru semuanya
2012 dalam kenangan
Semoga kita diberi kesihatan yang sempurna
Semoga kita diberi rezeki yang melimpah ruah
Semoga kite menjadi lebih baik dari sebelumnya

Tata!!

posted from Bloggeroid

Saturday, December 29

Never stop

It's 3.57 in the morning...but still i can't sleep :(

Thinking of everything
Hope this messy kind will end very soon

posted from Bloggeroid

Friday, December 28

review thistle port dickson resort & spa

salam dan hai

kan aku dah cakap mood ni datang tak menentu
hahahaha
kejar masa minggu depan bos dah start kerja ;)

ok, aku nak review serba sikit tentang thistle PD ni
overall hotel ni memang best sangat
bilik best, sangat luas dan cozy
layanan best, baik & tak sombong macam certain hotel
makanan best sangat-sangat especially the desserts!!!!
main course pun memang sedap!
swimming pool best, besar sangat
semuanya best la termasuk housekeeping
hahaha serious, aku tak tipu
aku bagi 4.8 daripada 5 bintang!



baru sampai..see both dad & daughter, muka sombong kan? hahaha


tapi sayangnya sepanjang 3 hari, hujan berturut-turut tanpa henti
hari last je baru dapat bawak si kecik tu pergi pool
tu pun airnya sejuk je
tapi dia punya suka dapat main air hahahha
tak hirau langsung walaupun air sejuk
tengok la aksi dia, walaupun muka ketat je hahaha



kuak lentang uollss! macam bella anak SMS tak? hahaha

ahhh freestlye pulokkk!!



ni baru pool kanak-kanak
pool dewasa lagi besar kat sebelah nun! :p

kitorang checkout pukul 12, terus balik putrajaya
tapi singgah cyberjaya dulu makan nasi arab! heaven!
perut kenyang, sampai rumah bantai tidur anak beranak! :)


Add caption



dicium orang

salam dan hai

bersiaran kembali ye
angin kus-kus datang menyerang aku
kejap rajin, kejap malas nak berblog
mood ke laut je
tapi ku gagahkan jua ececece

previous entry, aku cerita pasal dugaan bulan disember
lepas satu, satu dugaan yang menimpa
sampai la saat-saat nak akhir disember lagi 3 hari ni
pun dugaan datang menjengah lagi
Ya Allah, semoga kami tabah mengharungi

salah satunya kereta dilanggar orang :(
walaupun kereta tu kecik je, tapi kereta tu banyak berjasa
aku dah malas nak ambik tau
yang pastinya mr.k cakap orang tu akan bayar gantirugi
& nak betulkan kereta di tempat dia
Alhamdulillah

 di cium orang lagi :(

dugaan yang lain?
malas la nak cerita
kang banjir pulak ofis aku ni
hihihi


Monday, December 17

disember penuh dugaan

salam dan hai

life update from port dickson!

bulan ni dugaan datang bertimpa-timpa
aku harap aku&mr.k boleh hadap slow-slow la
ujian datang maksudnya Allah ingat kita kan?

dah la
tinggalkan dulu semua masalah tu kat belakang
yang penting untuk 3hari ni aku nak rehat je
kalau bos call pun aku taknak jawab hahaha

sebenarnya aku ikut mr.k pergi kursus
aku malas nqk duduk rumah berdua je dengan safa
sebab tu la aku ikut mr.k
kitorang stay kat thistle PD ni je

full update later ye peeps!
bye!

1st solid food for dear baby

salam dan hai

kemain lagi aku menggoogle sana sini pasal solid food
hehehe ye la
kata nak yang terbaik untuk anak kan?
so seboleh-bolehnya aku cuba la bagi makanan homemade untuk anak
walaupun ibu&ayahnya makan beli saja! hahahah
orang besar tak apa, pandai nak pilih makanan
budak kecik apa sangat la yang dia tau kan
nganga je hihih

actually aku bagi safa nurjannah solid food awal 3hari sebelum dia 6month
sebabnya dia cukup-cukup 6month on weekdays
susah la nak pantau kan?
sebab tu la aku awalkan 3hari, on weekend

mak pak nye teruja tak yah cakap la
dah macam kena rasuk hahaha
beli slow cooker, tapi blender tak beli pun
serba salah rasanya
sebab dua-dua keperluan
tapi bila dah fikir masak-masak, slow cooker jadi pilihan

1st solid food safa nurjannah was carrot puree!
weee! dia suka sangat-sangat
aku letak 2sudu makan, habis ditelannya hahaha
good girl anak ibu ni!

lepas tu aku try red apple puree, result lulus tapi dia batuk
so sampai hari ni aku stop dulu bagi red apple puree
coz aku pun tak sure dia batuk sebab apple or cuaca
then aku try lagi bagi pisang, result so-so
pun aku stop dulu
try lagi plum, lulus. pear pun lulus
try sweet potato orange & purple, lulus jugak & dia sangat suka!
pastu aku try bagi avocado plus banana, coz refer to farah, rasanya sedap sangat
tapi si kecik tu tak gemar la pulak..siap buat muke lagi! haih!!

so sekarang ni aku mengulang la 3 4 jenis buah&sayur tu
nasi aku belum try lagi, insyaAllah seminggu dua lagi kot
peas, bunga kobis, brocoli pun aku belum cuba
aku banyak baca kat group HSFFYB kat FB
banyak info yang kita boleh belajar & sangat berguna
korang try la terjah group tu, syokkk!


equipment safa nurjannah heh!

ololo sedapnya!

Tuesday, December 11

breastfeeding journey

salam dan hai

hari ni aku nak berkongsi pasal breastfeeding
ni sekadar perkongsian & pengalaman yang aku lalui je
tak ada niat nak menunjuk, tak ada niat nak menyakitkan hati siapa-siapa
just for info & just for sharing

alhamdulillah setakat hari ni safa nurjannah dah 6bulan 14hari
dia masih lagi minum breast milk sepenuhnya
& aku memang harap sangat-sangat dapat menyusukan dia sampai 2 tahun
insyaAllah

pengalaman, ujian dan rintangan tak payah nak cakap la
memang stress sangat, memang mencabar, memang menyakitkan
biasa la, kita orang muda nak betulkan fakta&auta orang tua dulu-dulu
memang susah la kan?
tapi alhamdulillah, mr.k sangat supportive, sangat membantu

hari kedua confinement, dah kena paksa beli susu formula
dah kena paksa bagi air kosong
sebabnya safa nurjannah sejam menangis nak susu, sejam menangis
nak tak nak aku suruh mr.k beli jugak susu formula tapi tak buat pun :p
kata orang tua, susu tak keluar la, tak cukup la
dah kalau baby tak hisap macam mana nak keluar susu, ye tak?
aku memang tahap stress la, tapi jawab jugak elok-elok

datang pulak halangan lain
baby tak kenyang tu sebab tu tidurnya kejap je
campur la formula, macam mana nak kerja nanti kalau asyik bagi t**** je
semuanya aku jawab dengan baik walaupun hati sakit je
aku cuma nak bagi yang terbaik untuk anak aku
kalau dah terpaksa, anak aku tak nak breast milk, then fine
aku bagi jugak susu formula
tak kan aku nak biar anak aku kelaparan kan

apa yang aku mintak cuma bagi ruang untuk aku&mr.k guna cara sendiri
tak salah kan? kalau yang baik kita tetap ikut jugak
bukannya buang & tolak mentah-mentah pendapat orang tua kan?


& aku sikit pun tak menyalahkan ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak
itu kan rezeki masing-masing, tak perlu nak condemn kaw-kaw 
kita sama-sama mencuba kan
kau dapat fully breastfeed anak kau, alhamdulillah la
jangan nak bermegah-megah, jangan nak mengutuk orang lain kan?
kau yang tak dapat pulak, lain kali cuba lagi
jangan give up..

ha, ni baru cerita susu ibu
belum masuk bab nak bagi anak makan before 6month
hahahah yang tu nanti aku cerita kat entry lain ok

macam tu la kisahnya
sekarang ni pun aku still pam susu kat ofis
biasanya aku akan pam 3x sehari
tapi kalau dah tak dan sangat, 2x je la
biasa la PA kan, bos asyik panggil je hihihi
sekali aku pam biasanya dapat la 5oz
tapi kalau time banyak dapat la jugak 8oz
& time kurang pun ada, pernah la 3oz dapat
stok EBM pun takde la banyak sangat
setakat hari ni cukup lagi untuk safa nurjannah
dia minum sekali 3oz & sehari aku bagi 5 botol kat babysitter
means 15oz sehari
biasanya habis la or lebih sebotol
kalau dah kat rumah memang direct je la, senang :p
stok EBM sekarang pun ada lagi yang bulan september
nak kena habiskan cepat-cepat, takut expired nanti

dari sudut milk booster pulak
aku tak ada ambik apa-apa supplement pun
aku cuma minum air kosong banyak-banyak
makan sayaur, makan ikan
& yang paling penting doa pada Dia
sebab aku tak berapa percaya sangat supplement semua ni
kajian pun dah ada bagitau yang susu ibu bergantung pada apa yang ibu makan
bukannya milk booster
tapi kalau ada yang ambik pun, tak salah
its all depends on you, mommies

stok EBM safa nurjannah


itu la serba sedikit aku share dengan korang semua
kita sama-sama belajar kan?
so ilmu ni kita share la sama-sama
tak rugi sikit pun! :)